Tuesday, November 17, 2015

Majlis Makan Malam Bersama YB Datuk Dr. Loga Balan Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hujung minggu baru ni, aku ditugaskan untuk menyertai satu bengkel iaitu Bengkel Insurans Harta Benda dan Kenderaan yang dibuat di Hotel De’ La Fern, Cameron Highland. Alhamdulillah, aku makin selesa dan gembira dengan bidang kerja aku sekarang ini terutamanya apabila diberi peluang secara langsung dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hartanah ini.

Ketika di salah satu taman Lavender di Cameron Highland...

Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Pertamanya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di mana keluarga aku memutuskan untuk beraya di luar negeri Kedah dan Ipoh & Cameron Highland menjadi destinasi pilihan kami setelah masing-masing kami mempunyai karier sendiri.

Waktu nak check-out dari apartment...

Ketika di salah satu Ladang Strawberi...

Ok, stop ! Aku tak nak cerita mengenai Cameron Highland tetapi aku nak berkongsi sedikit mengenai satu Majlis Makan Malam yang aku sertai baru-baru ini.

Majlis Makan Malam Bersama YB Datuk Dr. Loga Balan Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Alhamdulillah, aku salah seorang Alumni MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen – Batch 4) berpeluang untuk menyertai majlis makan malam ini yang dibuat di Le’ Meridien Hotel, Kuala Lumpur bersama-sama dengan tetamu kehormat iaitu YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.


Ini kali kedua aku bertegur sapa dan sempat berinteraksi dengan YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini dimana kali pertamanya ketika aku sedang menunggu bekas bos aku, YB Datuk Mary Yap Kain Ching (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) di lobi Parlimen, YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bertegur sapa dengan aku.

Aku bersama dengan YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan...

YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika berkongsi cerita...

Aku cukup tertarik dengan perkongsian yang dibuat oleh YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini terutamanya berkaitan dengan ‘penyampaian & penyebaran maklumat’ apabila ianya dikongsikan secara santai dan mudah difahami bagi aku sebagai orang muda. Keterbukaannya dan tidak terlalu berprotokol ini membuatkan setiap individu yang mendengar ini mampu memahami setiap apa yang beliau sampaikan.

Aku masih tersentap sebenarnya apabila YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini memberikan mikrofon kepada aku untuk berkongsi sedikit maklumbalas mengenai perkara yang berkaitan dengan kejuruteraan. Hahaha...tergagap-gagap aku ketika tue...hahaha ~


Apa-apa pun, aku ucapkan ‘TAHNIAH’ buat urusetia & pelaksana majlis ini iaitu Kumpulan MANTAP V untuk perlaksanaan dan kelancaran majlis makan malam tersebut. Insyaallah, ada umur panjang, kita bertemu lagi.

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Thursday, November 12, 2015

Pesona Terengganu, Sayangi Terengganu...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi ini aku nak kongsikan mengenai satu aktiviti yang sangat menarik perhatian aku terutamanya ianya berkait rapat dengan bidang yang aku minati dan pernah mengkaji beberapa perkara melibatkan ‘Pelancongan, Pelestarian & Pembangunan’ iaitu ‘Pesona Terengganu 2015’ yang telah diadakan baru-baru ini di Dataran Merdeka & Dataran DBKL.

PESONA TERENGGANU 2015


Penganjuran Pesona Terengganu 2015 merupakan salah satu transformasi Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang dalam usaha mempromosikan pembangunan sosio ekonomi negeri menerusi sektor pelancongan.

Aku bersama Menteri Besar Terengganu...

Festival yang bakal dijadikan aktiviti tahunan ini akan memperkenalkan Negeri Terengganu melalui ‘Consumer Show’ dan ‘Trade Show’ kepada masyarakat luar. ‘Consumer Show’ ini melibatkan pameran, promosi dan jualan produk dan perkhidmatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) oleh usahawan Terengganu. Manakala ‘Trade Show’ pula memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat, seminar dan perbincangan mengenai ke semua sektor pembangunan sosio ekonomi Terengganu.

Festival yang diadakan itu menerapkan lapan segmen produk dan perkhidmatan utama yang diketengahkan iaitu berkaitan dengan IKS & Keusahawanan, Pelancongan, Pendidikan & Sains, Ekonomi & Pelaburan, Kebudayaan & Kesenian, Sumber Manusia & Sukan, dan Pertanian.

SAYANGI TERENGGANU

Aku sangat tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu yang menerapkan unsur ‘Sayangi Terengganu & Kenali Terengganu’ yang diketengahkan menerusi aktiviti seperti ini. Begitu dekat buat kaki-kaki travel.





Di situ, aku dapat lihat secara lebih dekat mengenai produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Terengganu, aktiviti-aktiviti tradisional & kebudayaan Negeri Terengganu dan sebagainya lagi. Aku tertarik dengan aktiviti menenun songket yang aku dapat lihat secara lebih dekat berserta dengan penerangan satu persatu mengenai aktiviti tersebut.

Seingat aku la, pernah sekali saja berjaya menjejakkan kaki ke Negeri Terengganu iaitu ke Kemaman untuk satu sesi pertemuan dengan YB DS Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Aku dapat merasa kenikmati makan makanan di situ.

Aku juga tertarik dengan konsep ‘Terengganu Kitchen’ di mana aku berpeluang melihat dan merasa makanan-makanan yang dibuat khas untuk para pelancong dan pengunjung-pengunjung festival tersebut. Pelbagai produk makanan Terengganu dipertunjukkan di situ.



Menerusi festival tersebut juga, aku dapat melihat komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk Tahun Melawat Terengganu 2017 yang begitu konsisten mempromosikan produk-produk Terengganu. Sebagai tambahan, ianya baik untuk pertingkatkan sumber ekonomi penduduk setempat dan rakyat Terengganu menerusi aktiviti pelancongan yang berterusan dan menjadi penarik Pelabur Asing.

KEDAH DISCOVERY 2016

Apa-apa pun, sebagai Rakyat Negeri Kedah, aku ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan Negeri Kedah terutamanya bagi yang gemar melancong di dalam Negeri. Mai lah ke Kedah, macam-macam ada di sini. Kita ada Gunung Jerai, Sungai Sedim, Sungai Kilim dll untuk yang minat kepada alam semulajadi, kita ada Pekan Rabu, Aman Central, Pekan Cina dll untuk yang suka membeli-belah, kita ada Menara Alor Setar, Muzium Padi, Langkawi Cable Car dll kerana semua ini tiada di negeri lain.

Yang mana suka makan, banyak makanan yang sedap-sedap di Kedah. Di tambah pula dengan ketenangan melihat sawah padi yang luas terbentang membuatkan anda tak rugi untuk ke Negeri Jelapang Padi ini. Boleh tengok kat link ni, Tempat-tempat Menarik di Alor Setar....

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH




Wednesday, November 11, 2015

Hari Sukan Negara 2015 : Orchid Fun Run & Ride 2015...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Apa itu hari Sukan Negara?

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015.


Sambutan ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan ini yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

10.10.2015 : Orchid Fun Run & Ride 2015

Aku turut meraikan sambutan Hari Sukan Negara ini menerusi penyertaan aku dalam Orchid Fun Run & Ride 2015 yang diadakan di Esplanade KLCC anjuran Petronita & Petronas ini. Dalam meraikan Hari Sukan Negara ini, larian ini juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional, Yayasan Institut Jantung Negara dan Unit Pediatrik HUKM.


Aku bersama-sama dengan sahabat baik aku, Ahmad Hasif telah berjaya menghabiskan larian ini sejauh 3.7KM dan ini adalah penyertaan pertama aku selepas berkhidmat dalam sektor awam. Larian ini sedikit sebanyak menunjukkan sokongan aku kepada Hari Sukan Negara 2015.








Tak banyak nak cerita, apa-apa pun kita jumpa semula pada Hari Sukan Negara 2016. Insyaallah...

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran YB Dato' Razali Ibrahim...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini, aku nak kongsikan sedikit cerita mengenai salah seorang tokoh Ahli Politik Muda Malaysia yang aku kagumi dan juga aku sendiri berpeluang meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-45 iaitu YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kawasan Muar, Johor Darul Takzim.


Aku begitu teruja pada mulanya apabila diberi kesempatan untuk meraikan sambutan hari lahir beliau di kediaman beliau, Bangsar. Ini merupakan kali kedua aku berpeluang meraikan sambutan hari lahir bersama tokoh politik dan sebelum ini aku diberi kesempatan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Y.A.Berbahagia Tun Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia di PWTC.

Aku mula mengenali susuk tubuh Ahli Politik Muda ini adalah ketikamana aku berpeluang bersemuka dengan beliau di kawasan beliau, Muar bagi membincangkan mengenai cadangan aku terhadap aktiviti pelajar. Dan beliau memberi masa dan ruang untuk aku menceritakan apa yang aku ingin sampaikan.

Aku ingat lagi semasa berakhirnya sesi pembelajaran aku di Universiti Teknologi Malaysia, beliau lah yang berkongsi dan memberi cadangan untuk haluan kerjaya aku samada memilih untuk terus belajar atau melangkah ke dunia pekerjaan. Beliau memberi nasihat dan sebagainya lagi.

Apa-apa pun, aku mendoakan agar beliau terus diberi kesihatan yang baik dan berbakti untuk Negara, Bangsa dan Agama.... Insyaallah... Semoga YB Dato terus diberikan keberkatan dalam hidup dan dikurniakan kesihatan yang baik... Insyaallah... ;)


aku bersama dengan sahabat-sahabat aku... 


aku bersama dengan kenalan aku, Saudara Ashwad Ismail, Pembaca Berita Astro Awani...


Sekian, Wallahua’lam...


Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, November 10, 2015

Malaysians United Run 2015 by Institut Onn Jaafar...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan ‘Selamat Menyambut Perayaan Deepavali’ buat rakan2 saya dan pembaca blog saya yang beragama Hindu. Semoga terus harmoni dalam Negara yang berbilang kaum… J

Malaysians United Run 2015

Hari ni, aku hanya nak kongsikan mengenai satu aktiviti yang aku sertai bersama sahabat baik aku, Adnan Abu Bakar & Ahmad Hasif iaitu ‘Malaysians United Run 2015’ yang diadakan pada 1 November 2015 yang lepas bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Aku boleh dianggap bertuah apabila berpeluang menyertai salah satu aktiviti larian yang terbesar di Malaysia yang melibatkan hampir 19,000 peserta. Program anjuran Institut Onn Jaafar ini turut tercatat di dalam ‘The Malaysia Book Of Records’. Program ini dirasmikan oleh YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.

Larian kali ini hampir 4.7km antara jarak yang jauh yang pernah aku sertai. Apa yang best kali ini adalah larian kali ini agak santai. Penyertaan kali ini adalah sebagai salah satu sokongan aku terhadap aktiviti riadah yang santai dalam membawa masyarakat hari ini ke arah ‘Fit Malaysia’.

Di situ aku juga berpeluang berjumpa dengan sahabat2 lain dan sempat bertegur sapa dengan kenalan-kenalan yang ada. Apa yang aku nampak, aktiviti seperti ini seharusnya diberi perhatian dan sokongan untuk kita mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain. 




Serba sedikit yang aku tahu mengenai Institut Onn Jaafar adalah sebuah pertubuhan yang memfokuskan terhadap golongan miskin dan yang kurang berkemampuan dalam memberi bantuan menerusi aktiviti kesukarelawan dan khidmat komuniti.

Insyaallah, ada rezeki kita jumpa di lain waktu dan tempat. Apa yang penting, aktiviti yang baik dan bermanfaat seharusnya diberikan sokongan yang berterusan. Cuma saya agak kurang bersetuju dengan mentaliti segelintir rakyat Malaysia yang…. Hahaha… takpa lain kali saja aku cerita…hahaha

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, November 9, 2015

1st Hammock Camping Gathering 2015 @ Hutan Lipur Lubuk Yu, Kuala Sentul, Maran, Pahang...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, pada 7 & 8 November 2015 saya berkesempatan menyertai ‘1st Hammock Camping Gathering 2015 @ Hutan Lipur Lubuk Yu, Kuala Sentul’ bersama-sama dengan sahabat baik saya, Ahmad Hasif & Salehin Rafi. Hammock? Saoalan pertama yang ditanya oleh sahabat2 saya ni ketika mana diajak untuk sertai program ini, ‘Apa itu hammock?’

Hammcok atau sering disebut dengan tempat tidur gantung adalah sebuah peralatan outdoor yang membolehkan kita duduk di dalamnya setelah diikat pangkal dan hujungnya pada 2 pokok atau 2 tiang dengan tali. Hammock ni biasanya digunakan untuk kegiatan outdoor tapi boleh juga dipasang indoor. Lebih kurang macam tue la maksud hammock ni…

Program anjuran HUGS Project dengan kerjasama Urusetia DUN Kuala Sentul, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Aqua Putra, Eco Trip dan macam2 lagi sangat unik dengan pelbagai aktiviti yang disajikan kepada para peserta. Setiap aktiviti itu sangat menarik dan sangat mencabar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Mas Ermyatie, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Jungle Trekking


Laluan yang agak mencabar sepanjang dan sesuai untuk orang2 muda mengisi masa lapang menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi ini. Pemandangan kiri dan kanan yang memukau sedikit sebanyak mampu untuk hilangkan kepenatan yang ada.

River Tubing


Sayang seribu kali saying sebab aku tak dapat lakukan aktiviti ini disebabkan kaki aku kejang ketika aktiviti dilakukan. Hanya mampu untuk lihat ahli kumpulan aku bergembiran dengan aktiviti. Teringin sangat nak buat, tapi disebabkan kaki kejang, aku hanya mampu lihat saja. Huhu…

Leap Of Faith





Ketinggian memainkan peranan yang amat penting bagi aktiviti ini. Aku cabar juga diri aku untuk melompat dari pokok yang agak tinggi untuk capai bola takraw yang digantung di antara pokok di situ. Naik tangga yang disediakan juga agak memenatkan dan sekali sampai di atas terus getar & cuak bila tengok  ke bawah... setelah beberapa minit, aku lompat jugak…haha

Tree Climbing




Panjat pokok ni Nampak senang tapi sekali buat memang payah gila. Tapi sangat beruntung kerana kali ini, aku dan kawan2 diajar oleh orang2 yang memang pakar dalam aktiviti memanjat ni (The Builders)  termasuklah Atlet Malaysia bagi Tree Climbing yang tersenarai dalam Asia Pasific Top 10 best tree climber.

Swim & Save

Aktiviti ni paling aku puas hati untuk aktiviti ini kerana berpeluang untuk diajar berenang dan menyelamat dalam keadaan yang sangat cool & relex oleh Team Aqua Putra. Aku ingat lagi waktu mula2 masuk ke tengah lubuk, kaki aku tak cecah dasar terus tenaga pengajar Aqua Putra yang berad di sekeliling aku ini meyakinkan aku untuk terapung dan bergerak secara baring di atas permukaan air. Dan Alhamdulillah, aku dah dapat tangkap teknik tue dan memang menjadi… Thanks ya Team Aqua Putra!

Flying Fox

Aktiviti ini antara aktiviti yang selalu dibuat dan apa yang best untuk aktiviti ini adalah kali ini aku berpeluang merentasi lubuk yu dengan flying fox. Aktiviti ini just enjoy dan relex.

Sleeping In A Hammock

Amat berpuas hati sebab aku berpeluang tidur semalaman dalam hammock ni. Mula2 agak goyang2 then lepas dah biasa aku dah boleh seimbangkan diri untuk tidur dalam hammock tue. Group aku antara yang paling tinggi lapisan hammock iaitu 3 tingkat dan aku yang paling bawah. Hahaha… Memang puas hati la… J














Hutan Lipur Lubuk Yu, Kuala Sentul, Maran, Pahang

Hutan Lipur Lubuk Yu, Kuala Sentul, Maran, Pahang di kelilingi hutan hujan tropika tertua di dunia yang mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi eko sistem, khazanah alam semulajadi, sungai, bukit bukau, flora dan fauna. Mana yang berminat aktiviti seperti ini, saya cadangkan untuk anda dapat sendiri ke sini dan nikmatinya sendiri…

Secara keseluruhan, apa yang aku boleh ungkapkan adalah satu program yang paling happening, cool dan banyak benda aku belajar di sini. Terima kasih kat Ummi, YB Dato’ Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang) merangkap ADUN Kuala Sentul, sahabat2 mentee (Afiq & Aliaa), my partners (Ahmad Hasif & Salehin Rafi), my teammates, Kumpulan 5 (Utbah, Mizan, Hikmah, Izati, Kimi, sha, ain, adam & bob), krew2, sukarelawan2 dan semuanya… Semua bergembira dengan pelbagai aktiviti di Lubuk Yu ni… J

Yang penting, ni kali pertama aku dapat ‘Lucky Draw’ ketika join camping2 ni. Insyaallah, jika ada jodoh dan masa kita berjumpa lagi untuk aktiviti-aktiviti di masa akan dating. Syabas dan Tahniah buat penganjur dan semua! Saya enjoy dengan aktiviti ini, saya bagi 9 out of 10 stars… J

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com