Saturday, April 23, 2016

Collector Toys Fair Kuala Lumpur 3 (CTFKL3)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

'Captain America, Star Wars, Dragon Ball, Ironman, Batman, Ultraman, Doraemon, Digimon, Pokomen' dan bermacam-macam lagi watak-watak superhero, animasi, kartun dan sebagainya yang menjadi kegilaan dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Aku salah seorang yang turut mempunyai minat yang sama. Hehehe... 

COLLECTOR TOYS FAIR KUALA LUMPUR 3 (CTFKL3)

Welcome to CTFKL3...

Itulah salah satu aktiviti yang berjaya menarik ramai penggemar-penggemar mainan dari seluruh Malaysia untuk berkumpul di bawah satu bumbung untuk mempamerkan koleksi-koleksi mereka, jualan-jualan dan pertunjukan 'Cosplayer' mengikut citarasa watak-watak superhero masing-masing. CTFKL3 ni dibuat sehari (23 April 2016) bertempat di Dewan Perdana, Keramat Mall. Aku adalah salah seorang pengunjung yang hadir ke acara tersebut.

Apa yang best, aku turut mempunyai ramai kenalan yang mempunyai minat yang sama tapi aku tak segigih dahulu la sebab sebelum ni aku turut mengumpul pelbagai figura seeperti Captain America, Hulk, Thor, Batman, Boboiboy, Terminator, Captain Jack dan pelbagai lagi koleksi aku. Aku turut kumpul baju, key-chain, wallet dan sebagainya tapi sekarang aku dah kurangkan sikit sebab fokus kepada benda lain pulak.

Menjadi satu kepuasan apabila dapat kumpul, melihat secara dekat, bergambar dan sebagainya lagi ketika hadir ke acara ini. Semuanya kerana dapat melihat pelbagai koleksi mainan-mainan yang cukup aku minati terutamanya apabila dapat melihat secara dekat cosplayer Captain America.

Aku masih ingat, mula-mula aku tahu pasal CTFKL3 ini pada penghujung tahun 2015 menerusi group whatsapp yang diketuai oleh sahabat aku, Achik a.k.a Achik Kodiang. Nie kali pertama aku sertai acara ini dan kepuasannya cukup puas. Tapi apa-apa pun, aku menantikan acara ini seterusnya pada tahun 2017 pulak, Insyaallah... dan TAHNIAH juga buat penganjur program. Korang memang terbaek sebab salah satu acara yang aku rasa cukup puas hati adalah korang meraikan anak-anak yatim, Alhamdulillah.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketikamana aku pusing-pusing di dewan tersebut bermula jam 11am sehinggalah 1pm aku meluangkan masa ke situ sebelum beransur pulang ke tempat laen untuk komitmen lain pulak. Jom layan...

Aku bersama Captain America, Antman, Deadpool, Spiderman & Ironman...

Beraksi sikit dengan Spiderman...

Captain America..

Deadpool...

Joker...

Doraemon...

Captain America, Ironman & Antman...

Sesi fotografi dengan semua cosplayer...

Goku, Captain America, Ironman, Spiderman & Antman...

Batman...

Army...

Deadpool...

The Rock...

Ultraman...

Superheroes...

Aktiviti meraikan anak-anak yatim...

Aktiviti meraikan anak-anak yatim...

Aktiviti meraikan anak-anak yatim...

Anak-anak yatim membuat persembahan...

Koleksi star wars...

Koleksi Hulks...

Koleksi kereta-kereta kebal...

Koleksi ahli gusti...

Star Wars Papercraft...

Koleksi-koleksi yang ada...

Captain America...

Captain America & Ironman...

Cantik jugak koleksi nie...

Terbaek bro sorang ni... 

Koleksi Star Wars...

Nie Jam 1 petang, still orang beratur panjang untuk masuk ke dewan CTFKL3...


Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, April 19, 2016

Sukarelawan Zoo Negara / Zoo Negara Volunteer...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Wahhhh...bertemu kembali kita ya setelah berminggu tak bersua kat blog ni. Al-maklumlah, kerja di ofis makin bertambah dari hari ke hari, komitmen itu komitmen ini tapi apa-apa pun sedikit pun tidak mematah semangat aku untuk terus menulis dan terus berkongsi cerita.

Sebelum tue, aku nak ucapkan sekalung ‘TAHNIAH’ buat sahabat2 aku yang bakal dan telah mengakhiri zaman bujang mereka, Saudara Izzul Iz’an Ismail & pasangannya, Saudara Chef Fikree & Syarifah Zuriehan, Saudara Yasier Sufie Sabri & pasangannya, Puan Neyda & pasangannya, Puan Farahana Malek & pasanannya, Saudara Sobi & pasangannya, dan semuanya la yang tak sempat aku nak senaraikan semuanya kat sini. Apa-apa pun, aku doakan agar korang semua diberikan kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan terus mendapat rahmat dari-Nya. Insyaallah, Amin...

SUKARELAWAN ZOO

Hari ini, aku nak bercakap tentang ‘Sukarelawan Zoo’ iaitu salah satu program / aktiviti yang aku sertai pada hujung minggu baru-baru ini (17 April 2016 – Hari Ahad) bertempat di Zoo Negara Malaysia. Ini merupakan khidmat sukarelawan kali kedua aku terhadap Zoo Negara Malaysia. Sebelum ni, aku bersama-sama dengan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Sesi 2012/2013 tapi kali ini aku bersama-sama dengan rakan-rakan yang baru aku kenali menerusi group whatsapp.

Aku di Zoo Negara Malaysia... 
Aktiviti sukarelawan di zoo ini merupakan salah satu aktiviti yang cukup menarik dan memberikan pengalaman baru kepada sesiapa sahaja untuk merasainya. Untuk aktiviti kali ini melibatkan hampir 40 orang melibatkan kakitangan awam, swasta dan mahasiswa yang masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi yang bestnya, walaupun tak kenal antara satu, tapi semuanya spoting dan ada matlamat iaitu menjadi sukarelawan zoo atau #ValunteerZoo .

Nie la team aku : Edris, Nizam, Afiq, Syahmi, Aku dan Bro Man... 

4 Anak Muda dari Savannah Team... 

Waktu sesi taklimat awal... 

Bergambar kenangan...

 Kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan kecil. Kalau sebelum ni, aku ditempatkan di ‘Children World’ tapi untuk kali ini, aku ditempatkan di Savannah Walks atau lebih dikenali sebagai haiwan-hawain yang berasal dari Afrika seperti sapi / banteng, zirafah, kuda belang, badak sumbu dan lain-lain lagi. Aktiviti kali ini adalah membersihkan kawasan / kandang haiwan-haiwan ni dan memberikan makanan pada mereka. Aktiviti ini bermula jam 8.30 sehingga 12.30 tengahari tetapi diselitkan dengan minum pagi.

Sesi bagi makan pada Zirafah... 

Sesi bagi makan pada Zirafah...

Waktu habis sesi minum pagi...

Aku beranggapan bahawa tak salah untuk aku sebagai anak muda Malaysia melakukan aktiviti kesukarelawan ini bagi mengisi masa lapang aku kerana ramai juga anak muda yang tidak menggemari aktiviti-aktiviti kesukarelawanan seperti ini. Tapi aku masih berbangga kerana masih ada anak muda yang turut serta menjadi aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti mengisi lapang mereka.

PUSAT PEMULIHARAAN PANDA GERGASI / GIANT PANDA CONSERVATION CENTRE

Alang-alang dah ada di Zoo Negara, aku turut berkesempatan untuk melawat ke Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi ini dan turut dapat melihat secara dekat 2 ekor panda gergasi yang begitu masyhur di Malaysia iaitu Xing Xing dan Liang-Liang serta anak mereka yang cukup comey. Ini adalah kali kedua aku melihat panda secara dekat. Sebelum ni aku lihat di Hong Kong semasa pergi ke Ocean Park.

Anak panda... 

Aku bersama Xing Xing...

 JALAN-JALAN DI ZOO NEGARA

Sesi petang adalah ‘Free & Easy’. Dan aku mengambil kesempatan yang ada untuk pusing-pusing ke semua seksyen di dalam Zoo Negara dan apa yang menariknya aku dan group aku pusing hampir berkali-kali terutamanya ke Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi. Bak kata orang, alang-alang dah sampai kat Zoo Negara tue, kita pusing la sepuas-puasnya sebab lepas ni tak tau lagi bila la pulak dapat ke sana lagi ya? Hahaha...

Sekadar maklumat tambahan, di Zoo Negara ini dipecahkan kepada beberapa seksyen iaitu Children World, Aquarium, Hornbill Centre, Butterfly Garden, Bird Aviary, Amphibia World, Reptiles House, Lions & Tigers, Savannah Walks, Mammals Kingdom, Bee Museum, Bear Complex, Ape Centre dan Giant Panda Conservation Centre. Boleh lihat macam-macam haiwan kat sini. Contohnya, dapat lihat spesies tikus terbesar di dunia dan lain-lain lagi.

Di Bird Aviary...

Harimau Belang...

Badak Air...

Tapir...

Nie la tikus terbesar di dunia...

 Apa-apa pun, aku enjoy dengan aktiviti hujung minggu baru ni dan seronok dapat kawan-kawan baru yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Insyaallah, semoga ukhuwah kita terus terjalin hingga ke akhirnya. Amin...

Sekian, wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com 


Sunday, April 3, 2016

Pelancaran DVD OLa Bola... ~

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Wahhh...lamanya kita tak bersua kat blog aku ini. Banyak sebenarnya perkara aku nak kongsikan berkaitan dengan isu semasa, pengalaman, kenalan baru dan macam-macam benda baru aku buat sepanjang tahun 2016. Tapi aku terikat dengan tugasan dan kerja yang semakin bertambah kat ofis membuatkan aku agak terbatas untuk meluangkan masa untuk menulis semua tue satu persatu.

‘You Will Believe Again’

Sebenarnya untuk entry kali ini, aku nak kongsikan mengenai sokongan aku buat movie arahan Saudara Chiu iaitu OLA BOLA yang baru sahaja melancarkan DVD nya di Paradigm Mall hari ini dan aku turut sama-sama sertainya sebagai tanda aku menyokong penuh kepada movie yang penuh dengan warna-warni masyarakat hidup Malaysia.

Sebelum tue aku nak ucapkan TAHNIAH sekali lagi buat team OLA BOLA kerana berjaya meraih kutipan ‘box-office’ melebihi RM 15 juta. TAHNIAH buat Saudara Chiu (Pengarah) kerana sebelum ni juga mendapat kutipan RM17 juta menerusi movie ‘The Journey’. Aku suka corak penceritaan dan garapan dari movie-movie Saudara Chiu ini dan boleh kata sama dengan Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

‘Kita Menang Sama-sama, Kita Kalah Sama-sama’ – Ali

Itu antara tagline terpenting bagi movie ni yang memupuk semangat setiakawan, sayangkan negara, kerjasama dan macam-macam lagi. Tak banyak movie tempatan kita yang mampu memberi impak positif kepada penonton. 4 kali aku tengok movie ni kat pawagam tapi aku tetap layan movie ni...heheh ;)

PELANCARAN DVD OLA BOLA

DVD Ola Bola... ~

Ola Bola Exclusive Bookmark... ~
Hari ini, aku berkesempatan untuk menyaksikan pelancaran DVD OLA BOLA ini dan apa yang aku dapat lihat, sokongan dari setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum tetap memberi sokongan yang baik kepada movie ini. TAHNIAH sekali lagi aku ucapkan kepada team produksi OLA BOLA. Alang-alang aku dah miliki DVD ni, so aku berkesempatan untuk bergambar dan berinteraksi secara dekat dengan para pelakon movie ni.

Aku bersama Saudara Chiu (Pengarah) dan Marianne... ~

Aku bersama JC Chee (Tauke)... ~

Aku bersama Luqman Hafidz (Ali) & Saran (Muthu)... ~

Aku bersama Haris (Sanjeet) & Jian Wen (Ah Cai)... ~

Aku bersama pelakon kanak2 Ola Bola...hahaha ~
Apa-apa pun, kepada mereka yang diluar sana, pembaca-pembaca blog saya, jangan lupa untuk memiliki DVD OLA BOLA ini beri sokongan kepada movie-movie tempatan yang ada kualiti, yang ada nilai-nilai positif dan yang memupuk semangat perpaduan. Insyaallah... ;)

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

wan_hazem19@yahoo.com

Friday, February 26, 2016

Munafik (2016) - Penuh Pengajaran dan Iktibar...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Kita bertemu kembali setelah hampir sebulan tidak bersua dan entry terakhir aku di blog ini adalah mengenai filem iaitu ‘Ola Bola’ yang telah mencatat kutipan melebihi RM14.5juta. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada pengarahnya, Saudara Chiu dan barisan pelakon-pelakonnya.

Entry kali ini juga berkisar mengenai filem tempatan juga yang baru sahaja aku tonton semalam bersama-sama dengan Pengarah dan Para Pelakonnya iaitu filemMUNAFIK. Sekali-sekala berpeluang untuk menonton filem bersama para pelakonnya...hehehe. Filem ini diarahkan oleh pengarah muda berbakat di Malaysia iaitu Saudara Syamsul Yusof dan dibintangi oleh beliau sendiri, Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Sabrina Ali dan lain-lain lagi.

Sekali lalu, aku kongsikan sinopsis mengenai filem ini ;

“ mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.”

Dalam banyak filem-filem seram di Malaysia ini, MUNAFIKantara filem seram yang cukup kuat dengan elemen keagamaan yang secara kasarnya menampakkan kekuatan dan pengajaran dari setiap dialog dan situasi yang dipertontonkan itu.

Penceritaannya dari awal sehingga pengakhiran mempunyai elemen suspens dan kejutan yang diluar jangka. Babak ketikamana Maria lakonan Nabila Huda yang sedang dirasuk juga cukup menjadi dan boleh dianggap antara yang terbaik dari segi pembawaan watak berbanding watak lain.

Babak ketikamana seorang budak lelaki yang berada di jalanraya sedang melantunkan bola keranjang jugak cukup seram dan membuatkan aku berdebar-debar dan babak tersebut juga boleh aku anggap sebagai babak yang paling seram dalam filem ini.

Aku bersama Pengarah dan Pelakon Utama Filem MUNAFIK, Bro Syamsul Yusof & Isteri...

Aku bersama Nabila Huda...

Aku bersama Sabrina Ali & Pekin Ibrahim...

Apa-apa pun, secara keseluruhan aku anggap filem ini sesuai ditonton oleh anda semua dan mesti tonton kerana filem ini anda takkan rugi dan anda pun sedikit sebanyak dapat belajar dan mengetahui serba sedikit mengenai apa itu golongan munafik ini.

Aku bagi 9.9/10 bintang untuk filem ini. TAHNIAH sekali lagi kepada Saudara Syamsul Yusof kerana kembali ke arena filem tempatan dengan karya yang terbaru ini. Semoga terus memberikan yang terbaek untuk industri perfileman Malaysia ini.

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, February 2, 2016

Ola Bola (2016) : Kembalinya Keyakinan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

'Lift your dreams way up high,
Lift your goals to the sky,
Restui mimpi yang sejati,
Di arena cahaya...'

Itulah bait-bait lirik lagu 'Arena Cahaya' nyanyian Zee Avi yang diangkat sebagai lagu tema untuk movie 'OLA BOLA' yang baru saja diumumkan mengutip kutipan sebanyak RM2.5 juta untuk 4 hari tayangan di Malaysia dan Brunei. Tahniah aku ucapkan buat seluruh team produksi movie ni terutamanya buat pengarahnya, Saudara Chiu.

Kutipan tue boleh dianggap cukup memberangsangkan dan cukup tinggi dikala keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang terumbang-ambing ditambah pula lambakan filem tempatan yang kurang mendapat sambutan sejak akhir-akhir ni. Ianya satu kejayaan besar buat seluruh team produksi bagi filem tempatan ini.

Tiga kali aku layan movie ni di pawagam dan semestinya auranya tetap menjadi walaupun berkali-kali aku tonton movie ni. Tak pernah lagi sebelum ni aku layan movie yang sama melebihi sekali tetapi movie 'OLA BOLA' ni berjaya menarik aku untuk terus ke pawagam secara berkali-kali. Sebelum tue, aku nak minta maaf sikit buat Sinar.FM sebab tak dapat hadiri menonton tayangan perdana filem ni kerana aku terikat dengan tugas di luar kawasan. 4 tiket melayang saja...huhu ;(

'Semangat Perpaduan'

Itulah yang aku rasa semasa melayan movie ni buat pertama kalinya. Gembira, suka, sedih, sakit hati itulah perasan yang akan dirasa sepanjang menonton movie 'OLA BOLA' ini.Pengolahan jalan cerita yang dibuat oleh Saudara Chiu ini walaupun 'simple' dengan latar belakang tahun 80-an tetapi garapan dan kualiti dari segala aspek terutamanya dari mutu lakonan barisan pelakonnya juga cukup baik. TAHNIAH buat seluruh para pelakon 'OLA BOLA' ini.



Aku dikira cukup bertuah kerana berpeluang untuk berinteraksi dengan barisan para pelakonnya baru-baru ni yang terdiri daripada Tauke 'JC Chee', Eric 'Eric Teng', Ali 'Luqman Hafidz', Marianne 'Marianne Tan' & Ah Cai 'Lim Jian Wen' dan semestinya pengarah yang cukup berbakat ni, Saudara Chiu. Sangat happening dorang ni walaupun aku sedikit terkejut sebenarnya apabila berpeluang melihat depa ni secara dekat dan bergambar dengan depa. Aku turut dimaklumkan bahawa Ali ni merupakan seorang Pemain Terbaek Khairy Jamaluddin Cup 2014. 

Jarang sebenarnya filem yang mengangkat tema perpaduan yang melibatkan kepelbagaian bangsa dan penggunaan bahasa mengikut kaum masing-masing dipersembahkan menerusi sebuah filem seperti OLA BOLA ni. Tak salah sebenarnya jika saya beranggapan filem 'OLA BOLA' ini layak diangkat sebagai Filem Terbaek Malaysia sepertimana filem-filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang satu-satunya Pengarah Malaysia yang sentiasa mengangkat martabat semangat perpaduan berbilang bangsa.

Filem 'OLA BOLA' ni layak aku bagi 5/5 bintang dan aku sendiri mengajak sahabat-sahabat aku, kawan-kawan aku, rakan-rakan aku dan seluruh pembaca blog aku untuk turun ke pawagam menyaksikan sendiri kehebatan filem 'OLA BOLA' ni. Anda takkan rugi dan anda akan terus layan sepanjang menghayati movie ni. TAHNIAH sekali lagi buat seluruh team produksi filem ni!

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com