skip to main |
skip to sidebar
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
TAHNIAH saya ucapkan kepada adik Mia Sara Nasuha di atas kemenangan dan kejayaannya meraih trofi Kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik bagi Festival Filem Malaysia Ke-24.
Adik Mia Sara menerusi filem yang cukup best arahan Saudara Hashim Rejab iaitu Sekali Lagi menewaskan 4 lagi pencabar terdekatnya yang masing-masing mempunyai bakat yang cukup hebat dalam bidang yang diceburinya itu.
Saya cukup tertarik dengan gelagat dan lakonannya yang cukup bersahaja dan comel seperti adik-adik saya, anak-anak saudara saya. Hehehe… Insyaallah, saya doakan agar adik Mia Sara terus Berjaya dan mungkin boleh jadi seperti Waheeda atau Wardina Saffiyyah pada suatu hari nanti. Insyaallah… =)
TAHNIAH ADIK MIA SARA NASUHA... =)
*Insyaallah, jika ada rezeki di suatu hari untuk terlibat belakang tabir dalam industri perfileman ini, saya akan ambil adik Mia Sara dalam filem saya nanti…hehehe Insyaallah… =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Setelah beberapa hari tak di ‘up-date’ blog ini disebabkan kesibukan yang teramat sangat dengan pelbagai tugasan akademik, akhirnya hari ini dapat juga saya peruntukkan masa selama beberapa minit untuk berkongsikan satu berita yang perlu kita semua fikirkan demi Bangsa, Agama dan Negara kita.
SERAMAI 152,182 anak luar nikah atau tak sah taraf direkodkan bagi 2008 hingga tahun lalu dengan Sabah merekod kelahiran anak tak sah taraf paling tinggi dengan 41,490 orang.
Selain Sabah, statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga mencatat kelahiran anak tak sah taraf tinggi iaitu Selangor (18,983 orang); Sarawak (17,570 orang); Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, berkata, kajian pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati terdapat pelbagai sebab berlakunya kelahiran anak luar nikah.
Beliau berkata, antaranya pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks, tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual, kurang perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.
“Antara langkah yang dibuat ialah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan 2009 bertujuan meningkatkan pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan remaja berhubung kesihatan reproduktif.
“Kementerian juga bekerjasama dengan media mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk kepada pelajar institusi pengajian bagi menangani kelahiran anak luar nikah,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang mahu tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan bagi tahun 2008 hingga 2010 mengikut pecahan negeri dan punca utama berlakunya masalah itu serta inisiatif kementerian bagi membendung gejala itu.
Menjawab soalan tambahan Mohd Jidin, sama ada pelaku dan juga ibu bapa boleh didakwa, Heng berkata, bagi pelaku bukan Islam ia tidak dikenakan tindakan, bagaimanapun bagi pelaku Muslim ia boleh didakwa mengikut Akta Jenayah Syariah Persekutuan 1997.
Sumber : Harian Metro
*Apa yang patut kita lakukan? Siapakah yang harus kita persalahkan? Bagaimana kita hendak mengurangkan angka tersebut sebelum ianya menjadi lebih parah lagi? Semuanya haruslah bijak mengawal diri dan sentiasa ingat kepada ALLAH TAALA…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah untuk menegakkan agama Islam, mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 218)
Memang benar ! Setiap orang pasti mengimpikan kebahagian yang sempurna dan diberkati-Nya. Namun, kita lalai dan leka dalam keasyikan duniawi yang semakin tahun berganti usia kita juga semakin bertambah dan semakin dekatlah kita kepada ajal.
Dari itu kita sudah seharusnya semakin matang dan bijak dalam mengisi dan memanfaatkan usia kita dalam kehidupan ini. Apa pun yang kita lakukan haruslah bertambah lebih baik dari sebelumnya. Bagi penulisan kali ini, saya ingin kaitkan dengan penghijrahan yang berlaku di kalangan artis wanita di Malaysia.
Alhamdulillah, satu persatu artis-artis wanita hari ini berhijrah dengan satu penghijrahan yang cukup dihormati dan diterima oleh orang sekeliling terutamanya kepada imej bertudung dan menutup aurat. Ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada remaja wanita yang semakin hari semakin terdedah dengan pelbagai kelekaan dan kelalaian yang tidak bermanfaat.
Saya sendiri berpendapat dengan penghijrahan yang ditunjukkan oleh segelintir kecil artis wanita berkenaan, ianya memberi gambaran bahawa setiap manusia boleh berubah kepada kebaikan. Kita sebagai pemerhati seharusnya mendoakan agar golongan artis wanita ini kembali kepada tuntutan agama seperti Firman Allah yang bermaksud :
“Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Haq) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang Mu’min, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.”
(Surah Muhammad – Ayat 19)
Satu persatu memberi imej bahawa industri hiburan tanah air masih boleh dicorakkan dengan konsep Islamik sebagai tarikan baru kepada golongan remaja yang kian tidak terkawal dengan taksubkan hiburan dari barat. Saya doakan agar setiap kita terus berlapang dada dan mendoakan serta membimbing para remaja di luar sana agar kembali kepada Agama. Insyaallah…
Di sini saya tunjukkan beberapa orang artis wanita yang sudah menunjukkan perubahan yang cukup baik. Sama-samalah kita doakan agar rakan artis mereka yang lain akan turut sama melakukan perubahan. Insyaallah… =)
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Bulan ini kita digemparkan dengan keputusan mengejut yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan berkenaan dengan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menzahirkan sokongan atau bangkangan dalam politik sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“ Seksyen 15 (5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap –
(a) Mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia ; “
Keputusan majority 2 -1 oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lalu. Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September 2010 yang memutuskan seksyen berkenaan tidak melanggar Perlembagaan selepas menolak saman pemula mereka.
Seksyen berkenaan melarang pelajar university melakukan apa saja yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau bangkangan terhadap parti politik sama ada di dalam atau di luar Negara.
Muhammad Hilman Idham, 22 ; Woon King Chai, 23 ; Muhammad Ismail Aminuddin, 23 ; dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23 ; ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke lembaga disiplin UKM pada 4 Julai lalu yang mendapati mereka tidak bersalah.
Mereka kemudian memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 15 (5)(a) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Menurut mereka Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan menyatakan warganegara berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dan itu adalah penzahiran dan pembabitan dalam politik.
Banyak pendapat yang dapat kita lihat berhubung isu ini di dada-dada akhbar, di facebook dan pelbagai lagi yang cakna dengan isu melibatkan mahasiswa ini. Ada yang bersetuju dan ada juga tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan ini.
Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ada menyatakan di facebooknya bahawa antara matlamat utama untuk membenarkan mahasiswa IPT terlibat dalam politik adalah untuk mematangkan demokrasi Malaysia dengan meluas selain meningkatkan partisipasi rakyat, termasuk belia dan mahasiswa IPT dalam struktur dan proses membuat keputusan.
Ia jelas menunjukkan bahawa semua pihak sekarang harus memberi ruang dan peluang untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik ini kerana di universiti sendiri sudah ada unsur-unsur politik yang diterapkan sepertimana berlakunya Pilihanraya Kampus dan Pembentukan Kabinet Mahasiswa. Tiada alasan menyatakan bahawa politik tidak dibenarkan di universiti.
Saya ada juga melihat komen-komen dari pelbagai pihak yang mengatakan bahawa sekiranya mahasiswa terlibat dengan politik, kemungkinan besar akademiknya akan jatuh merudum. Tapi apa yang jelas, tiada mana-mana pihak sehingga sekarang dapat menyatakan FAKTA sebenarnya terhadap kesahihan segelintir individu yang menyatakan sekiranya mahasiswa terlibat dengan politik, akademik akan jatuh. Contohnya peratusan kegagalan mahasiswa di Universiti yang terlibat dengan politik.
Seterusnya ketikamana berlangsungnya Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010 di Esset, Selangor, majoriti perwakilan yang menghadiri konvensyen berkenaan menyokong sekiranya mahasiswa terlibat dengan politik. Walaupun tidak semua perwakilan dari seluruh Malaysia hadir konvensyen tersebut, sekurang-kurangnya pelbagai pihak yang berada di situ dalam melihat majoriti undian yang dibuat menyokong mahasiswa terlibat dengan politik. Mungkin ini juga boleh dianggap sebagai fakta. Sepertimana berlakunya pilihanraya di sesuatu kawasan, majoriti yang keluar mengundi bukannya 100 peratus. Betul tak?
Selain itu, sebagai cadangan, mungkin setiap universiti dapat mengeluarkan peratusan mahasiswa yang gagal di universiti yang terlibat dengan politik kampus sebagai FAKTA rasmi yang dapat digunakan bagi menyokong dakwaan bahawa jika dibenarkan mahasiswa terlibat dengan politik, akademik mahasiswa akan jatuh.
Saya sendiri berpendapat agar semua pihak wajar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan ini disebabkan selagi ianya tidak dipinda, dimansuhkan atau diteliti semula, selagi itulah didesak oleh sesetengah mahasiswa di seluruh Malaysia. Pendapat saya pula berkenaan dengan AUKU ini, saya tidak bersetuju sekiranya ianya dimansuhkan dan saya menyokong jika AUKU diteliti semula serta mengambil kira pandangan seluruh mahasiswa.
Akhir kata, saya mengharapkan agar setiap keputusan yang dibuat, seluruh mahasiswa haruslah menghormati setiap pendapat yang diberikan oleh setiap individu agar perpecahan di kalangan mahasiswa hanya disebabkan berlainan pendapat dan ideologi tidak akan berlaku. Kerjasama serta hormat-menghormati antara satu sama lain lebih penting sepertimana dituntut dalam Islam.
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Firman allah;
Maksudnya;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).”
(Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah;
Maksudnya;
“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.”
(Surah As-Soffaat : ayat 107)
Banyak kebaikan dan teladan yang boleh diambil daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS ini. Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail AS, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidiladha’ dan ‘Selamat Melakukan Ibadah Korban’ serta ‘Selamat Bercuti’ kepada semua yang akan bercuti sempena meraikan Aidiladha ini. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Sejak kebelakangan ini, pemerhatian yang dibuat oleh saya menunjukkan segelintir kelompok mahasiswa yang terlibat dengan kelab atau persatuan mahasiswa seakan tidak tahu akan tugas mereka dan tidak mengenali erti perkataan ‘Bekerja Secara Profesional’.
Apa yang menariknya, jauh berbeza situasi ini jika hendak dibandingkan ketikamana saya memegang jawatan, Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam, Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM bagi sesi 2009/2010. Apa yang dapat saya katakan adalah apa yang berlaku di depan mata saya ini seakan bekerja secara ‘Tidak Profesional’.
Memegang sesuatu tugas adalah bukan atas paksaan tetapi menjadi kerelaan diri untuk terus berkhidmat kepada mahasiswa. Kalau anda tidak ‘Sukarela’, Sila lepaskan jawatan Anda ! Saya diperingkat mahasiswa biasa, tidak mempunyai sebarang masalah jika anda berbuat sedemikian ! Itu adalah hak dan keputusan kamu !
Sepanjang saya memegang MPM dahulu, saya tidak pernah mempertikaikan sedikit pun terhadap setiap apa yang dilaporkan, diadukan dan dikritikan oleh mahasiswa sekeliling kerana itulah gunanya saya yang berkhidmat untuk mahasiswa dan apabila saya melihat situasi sekarang pasti yang akan berlaku, si pengadu, pelapor, pengkritik akan dipertikaian semula oleh mereka-mereka yang mempunyai jawatan di universiti mahupun kolej atas aduan yang dilaporkan.
Jika memandang dari sudut positifnya, dapat dikatakan bahawa situasi ini akan menyeimbangkan komunikasi antara pihak mahasiswa biasa dengan mereka yang berjawatan dan seterusnya melahirkan ikatan yang akan bertambah erat antara pemimpin mahasiswa dengan mahasiswa biasa.
Dari sudut negatifnya, dapat saya katakan bahawa situasi ini akan menyebabkan mahasiswa biasa akan menyampah dengan alasan yang sentiasa ‘LAPOK’ diberikan dan ini akan mengundangkan ketidakkebersanan untuk menyatukan seluruh mahasiswa di sesebuah institusi pengajian tinggi.
Saya beranggapan bahawa segelintir kepimpinan seperti ini perlu diberi pendedahan yang seterusnya iaitu ‘Bagaimana hendak berhadapan dengan klien’ agar situasi ini dapat dibendung sebelum bertambahnya perasaan menyampah mahasiswa biasa ini terhadap kepimpinan tersebut.
‘Be Professional…’
Jika anda sudah bersetuju untuk menjawat jawatan tersebut, jalankan tugas anda dengan sebaik mungkin agar anda sendiri dapat memuhasabahkan diri. Tak guna memegang jawatan jika sentiasa menyalahkan semula kepada si pengadu atau si pelapor semata-mata untuk mempertahankan diri anda.
Penulisan kali ini saya tidak mahu tujukan kepada sesiapa pun tetapi ‘Siapa Yang Makan Cili Dia Akan Terasa Pedasnya’ ! Dan saya harap teguran ini adalah sekadar untuk saya memperbaiki secara tidak langsung kepada segelintir kepimpinan mahasiswa. Apa yang saya cakap ini bukannya hanya sekadar TIN KOSONG tetapi berdasarkan pengalaman saya dalam portfolio yang saya pegang sebelum ini terutamanya berkenaan dengan PENGADUAN AWAM.
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com