Monday, August 22, 2016

Teater Mak Yong : Dewa Indera - Indera Dewa...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

"Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentu drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Di Raja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehinggan 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.


Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu ‘Mengadap Rebab’ diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun."

Itulah serba sedikit maklumat yang aku boleh kongsikan buat pembaca blog aku mengenai 'Mak Yong'. Alhamdulillah, ini kali kedua aku berpeluang menyaksikan persembahan Mak Yong secara live yang telah dipentaskan oleh pihak Istana Budaya dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic).

Mak Yong : Dewa Indera - Indera Dewa

Itulah tajuk teater Mak Yong yang sempat aku ikuti persembahannya yang bagi aku cukup unik, mengkhayalkan dan penuh dengan tradisi. Persembahan teater Mak Yong ini dimulai dengan Tarian Mengadap Rebab yang cukup memukau.

Perjalanan ceritanya juga tidaklah terlalu berat kerana diselitkan dengan dialog dan watak 2 orang pelawak yang semestinya membuatkan penonton terus ketawa dengan aksi dan gelagat mereka. Secara keseluruhannya, teater Mak Yong ini semestinya terus diangkat supaya tidak ditelan zaman. Kerana apa? Kerana ramai orang muda yang masih tidak mengenali Mak Yong walaupun ianya telah diiktiraf oleh UNESCO.

Aku pun sebenarnya tak tahu nak kongsi apa, cuma aku nak kongsikan beberapa keping gambar sepanjang teater Mak Yong ini berlangsung yang sempat aku rakamkan untuk perkongsian buat pembaca-pembaca blog aku. Jom sama-sama tengok ya... ~










Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



Wednesday, August 17, 2016

Sadako VS Kayako : Sumpahan Yang Memakan Diri...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Yeahhh, I'm now officially part of #TeamAzizul. Hehe TAHNIAH to Bro Azizulhasni Awang kerana berjaya meraih pingat kedua negara dalam Olimpik Rio 2016 dengan meraih Pingat Gangsa bagi Acara Keirin Berbasikal. Tahniah #therocketpocketman Malaysia. Memang terbaek bro !

Aku sebenarnya tak nak ulas lagi mengenai Ikon Sukan yang memang aku teringin jumpa ketika di universiti. Dan aku masih ingat lagi bertapa lelahnya untuk aku deal dengan Bro Azizulhasni Awang ini untuk bawanya ke UTM bagi Program IKON SISWA bersama-sama dengan YB Dato' Razali Ibrahim (ketika itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan Saudara Syamsul Yusof (Pengarah Filem Terbaek Malaysia) tapi apakan daya, semuanya tidak menjadi akhirnya bertukar konsep dan menggantikan dengan panel lain. Tapi apa2 pun, Bro Azizulhasni Awang tetap Ikon Sukan yang aku minati bersama-sama dengan Dato Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.

Insyaallah, nanti aku nak buat satu entry mengenai Ikon Sukan - Bro Azizulhasni Awang nie dan aku amatlah berharap dapat bertemu dengan beliau suatu hari nanti. Insyaallah... Fullstop kejap bab nie ! Haha...

SADAKO VS KAYAKO : Sumpahan Yang Memakan Diri...

Semalam aku berpeluang hadiri ke malam tayangan premiere filem Sadako VS Kayako yang dibawa khas oleh TGV Pictures termasuklah dengan membawa dua watak utamanya iaitu Sadako dan Kayako. Filem ini mengambil watak hantu dari filem The Ring dan Juon yang dipertemukan dalam satu penceritaanya yang melibatkan dua kisah yang berbeza.



SADAKO

Kisah hantu Sadako ini dibawakan menerusi pengkisahan mengenai video sumpahan. Seorang profesor berkaitan dengan kisah-kisah hantu ini ada memberikan satu lecture mengenai kisah-kisah hantu termasuklah video sumpahan. Sehinggalah beliau menawarkan sejumlah wang sekiranya ada pelajarnya menjumpai video sumpahan asal.

Kisah bermula di mana 2 orang pelajarnya membeli set video terpakai di sebuah kedai barangan terpakai. Apabila mereka pulang, mereka terlihat ada video di dalamnya dan salah seorang dari mereka menontonnya sehinggalah akhir. Selang beberapa minit, bunyi telefon berbunyi dan membuatkan ramalan mengenai video sumpahan itu memang benar-benar berlaku.

KAYAKO

Kisah hantu Kayako pula dibawakan menerusi pengkisahan mengenai rumah tinggalan orang. Seorang pelajar perempuan yang baru berpindah di kawasan berkenaan merasa tidak senang apabila melihat rumah tersebut. Pelbagai perkara pelik berlaku ketika dia melalui depan rumah tersebut.

Kisah bermula apabila 4 orang budak berada di depan rumah tersebut dan berselisih dengan pelajar perempuan tadi. Setelah keesokan harinya, budak-budak itu dilaporkan hilang sehinggalah pelajar perempuan tadi mendapat berita tersebut. Dirinya mulai tidak senang sehinggalah di malam hari dia terjaga apabila melihat kelibat budak yang hilang itu di dalam rumah tersebut.

Fullstop!

Hantu Sadako dan Kayako bertemu apabila masing-masing berebut untuk menghantui seorang pelajar bernama Yuri dimana beliau menerima sumpahan video tadi di bawah pengaruh Hantu Sadako. Akan tetapi Yuri juga telah masuk ke rumah tinggalan orang itu menyebabkan hantu Kayako. Akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri. Nak tahu cerita lanjut? Kenalah pergi ke pawagam menyaksikannya sendiri... Hahah... ;)

Secara keseluruhan aku berpuas hati dan aku berikan 7/10 bintang terhadap filem ini. Cuma aku sedikit kecewa dengan pengakhiran movie ini yang dianggap tergantung. Huhuhu... ~

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, August 16, 2016

Teater Amal Mayang oleh Rhythm Arts Production...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, baru-baru nie aku berpeluang menyaksikan sebuah teater amal yang bertajuk 'MAYANG' bersama-sama dengan sahabat aku, Hasif & Shaharuddin tapi burn satu tiket sebab seorang kawan lagi tak dapat hadir. Aku begitu tertarik dengan poster dan sinopsisnya yang membuatkan aku terfikir adakah berbaloi aku datang ke DPAC semata-mata untuk layan teater ini.

TEATER AMAL MAYANG by Rhythm Arts Production...

Teater Amal Mayang yang dibawa oleh Rhythm Art Production (RAP) diadakan bertujuan untuk memberi sokongan bantuan kepada 50 kanak-kanak cacat penglihatan di bawah naungan Supporting Early Education Development (SEED) Malaysia. Teater ini diadakan di Black Box, Damansara Performance Arts Centre (DPAC).


Mayang mengisahkan percaturan watak utamanya, Ali yang turun ke laut bersama-sama dengan rakannya dan itu merupakan satu kesilapan besar. Mayang juga menyajikan sebuah perjalanan kisah lagenda di luar minda sedar manusia menerusi kehadiran persoalan entiti masa.

"Kadang kala apa yang berlari di minda manusia tidak akan pernah sama jika diterjemahkan di pentas kenyataan."

Benar! Menerusi teater Mayang ini, aku terfikir benda yang sama di mana jangkaan aku mengenai Mayang adalah berbeza dengan apa yang dipentaskan. Melibatkan dua dunia yang berbeza membuatkan kita terfikir apa yang cuba disampaikannya.

Penceritaannya yang tidak terlalu berat membuatkan aku mudah mengikuti setiap babak yang dipentaskan dan diselitkan dengan elemen komedi dan bersahaja dari barisan pelakon teaternya membuatkan permentasan teater ini menjadi menarik.

Sebenarnya aku lebih tertarik dengan watak Mimiana yang digambarkan dengan tanggapan perspektif yang berbeza mengenai apa yang kita fikirkan ketika menonton teater ini. Di tambah dengan lagak ego dan tegangnya dalam berkata-kata, sedikit sebanyak membuatkan aku sakit hati apabila dia cuba mengubah perspektif aku ketika menonton. Aku ucapkan syabas kepada pemegang watak 'Mimiana' ini.

Lagi satu watak yang membuatkan aku tertarik adalah watak Mak Ton dimana perwatakan beliau digambarkan sebagai insan yang sentiasa 'ambil tahu' dengan keadaan sekeliling termasuk menjaga tepi kain orang. Perwatakannya disempurnakan dengan sangat baik dan kadang-kala membuatkan aku sakit hati juga dengan watak 'antagonis' yang disampaikan beliau. Syabas Kak Ton!

Di permulaan cerita digambarkan seorang penglipur lara dengan jubah dan topinya yang hitam, dengan lagaknya yang bersahaja, sepatah demi sepatah dia berbicara untuk menyampaikan kisahnya. Aku terdiam seketika. Meneruskan sahaja babak demi babak. 

Apa yang menariknya, adalah lagu OST Teater Mayang ini yang bertajuk 'Aku Penglipur Lara'. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang muzik serulingnya yang begitu tenang dan damai sehinggalah aku download OSTnya di youtube. Hahaha... memang terbaek la pencipta lagu ini. Lagu yang mampu memberikan aku ke satu dimensi lain untuk berkhayal dan menghayati kehidupan.

Secara keseluruhannya, aku rasa sangat berbaloi dan sangat berpuas hati. Walaupun berkesempatan menyaksikannya di malam terakhir pementasan teater tersebut tetapi ianya cukup memberi satu kepuasan yang maksimum kepada aku untuk menyaksikan dari satu babak ke satu babak yang lain sehinggalah ke pengakhirannya. Aku boleh bagi 8/10 bintang untuk teater ini. Tahniah !






*Sorry, gambar tak berapa clear...huhu ~

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, August 3, 2016

Suicide Squad : Penjenayah Kembali Beraksi... ~

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sebelum tue saya nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' buat sahabat baik saya, Mohd Hazrai bin Mohd Zahar & Wan Nurul Alia dan Zainal Aliasan & Siti Zaihasrina yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini. Alhamdulillah, berkesempatan juga hadiri majlis mereka. Saya mendoakan agar diberi kebahagiaan dan keberkatan hingga ke akhirnya. Insyaallah...Amin...

Untuk entry blog kali ini, seperti biasa aku nak bagi sedikit ulasan / review mengenai sebuah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat DC Comics iaitu Suicide Squad. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk hadiri ke tayangan premierenya bersama-sama dengan kawan saya, Bro Amen.

SUICIDE SQUAD : Penjenayah Kembali Beraksi...

Filem terbaru yang akan ditayangkan di Malaysia mulai 4 Ogos 2016 diterajui oleh beberapa orang pelakon hebat iaitu Will Smith sebagai Deadshot/Floyd Lawton, Jared Leto (The Joker), Margot Robbie (Harley Quinn), Jai Courtney (Captain Boomerang) dan lain-lain lagi. Filem arahan David Ayer nie merupakan antara movie yang dinanti-nantikan pada tahun 2016.


Movie nie boleh dikatakan antara movie yang hebat, unik dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri terutamanya apabila penjenayah yang mempunyai kepelbagaian kebolehan dan rekod jenayah yang tersendiri digabungkan dalam sebuah filem yang mengembalikan watak-watak mereka untuk menjadi hero mengembalikan keamanan.

Sekali lalu, aku amat teruja dan begitu tertarik dengan watak Harley Quinn lakonan Margot Robbie yang cukup 'umppphhh...'. Peranannya menghidupkan suasan lucu, seksi dalam movie boleh dianggap terbaik dan begitu menyerlah ditambah jalan ceritanya yang tidak terlalu berat membuatkan kita leka dengan perjalanan movie ini.

Movie ini dimulakan dengan Amanda Waller yang mencadangkan untuk menubuhkan satu kumpulan yang melibatkan barisan penjenayah yang paling dikehendaki untuk menumpaskan pihak musuh. Amanda turut memperlihatkan penguasaannya terhadap June Moone a.k.a Enchantress seorang ahli sihir menggunakan sihirnya ketika mesyuarat diadakan.

Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Enchantress berjaya melepaskan dirinya daripada Amanda Waller serta menghidupkan abangnya untuk menakluki dunia. Kehadiran barisan yang dikenali sebagai Suicide Squad yang mulanya masih tidak memahami antara satu sama lain semakin erat dan mereka bergabung untuk menumpaskan Enchantress tetapi di bawah kawalan Amanda Waller sehinggalah Amanda Waller berjaya ditangkap oleh Enchantress. Adakah Enchantress berjaya ditewaskan oleh Suicide Squad? Haha...pergi ke pawagam mulai esok...

Aku tertarik dengan scene yang memperlihatkan kepada penonton akan kehebatan dan kelebihan setiap watak-watak sebelum ditumpaskan oleh superhero terdahulu seperti Batman dan The Flash. Untuk pengetahuan, Batman dan The Flash juga muncul sebagai cameo untuk movie Suicide Squad. Dan ada credit scene dipengakhiran movie nie. So kena tunggu sehinggalah movie nie betul-betul dah habis.

Secara keseluruhan, aku sangat enjoy layan movie ni dan aku secara jujur boleh berikan 9/10 bintang untuk movie nie. Movie nie boleh dikatakan sebaris dengan movie Civil War. Dan alangkah best jika ada movie Suicide Squad VS Civil War pulak wujud di tahun-tahun akan datang. Hahaha...

'It feels good to be bad...'

Itulah ungkapan yang sesuai untuk diberikan kepada kumpulan Suicide Squad nie. Walaupun mempunyai rekod jenayah yang tertentu tetapi mereka masih ada hati untuk menyelamatkan negara mereka dari entiti seperti Enchantress.

Sebagai tambahan, aku nak kongsikan beberapa maklumat yang anda penonton perlu tahu sebelum menonton filem ini terutamanya watak-watak penjenayah yang muncul dalam filem ini iaitu :-

Deadshot

Deadshot adalah seorang pembunuh ulung. Floyd Lawton pertama kali muncul sebagai penjahat di Batman pada tahun 1950. Ia juga tampil di series Suicide Squad pada 1980. Pada masa itu, ia menjadi lelaki yang percaya nihilisme.

Harley Quinn

Harley Quinn pertama kali muncul di Batman : The Animated Series tahun 1990. Ia jatuh cinta pada watak Joker. Quinn adalah bekas pakar psikiatri yang kewarasan sendiri dipersoalkan.

Captain Boomerang

Captain Boomerang pertama kali tampil di The Flash pada tahun 1960. Digger Harkness adalah orang berbangsa Australia yang datang ke Amerika Syarikat untuk mencari kemasyhuran dan kekayaan. Ia kemudian menjadi penjahat yang ulung di kelasnya.

Diablo

Chato Santana mempunyai kekuatan supranatural yang tiba-tiba dapat membuatkannya berapi-api. Ketika ia sedang marah maka ia dapat menghabiskan lawannya tanpa rasa bersalah sedikit pun. Bahkan, ia menyerahkan dirinya sendiri kepada polis.

Killer Croc

Waylon Jones atau Killer Croc adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai watak yang misteri. Ia mempunyai kulit yang seperti buaya. Sebelum bertindak menjadi penjenayah, ia bekerja di Florida sebagai pawang Alligator. Ia tinggal di gorong-gorog. Ia juga seorang pengawal peribadi dari Selina Kyle di Gotham.

Slipknot

Penjahat Slipknot telah ada sejak 1980-an di siri The Fury of Firestorm. Slipknot adalah seorang pembunuh pakar yang menggantungkan orang bunuhannya. Ia telah mendapati pelekat yang kuat untuk menjerat lawannya.

Katana

Katana pertama kali muncul di Batman dan Outsiders Tahun 1983. Tatsu Yamashiro (Tatsu Toro) adalah seorang yang memperjuangkan peninggalan suaminya. Ia menjadi ahli yang terakhir dalam Task Force X.

Rick Flagg

Flagg adalah pemimpin dari Task Force X. Dalam komik, ayah Flagg adalah seorang pemimpin pasukan pilot pesawat tempur di Perang Dunia II yang disebut Suicide Squadron.

Enchantress

Tidak seperti penjenayah lain, June Moone mempunyai keperibadian berganda. Ia menderita skizofrenia, kadang-kadang menjadi pahlawan atau bahkan penjahat. Keadaan ini bergantung pada bagaimana ia mengendalikan dirinya di sesuatu keadaan tertentu.

*Di sini aku kongsikan beberapa keping gambar semasa tayangan premiere Suicide Squad semalam.

Aku bersama Deadshot, Katana, Enchantress, Killer Croc & Diaplo...
Aku bersama Harley Quinn...
Aku bersama Diaplo... 
Aku bersama Katana...
Aku bersama Enchantress...


Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, July 29, 2016

Dukun Doktor Dani : Bersahaja dan Ada Mesejnya...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, hari nie dimulakan dengan satu ceramah di office berkaitan dengan pengurusan kewangan yang mampu memberi jaminan ketikamana waktu persaraan yang disampaikan oleh Pelaburan MARA Berhad (PMB). Ada manfaatnya bagi kita mengetahui bagaimana untuk menjadikan wang simpanan kita berganda dan memberi faedah yang baik di masa hadapan mengikut kehendak patuh syariah.

Stop ! Entry kali nie, aku nak kongsikan mengenai satu movie tempatan yang aku baru tonton semalam iaitu Dukun Doktor Dani arahan Saudara Sabri Yunus. Aku mengikuti perkembangan mengenai movie nie di facebook dan akhbar setelah diadakan tayangan perdananya yang dikatakan antara movie yang best untuk ditonton.

DUKUN DOKTOR DANI : Bersahaja dan Ada Mesejnya...

Filem Dukun Doktor Dani ini diterajui oleh Taufik Batisah dan Fasha Sanda. Allahyarham Pak Yus juga turut berlakon dalam filem ini selain Khatijah Tan dan beberapa pelakon yang lain. Filem ini boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang 'OK' dan boleh ditonton walaupun filem ini tidak setanding Ola Bola dan Munafik. 



'Siapa kata nasib tak boleh diubah?'

Itulah persoalan yang ditimbulkan dalam filem ini dimana di awal penceritaannya memaparkan Doktor Dani gagal menyelamatkan pesakitnya kita melakukan pembedahan dan membuatkannya kecewa serta terus meletakkan jawatannya sebagai seorang doktor.

Kekecewaan itu membuatkan Doktor Dani pulang ke kampung sehinggalah perkara mengenai perletakkan jawatannya diketahui oleh ibunya setelah diberitahu oleh Doktor Lily yang membuatkan ibunya begitu kecewa. Perkara ini tersebar ke seluruh kampung. 

Bagaimanapun, Doktor Dani mengambil langkah untuk bergandingan dengan Dukun Sudin untuk aktiviti perubatan secara tradisional sehinggalah Doktor Dani mentransformasikannya sebagai sebuah perniagaan yang melibatkan bahan-bahan untuk mendukun ini.

Secara keseluruhan, filem ini tidaklah terlalu berat dan tidaklah terlalu rugi untuk ditonton. Ada jenakanya yang tersendiri, ada hiburannya yang tersendiri. Dan apa yang aku boleh katakan adalah filem ini tidaklah sehebat Ola Bola, Munafik dan Boboiboy The Movie malah tidaklah se-gah Ada Apa Dengan Cinta 2. Aku bagi 6/10 bintang sahaja untuk filem ini secara keseluruhannya.

Di sini aku kongsikan sinopsis filem ini :-

"Dukun Doktor Dani mengisahkan tentang Dr. Dani iaitu seorang doktor muda yang baru sahaja mendapat kerja di sebuah hospital. Dia yang menjalankan pembedahan pesakit pertamanya teruja dengan pengalaman tersebut.

Tetapi malangnya pembedahan tersebut gagal dna pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Tegasnya dia tak mahu jadi pembunuh dan meletakkan jawatan.

Dani pulang ke kampung halamannya dan keputusan tersebut benar-benar mengecewakan ibunya, Mak Siti yang berhabis duit membiayai pembelajarannya dahulu. Dani akhirnya ke rumah Dukun Sudin dan melihat sendiri kehidupan dukun yang tidak terurus. Mereka sepakat untuk bekerjasama selepas itu.

Dia akhirnya berniaga di hadapan rumah Dukun Sudin menjual barang-barang yang diperlukan pesakit yang datang ke rumah tersebut. Menariknya, khidmat dukun tersebut semakin laris dan mendapat ramai pelanggan.

Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih kerja dukun. Mak Siti pula jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit yang dideritai ibunya.

Dia tidak akan menggunakan cara dukun dan Dani membawa ibunya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan doktor, nyatalah ibu Dani menderita sakit yang sama seperti pesakit yang meninggal dunia di tangannya dahulu.

Dani berperang dengan dilema dan akhirnya dia bersetuju untuk melakukan pembedahan kepada ibunya sendiri."

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



Thursday, July 28, 2016

The Shallows : Simple dan Mendebarkan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu kembali setelah beberapa hari tak sempat nak update blog ni dengan entry-entry yang terkini serta ulasan movie-movie yang terkini. Sekarang nie pun baru balik dari Slim River untuk lawatperiksa tanah-tanah ladang. Dan aku tetap nak udpate untuk review satu movie yang terbaru iaitu The Shallows.

Sebelum itu, aku sekarang ini mencari seorang atau dua orang partner yang ingin melancong ke Shenzhen, China secara backpacker. Kalau ada yang berminat, contact aku di facebook aku atau emel aku sebab promosi tiket flightnya RM290 (pergi-balik) dah hampir nak tamat. Target bulan Januari 2017.

THE SHALLOWS : Simple dan Mendebarkan...

The Shallows adalah sebuah filem arahan Jaume Collet-Serra yang menampilkan keunikannya yang tersendiri dengan hanya memaparkan beberapa watak dan karakter sahaja serta lokasi penggambaran yang hanya di tepi pantai dan laut. Filem ini menampilkan Blake Lively sebagai teraju utama yang memberikan satu kepuasan yang tersendiri dalam mengikuti filem ini dari awal hingga akhir.


Watak Nancy lakonan Blake Lively berjaya dibawa sebaiknya dalam membuatkan para penontonnya terpesona dengan aksi surfingnya sehinggalah kemunculan ikan jerung di kawasan pantai tersebut membuatkan Nancy tercedera dan terdampar di atas batu di tengah pantai itu yang sekaligus membuatkan para penonton turut merasainya.

Di awal penceritaannya, Nancy telah dibawa ke suatu pantai rahsia yang cukup indah, tenang dan mempesonakan keindahannya dan membuatkan Nancy begitu teruja untuk melakukan aktiviti surfing di kawasan pantai tersebut yang dikatakan berada di Mexico. Kawasannya yang sunyi hanya beliau sahaja serta 2 orang lagi lelaki yang turut serta melakukan aktiviti surfing di kawasan pantai tersebut.

Debarannya bermula apabila kemunculan seekor ikan jerung yang cuba menjadikan Nancy sebagai mangsanya ketikamana Nancy cuba untuk melakukan surfingnya di kala 2 orang lelaki tadi sudah mahu pulang dan tanpa diduga ikan jerung tersebut berjaya mencederakan Nancy di bahagian pahanya sehinggalah Nancy terperangkap dan terdampar keseorangan di atas sebuah batu besar di tengah pantai.

Pelbagai ikhtiar dibuat oleh Nancy tetapi adakah berjaya? Anda kena turun ke pawagam dan saksikanlah sendiri ceritanya mulai hari ini. Aku cukup berpuas hati dengan movie ini walaupun filem ini hanya berdurasi 1jam 30 minit tetapi ianya berjaya membuatkan seluruh pawagam mengikuti daya usaha dan ikhtiar Nancy untuk melepaskan dirinya daripada menjadi mangsa ikan jerung tersebut. Secara keseluruhannya, aku berikan 9/10 bintang untuk movie ini.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, July 13, 2016

The Purge : Election Year (2016) - Kejam & Zalim...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sebelum tue, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua pembaca setia blog aku nie yang sentiasa memberikan sokongan dan sudi singgah untuk membaca dan lihat entry-entry terbaru aku yang sekarang nie lebih kepada aktiviti menonton wayang dan melancong. Tapi Insyaallah, aku akan cuba selitkan dengan entry-entry yang lebih ke arah untuk kita berfikir dan memuhasabahkan diri sepertimana tahun-tahun sebelum nie.

Minat aku terhadap penulisan ini tak pernah pudar cuma kekangan masa saja yang membuatkan banyak artikel aku tergantung dan tak dapat nak siapkan terutamanya mengenai isu-isu orang muda, anak muda dan belia remaja Malaysia. Insyaallah, aku cuba merancang beberapa aktiviti yang bersesuaian tetapi ianya masih dalam perancangan. Aku harap korang semua doakan yang terbaek untuk aku. Insyaallah... Amin... ;)

THE PURGE : ELECTION YEAR - Sangat Kejam dan Zalim...

Kejam dan Zalim ! Itulah ungkapan yang sesuai untuk aku gambarkan mengenai filem 'The Purge : Election Year' arahan James DeMonaco. Filem yang diterajui oleh Elizabeth Mitchell, Frank Grillo, Mykelti Williamson dan ramai lagi cukup menjadi dan mempunyai mesej yang cuba disampaikan terutamanya melibatkan perbezaan golongan kaya dan miskin.


Di sini, aku kongsikan sinopsis movie 'The Purge : Election Year' :

"Filem The Purge : Election Year ini menceritakan mengenai lanjutan dari filem sebelum ini iaitu The Purge : Anarchy. Setelah 2 tahun berjalan, Leo Barnes (Frank Grillo_ yang dulunya pernah ikut dalam aksi balas dendam selama 12 jam yang mendebarkan serta mengerikan dan kini dia telah menjadi salah seorang yang memperjuangkan keamanan yang diketuai oleh Senator Charlie Roan (Elizabeth Mitchell).

Leo Barnes bertugas untuk melakukan misi menjaga dan melindungi Senator Charlie Roan selama masa kempennya untuk pemilihan Presiden yang menyasarkan masyarakat yang ditindas, miskin dan tidak bersalah. Akan tetapi sebuah pengkhianatan memaksa mereka harus bertahan selama tempoh 12 jam dengan pelbagai kejadian yang tidak dijangka, jika mereka tidak bertahan berkemungkinan mereka turut menjadi korban."

Secara ringkasnya, permulaan cerita memaparkan Charlie Roan (Calon Presiden) cuba menolak untuk diadakan pembasmian 'The Purge' yang akan mengakibatkan banyak insan yang tidak berdosa akan mati dibunuh secara kejam dan zalim selama tempoh 12 jam ketikamana sesi perbahasan dengan salah seorang lagi calon presiden yang menyokong diadakan pembasmian ini demi kepentingan kestabilan ekonomi Amerika yang akan membersihkan golongan yang memerlukan kebajikan dari pihak kerajaan dan golongan atasan.

Walaubagaimanapun, Pembasmian 'The Purge' dibuat juga selama tempoh 12 jam yang akan memaksa ramai pihak terpaksa bertahan untuk terus hidup yang akan melibatkan keseluruhan penduduk termasuk calon presiden, kakitangan kerajaan dan seluruhnya. Charlie Roan membuat keputusan untuk terus bertahan dan berada di rumahnya demi memaparkan dan merasai apa yang dilalui oleh masyarakat bawahan terutamanya untuk memperolehi undi kepadanya. Segala keselamatan telah dikawal ketat oleh Leo Barnes.

Tetapi apakan daya, satu pengkhianatan telah dibuat oleh orang kanan Charlie Roan semata-mata untuk memperolehi ganjaran wang dan perkara ini telah disedari oleh Leo Barnes dan seterusnya bertindak membawa Charlie Roan keluar dari rumah tersebut. Dan akhirnya bertemu dengan Joe dan rakan-rakannya yang menyokong keamanan.

Movie ini turut dipaparkan mengenai kejadian pembunuhan kejam yang dibuat seperti mengikut mangsa di atas kereta dan dibidas dengan gelong berduri besi, dipancung kepala, dilanggar dengan van, dibakar hidup-hidup dan pelbagai lagi yang cukup kejam dan zalim.

Secara keseluruhannya, aku bagi 8/10 bintang untuk movie nie dan aku berpuas hati menonton movie 'The Purge : Election Year' walaupun aku belum pernah menonton movie-movienya sebelum ini. Movie nie boleh dikatakan mempunyai keunikannya yang tersendiri dan apa yang aku dapat dari movie ni adalah diperlihatkan bagaimana ketamakan golongan atasan yang akan terus kaya dan menindas golongan bawahan. Apa-apa pun, kita doakan supaya Malaysia tidak menjadi sepertimana yang dipersembahkan di dalam filem ini. Insyaallah... Amin...
Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com