Saturday, March 10, 2012

Mahasiswi IPTA Dicabul Doktor Pelatih...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, baru sahaja selesai latihan untuk sukan Tenis Kolej Tun Dr Ismail bagi merancakkan lagi persiapan menjelang tarikh keramat utk sukan Tenis UTM GAMES 2012 yang akan berlangsung pada 17 & 18 Mac 2012 bertempat di Gelanggang Tenis Kolej Tuanku Canselor (KTC).

Membuka saja laptop saya, terbaca di Sinar Harian Online mengenai seorang mahasiswi IPTA yang dicabul oleh seorang doctor pelatih di sebuah hospital. Saya selaku sebagai seorang mahasiswa IPT terpanggil untuk kongsikan berita ini kepada seluruh pembaca blog saya untuk berwaspada dengan setiap orang di sekeliling kita terutamanya mereka yang bernama wanita.

Bagi saya, dengan kes seperti ini akan membuatkan lebih ramai lagi wanita takut untuk berdepan dengan doctor lelaki. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bagaimanapun, saya berharap agar kes seperti ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin oleh pihak berkuasa.

Dan saya mengharapkan juga mendapat respon dari pelbagai pihak terutamanya mereka-mereka yang bergelar ‘Pejuang Mahasiswa’, Pihak Hospital Berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Kesihatan. Bukannya apa, masalah ini sepatutnya lebih dipandang dalam memberi keadilan yang sebaiknya kepada mahasiswi (mangsa) tersebut. Jom ikuti beritanya bersama…

KOTA BHARU - Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendakwa dicabul seorang doktor pelatih di sebuah hospital di sini pada 4 Mac lalu.

Pelajar terbabit dikatakan dicabul ketika berada di unit kecemasan hospital terbabit kira-kira jam 10.20 pagi ketika mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya dirawat seorang doktor perempuan, namun terpaksa meninggalkan mangsa kerana perlu merawat kes kecemasan.

“Seorang doktor lelaki masuk ke bilik rawatan dan tanpa sebarang soalan, doktor tersebut meraba buah dada mangsa.

“Selepas meraba mangsa, doktor tersebut juga meminta seorang jururawat untuk memeriksa pelajar itu dan kemudian meraba alat sulit mangsa,” katanya.

Pelajar itu juga diarahkan doktor tersebut untuk melakukan senaman secara berhadapan dan dia memegang pinggang mangsa serta diarah melentikkan diri menyebabkan mangsa dicabul sekali lagi.

Apabila mangsa menyedari dirinya dicabul, dan tindakan tersebut bukannya rawatan, mangsa kemudiannya melarikan diri dari bilik itu serta membuat aduan kepada doktor wanita yang mula-mula merawatnya.

“Bagaimanapun, surat yang ditulis oleh mangsa kepada hospital tersebut tidak dilayan sehingga kini. Mangsa dikatakan lambat membuat laporan kerana terpaksa menduduki ujian peperiksaan,”katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Azham berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Link
“Usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

*Berhati-hatilah di mana saja anda berada terutamanya kepada kaum hawa. Semoga Allah terus melindungi kaum hawa dari perilaku sedemikian. Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, March 6, 2012

Ibu Rakam Anak Dirogol Teman Lelaki...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM” itulah ungkapan yang dapat saya katakan tatkala terbaca satu berita yang cukup menakutkan dan menyedihkan. Perlakuan seorang ibu yang sanggup merakamkan aksi rogol anaknya sendiri yang dilakukan oleh teman lelakinya demi kepuasan nafsu.

Sedih melihat situasi sebegini. Jika dilihat haiwan-haiwan seperti kucing, ayam dan sebagainya, apabila manusia menyentuh anaknya, si ibu itu sendiri yang akan mempertahankan anaknya, berlainan pula dengan situasi berita ini. Moga dijadikan iktibar buat semua.

SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim Sirat, 44.

Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa yang sama.

Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak guamnya yang telah insaf dan menyesal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan.

"Perkara ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum ini," katanya.

Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh.

"Setiap hari, mangsa akan tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian rogol). Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak emosi," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.

Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam perbuatan terkutuk lelaki itu.

Sumber : Sinar Harian

*Saya mendoakan agar mangsa terus tabah meneruskan kehidupan dengan sebuah kehidupan yang baru. Insyaallah, Allah akan terus melindunginya… AMIN…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, March 5, 2012

Perkongsian Baru...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tetiba saja nak menaip untuk tulis secebis penulisan sebagai tanda luahan hati pagi-pagi sebegini. Ada yang menarik untuk dikongsikan dan ada juga yang belum sesuai untuk dikongsikan. Semuanya berkaitan dengan diriku ini.

Alhamdulillah, pertamanya sekali saya ingin ucapkan berbanyak ‘Terima Kasih’ kepada mereka-mereka yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas beberapa tanggungjawab baru bagi memeriahkan lagi dunia persatuan dan kepimpinan di UTM JB ini iaitu sebagai Ketua Exco Perhubungan Awam bagi Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (LADS).

Di tambah pula beberapa program yang akan menyusul sepanjang bulan Mac ini antaranya Unit Aktiviti bagi Program Soft Skill Development dan juga Unit Aktiviti bagi Program Motivational Camp. Dan ‘Terima Kasih’ juga saya ucapkan kepada JKM KTDI sebab memberi kepercayaan untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Sukan Tenis (Lelaki) KTDI bagi UTM GAMES 2012 yang akan diadakan bermula 10 hingga 24 Mac 2012.

Insyaallah, tanggungjawab itu akan saya cuba buat yang terbaik dan sekadar yang termampu. Insyaallah… ‘Terima Kasih’ juga saya ucapkan kepada semua pemain-pemain tenis yang dipilih (mahasiswa dan mahasiswi) yang sentiasa memberi kerjasama dengan saya dan cukup memuaskan hati saya. Best bersama korang semua, walaupun rata-ratanya saya baru kenal dengan anda semua !

*Jap, saya nak kenalkan secara tak rasmi kat blog saya ni pemain-pemain tenis KTDI lelaki adalah Farhan, Izzat, Shahrul, Khairul, Nashriq, Akmal, Sabri dan pemain-pemain tenis KTDI perempuan adalah Mala, Salihaa, Isnaini, Anis, Hafizah, Nurul, Neyda.

Seterusnya beralih pula kepada bidang akademik yang sedang dipelajari oleh saya. Alhamdulillah, setelah 2 minggu saya masuk dalam bilik kuliah mendengar dan mendalami setiap ilmu yang diperkongsikan itu ada sedikit sebanyak memberi pengetahuan baru kepada saya walaupun ada juga yang saya lebih selesa mempelajarinya sendiri. Tapi ianya cukup menyenangkan saya dan akan saya cuba membuat yang terbaik. Insyaallah… Semangat yang ada ini akan saya teruskan bagi memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyaallah…

Memang benar, kali ini persaingan cukup hebat kerana masing-masing menampakkan peningkatan yang cukup positif dari semua orang, dan Insyaallah, saya pun akan cuba membuat yang terbaik. Insyaallah… Usaha yang berterusan akan terus menampakkan hasilnya. Insyaallah… Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Insyaallah… =)

Pesta Buku UTM 1 Malaysia baru sahaja berlalu di UTM JB ini dan seterusnya akan menyusul pula PC Fair UTM, UTM GAMES 2012 dan UTMost Imagination : Karnival Kreativiti dan Inovasi. Insyaallah, sekali-sekala dalam merehatkan minda yang sentiasa berserabut ini, sekurang-kurang memberi satu kekuatan baru untuk terus menempuh cabaran dan dugaan yang ada di depan mata.



Apa-apa pun, saya mengharapkan dengan apa jua keputusan yang saya buat dalam pelbagai bidang yang akan saya putuskan akan mendapat sokongan dan kritikan membina dari sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang berada di sekeliling saya. Dan Insyaallah, ukhuwah antara kita semua akan terus berkekalan dan sentiasa mengamalkan perkongsian ilmu yang cukup memberi input-input yang baik. Insyaallah… =)

Sekadar tambahan, selaku Ketua Exco Perhubungan Awam Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Pembangunan Tanah UTM JB, jika ada sesiapa yang ingin menjemput persatuan saya ke program anda atau badan-badan NGO atau mahasiswa-mahasiswa IPT lain yang ingin membuat diskusi bersama kami atau menjemput ke event-event anda seperti sukan ke, diskusi ke, lawatan ke, apa ke… , mantan-mantan dan Alumni LADS yang telah bekerja di Syarikat Swasta dan Penjawat Awam, bolehlah emelkan dan maklumkan kepada saya, wan_hazem90@yahoo.com . Insyaallah… =)

Sekian, Wallahua’lam… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, March 2, 2012

Pesta Buku UTM 1 Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“… Apalah nama andai tanpa ilmu, apalah mahkota permatanya palsu, tanpa membaca cacatlah minda, tanpa ilmu ke manalah kita…” itulah bait-bait lagu Membaca Gaya Wawasan yang diperkenalkan era Millenium.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Pihak Universiti Teknologi Malaysia yang mengambil inisiatif dengan mengadakan Pesta Buku UTM 1 Malaysia selama 5 hari bermula 29 Februari sehinggalah 3 Mac 2012 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM JB.

Saya antara salah seorang mahasiswa UTM JB yang begitu ‘excited’ untuk menyertai dan mengunjungi Pesta Buku UTM tersebut dan hasilnya saya amatlah berpuas hati kerana banyak penerbit buku Ilmiah terdapat di situ dan boleh dikatakan hampir kesemua penerbit IPTA ada di situ. Ianya cukup membuatkan saya begitu teruja.

Alhamdulillah, hasilnya saya telah dapat beberapa buku yang diingini dari 10 penerbit buku, dan antara buku yang dapat saya miliki adalah berbentuk ilmiah, motivasi, agama, pemikiran dan sebagainya. Walaupun ada juga segelintir mahasiswa/i merungut mengenai Pesta Buku UTM ini tetapi bagi saya ianya cukup memuaskan saya yang begitu teruja dengan buku-buku ini. Hehehehe…

Cuma saya sedikit terkilan kerana apabila kita menggunakan baucer buku, diskaun tak dapat…tetapi sekiranya tunai, dapat pulak diskaun 10-20%...huhuhu… Apa-apa pun, sempat juga saya bertukar-tukar judul buku dengan sahabat-sahabat lain dari pelbagai kolej di sekitar UTM ini, Insyaallah, jika berkesempatan dapat bertukar-tukar buku nanti… =p

Jom sama-sama kita lihat beberapa keping gambar yang sempat saya ambil… =)














*Diharapkan pihak UTM dapat menyediakan bas untuk Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012 yang akan berlangsung sekitar awal April nanti… Insyaallah… =) Insyaallah, akan menyusul pula lepas ini di UTM JB adalah PC Fair, Career Fair, UTM GAMES 2012 dan pelbagai lagi… Insyaallah… Akan terus menyokong perkara-perkara yang memberi kebaikan dan kemudahan kepada mahasiswa… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, February 27, 2012

Siswi Khalwat Dengan Suami Orang...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALOR SETAR: Akibat mengikut teman lelakinya menyewa bilik di sebuah motel di Jalan Sultan Badlishah, di sini, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini berusia 22 tahun dicekup berkhalwat, semalam.

Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat.

Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.

“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil.

Sumber : Metro

*Masyaallah, sedih melihatnya tambah-tambah apabila ibu ayah kita sendiri membaca berita sedemikian. Saya nasihatkan kepada seluruh mahasiswi , jagalah maruah dan mahkota diri anda supaya tidak terperangkap dengan hawa nafsu sang lelaki yang segelintirnya hanya suka ‘mempermainkan’ kamu sahaja.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

UTM Games 2012 - Sukan Tenis...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin kongsikan satu cerita / berita kepada semua peminat sukan. Insyaallah, pada 10 hingga 24 Mac 2012, Pusat Sukan UTM menganjurkan satu program sukan yang cukup besar iaitu UTM GAMES 2012 yang melibatkan hampir 14 buah acara sukan.

Apa yang menariknya pada UTM GAMES 2012 kali ini adalah kesemua Atlet UTM tak dibenarkan untuk terlibat bagi mewakili mana-mana kolej kerana ini merupakan salah satu strategi bagi membolehkan kita mencari lebih ramai bakat-bakat baru dalam 14 buah acara sukan yang dipertandingkan.

Antara sukan yang akan dipertandingkan pada kali ini adalah Bola Tampar, Bola Sepak, Skuasy, Bola Jaring, Tempin Bowling, Badminton, Kayak, Futsal, Sepaktakraw, Ping Pong, Bola Keranjang, Boling Padang dan Berbasikal.



UTM GAMES 2012 ini dipertandingkan dengan melibatkan kesemua kolej-kolej mahasiswa/i yang terdapat di UTM JB. Setiap kolej akan berlumba-lumba untuk meraih sebanyak mungkin pingat-pingat yang dipertandingkan bagi setiap acara sukan yang ada. Apa yang pasti, saya sebagai penghuni Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) akan terus menyokong kesemua Atlet-atlet sukan KTDI… =)

Insyaallah, saya juga terlibat secara langsung dalam UTM GAMES 2012 ini sebagai Pengurus Pasukan Tenis Lelaki Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI). Dan dijangka sukan Tenis akan berlangsung pada 17 dan 18 Mac 2012 bertempat di Gelanggang Tenis Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dan Gelanggang Tenis Kolej Tuanku Canselor (KTC). Jemputlah memeriahkannya nanti dan sokonglah Pasukan Tenis KTDI… =)

Jom kita tengok, beberapa keping gambar sepanjang 2 hari latihan yang telah diadakan yang menampakkan kesungguhan para peserta dan kehangatan UTM GAMES 2012 serta mengimarahkan gelanggang tenis KTDI. =)

HARI PERTAMA (25/2/2012)









HARI KEDUA (26/2/2012)







*Diharapkan semua warga KTDI dan kolej-kolej lain terus memberi sokongan moral kepada anak buah saya k… Insyaallah, kami akan terus memberikan saingan yang baik… heheheh =)Dan jika ada sesiapa yang nak sponsor apa-apa ke kat kitorang, bagitau la sama saya...hehehehe amatlah dialu-alukan... =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Anak Tiru 'Aksi' Ibu Bapa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya. Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.

Sumber : Metro

*Macam-macam perkara pelik berlaku di akhir zaman ini. Semoga Allah terus melindungi diri kita semuanya. Insyaallah…

Ikhlas,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com