Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah, bertemu kembali untuk entry aku kali ini setelah
menempuh hari-hari yang cukup busy untuk aku menjalankan tugas sebagai penjawat
awam. Johor, Terengganu & Perak antara 3 negeri yang aku pergi untuk menyelesaikan
tugasan yang diamanahkan kepada aku melibatkan hartanah.
Terniat di hati untuk aku kembali meneruskan pengajian aku di peringkat
Ijazah (Master) dalam bidang Hartanah tetapi aku belum bersedia untuk kembali
melangkah menjadi seorang mahasiswa. Apabila melihat kepada sektor pekerjaan
sekarang yang lebih memandang kepada kemahiran dan pengalaman. Aku
alhamdulillah, mempunyai sedikit pengalaman di sektor swasta dan kerajaan.
Praktikal aku sebelum ni jugak di sektor swasta dan awam.
Noktah ! Aku tak nak bercakap mengenai perkara tue, tetapi entry kali
ini aku nak kongsikan dan memberi sedikit ‘review’ mengenai sebuah filem yang
aku tonton semalam di MBO KL Festival City iaitu ‘In The Heart of The Sea’.
IN THE HEART OF THE SEA
Sekali lalu, aku nak kongsikan dulu mengenai sinopsis movie ini.
“Filem ini merupakan adaptasi dari Novel Nathaniel Philbrick yang
berjudul ‘In The Heart of The Sea’. Berlatarbelakangkan tahun 1820, Kapten
George Pollard, Jr. (Benjamin Walker), anak-anak kapal Owen Chase (Chris
Hemsworth), Matthew Joy (Cillian Murphy), dan Thomas Nickerson (Tom Holland)
mengembara lautan luas di atas sebuah kapal yang dinamakan Essex. Kapal itu
karam setelah dilanggar oleh seeokor ikan paus, menyebabkan kapten dan
anak-anak kapal itu terkandas di laut selama 90 hari.”
Aku cukup tertarik dengan plot-plot movie ini yang cukup santai dan
memberikan satu pengembaraan seorang pemburu pasu di tengah-tengah lautan.
Lakonan yang dibawa oleh Chris Hemsworth & Benjamin Walker menerusi watak
Kapten George Pollard & mr. Chase cukup menjadi dengan perwatakan seorang
kapten dengan pegawai kapal.
Adegan kemuncak apabila mereka terpaksa bertarung dengan paus putih
yang cukup ganas dengan menghancurkan kapal Essex. Adegan di mana anak-anak
kapal tersadai di tengah-tengah lautan itu terpaksa ‘survive’ dalam saat-saat
yang sangat getir sehinggalah terpaksa dibuat catuan makanan dan terpaksa
mengharungi saat-saat di bawah bahang matahari.
Movie ini memberi aku satu khayalan yang cukup tenang dan menjadi ! Aku
puji movie ni dengan memberikan 4/5 bintang ! Lepas ni, aku nak cari novel ni
pulak ! So, aku cadangkan korang try la layan movie nie sebaiknya.
Sekian, Wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
0 comments:
Post a Comment