Thursday, May 17, 2012

Nenek 15 Cucu Dicekup Khalwat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

AMPANG - Seorang nenek kepada 15 cucu ditahan bersama seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, di sini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam. 

Dalam pemeriksaan jam 1 pagi itu, wanita warga Indonesia berusia 63 tahun itu bersama teman lelakinya warga Bangladesh berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. 

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai. 

“Penguat kuasa agama mengetuk pintu bilik rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek beberapa minit kemudian,” katanya. 

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, wanita yang mempunyai lima anak itu memberi alasan kononnya dia menumpang membasuh baju di rumah sewa lelaki terbabit kerana rumah cucunya mengalami masalah bekalan air. 

“Kami mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Difahamkan mereka saling mengenali sejak tujuh bulan lalu. 

“Lelaki yang sudah berkahwin itu merupakan pekerja di sebuah restoran di ibu kota,” katanya. 

Dalam operasi berasingan, sepasang kekasih dicekup di sebuah pangsapuri di sini pada jam 1.50 pagi, semalam. 

Ahmad Nawi berkata, pasangan berusia 24 dan 30 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa selepas dipercayai pasangan itu berasmara dalam bilik sewa milik lelaki berkenaan. 

“Perempuan itu memberi alasan berjumpa dengan teman lelakinya untuk mengadu berhubung masalah tempat kerjanya. 

“Ketika serbuan perempuan itu berpakaian lengkap, manakala pasangannya hanya berseluar pendek,” katanya. 

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan. 

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : Sinar Harian 

*Huhuhu… sedih-sedih… =( 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, May 14, 2012

Janda & Siswi IPT Dicekup Khalwat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

AMPANG - Seorang janda dicekup khalwat dengan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Taman Muda, di sini, awal pagi semalam. 

Janda anak satu yang bercerai dengan suaminya sejak sembilan bulan lalu memberi alasan dia tidak ada tempat tinggal apabila datang dari Nilai, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan diri di salah sebuah universiti di ibu kota hari ini. 

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah bilik hotel pada jam 4 pagi oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah. 

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguatkuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan. 

“Kami menemui seorang wanita yang hanya berseluar pendek keluar dari tandas, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,” katanya. 

Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu sanggup mengambil pasangannya yang berusia 27 tahun itu dari Nilai kemudian bawa ke hotel berkenaan. 

Dalam serbuan sama di bilik berasingan, seorang penuntut universiti dicekup khalwat bersama pasangannya. 

Beliau berkata, perempuan berusia 23 tahun itu memberi alasan mahu berkahwin dengan teman lelakinya. 

“Perempuan itu memberitahu keluarganya tidak merestui perhubungan mereka kerana pasangannya yang berusia 24 tahun itu bekerja sebagai kontraktor,” katanya. 

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Pandan Indah. 

Sumber : Sinar Harian 

*Makin menjadi-jadi isu tangkap khalwat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ! 

 Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, May 13, 2012

PIDATO : Keruntuhan Institusi Kekeluargaan - Apakah Puncanya?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Baru-baru ini saya terlibat sebagai Peserta bagi Pertandingan PIDATO yang dianjurkan Sempena MINGGU GENERASI RABBANI (MGR) oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor yang diadakan pada 11 Mei 2012 bertempat di Dewan Astana KTC. 

Malangnya pertandingan tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan kurang penyertaan hanya saya seorang saja peserta PIDATO yang juga mewakili Kolej Tun Dr Ismail. Mulanya agak terkilan tetapi mujurlah niat saya hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dalam PIDATO tersebut dengan perspektif hujah yang saya buat dan hasilkan kurang dari 14 jam dari masa pertandingan berlangsung. 

Betullah anggapan saya sebelum mengesahkan kepada AJK Pelaksana Pertandingan PIDATO iaitu Saudara Syazilie kurang 24 jam dengan menyatakan bahawa masihkah ada mahasiswa atau mahasisiwi yang berani sahut cabaran untuk berpidato secara terbuka dengan 5 pilihan tajuk yang diberi iaitu : 

1. Dunia Akhir Zaman : Di Mana Peranan Kita ? 
2. Masa Depan Negara : Pemuda Harapan Bangsa 
3. Harga Seorang Muslimin 
4. Keruntuhan Institusi Kekeluargaan : Apakah Puncanya? 
5. Cabaran Selepas Alam Pengajian : Apa Persediaan Kita? 

Dan apa yang saya dapat katakan adalah saya seorang saja yang BERANI untuk menyahut cabaran berpidato tersebut dengan tajuk pilihan yang ke-4 bagi Pertandingan PIDATO ini. 

Saya juga ingin mengucapkan Sekalung PENGHARGAAN dan TAHNIAH kepada JKM KTDI kerana dapat mencari sekurang-kurangnya seorang peserta untuk pertandingan PIDATO ini yakni saya, berbanding SEGELINTIR KECIL kepimpinan lain yang bersungguh menyatakan akan menghantar wakil tetapi HANYA SEKADAR MANIS DI MULUT SAJA, LANGSUNG TIADA ! 

Masa saya berlalu begitu sahaja hampir 2 jam, mujurlah ada beberapa orang AJK Pelaksana termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UTM, Saudara Munzir Musa yang duduk bersama-sama dengan saya dan berborak sambil berkongsi pandangan dalam beberapa isu semasa yang dibicarakan.

Apa-apa pun, saya ingin ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada AJK Pelaksana bagi Pertandingan PIDATO sempena MINGGU GENERASI RABBANI (MGR) yang bertungkus-lumus dengan aktiviti yang diadakan ini. Dan TERIMA KASIH juga dengan pemberian Cenderahati. Insyaallah, jika ada peluang sekali lagi, saya akan turut-serta dalam berpidato di masa akan datang. INSYAALLAH… 

Sebelum itu, saya ingin kongsikan TEKS PIDATO saya sebagai perkongsian dengan para pembaca blog bagi penulisan saya kali ini. Jom hayati dan berimaginasi saya sedang berpidato di depan anda semua. Hehehe… =) 


Sekian, Wallahua’lam… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, May 12, 2012

Konsert UNIC Sempena Minggu Generasi Rabbani UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

MINGGU GENERASI RABBANI (MGR) itulah sebuah program yang sedang rancak diadakan di sekitar UTM. Program yang bermatlamatkan untuk memupuk dan mengimarahkan Universiti dengan aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan Islamik. Insyaallah… 

Sebelum ini saya ada postkan mengenai Forum Di Anjung Cinta : Kahwin Muda yang melibatkan Ustaz Dr Ismail Musytari dan Ustazah Fatimah Syarha, juga merupakan salah satu aktiviti yang diwujudkan dalam MINGGU GENERASI RABBANI (MGR) ini. 

Dan sebagai penutup bagi MINGGU GENERASI RABBANI (MGR) ini, akan diadakan juga KONSERT UNIC yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor dengan kerjasama Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9/10 pada 13 Mei 2012 (Esok), pukul 8 malam hingga 12 tengahmalam di Dewan Sultan Iskandar, UTM.



“Sepucuk surat ku tulis 
Menyatakan harapan 
Walaupun ku kebimbangan 
Kau berbeza pandangan 
Namun ku tetap menanti jawapan 

Alangkah riangnya di hatiku 
Luahan hasratku mendapat perhatian 
Ku terima balasan darimu 
Kau jua menyimpan perasaan 

Warkahmu memberi kepastian 
Hanya kejayaan menentu pertemuan 
Setiap kali di akhir katamu 
Kau selalu tulis See You D IPT” 

Itulah bait-bait lirik lagu popular dari Kumpulan UNIC yang bertajuk ‘See You Di IPT’. Oleh itu, saya menjemput sahabat-sahabat, rakan-rakan, staf-staf dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta pembaca-pembaca blog dan masyarakat sekitar yang berada di Skudai, Johor Bahru. 

Pengerusi JKM Kolej Tuanku Canselor, Saudara Farhan Azhari juga mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran anda semua bagi terus menyokong alunan nasyid bergema di Universiti. Insyaallah… Harga Tiket hanya RM5 untuk mahasiswa/I UTM dan RM7 untuk orang luar UTM/Staf UTM dan boleh menghubungi 0137967030 (Muslimin) dan 013-7057783 (Muslimat). 

Jom sama-sama kita memeriahkannya. Insyaallah… Jumpa anda semua di sana… =) 

*Anda boleh dengar lagu nasyid terbaru dari UNIC yang bertajuk 'Binnabil Huda' di track kedua dalam playlist saya di kanan blog saya ini... Selamat Mendengar !

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Forum Di Anjung Cinta : Kahwin Muda...

Assalamualaikum…
Salam Perpadua…
Salam 1 Malaysia…

“Suami isteri bermain kuda, 
Forum hari ini, Kahwin Muda” 

Itulah pantun permulaan yang disampaikan tatkala bermulanya Forum Di Anjung Cinta : Kahwin Muda yang melibatkan dua orang Panel iaitu Ustaz Dr Ismail Musytari (Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM) dan Ustazah Fatimah Syarha (Personaliti & Penulis) serta Moderator oleh Saudara Zufar Marwah. 

Sambutan Forum yang diadakan pada 10 Mei 2012 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM ini cukup menggalakkan dan antara forum teramai yang pernah saya sertai sepanjang di UTM ini. TAHNIAH saya ucapkan kepada pihak penganjur di atas penganjuran forum yang cukup bermakna dan dekat dengan citarasa mahasiswa/i UTM. 

Forum ini diadakan dalam bentuk 3 pusingan yang dikemudikan oleh saudara moderator sebelum sesi soal jawab dibuka kepada para hadirin yang lain. ALHAMDULILLAH saya diberi kesempatan untuk turut serta menghayati dan mendapat ilmu dengan kupasan isu yang cukup menarik pada malam tersebut. 

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’, Ayat 32 yang bermaksud : 

“Dan janganlah kamu mendekati zina ; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” 

Itulah petikan surah yang dimulakan oleh panel pertama berhubung dengan forum ini. Melalui ayat di atas, dapat kita lihat betapa ‘zina’ itu sendiri cukup keji dan buruk. Tambah-tambah kita diusia yang muda ini cukup dekat dengan suasana yang cukup membawa ke arah perbuatan zina itu terutamanya apabila pergaulan bebas dan adab Islam sudah tidak dititikberatkan. 

Secara ringkasnya, Empat faktor digariskan yang turut membawa ke arah perbuatan zina itu sendiri iaitu : 

1. Mata Zina semakin dekat sekiranya penglihatan atau mata kita tidak kawal. Maksudnya zaman sekarang, mata boleh lihat apa saja tanpa tapisan seperti melihat wanita-wanita berpakaian tapi telanjang. Oleh itu, jagalah dan tunduklah serta kawallah pandangan anda ! 

2. Ibtisam/ Senyum – Senyum itu sedekah tetapi jika senyum berlebihan antara mereka yang berlainan jantina dan bukan mahram, maka ianya akan membawa ke arah zina. Oleh itu, kawallah dan jagalah senyum anda ! 

3. Salaman – Salam memang sunnah ! Tetapi sekarang banyak orang permainkan salam, contohnya seorang lelaki itu akan berkata, ‘Assalamualaikum, tak jawab berdosa’ kepada wanita yang bukan mahram. 

4. Pertemuan – Setelah melihat menggunakan mata, kemudiannya senyum dan seterusnya memberi salam, akhirnya bawalah sepasang lelaki dan wanita yang bukan mahram ini kepada pertemuan. Mula-mula pegang2, kemudiannya membawa ke arah penzinaan ! 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

“Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya” 

Ini bermaksud, Nabi SAW menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supata menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk memelihara dirinya dari maksiat dan fitnah.




Selain itu, forum ini juga ada menyatakan bahawa falsafah solat adalah sebagai kayu ukur untuk kita menjadi seorang yang berdisiplin. Melalui solat juga, kita dapat memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang terkutuk. Insyaallah. 

Panel juga ada mengatakan bahawa, “wanita yang baik itu bukan wanita yang bermulut celupar dan wanita yang terlalu mudah terpedaya dengan tipu daya lelaki”

Seterusnya turut dikongsikan juga adalah faktor-faktor penghalang kahwin muda iaitu : 
• Kejahilan 
• Pelajaran 
• Ekonomi 
• Keluarga 
• Masyarakat 

Itu sahaja sebenarnya yang sempat saya salin semasa forum ini sedang berlangsung akan tetapi sekiranya sahabat-sahabat dan kawan-kawan ingin melihat rakaman forum ini bolehlah klik pada link yang diberi ini.

RAKAMAN FORUM 

Akhir kata, saya ucapkan TAHNIAH kepada pihak Penganjur di atas pelaksanaan forum yang cukup bermakna dan best ini. Semoga ianya mendapat keberkatan dan menambahkan ilmu-ilmu kepada para pendengar di taman-taman syurga yakni majlis ilmu seperti ini. ALHAMDULILLAH. 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Malam Anugerah Resak (MERAK Se'Blast) KTDI UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH, saya berpeluang untuk menghadiri Majlis Makan Malam Kolej atau dikenali dengan Malam Anugerah Resak (MERAK Se’Blast) anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa – Kolej Tun Dr Ismail UTM yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar pada malam tadi. 

Program yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr Mohd Tajudin Ninggal, Timbalan Naib Canselor HEMA UTM, cukup meriah dan santai sepanjang perjalanan majlis berlangsung. TAHNIAH saya ucapkan kepada Saudari Jamiatul Syaheera selaku Pengarah Program Malam Anugerah Resak (MERAK Se’Blast)

Persembahan pada malam tersebut juga menarik terutamanya dari Kumpulan Kebudayaan KTDI melalui persembahan Gamelan yang bertajuk ‘My Heart Will Go On’. Antara persembahan lain adalah Kumpulan Chemi Band serta Neyda & Taleeb. 

Antara persembahan yang agak menarik juga adalah gimik penganugerahan King & Queen Of The Night yang digambarkan seperti berlakunya rompakan di dalam dewan dan adanya kelibat dua orang Polis yang menyelamatkan ahli dewan. Hehehe… TAHNIAH kepada penerima King & Queen Of The Night… =) 

Sebelum itu, TAHNIAH juga saya ucapkan kepada Penerima-penerima Anugerah pada malam tersebut serta TAHNIAH juga saya ucapkan kepada seluruh AJK Pelaksana yang bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran Majlis pada malam tersebut. TAHNIAH ! 

Malam tersebut juga memberi saya peluang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan seterusnya beramah-mesra dengan penghuni-penghuni Kolej Tun Dr Ismail secara langsung dan tidak langsung. 

Di sini, saya akan kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika Malam Anugerah Resak (MERAK Se’Blast). Jom tengok ! Heheh… =)



Sebelum saya undur diri dari penulisan kali ini, saya ingin jualkan 2 rangkap pantun dua kerat kepada mana-mana ahli JKM KTDI mahupun Penghuni KTDI sendiri…hehehehe….: 

MERAK meriah di singgahsana 
Memberi peluang saya beramah mesra 

Cantik anak dara bak bidadari 
 Semoga kita bertemu lagi… 

*Ada sesiapa yang nak beli? 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, May 6, 2012

Anak Derhaka Guna Kayu, Pisau Ugut Bunuh Bapa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KUALA TERENGGANU – “Aku bunuh mu!” Demikian kata seorang anak derhaka mengugut bapanya hanya kerana tidak berpuas hati dengan orang tuanya itu, dalam satu kejadian di Kampung Petaling, Tepoh, di sini, petang kelmarin. 

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang dan suspek berusia 20-an, dikatakan sanggup mengugut bapa malang itu yang berusia 50-an dengan sebatang kayu dan sebilah pisau. 

Difahamkan, suspek yang tidak bekerja itu ingin membalas dendam terhadap bapanya kerana tidak berpuas hati dimarahi selepas berlaku sedikit perselisihan faham antara dua beranak itu sebelum ini. 

Suspek yang masih bengang dengan teguran bapanya terus menerkam belakang mangsa sambil mengacukan kedua-dua senjata ke muka mangsa dengan mengeluarkan kata-biadab itu . 

Dalam kejadian itu, berlaku pergelutan antara dua beranak terbabit selepas mangsa cuba menyelamatkan diri daripada terus diapa-apakan oleh suspek. Walaupun tidak dicederakan, namun bimbang berlaku perkara tidak diingini, mangsa mengambil keputu-san membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada hari kejadian. 

Susulan laporan dibuat, suspek ditahan di rumahnya dan hasil ujian saringan urin turut mendapati suspek positif methamphetamine. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian dan menjelaskan kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah. 

Sumber : Sinar Harian 

*Dunia akhir zaman, ibu ayah pun dah dianggap seperti musuh… Huhuhu Moga-moga dijauhi dengan sifat anak derhaka… Amin… dan mendoakan juga agar 'suspek' ini kembali taat kepada ibu ayah dia... Insyaallah... 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com