Tuesday, June 19, 2012

Lawatan Akademik ke Majlis Perbandaran Kulai, IOI Properties Berhad dan Johor Land Berhad...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH, selesai sudah hari pertama Kem LAD 1 pada hari ini. Tiga tempat yang kami berkesempatan untuk membuat lawatan akademik iaitu di Majlis Perbandaran Kulai, IOI Properties dan Johor Land Berhad.

Sebelum tue, TAHNIAH dan TERIMA KASIH saya ucapkan buat barisan AJK Kem LAD 1 terutamanya Saudari Nurfarhana Malek selaku Pengarah Program untuk sesi kali ini. Semuanya berjalan dengan lancar. ALHAMDULILLAH… =)

Permulaannya kami dibawa ke Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) untuk sesi taklimat awal dan ringkas serta diberi goodies bag kenang-kenangan oleh pihak MPKU. Dan seterusnya dibawa ke IOI Properties yang berhadapan dengan IOI Mall. Taklimat di sini saya hanya mendengar dan banyak juga pengetahuan yang saya dapat ketika sesi ini berlangsung.

Seterusnya kami diberi taklimat mengenai Majlis Perbandaran Kulai oleh Encik Sahanata Ismail selaku Penolong Pegawai Penilai MPKU. Kami difahamkan mengenai 4 mukim yang terdapat di bawah MPKU dan kawasan MPKU ini sendiri berkeluasan hampir 747km². Kawasan ini adalah di bawah Program Bandar Selamat 2011. Dan di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai Kronologi Program Bandar Selamat.

2004 : Arahan Jemaah Menteri untuk mewujudkan Bandar Selamat dan Pelancaran Buku Program Bandar Selamat – 23 Langkah Pencegahan Jenayah
2005 : Hebahan Program Bandar Selamat dan Penglibatan 38 Pihak Berkuasa Tempatan (Bandaraya dan Perbandaran) di Semenanjung Malaysia
2006 – 2008 : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memantau pelaksanaan Program Bandar Selamat, Garis Panduan Minimum Spesifikasi Teknikal Pemasangan CCTV di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Panduan Pelaksanaan Bollard dan Rel Penghadang dan Garis Panduan Pencahayaan bagi Pencegahan Jenayah
2009 : Program Transformasi Kerajaan (GTP), NKRA Mengurangkan Jenayah, LAB NKRA (5 Oktober – 19 November 2009) : NKPI 1.2.1 – Mengurangkan Jenayah Jalanan Negara melalui Program Bandar Selamat dan NKPI 1.1.4 – Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)

15 Langkah Bandar Selamat diperkenalkan melalui 3 strategi untuk menguatkan lagi Program Bandar Selamat ini iaitu :
Strategi 1 – Mereka bentuk persekitaran fizikal. Terdapat 3 langkah dibawahnya iaitu :
a. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dari Laluan Bermotor
b. Pelaksanaan Reka Bentuk Persekitaran Fizikal yang Selamat (CPTED)
c. Pemetaan GIS Jenayah dan Program Bandar Selamat

Strategi 2 – Memperkasakan kawasan sasaran. Terdapat 9 langkah dibawahnya iaitu :
a. Penyediaan Balai Polis Tetap atau Bergerak
b. Penyediaan Cermin Keselamatan
c. Penyediaan Papan Tanda Peringatan Jenayah
d. Penyediaan Penggera Keselamatan
e. Penyediaan Tempat Motosikal Berkunci
f. Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Premis Perniagaan dan Tempat Awam
g. Pencahayaan
h. Laluan Awam Tidak Terlindung dari Pandangan Awam
i. Penjanaan Aktiviti Bersesuaian di Kawasan Terdedah dengan Jenayah

Strategi 3 – Pengurusan, penyertaan komuniti dan kesedaran awam. Terdapat 3 dibawahnya iaitu :
a. Pendidikan, Kesedaran Awam dan Publisiti
b. Meningkatkan Rondaan di Kawasan Perumahan
c. Agenda Tetap Bulanan Mesyuarat Majlis Penuh PBT

Selain itu, kami turut dimaklumkan mengenai pembangunan yang telah, sedang dan akan dibuat di Daerah Kulai. Antaranya ialah :
• Pusat Pentadbiran Kulaijaya
• Pembangunan Bandar MSC Cyberspot
• Johor Premium Outlet (JPO)
• Senai Airport City (SAC) – Hi-Tech Park
• Senai Airport Terminal Services
• Kawasan Perindustrian Sedenak
• Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya
• Kulai Centrepoint
• Mengecat Bangunan Bandar Kulai dan Bandar Senai (Biru adalah warna tema di Bandar Kulai)
• Pembinaan Masjid Daerah Kulaijaya

Seterusnya, ketika di Johor Land Berhad pula, sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Yusuf Ahmad yang juga merupakan bekas mahasiswa UTM kursus Pengurusan Harta Tanah dan pengalamannya juga adalah hampir 20 tahun dalam sektor pemaju ini.

Johor Land Berhad ini telah hampir 40 tahun terlibat dalam pembangunan hartanah dan antara pembangunan terawalnya ialah di tampoi. Antara anak syarikatnya pula ialah Advance Development Sdn Bhd dan Pembinaan Prefab Sdn Bhd. Antara ‘Land Bank’ untuk Johor Land Berhad ini ialah Bandar Dato’ Onn, Tiram, Pasir Gudang dan lain-lain.

Akta dan perundangan banyak terlibat dalam sektor pemajuan dan pembangunan harta tanah ini dan antara yang paling penting adalah Akta Pemajuan Perumahan. Johor Land Berhad ini bermula pada tahun 1972 dan projek yang terkini adalah Projek Bandar Datuk Onn. Pemajuan dan pembangunannya adalah dibawah Wilayah Shah Iskandar.

Selain itu, kami turut diberi taklimat tambahan mengenai persediaan ke sesi temuduga oleh Puan Hamidah selaku wakil Jabatan Sumber Manusia Johor Land Berhad. Antaranya nasihatnya ialah tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Keyakinan Diri.

Itu sahaja rasanya yang dapat saya kongsikan sebagai ilmu dan pengetahuan untuk semua pembaca blog saya. Insyaallah, esok hari pula kami akan pergi Lawatan Akademik ke Syarikat Air Johor pula. Doakan agar semuanya berjalan lancar. AMIN…

Saya bersama rakan sekuliah saya...
 Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
 IOI Properties Berhad
 Johor Land Berhad
 Antara Goodies Bag dan Cenderahati yang saya dapat... =)
 Aku bersama YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam sektor perumahan dan harta tanah di negara kita (sekadar gambar tambahan... hehehe)

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, June 16, 2012

Hoore Hoore : Best dan Menghiburkan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia… ‘

'Orang Besar-Besar Ni Kiut Pe!’ 

Itulah yang dapat aku katakan ketikaman menyaksikan filem muzikal, HOORE HOORE karya ketiga sutradara Saw Teong Hin selepas Puteri Gunung Ledang dan Apa Kata Hati. Garapan yang penuh berperisa, ada pedasnya, ada pahitnya, ada manisnya, ada juga masamnya. 

Kali pertama melihat trailer filem HOORE HOORE ini di youtube, ada terdetik di hati mungkin ini antara filem yang lain dari lain walaupun genrenya secara muzikal sebelum ini sudah pernah dipertonjolkan melalui filem Tipah Tertipu The Movie. 

Lakonan penuh dramatik oleh pendatang baru dalam dunia perfileman iaitu Farah Nazirah dan Akim AF memberi satu keunikan melalui watak masing-masing. Di tambah dengan lakonan hebat dari pelakon-pelakon yang sudah berpengalaman seperti Fauziah Nawi, Aznil Nawawi, Adibah Noor, Harum Salim Bachik dan sebagainya.
Filem ini diselang-seli dengan muzikal yang rata-ratanya boleh dianggap tribute khas buat Allahyarham Sudirman seperti Salam Terakhir, Balik Kampung, Merisik Khabar, dan sebagainya lagi yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon filem ini. 

Apa yang dapat saya katakan mengenai filem ini adalah ianya cuba mengangkat martabat seorang insan yang merasa rendah diri disebabkan kekurangan diri yang ada. Erti persahabatan juga dipertunjukkan melalui watak-watak sampingan yang lain serta filem ini juga mempertunjukkan sifat hasad dengki antara kawan-kawan. 

‘Jangan Mudah Mengalah’ 

Itulah ungkapan yang dapat saya katakan apabila melihat perwatakan watak utama dalam filem ini. Kita janganlah terlalu mudah mengalah dengan kekurangan yang kita miliki kerana dengan kekurangan itu, ianya memberi kita perubahan sekelip mata sahaja jika kita teruskan saja langkah kita. 

‘Sahabat Sejati Takkan Pernah Berubah Hati’ 

Itulah mesej yang kuat yang saya dapat melalui filem HOORE HOORE ini. Jika seseorang itu sahabat sejati kita, dia takkan pernah berubah hati dengan segala kekurangan dan kelebihan kita. Seseorang sahabat sejati itu juga akan sentiasa menegur dan membimbing kita ke arah kebaikan. 

4 bintang saya berikan untuk filem HOORE HOORE ini. Dan saya cadangkan kepada kekawan yang masih belum menonton filem ini, jemputlah menontonnya, confirm puas hati…hehehe =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, June 13, 2012

Jangan Halau Jika Anak Mengandung Luar Nikah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kesibukan yang melanda gara-gara demam ‘FINAL EXAM’ di UTM dan seluruh IPTA di Malaysia tidak menghalang untuk saya meneruskan perkongsian berita dan cerita di blog saya kali ini. Jika sebelum ini, saya sering kongsikan mengenai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja dan anak muda dan hari ini saya ingin kongsikan satu berita yang juga membuatkan saya bersetuju dengan pendapatnya. 

KOTA BHARU - “Jangan halau anak perempuan jika dia mengandung luar nikah kerana bayi yang dikandung itu tidak berdosa,” kata Pengerusi JawatankuasaPembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar. 

Menurutnya, ibu bapa perlu menjadi pembimbing dan penyelamat kepada anak-anak dan tidak terus membiarkan mereka dibelenggu dengan dosa. 

”Sudahlah anak itu tidak dijaga dengan baik sebelum ini, bila mengandung hendak dihalau pula dan ia sepatutnya tidak berlaku. 

”Kita perlu sama-sama menjaga anak-anak kita dan saya yakin di bawah pemerintahan ulama semua perkara negatif tersebut dapat dihindari,” katanya semasa merasmikan 

Program Cakna Rakyat Dun Bunut Payung yang diadakan di Padang Kampung Lembah Sireh, di sini. Program Cakna Rakyat yang bertemakan kesihatan itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, berbekam, urutan dan sebagainya. 

Menurutnya, anak-anak adalah harta yang sangat berharga dan disebabkan itulah ibu bapa harus mengutamakan tanggungjawab terhadap mereka supaya generasi pewaris itu menjadi insan yang berguna di masa akan datang. 

Wan Ubaidah berkata, bukan sekadar memberikan kemewahan dan pendidikan sahaja kepada mereka tetapi ilmu agama juga harus seiring kerana ia akan menjadi benteng kepada mereka sepanjang mengenal dunia. 

Sumber : Sinar Harian 

*Insyaallah…saya akan menyusul dengan beberapa artikel selepas berakhirnya paper final exam saya yang terakhir pada khamis nie… So, nantikan…hehehe 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, June 12, 2012

Siswi IPTA Dicekup Ketika Sedang Berpelukan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Dalam kesibukan menelaah nota-nota bagi menempuh Peperiksaan Akhir Semester, terbaca pulak satu berita mengenai seorang Mahasiswi di Pantai Timur yang dicekup sedang berpelukan… Masyaallah… Jom baca berita yang seterusnya… 

DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin. 

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur. 

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan. 

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat. 

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. 

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. 

Sumber : Sinar Harian 

*Macam-macam berlaku sekarang nie…huhuhu =( 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, June 10, 2012

Kenangan MyHarapan - Youth Defined : Shape Our Future di UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terasa lama pulak tak post entry terkini di blog saya ni… Dan dalam kesibukan dalam menelaah semula nota-nota untuk berhadapan dengan Peperiksaan Akhir semester nie, saya ingin kongsikan beberapa gambar saya ketika menjadi sukarelawan untuk My Harapan.



Time nie jugak slogan saya menjadi antara yang terbaik di UTM dan menjadi finalis untuk kuiz yang menjanjikan hadiah sebuah i-Pad. Tetapi saya tewas dengan mahasiswi dari kaum India…



Apa-apa pun, TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua warga UTM yang memberi sokongan terhadap program ini… =)

Credit to Youth Defined : Shape Our Future

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, June 3, 2012

MyHarapan - Youth Defined : Shape Our Future di UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… Baru nie saya berkesempatan untuk menjadi sukarelawan bagi mempromosikan dan memperkenalkan projek MyHarapan iaitu ‘Youth Defined : Shape Our Future’ di Booth MyHarapan yang bertempat di Lobi Perpustakaan Sultanah Zanariyyah Universiti Teknologi Malaysia. 

Program ini kita perkenalkan melalui 14 cadangan projek dan idea daripada golongan Belia. Dan mahasiswa serta belia hanya perlu memberi undi kepada 3 projek yang dirasakan sesuai untuk diketengahkan. Sebanyak 10 daripada 14 cadangan projek yang mendapat undian tertinggi akan cuba diimplementasikan di peringkat yang seterusnya. 



Selain itu ada juga interaktif dan aktiviti lain yang kita cuba berikan seperti segmen mencipta atau merekacipta design baju, mencipta slogan atau menulis harapan secara kreatif kepada belia dan kuiz ringkas. Setiap segmen ini diberikan hadiah jika menjadi antara orang bertuah. 

‘Belia Berintegriti Lahirkan Generasi Berwawasan’ 

Itulah slogan ringkas ciptaan saya yang akhirnya memberi tuah kepada saya dan menjadi antara slogan terbaik dari Mahasiswa UTM yang memberi saya ganjaran wang tunai sebanyak RMxxx. Hehehe… Serta menjadi finalis kepada interaktif kuiz dan kecundang kepada Mahasiswi. TAHNIAH kepada beliau kerana memenangi i-Pad. 



Apa yang dapat saya katakan mengenai program ini adalah sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan input yang sangat baik kepada para belia. Idea dan aktiviti seperti ini sedikit sebanyak mendekatkan lagi dengan para belia dan ALHAMDULILLAH mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Seterusnya, sepanjang saya menjadi sukarelawan itu juga, saya dapat berinteraksi dengan mahasiswa dari pelbagai fakulti serta dari kalangan mahasiswa antarabangsa. Semuanya cukup spoting ! Saya juga sedikit sebanyak dapat memberi peningkatan dalam komunikasi saya berbahasa Inggeris. Saya juga dapat mengenali rakan baru dari kalangan NGO MyHarapan ini sendiri. 

Aktiviti ini memang enjoy dan sangat best. TERIMA KASIH kepada MyHarapan kerana memberi peluang kepada saya menjadi salah seorang daripada mereka. Dan Insyaallah, akan terus support program seperti ini…hehehe 

*Nak tahu lebih lanjut mengenai MyHarapan? Klik kat sebelah nie, My Harapan. 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, June 1, 2012

INVASI : Cemas dan Mendebarkan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Selamat Datang Bulan JUN ! Bulan yang akan membuatkan diriku fokus terhadap pengajian dan akademik. Peperikasaan Akhir akan berlangsung pada bulan ini dan juga Kem LAD iaitu salah satu subjek yang saya ambik semester ini dan akan berkampung di Johor Bahru dan juga Kuantan. Insyaallah… Doakan semuanya berjalan dengan lancar.

Berbalik kepada penulisan hari ini iaitu untuk bercakap dan berbicara mengenai sebuah novel yang baru sahaja habis dibaca sedangkan hampir beberapa bulan sudah memilikinya disebabkan terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan Alhamdulillah akhir habis dibaca oleh saya iaitu novel yang bertajuk, INVASI keluaran FIXI.

INVASI karya saudara Raja Faisal ini cukup menarik perhatian saya dan membuatkan diriku sentiasa berdebar-debar menantikan kesudahan mengenai alien yang cuba menakluki Malaysia. Dari helaian ke helaian yang seterusnya, semuanya penuh dengan suspens, cemas, geram, dan sebagainya lagi.

Idea yang dikeluarkan oleh penulis ini patut dipuji kerana dunia penulisan sejak akhir-akhir ini penuh dengan fantasi yang sebelum ini sering dibanggakan oleh penulis-penulis barat tetapi sekarang ini, tiada yang mustahil bagi Anak Malaysia, Anak Merdeka.

Watak utamanya yang bernama Bayani serta watak-watak sampingan yang lain seperti Anwar, Jo, Ajak, Achet, Nora, Ika dan sebaginya lagi membawa kita kepada suatu persahabatan yang cukup utuh demi ketitisan darah yang terakhir. Masing-masing mempunyai semangat untuk mempertahankan Negara Malaysia walaupun terpaksa berdepan dengan saat kematian.

Genre novel seperti ini seringkali kita dapat saksikan menerusi filem bertaraf antarabangsa yang dikeluarkan oleh Negara-negara Barat tetapi kita dapat melihat idea kreatif yang penuh fantasi ini oleh pengkarya dan anak muda Malaysia. Saya memuji melihat plot-plot dalam novel ini yang cukup ‘kena’ dengan kehendak saya sebagai seorang pembaca dan peminat novel fantasi Malaya.

Sebelum tue, saya nak kongsikan sinopsis novel INVASI ini…

Ahmad Bayani – Jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan – tak sangka dunianya boleh hancur sekelip mata.

Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistic yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas.

Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh.

Bayani juga berdepan semula dengan kisal silamnya ; ibunya yang telah lama hilang, dan kekasih yang terhalang.

Hari INVASI bermula, dan nasib manusia berubah selamanya. 


Saya cadangkan kepada sahabat-sahabat dan pembaca blog, jadikan novel INVASI ini sebagai koleksi anda…hehehe =) 

*4 bintang untuk novel INVASI… =) 

 Sekian, Wallahua’lam…

 Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com