Sunday, August 8, 2021

BELAGU : Sebuah kisah klasik dari Dayang Nurfaizah...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Sejahtera...

Ambik semangat Olympic Tokyo 2020 tadi, satu berita menggembirakan buat rakyat Malaysia apabila Datuk Azizul Hasni Awang dan Shah Firdaus, dua wakil dari Malaysia yang berjaya mara ke suku akhir bagi acara Keirin Lelaki yang akan diadakan pada hari ini (pagi 8 Ogos 2021) dan sama-sama doakan agar kedua-duanya mampu memberikan kejayaan buat Malaysia dengan menyumbangkan pingat kedua bagi kontinjen Malaysia... Insyaallah...

Hari aku nak mengulas atau memberi review terhadap satu album yang terbaru dari Dayang Nurfaizah iaitu BELAGU. Tahu apa tue BELAGU? BELAGU adalah dari bahasa Sarawak yang membawa maksud menyanyi. Album nie aku beli secara terus dari Dayang Nurfaizah semasa beliau membuka pre-order kepada para peminatnya.

BELAGU - Sebuah Kisah Klasik Dari Dayang Nurfaizah...

Benar! BELAGU nie memberi satu kelainan transisi berbeza dari Dayang Nurfaizah sebagai penyanyi R&B yang cuba mengimbau atau mengembalikan kepada kita semua dengan lagu-lagu melayu klasik yang diberikan nafas baru yang lebih segar dan indah tanpa mengubah melodi asal bagi setiap lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini.

Pertamanya aku cukup tertarik ketikamana Dayang Nurfaizah memberi teaser lagu Tudung Periuk di instagramnya, dan aku terus terpikat dengan susunan melodinya dan sentiasa tertunggu-tunggu apakah yang terbaru dari Dayang ketika itu. Rupa-rupanya Dayang akan keluarkan satu album berbentuk fizikal iaitu BELAGU.

Dalam album ini terdapat 8 track lagu yang disusun secara segar untuk kita terus duduk dan dengar setiap lagu-lagu yang dipersembahkan di dalam album BELAGU ini dan lebih menarik untuk album kali ini, Dayang turut menghadiahkan beberapa keping gambar sebagai tanda ingatan buat semua peminat dan pendengar album BELAGU.

Dan yang paling menarik adalah album BELAGU ini dirakam secara live dimana barisan pemuzik turut berada mengalunkan muzik dengan persembahan vokal Dayang Nurfaizah yang mantap dengan mengambil inspirasi penyanyi-penyanyi terdahulu merakamkan album secara live tanpa rakaman di studio sepertimana kebiasaannya.

Track Pertama - Tudung Periuk

Lagu Tudung Periuk ini adalah single pertama yang diambil dari Album BELAGU dan bila kali pertama mendengarnya dan membuatkan aku tertarik untuk terus mendengar dengan lenggok dan susunan melodi yang segar dibawakan oleh Dayang.

Lagu nie adalah lagu asal dari Seniman Negara P.Ramlee dan Salmah Ismail yang menjadi lagu tema di dalam filem Sumpah Orang Minyak. Cukup berbeza susunan muzik yang asal tetapi diberikan satu nafas baru oleh Dayang dengan pembawaan vokal yang gemersik dan lenggok syahdu yang lebih segar tanpa mengubah melodi asal lagu ini.

Track Kedua - Jikalau Abang Merindu

Lagu Jikalau Abang Merindu ini sedikit rancak muziknya dan pembawaan oleh Dayang adalah sedikit berbeza dengan penyanyi asal lagu ini iaitu Nona Asiah dan seterusnya Uji Rashid. Lagu nie best sebenarnya bila didengar secara santai disebabkan gabungan muzik yang agak rancak dengan lontaran vokal Dayang yang sedap yang sedikit sebanyak kita pun tak tahu yang sebenarnya lagu ini sudah wujud zaman berzaman.

Track Ketiga - Tak Seindah Wajah

Pertama kali aku dengar lagu Tak Seindah Wajah ini adalah ketika konsert Perjalanan Seni Tan Sri SM Salim dan ya, penyanyi asal untuk lagu ini adalah Tan Sri S.M. Salim. Lagu ini diberi nafas baru oleh Dayang yang ternyata memberikan kelainan penyampaiannya yang lebih segar.

Track Keempat - Malam Ku Bermimpi

Malam Ku Bermimpi merupakan single kedua oleh Dayang dalam memperkenalkan Album BELAGU kepada umum dan pertama kali aku tengok Dayang mempersembahkan lagu ini secara live adalah ketika mempromosikan BELAGU di Malaysia Hari Ini.

Penyanyi asal lagu Malam Ku Bermimpi ini adalah P.Ramlee dan Saloma. 

Track Kelima - Gurindam Jiwa (Duet Bersama Hael Husaini)

Lagu Gurindam Jiwa adalah lagu asal yang dinyanyikan oleh penyanyi Singapura iaitu R. Ismail tetapi untuk album ini, Dayang menyanyikannya secara duet bersama Hael Husaini iaitu antara pasangan duet yang terbaek di Malaysia dan pernah muncul sebagai pemenang utama di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-33 menerusi lagu HARAM.

Aku agak tertarik dengan lagu ini apabila digabungkan dengan vokal unik oleh Hael Husaini yang tak silap aku, kali pertama beliau menyanyikan lagu klasik secara lenggok asli dan ternyata ianya menjadi! Lagu Gurindam Jiwa ini antara lagu yang paling aku suka di dalam album BELAGU.

Track Keenam - Tari Tualang Tiga

Lagu Tari Tualang Tiga adalah lagu tema dari Filem Sumpah Orang Minyak yang dinyanyikan oleh Seniwati Negara, Saloma. Lagu nie agak rancak dan sekali sekala membuatkan kita turut bertepuk tangan mengikut rentak muzik yang cukup menarik.

Kali pertama aku dengar Dayang nyanyi lagu nie adalah di Konsert Kesuma Jiwa di Istana Budaya sebelum berlakunya pandemik Covid-19. Masa tu tak terfikir pun yang Dayang akan keluarkan album baru dan lagu ni menjadi salah satu lagu yang akan dimuatkan di dalam album terbaru beliau.

Track Ketujuh - Dikirim Jangan Dipesan Jangan

Sejujurnya, aku tak pernah dengar lagu ni sebelum Dayang menyanyikan semula lagu ini untuk Album BELAGU. Setelah membuat carian di google, lagu ini merupakan lagu asal yang dinyanyikan oleh Datuk Andre Goh.

Lagu nie tidaklah terlalu klasik tetapi susunan muziknya dapat mengembalikan kita ke zaman dahulu apabila diselitkan dengan alunan seruling yang memberi keindahan terhadap lagu ini. Lagu ni juga antara lagu yang menyerlahkan vokal Dayang dalam persembahan di dalam Album BELAGU.

Track Kelapan - Kenang Daku Dalam Doamu

Penyanyi asal bagi lagu Kenang Daku Dalam Doamu ini ialah M.Bakri dan seterusnya dinyanyikan semula oleh Datuk Sharifah Aini dan Tan Sri S.M. Salim. Tapi kebiasaannya aku dengar lagu ni oleh Tan Sri S.M. Salim.

Bila Dayang upload teaser di instagram ketikamana dia menyanyikan lagu ini sambil piano dimainkan oleh Aubrey Suwito, aku terus jatuh cinta ! Ketika tue, aku menjangkakan yang lagu ini akan dibawakan oleh Dayang secara yang lebih klasik dengan lenggok melayu asli dan ternyata ianya adalah benar! Memang sedap lagu ni dibawakan oleh Dayang.

Dengan alunan muzik yang agak santai dengan suasana atau pembawaan emosi yang sedih oleh Dayang, ianya ternyata mampu memberikan aku untuk memahami setiap bait-bait lirik yang ada di dalam lagu ini. Syabas Dayang!

Secara keseluruhan, aku sangat-sangat berpuas hati dan sangat-sangat berbaloi apabila dapat memiliki album BELAGU ini secara fizikal disebabkan Tahun 2021 nie kita dah bergerak ke muzik digital dan kebanyakan penyanyi lebih ke arah pendigital muzik berbanding berhabis duit untuk keluarkan album secara fizikal.

Lagu-lagu yang menarik dipersembahkan dengan lontaran vokal yang hebat oleh Dayang Nurfaizah menjadikan album ini antara yang menarik untuk dimiliki oleh semua dalam menyambut kehadiran penyanyi hebat untuk mengangkat kembali lagu-lagu klasik Melayu kepada generasi baru era 2021 ini.

Aku doakan semoga Dayang Nurfaizah terus success di masa akan datang dan mengharapkan sekiranya suatu hari nanti Dayang persembahkan lagu-lagu ini secara live di konsert-konsert yang akan datang disebabkan aku masih rindu dengan persembahan hebat Dayang di Konsert Kesuma Jiwa bersama Datuk Rizalman. Insyaallah...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur

Tuesday, August 3, 2021

Aku Dah Selesai 2 Dos Vaksin!

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Sejahtera...

Wahhhhh... Lama giler aku tak update blog yg semakin bersarang nie, ditambah pula dengan lambakan aplikasi untuk bersosial dan situasi semasa di Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 1. Walaupun sebelum nie dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), still masih busy dengan kerja-kerja yang perlu diteruskan.

Aku Dah Selesai Ambik Vaksin!

Alhamdulillah... Aku antara dari ribuan penduduk Malaysia yang telah terima kedua-dua dos vaksin dan aku memilih untuk menjadi rakyat Malaysia yang sukarela dalam mengambil Vaksin Astra Zeneca (AZ) untuk Batch Pertama. Aku sendiri secara sukarela untuk memilih dan mendaftarkan diri ketika dibuka sesi pendaftarannya di website pada 2 Mei 2021.

Aku sebenarnya sangat-sangat bersedia untuk ambil apa saja vaksin termasuklah Vaksin AZ. Vaksin AZ nie dikeluarkan dari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada asalnya disebabkan kegusaran segelintir Penduduk Malaysia yg terlalu percaya dengan berita-berita yang tersebar di media sosial tetapi aku tetap pilih Vaksin AZ sebagai pilihan sebab aku percaya dan yakin dengan pihak pengeluar dan pihak Kerajaan Malaysia.

Dos pertama yang aku terima bertempat di PWTC adalah pada 16 Mei 2021 iaitu setelah beberapa hari kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Aku hanya bergerak sendiri ke pusat vaksinasi nie dan alhamdulillah semua proses berjalan dengan lancar. 

Manakala dos kedua pula aku terima juga di PWTC pada 18 Julai 2021 iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Tarikh yang sama juga, mama aku terima vaksin untuk dos pertama di Alor Setar. 😍😍😍

Aku sebenarnya sangat-sangat menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan Malaysia mampu mencapai herd immunity dalam masa terdekat dalam mengawal atau ikhtiar untuk kita kurangkan kes-kes penularan Covid-19 ini termasuklah kes-kes kematian yang bertambah dari hari ke hari 

Di Facebook, aku selalu kongsikan mengenai kebaikan vaksin disebabkan ada segelintir dari sahabat-sahabat aku di media sosial yang bergerak untuk tidak mahu ambil vaksin (mungkin dorang ke arah Anti-Vaksin). Aku semestinya lebih mempercayai golongan ahli dalam perubatan yg hampir keseluruhannya menyokong penuh untuk kita semua mengambil vaksin.

Kesan Vaksin?

Sekadar perkongsian terhadap pengalaman aku terima vaksin ni, untuk dos pertama agak memberi kesan kepada aku sehingga aku terpaksa ke Hospital Kuala Lumpur untuk masukkan air disebabkan badan jadi terlalu lemah, rasa mual, pening-pening kepala, demam dan macam-macam lagi. Dan Alhamdulillah, aku diberi perhatian yang sangat baik dari seorang doktor yang memeriksa aku.

Doktor banyak bagi kata-kata nasihat dan memberi sokongan penuh bila aku bagitau aku ambik vaksin ni secara sukarela 😅. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih ingat dan kenal muka doktor yang sangat-sangat baik dengan aku. Ingat lagi, waktu dok masukkan air, doktor sorang nie beberapa kali datang dan melihat aku untuk ikuti perkembangan aku.

Bagi dos kedua pula, Alhamdulillah takde langsung kesan sampingan dan aku kekal sihat walafiat sehinggalah ke hari ini. Dan yang paling best, waktu terima dos kedua nie, aku sempat claim buku dari Buku Fixi dibawah kempen #CucukBersamaFIXI . Thanks a lot ya BUKU FIXI ! 

Sebelum ni pada awal Januari 2021, aku ada daftar untuk pemilihan Sukarelawan Kajian Klinikal Fasa III di Pusat Percubaan Klinikal, Hospital Ampang dan aku turut menghadirkan diri dalam sesi taklimat pada 18 Januari 2021 menerusi Google Meet.

Setelah mendengar taklimat dari pihak penganjur, hati aku berbelah bahagi samada nak teruskan ataupun menarik diri sehinggalah aku putuskan untuk tarik diri disebabkan alasan-alasan tertentu. 

Tapi apa-apa pun, aku tetap menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia dalam memastikan kita mampu mencapai herd immunity dengan kapasiti 80% dari keseluruhan Penduduk Malaysia menjelang akhir Tahun 2021.

Hopefully, anda semua juga telah terima dos vaksin sekurang-kurangnya satu dos sebagai menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia ini. Dan janganlah sesekali termakan dengan usaha puak Anti-Vaksin untuk menolak vaksin. Perolehilah maklumat sahih dari Kementerian Kesihatan Malaysia disebabkan para doktor ini adalah Ahli dalam bidang perubatan berbanding puak Anti-Vaksin yang rata-ratanya adalah Bukan Ahli dalam Bidang Perubatan.

Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur

Saturday, March 28, 2020

Tawan Gunung Hallasan di Jeju Island South Korea...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Hari ini merupakan hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, berbaki lagi 17 hari untuk duduk di rumah sebagai langkah mengekang dan mengelakkan penularan wabak ini terus tersebar di kalangan Rakyat Malaysia.

Empat (4) tiket flight aku sepanjang Februari - April 2020 terpaksa dibatalkan untuk percutian aku ke Wuhan (China)  Jakarta (Indonesia) dan Fukuoka (Japan) serta satu flight ke Alor Setar (Kedah). Pembatalan ini dibuat secara sukarela dan mujurlah ada yang dapat refund dan tukar tarikh.

TAWAN GUNUNG HALLASAN DI JEJU ISLAND (SOUTH KOREA)

Korang pernah dengar mengenai Gunung Hallasan? Gunung Hallasan nie berketinggian 1,950 meter dari paras laut. Gunung nie terletak di tengah-tengah Pulau Jeju. Dan mempunyai 6 laluan untuk pendakian.


Banyak cerita dan memori berkaitan Gunung Hallasan ini terutamanya ketika kali pertama tawan Gunung nie pada 13 Januari 2019 dan ketika aku belajar di Jeju National University sekitar Tahun 2014.

TAHUN 2014

Masih segar dalam memori aku dimana ada suatu hari tue, aku bersama-sama dengan rakan sekelas aku yang dari pelbagai negara beserta buddies kitorang (setiap foreign student diberikan 2-3 orang buddies sepanjang berada di JNU) merancang untuk mendaki setelah habis kelas.

Aku bersama dengan Chinfu (Taiwan), Thao Minbi (Vietnam), Yuan Tuan (China), Angelene (USA), Sarano (Japan) dan Andy (South Korea) bergerak ke Kaki Gunung menaiki Bas. Time nie cuaca lebih kurang 18-25°c dan aku dengan yakinnya pakai track suit dan sandle berstokin.

Sampainya di sana, aku dengan beberapa kawan aku tak dibenarkan masuk sebab tak ikut etika pakaian yang ditetapkan dan apa yang aku ingat sebab aku pakai sandle. Maka hancurlah harapan aku untuk tawan Gunung Hallasan itu. Maka kami pulang dengan perasan hampa dan terus berpicnic di belakang hostel. Kawan2 aku dah mabuk masa tue kecuali aku.

TAHUN 2019

Januari 2019 aku kembali ke Jeju Island setelah hampir 5 tahun aku tak jejakkan kaki di situ. Tapi kali ni aku datang travel bersama dengan rakan sepejabat dengan aku. Dan yang paling penting, Buddy Kesayangan aku, Andy banyak guide aku kali ni.

Ikut perancangan asal, tiada pendakian dalam itinerary yang aku buat sendiri sepanjang 7 hari berada di South Korea. Tetapi setelah dicadangkan oleh Andy supaya aku WAJIB mendaki Gunung Hallasan kali nie sebab Gunung tersebut sedang bersalji tebal dan rugi sekiranya kalau aku melepaskan peluang sebegitu.

Malam kedua aku berada di Jeju Island, Andy datang pickup aku di Hotel dan terus pusing-pusing Bandar Jeju Island yang agak banyak perubahannya Andy belanja aku makan cake cheese chocolate dan Hot Chocolate dan ketika itu dia bagi idea untuk aku mendaki Gunung Hallasan.


Dia tunjukkan kat aku gambar-gambar dia dengan gf dia mendaki gunung Hallasan tersebut dan aku rasa sangat rugi sekiranya aku tak ambil peluang untuk tawan Gunung Hallasan.

Selepas tue, Andy tengok aku dah kesejukan (time tue suhu di Jeju Island mencecah ke 5°c), dia bawak aku ke Jiljibang (Sauna/Onsen) untuk aku santai-santai. So kitorang apalagi mandi 'bogel' la dalam onsen tue sebab kalau korang masuk onsen, memang xboleh pakai apa-apa. Hahaha... Tapi dari Tahun 2014 lagi, Andy yang selalu bawak aku ikut dia dan kawan-kawan dia ke Jiljibang, so takde la malu sangat sebab tak ramai orang pun ketika kitorang datang.

Keesokan harinya, aku maklum kt team aku yang aku nak mendaki Gunung Hallasan dan mereka semua bersetuju. Awal pagi juga kamu tiba di Kaki Gunung Hallasan ikut laluan Eorimok Trail yang agak landai.
Tanpa sebarang kelengkapan mendaki dan pendakian salji, aku hanya redah saja. Semua teruja melihat salji kiri kanan.



Sampai pertengahan perjalanan, kami berpecah dan aku antara yang terawal berada di depan. Dan sampai satu tahap, aku sendiri tak nampak Jalan sebab salji terlalu tebal dan sesekali selisih dengan local people yang rata-ratanya bertegur sapa dengan aku dan ada yang siap memeluk aku.



Bulu kening dan rambut aku dah menjadi putih disebabkan suhu yang begitu rendah serta sesekali angin sejuk datang. Aku dengan keadaan kasut aku yang licin dan tiada tongkat, sesekali terpaksa berhati-hati sebab rasanya dua kali juga aku tergelincir dan terjatuh semasa mendaki akibat laluan terlalu licin.


Sampai di beberapa hentian, datang 3 orang local people remaja lelaki datang dan tolong aku dan dorang ajak Sekali dengan dorang naik ke puncak. Aku hanya ikut saja sehinggalah sampai di puncak. Sementara tunggu team aku sampai, aku lepak makan Roti dan biskut dengan kenalan baru aku tadi. Dorang memang sporting dan sangat-sangat friendly.




Semasa menurun ke bawah pulak, aku terjatuh dan tergelincir hampir 4 kali akibat kasut aku yang terlalu licin dan datang seorang ahjussi (uncle - local people) bagi pakai pendakap kasut untuk digunakan bagi laluan yang bersalji, spek mata dan tongkat kepada aku.




Ahjussi dan beberapa orang rakannya follow aku dan team aku sampai lah ke kaki Gunung Hallasan, dan semasa sampai di bawah mereka sediakan air mineral dan wain untuk aku dan team aku. Haha aku minum mineral saja tanpa minum wain. Haha...

Sebenarnya banyak lagi aku nak kongsikan tapi Insyaallah kalau ada masa nanti, aku sambung cerita lagi. Banyak aktiviti mengembara aku belum dipublishkan termasuklah pengembaran solo aku ke Maldives, Shanghai, Beijing, Tianjin, Chiang Mai, Chiang Rai, Brunei, dan lain-lain lagi. 

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com 
Setapak KL 
28/03/2020


Wednesday, March 25, 2020

Happy Meal McDonald's : Trolls World Tour...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Hari nie dah masuk hari Ke-8 Malaysia dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai salah satu usaha dari Pihak Kerajaan Malaysia mengekang penularan jangkitan wabak CONVID-19 yang kini sudah ada 16 kematian dan 1,624 kes dilaporkan setakat 24 Mac 2020.

Banyak usaha diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Dan terkini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dikerahkan dalam membantu pihak PDRM dalam memperketatkan arahan PKP ini.

Semoga semua barisan frontliner terutamanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM, ATM, APM, RELA, IMIGRESEN, Pihak Penyiaran, Pengeluar Makanan dan semuanyalah diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menangani wabak virus ini. Insyaallah...

HAPPY MEAL MCDONALD'S : TROLLS WORLD TOUR

Pada 14 Mac 2020 iaitu 4 hari sebelum perlaksanaan PKP ini, aku berpeluang untuk menonton filem Trolls World Tour di TGV Sunway Putra secara berseorangan. Dan aku agak berpuas hati dengan perjalanan cerita ini yang penuh warna-warni dan muzik dijadikan subjek Utama dalam memperkuatkan dan memperindahkan perjalanan filem ini.

Hampir setiap hari juga ini, iklan McDonald's berkenaan dengan mainan happy meal kali ini adalah karakter-karakter yang wujud dalam filem Trolls World Tour. Dan aku sangat-sangatlah teruja untuk mendapatkan ke semua sembilan karakter yang wujud di dalam filem tersebut.


Keunikan mainan Happy Meal kali ini membuatkan aku tewas dan berazam untuk kumpul kesemuanya dan Alhamdulillah, aku telah berjaya kumpul kesemua sembilan karakter tersebut. Dan menjadi koleksi terbaru dalam Koleksi Mainan aku di rumah. Aku salah seorang collector untuk toys dari superhero movie (marvel, DC), horror movie sehinggalah Trolls Movie.


Jom aku kongsikan kesemua sembilan karakter Trolls World Tour nie termasuklah perwatakan mereka di dalam filemnya.

1. Party Poppy


Poppy nie adalah watak utama bagi filem ini. Poppy nie seorang yang agak degil tapi dialah penyelamat utama dalam mengekalkan keharmonian trolls. Poppy nie sangat comey.

2. Party Branch


Branch nie adalah peminat Poppy dan dia suka Poppy tapi walaupun dia kurang bersetuju dengan keputusan Poppy, dia tetap ikut saja kemahuan Poppy.

3. Guy Diamond


Guy Diamond nie baru melahirkan seorang anak yang sangat comey. Aku pun tak pasti sebenarnya dia nie jantan atau betina tetapi gandingan papa dan anak dalam mewarnai muzik dalam filem nie cukup menarik.

4. Queen Barb


Queen Barbara ini adalah watak antagonis yang wujud dalam filem ini dan dia adalah watak yang berperanan mewujudkan suasana yang kurang harmoni di kalangan trolls apabila cuba mengangkat muzik Rock dengan mengenepikan lagi 5 muzik lain yang ada di kalangan trolls.

5. Biggie & Mr Dinkles


Biggie & Mr Dinkles nie lebih kepada watak sampingan yang sekadar membantu mewarnai filem ini dengan lawak jenaka yang agak menarik. Dia mengikut Poppy dalam keadaan tak disengaja ketikamana Poppy memutuskan untuk menyerahkan tali muzik dari suku puaknya.

6. Cooper


Cooper ini juga dari kalangan Trolls tetapi setelah mendapat tahu yang dia dari suku sakat puak lain yang tak sama dengan Poppy, dia memutuskan untuk mengembara mencari identiti puak dia semula dan akhirnya dia bertemu dengan kembarnya.

7. Hickory


Hickory nie watak yang sangat membantu dalam mencantikkan jalan cerita untuk filem ini. Sekali pandang, dia hanya secara individu tetapi di dalam filem, beliau sebenarnya adalah... Haha nak tahu? Kena tengok la sendiri filem nie... Haha

8. King Trollex


King Trollex nie adalah Raja bagi puak trolls yang membawa muzik bergenre disco. Puak King Trollex ni adalah puak pertama yang berjaya diperdaya dan kalah dengan puak Rock, Queen Barbara.

9. Cloud Guy


Cloud Guy ini hanyalah bertindak sebagai Penglipurlara yang hanya bercerita di awal dan akhir cerita sahaja. Haha...


So.. Korang dah tengok belum filem Trolls World Tour nie di Pawagam? Korang dah beli belum Happy Meal Mcd untuk dapatkan kesemua sembilan karakter Trolls World Tour yang comey - comey nie? Gi la beli sebelum terlambat... Haha

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
IG : @catatanajim
25 Mac 2020
Setapak, Kuala Lumpur

Sunday, February 16, 2020

Perempuan Tanah Jahanam : Sumpahan Jahanam Sang Pendosa...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Korang pernah dengar Joko Anwar? Joko Anwar merupakan salah seorang Pengarah Hebat dari Indonesia yang terus-terusan menyumbang karya ke Layar Perak bagi memeriahkan industri filem Indonesia termasuklah di Malaysia sendiri.

Filem-filemnya sentiasa menjadi bualan kepada Pencinta Filem Malaysia, seperti Janji Joni, Gundala dan sebagainya lagi. Aku antara salah seorang peminat filem-filem Joko Anwar.

PEREMPUAN TANAH JAHANAM : Sumpahan Jahanam Sang Pendosa...

Perempuan Tanah Jahanam adalah antara filem yang paling aku nantikan hasil karya Joko Anwar dan apabila aku dapat tahu yang filem 'masuk' ke Malaysia, aku menjadi begitu teruja terutamanya apabila kenalan-kenalan aku di Indonesia memuji filem ini.

Aku bersama Joko Anwar :) 

Pertama kali aku mendengar mengenai filem ini adalah melalui ZHAFVLOG dan Rekomen Filem ketikamana mereka membuat liputan penuh mengenai filem ini di Malam Gala Tayangannya di Indonesia.

Apabila aku terbaca sinopsis filem ini, hatiku memuncak dan teruja kerana ada perkara tertarik untuk aku terokai dan gambaran bahawa filem ini menarik adalah menjadi kenyataan.

Ternyata, filem ini sangat-sangat AWESOME! dan sangat-sangat PUAS HATI! Tiga kali aku menjengah ke Pawagam untuk menyaksikan filem ini. Kerana 3 kali untuk menonton filem yang sama di Pawagam adalah sangat-sangat menampakkan yang aku menyokong dan peminat kepada filem ini.

Lakonan Tara Basro sebagai Maya memperlihatkan satu lakonan yang begitu meyakinkan dan menjiwai wataknya sepenuh hati. Watak dan perwatakannya di dalam filem ini menjadi kekuatan utama untuk filem ini terus bergerak dari satu babak ke babak yang lain.

Aku bersama Ario Bayu, salah seorang watak penting yang menghidupkan perjalanan cerita Perempuan Tanah Jahanam! 

Konsep 'gore' atau 'disturbing' yang dipertunjukkan di dalam filem ini menjadi kekuatan Utama dalam memperkemaskan perjalanan pengkisahan Maya yang kembali ke Desa Harjosari. Dari babak ke satu babak tanpa 'jumpscare' yang keterlaluan, filem ini terus nampak kemas dengan suasana serta emosi yang dipertunjukkan oleh para pelakon.

Pembunuhan secara kejam Dini (kawan Maya) dan pembunuhan bayi yang baru dilahirkan, filem ini terus menyokong konsep disturbing itu tetapi aku sedikit kecewa kerana aku merasakan banyak babak-babak di potong yang mungkin terlalu 'kejam' atau sebagainya.

Apa-apa pun, aku berpuas hati dengan filem ini Perempuan Tanah Jahanam dan aku bagi 9/10 bintang untuk filem ini. Yeahhh :)

Thanks a lot to ZHAFVLOG dan Rekomen Filem sebab sudi memilih saya untuk ke Tayangan Premiere filem Perempuan Tanah Jahanam ini di Kuala Lumpur. Yeahhh :) 

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY 
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur 
16/02/2020

Monday, February 10, 2020

Parasite : Filem Asia Pertama Ungguli 92nd Academy Awards!

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Sebelum aku mula entry kali ini, seeloknya kita sama-sama sedekahkan 'Al-Fatihah' buat saudara kita, Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang telah pergi meninggalkan kita selamanya.

Sama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Arwah antara figura yang sentiasa menghiburkan dan menggembirakan Rakyat Malaysia dengan Lawak jenakanya yang bersahaja. Kehilangan arwah merupakan Kehilangan terbesar dalam industri hiburan tanah air.

PARASITE : Filem Asia Pertama Ungguli 92nd Academy Awards!

Berbalik kepada entry terbaru untuk blog aku kali ini iaitu mengenai filem dari South Korea iaitu PARASITE! Best ke tak filem nie? Korang dah pernah baca ulasan atau review ramai dari influencers Malaysia yang bercakap mengenai filem ini.

Pagi tadi telah berlangsung sebuah acara yang cukup berprestij dan acara yang sangat besar dalam Industri Perfileman Hollywood iatu 92nd Academy Awards atau OSCARS 2020 yang mengangkat dan mengiktiraf karya-karya terbaik ke suatu kelas yang tersendiri. Untuk pengetahuan semua, semua pencalonan diadili oleh lebih 100 juri bagi memilih pemenang terbaik bagi setiap kategori yang ada.




PARASITE telah mengungguli 4 kategori Utama bagi OSCARS 2020 kali ini iaitu Best Picture, Best Director, Best International Feature Film dan Best Original Screenplay. Keempat-empat kategori Utama ini sentiasa menjadi idaman bagi setiap pengkarya filem.






PARASITE merupakan Filem Asia Pertama yang memecahkan dominasi filem non-hollywood dalam menjuarai beberapa kategori Utama dalam OSCARS 2020. Dan PARASITE menjadi bualan Utama ketikamana diumumkan mendominasi beberapa kategori bagi OSCARS 2020 kali ini dan semestinya menepati ramalan ramai pihak termasuklah orang-orang dalam industri filem tanah air.

Korang pernah menonton PARASITE?

PARASITE arahan Bong Joon Ho ini menggariskan banyak perkara Utama yang disampaikan secara sinis dan jenaka spontan dalam pertembungan 2 kelompok manusia berbeza taraf hidup iaitu antara Sang Kaya dengan Sang Miskin.




Pelbagai ragam dan aksi spontan para pelakonnya dalam menghidupkan suasana menjadi sangat realistik yang dikaitkan secara tidak langsung sehinggalah kemuncaknya babak kematian / pembunuhan yang dipertontonkan bagaimana beberapa watak penting cuba untuk membunuh sesama sendiri bagi melindungi penipuan yang telah dilakukan.

Dari babak ke babak yang seterusnya, PARASITE ditonjolkan bagaimana kebijaksanaan sang miskin dalam mengambil dan menggunakan kesempatan yang ada dalam membawa masuk kesemua ahli keluarganya ke Banglo Mewah dengan 'motif' bekerja.

Kelicikan yang dilakukan oleh beberapa watak penting dari kalangan sang miskin ini, menggambarkan secara jelas dan terse diri bagaimana kelompok ini menggunakan ruang dan peluang yang ada disebabkan kebodohan sang kaya ini.

PARASITE juga sedikit sebanyak menggambarkan gambaran sebenar perbezaan ketara dalam taraf hidup sebenar yang berlaku di negara maju seperti South Korea. Peranan bagi setiap watak yang wujud dalam membawa peranan watak masing-masing cukup menguatkan lagi Jalan cerita filem ini dan mampu meninggalkan kesan kepada para penonton.

Pelbagai rasa timbul sepanjang aku menonton PARASITE ini. Ada rasa sakit hati, geram, sedih, ketawa dan macam-macam lagi. Kebijaksanaan Pengarah dalam mengolah Jalan cerita PARASITE ini menampakkan PARASITE sebagai sebuah filem yang simple tetapi penuh dengan kritikan sinis, pengajaran dan sebagainya lagi.

Kemenangan PARASITE dalam mengungguli 4 kategori Utama di OSCARS 2020 sememangnya tidak perlu disangkal atau dipersoal kerana PARASITE memang benar-benar layak untuk memenangi Keempat-empat anugerah di OSCARS 2020. Aku sendiri menyokong penuh keputusan juri dan TAHNIAH buat seluruh team produksi bagi filem PARASITE ini.

Bagi anda yang masih belum menonton filem ini, bolehlah menonton PARASITE di Pawagam terpilih sempena OSCARS 2020 dan anda juga boleh menonton di TVN Movies Channel 435 bagi Tayangan premiere filem ini pada 15 Februari 2020. Semestinya suatu kerugian kalau anda terlepas untuk menonton filem ini.

Sekian, Wallahua'lam...

Photos credit to TGV Cinemas FB. 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
10 Februari 2020