Thursday, April 1, 2010
Aktiviti Hari Ini (1)....
Hari ini saya ada cerita sedikit mengenai program yang diketuai oleh saya sendiri iaitu University Social Responsability (USR@Melaka 2010). Insyaallah, ianya akan berlansung pada 2 hingga 6 Jun 2010 bertempat di Bukit Katil, Melaka.
Alhamdulillah, di atas kepercayaan yang diberikan oleh En.Sharil Abdullah terhadap diri saya dan Mohamad Hazrai untuk memegang amanah ini. Kami akan lakukan yang terbaik dan bersyukur juga ke Hadrat Ilahi dengan penyertaan yang diluar jangkaan iaitu sasaran awal program ini adalah 80 orang tetapi disebabkan permintaan yang tinggi dari mahasiswa membuatkan penyertaan terhadap program ini dilebihkan kepada 120 orang. Tetapi sampai masa penulisan ini ditulis, penyertaan yang diterima hampir mencecah 145 orang.... Ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan supaya melibatkan seluruh mahasiswa dalam program ini dianggap perubahan baru dalam aktiviti mahasiswa.
Saya juga ingin berterima kasih kepada timbalan-timbalan presiden persatuan pelajar yang memberi sokongan penuh terhadap program ini seperti PEHARTA, PEMKA, JKM KSJ, JKM KSS, KKDK, COMSTAR, JURUTEK, RIC, SMART, SHR, SRI dan sebagainya lagi. Itulah yang dinamakan semangat kerjasama dan "Team Work" ini yang membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Semoga kita semua terus berpimpin tangan seiring dalam merealisasikan program USR ini seperti yang dirancang.
Kepada semua peserta USR@Melaka ini, saya dari pihak urusetia mengharapkan komitmen yang tinggi dari anda semua. Semoga kita bersama merealisasikan impian kita dalam menjayakan program seperti yang akan memberikan satu transformasi pendidikan, dan sebagainya lagi di sekitar kawasan Bukit Katil, Melaka.
Apa-apa pun, doa dan sokongan dari semua pihak, pembaca blog ini, dan rakan-rakan seperjuangan amat diperlukan. Kita adalah generasi baru yang akan terus mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. Pengalaman yang akan kita kutip di program ini dapat diguna pakai pada masa akan datang...
INSYAALLAH....
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"
Monday, March 29, 2010
Ragam Hari Ini (1)...
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan saya pada saat-saat getir dalam melangkah kaki ke dunia "FINAL EXAM". Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, saya ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya penulisan ini menyinggung mana-mana pihak. Tujuan utama saya berkongsi penulisan ini adalah sebagai pengajaran dan dijadikan teladan kepada rakan-rakan seperjuangan termasuk diri saya sendiri.
Pada mulanya situasi ini berlaku agak tegang antara dua pihak yang berlainan pendapat. Satu pihak menganggap dirinya ditipu "hidup-hidup" dan satunya lagi menganggap dirinya tak bersalah. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana dia datang pada kami tanpa mengungkap sepatah kata kemaafan walaupun ketika kejadian itu, ketua yang dilantik berada di situ. Inikah yang dinamakan sebagai pemimpin pewaris bangsa?
Berbalik kepada situasi tersebut, kenapa isu "Ditipu" ini boleh dibangkitkan? Segalanya berpunca apabila si A menelefon si B. Apabila si A bertanya, "Di mana kamu?" si B pula menjawab, "aku ada di **** *****". Si A pun membalas ucapan terima kasih. Semua kami di situ tertanya-tanya...sedangkan si A, C dan D ini telah melihat gelagat si B di kafe sejam sebelum itu. Kemudiannya, si C tidak berpuas hati dan terus menerus menelefon si B. Saya dan rakan-rakan yang lain hanya mampu tersenyum sinis melihat gelagat seorang mahasiswa seperti itu. Keadaan di situ mejadi agak kelakar dengan sandiwara yang ditunjukkan oleh si B. Apabila telefon diangkat, si C pun sergah dan persoalkan di mana kamu berada sekarang, maka si B pun secara jujurnya menjawab berada di bilik sedang settlekan masalah. Maka, berlangsunglah perbualang yang hangat seketika waktu.
Setelah beberapa adegan yang agak tegang itu berlaku, saya dan 4 orang lagi rakan seperjuangan sebulat suara dan bersepakat menghabiskan juga tugasan yang dipertanggungjawabkan itu walaupun ketiadaan dan sokongan dari si B. Alhamdulillah, tugasan itu berjaya disiapkan dengan jayanya oleh kami berlima.
Persoalan :
- Adakah perkara ini berlaku disebabkan kesilapan dari pihak-pihak tertentu?
- Adakah ianya berlaku disebabkan kesilapan pengurusan kumpulan tugasan tersebut?
- Kenapa pula perlu menipu pada saat-saat sebegini?
- Adakah tiada keserasian dalam kumpulan ini?
- Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya?
Moral daripada situasi tersebut:
- Saya menyeru agar orang-orang yang terlibat ini bertemu kembali dan selesaikannya secara baik dan berhemah.
- Janganlah ego tak bertempat. Sedarlah bahawa kita semua ini hanyalah manusia biasa.
- Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
p/s : Sedarlah wahai sahabatku sebelum terlambat kerana kami yang berada di tempat kejadian amat-amat kecewa dengan sikap dan keegoan kamu itu. Kamu adalah kawan terbaik kami. Ingatlah, ALLAH MAHA ADIL dan ALLAH jugalah YANG MAHA MENGETAHUI.
Sampai Jumpa,
Ikhlas dari sahabatmu....
Usaha Ke Persada Realiti....
Persada realiti destinasi tujuan...
Inilah permulaan
Diriku untuk bersinar
Harapan mencari haluan
Jalan ke persada kejayaan
Cita-cita persada impian...
Langkah diperorak
Selangkah demi selangkah
Tekad usaha dipercorak
Keemasn persada
Impian harapan...
Gigih usaha diri ini
Mengenal realiti fantasi
Cabaran dan dugaan, kini
Tetap ku lalui
Tetap ku harungi
Kelemahan dan kegagalan
Takkan datang berulang
Usaha tetap diteruskan
Gemuruh di hati bukan penghalang
Gagahku untuk berdiri
Medan perjuangan ditakluki
Genggam erat terus berlari
Menuju destinasi
Kejayaan semakin dihampiri
Usaha ke persada realiti...
Usaha ke persada realiti...
(NUKILAN : SAYA SENDIRI)
Cerita di sebalik puisi di atas :
Ketika puisi ini diilhamkan, saya masih lagi menuntut di Sekolah Menengah Teknik Langkawi. Puisi ini juga dicipta sebagai lambang saya untuk bangkit dari kesilapan lalu dalam meneruskan liku-liku kehidupan yang sentiasa memberi cabaran dan tamparan hebat kepada saya yang hanya seorang insan biasa.
Ketika itu juga, saya mulai memberi sedikit nafas baru dalam meneruskan perjuangan saya yang pada mulanya agak perlahan dan mula merasai suasana baru yang harus saya tempuhi. Transformasi yang diharapkan memberi tanda-tanda awal untuk saya terus melangkah ke hadapan. Ketika itu juga, saya mula memasang pelbagai impian dan angan-angan yang mesti saya kecapi dalam hidup yang sementara ini. Alhamdulillah, saya mula merasai satu persatu kejayaan yang sememangnya diimpikan oleh golongan belia remaja seperti saya iaitu antaranya :
- Pelajar Terbaik Kursus Kejuruteraan Awam 2007
- Anugerah Nilam Peringkat Sekolah 2007
- Penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Langkawi 2007
- Penerima Anugerah Seri Mahligai (Jabatan Keusahawanan Terbaik-JKM KSJ UTM) 2009
- Penerima Anugerah Permata Gemilang (Tokoh Harapan JKM KSJ UTM) 2009
Dan beberapa lagi anugerah lain. Semua anugerah tersebut adalah hasil usaha saya sendiri dan sokongan padu dari ayah bonda, keluarga dan seterusnya sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa mendoakan kejayaan saya.
Puisi ini juga sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi untuk saya terus mengorak langkah bagi mencapai semua impian yang telah dipasang dan tidak terus lemas dengan hiburan yang tidak terkawal dan dibuai mimpi indah yang akan terus mengkhayalkan. Saya harus berdiri di bumi yang nyata, berpegang pada prinsip yang ditetapkan oleh saya sendiri untuk terus ke hadapan. Oleh itu, kepada sahabat-sahabat dan pembaca blog saya ini fahamilah maksud tersirat di sebalik bait-bait ayat yang telah diilhamkan ini. Insyaallah, kita sama-sama merasai dan mendalaminya.
Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua agar kita bangkit dan berdiri bersama-sama dalam mengorak langkah awal untuk terus tersedar dari tidur yang lena. Ingatlah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan... dan Kejayaan takkan datang kalau kita sendiri yang tidak mencarinya...
Sebelum mengundur diri, saya juga ingin mengucapkan "SELAMAT BERJAYA" kepada seluruh mahasiswa UTMIC dalam menghadapi Peperiksaan Akhir semester kali ini. Semoga usaha yang dilakukan kali ini membuahkan hasil dan seterusnya menggembirakan ayah dan ibu anda. Insyaallah....
"USAHA KE PERSADA REALITI"
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"
Sunday, March 28, 2010
Saturday, March 27, 2010
Semarak V-TUIT....
Bertemu kita kembali dalam blog ini. Sebelum saya terus menulis, mesti korang tertanya-tanya apa itu "Semarak V-TUIT"??? Hehehe....
Hari ini, saya ingin mengulas sedikit mengenai program berbentuk ilmiah yang dilakukan oleh Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) iaitu Valuation Tuition (V-TUIT). Pada dasarnya, nama program itu telah dicadangkan oleh saya sendiri ketika saya masih bergelar Presiden PEHARTA dahulu tetapi selepas saya beralih angin ke kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa, program itu telah diteruskan dan disemarakkan lagi oleh Barisan Kepimpina Baru PEHARTA 09/10 yang diketuai oleh Saudari, Najwa Dalila dan Saudara, Mohd Farid Zulkipli, selaku Pengarah Program.
Apa yg boleh saya katakan di sini adalah kepentingan menuntut ilmu. Firman Allah dalam Surah al-Alaq, ayat 1 - 5 yang bermaksud :
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhan-Mu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Berbalik semula kepada program "V-TUIT" tersebut, saya sendiri dapat saksikan sokongan padu dari pensyarah-pensyarah, Pihak HEP dan mahasiswa sendiri supaya menitikberatkan soal akademik mahasiswa.
Melihat kepada gerak kerja para AJK Pelaksana juga memang di tahap yang sangat baik disebabkan gerak kerja yang dilakukan adalah 2 minggu lebih awal sebelum tibanya program tersebut. Manakala pemilihan pensyarah jemputan pula berubah-ubah disebabkan kesibukan masing-masing. Jika dilihat kerjasama AJK Pelaksana, saya sendiri dapat saksikan komitmen yang diberikan itu amatlah terbaik dan ini yang menimbulkan satu daya penyatuan mahasiswa dalam merealisasikan sesuatu impian seterusnya mewarisi kepimpinan negara kelak.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan TAHNIAH diucapkan atas usaha yang telah dilakukan.
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"
Isu Wireless Di Kediaman Siswa Jaya UTMIC
Bertemu kita kembali setelah menyepi dalam seminggu ini. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan "ISU WIRELESS" di Kediaman Siswa Jaya.
Pada 18 Mac 2010 (Khamis), saya selaku Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam MPM UTMIC bersama 2 orang Exco MPM UTMIC (Mohamad Hazrai dan Nur Hidayu) berserta 4 orang lagi wakil mahasiswa UTMIC telah mengadakan satu pertemuan khas dengan Pihak Ketua Bahagian CICT yang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat CICT UTMIC.
Berikut adalah isu yang dibangkitkan oleh pihak kami (mahasiswa) :
- Mahasiswa mendapat kesukaran untuk memuat turun "file" daripada E-Learning UTM dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan akademik.
- Status wifi yang dikesan oleh komputer riba adalah di tahap "Excellent" tetapi mahasiswa masih kurang dapat untuk mengakses wireless tersebut.
- Coverage untuk wireless adalah sukar bagi sesetengah zon di Kediaman Siswa Jaya.
- Coverage untuk wireless juga adalah sukar bagi bilik yang bertentangan dengan Flat Desa Rejang.
- Sekiranya dapat sambung ke internet, kelajuan internet adalah sangat perlahan terutamanya pada pukul 8.00pm hingga 1.00am.
Dan ini pula merupakan maklum balas dari Pihak CICT :
- Pihak CICT akan menambahkan 2 Wimax (khas) dan 1 Streamyx (khas) di Kediaman Siswa Jaya.
- Peratusan aduan mahasiswa mengenai wireless terhadap pihak CICT adalah terlalu rendah iaitu di kalangan mahasiswa tempatan.
- Setiap laporan pihak CICT juga menyatakan bahawa wireless di Kediaman Siswa Jaya adalah di tahap yang baik dan laporan tersebut juga telah disahkan dan ditandatangani oleh pengetua dan staf Kediaman Siswa Jaya.
- Pihak CICT juga telah menyediakan dan memperuntukkan 90 unit komputer baru kepada Kediaman Siswa Jaya untuk kegunaan mahasiswa (30 unit bagi setiap blok), tetapi masih belum dibuka atas alasan kekurangan kakitangan.
Dengan maklumat yang telah diberikan ini, diharapkan mahasiswa UTMIC dapat bersabar dan melihat transformasi yang dilakukan ini...Insyaallah...
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"
Monday, March 22, 2010
Duhai Bondaku...
Di saat aku dilahirkan
Celik mata memerhati
Mengenal dunia penuh duri
Tangisku ini mengundang tawamu
Engkau membelai, mendodoi daku
Penuh keikhlasan di riak mukamu
Kerah keringatmu ibu, memastikan
Daku lena dibuai mimpi indah...
Duhai Bondaku, Sayang...
Engkau terus harungi
Rintangan membesarkan diriku
Sekecil tapak tangan
Terus membesar seperti ini
Segagah ini...
Duhai Bonda...
Di saat teringatkanmu
Air mataku ini mengalir di pipi
Mengenang dikau
Hatiku ini sayu
Bapila mengimbas pengorbananmu
Terhadap aku
Tapi aku janji
Aku akan senantiasa membahagiakan dikau
Walau apa pun terjadi...
Kerana...
Tanpamu...Siapalah aku?
Sedangkan syurga yang diimpikan
Oleh seorang anak sepertiku
Bukan di mana-mana
Tapi di telapak kakimu itu...
Aku tahu...
Aku sering mengecewakan engkau
Tapi hati aku tidak sebegitu
Kerana engkaulah insan yang bertakhta di hati ini
Tidak ada lain melainkanmu....
Duhai Bonda...
Ampunilah anakmu ini.....
Semoga puisi ini memberi sedikit kesedaran kepada remaja sekarang mengenai jasa pengerbonan seorang ibu yang melahirkan kita sembilan bulan. Menanggung segala keperitan, tetapi kenapa kita sebagai seorang anak tidak boleh membahagiakannya.? Kenapa?
Renung-renungkanlah...



