Friday, May 14, 2010

Muhammad Iqbal...Penyair Agung...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hampir seminggu saya menghabiskan masa saya dengan membaca sebuah buku yang sememangnya perlu dibaca oleh semua rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam iaitu mengenai "50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA". Antaranya adalah Muhammad Iqbal. Kepada yang belum mengenali beliau, mesti tertanya-tanya Kenapa saya cuba menceritakan mengenai Muhammad Iqbal? Jawapannya...anda semua perlulah membacanya sehingga habis. He3...



Muhammad Iqbal...Penyair Agung dan Terulung.... Kita lihat sejenak mengenai latar belakang beliau, Nama penuh beliau adalah Muhammad Iqbal bin Nur Muhammad bin Rafi. Beliau dilahirkan pada 9 November 1877. Keluarga beliau berasal daripada golongan menengah Punjab di Sialkot yang kini dikenali dengan nama Pakistan. Keluarga beliau juga berasal daripada keturunan Kashmir. Muhammad Iqbal mendapat pendidikan awal daripada kedua ibu bapanya. Setiap hari selepas solat Subuh diajar membaca Quran.

Penglibatan Muhammad Iqbal dalam kesusasteraan mengangkat namanya sebagai penyair agung. Kebanyakan puisi beliau menggunakan bahasa Urdu, Parsi, dab Bahasa Inggeris. Beliau terkenal kerana puisinya yang masyhur dan mempunyai bait-bait kata yang indah. Ramai di kalangan penutur bahasa Urdu di Pakistan dan India mengiktiraf beliau sebagai penyair Agung.

Antara puisinya yang terkenal adalah The Secret of The Self dan The Mysteries of Selflessness. Koleksi puisi The Secret of The Self menceritakan konsep diri, kehidupan alam semesta dan kehidupan manusia. Manakala koleksi puisi The Mysteries of Selflessness lebih menumpukan kisah persaudaraan dan ibadah dalam agama Islam.

Muhammad Iqbal dianggap sebagai bapa pembentukan negara Islam Pakistan. Beliau berjuang menyampaikan dakwahnya melalui tulisan penanya sendiri. Beliau berjasa membangkitkan kesedaran umat Islam yang dijajah dengan pemikiran Barat pada ketika itu.

Muhammad Iqbal juga adalah tokoh Islam yang berperanan mengubah pemikiran masyarakatnya pada masa itu. Melalui mata penanya, beliau berusaha membangunkan pemikiran masyarakat demi mencapai ketinggian ketamadunan Islam. Kebanyakan puisinya datang dari dalam dirinya sendiri. Keikhlasan yang terbuku dalam sudut hatinya diluahkan melalui puisinya itu.

Tidak hairanlah masyarakat pada zamannya mengiktiraf kebolehan dan keistimewaan yang ada pada Muhammad Iqbal. Keinginannya yang tinggi dalam mengubah masyarakat Islam menjadi maju pada zamannya terbukti apabila beliau sendiri mengarang sebuah sajak yang berbunyi, "Umat Islam, apabila ingin maju, perlu mampu berpacu dengan waktu. Sekali umat Islam berhenti, bererti dia membiarkan dirinya tergilis dek sang waktu."

Muhammad Iqbal terus berpuisi dan bermadah bagi mengubah fikiran umat Islam pada zamannya. Mengubah umat Islam menjadi satu tamadun yang disegani dan dihormati. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21 April 1938.


Alhamdulillah, diharapkan anda semua dapat mengambil yang baik dan pupukkan dalam diri masing-masing. INSYAALLAH...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM..."

Thursday, May 13, 2010

Lakonan JPA3....

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia....

Malam nie saya akan berkongsi sedikit pengalaman ketika saya menyertai Lakonan JPA3 di Padang Sekolah Menengah Teknik Langkawi bersempena Hari Kokurikulum....

Selamat Melihatnya...hehehe....


Aku...
Aku diselamatkan oleh Penyelamat JPA3...

Aku dibawa keluar dari Kereta...
Ragam yang lain...

Ayu dan Kak Chik yang terbaring....


Barisan Ahli Lakonan JPA3...daerah Langkawi..
Semasa saya menyertai Kadet Pertahanan Awam JPA3 sesi 2006/2007, saya dilantik sebagai Setiausaha Kadet Pertahanan Awam JPA3 SMTL dan mewakili Daerah Langkawi bagi Perkhemahan Tahunan Kadet Pertahanan Awam JPA3 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman....
Kenangan ini akan sentiasa terus tersemat di hatiku...INSYAALLAH...
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM..."

Rasuah...Segala-galanya...


Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum,
Salam Perpaduan dan
Salam 1 Malaysia...


Mencari harta dan kekayaan adalah keperluan dalam kehidupan sama ada sebagai mahasiswa mahupun orang yang telah berkerjaya. Setiap manusia terutamanya Umat Islam memang disuruh mencari kekayaan. Namun, ia hendaklah selari dengan kehendak dan landasan Islam. Ia boleh bagi memenuhi tuntutan dan membiayai keperluan hidup sendiri, keluarga, negara dan seterusnya membangunkan ummah.

Harta penting bagi kehidupan manusia terutamanya Umat Islam menuju ke jalan yang diredhai Allah. Contohnya, kita memerlukan wang untuk mengerjakan haji dan mengeluarkan zakat. Sehubungan itu, Islam tidak menegah manusia mencari habuan untuk kehidupan di dunia. Namun begitu, janganlah pula dilupai bekalan akhirat.


Ini jelas dinyatakan Allah SWT dengan firman-Nya yang bermaksud :

“Carilah apa-apa yang dikurniakan Allah untuk kebahagiaan di akhirat dan janganlah pula lupa untuk habuan kamu di dunia”

Surah al-Qasas 28 : 77


Perlu diingatkan juga yang harta dan kekayaan tiada berguna tanpa keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya, harta yang banyak tanpa keberkatan dirasakan sempit dan susah serta tidak berguna.

Menurut hukum syarak, rasuah tergolong dalam perbuatan berdosa besar. Ini kerana ia termasuk dalam perkara memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Ia berdasarkan dalil al-Quran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (member rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Surah al-Baqarah 2 : 188


Dalam ayat lain, Allah SWT menyatakan, yang mafhumnya :

“Mereka sangat suka mendengar berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)…”

Surah al-Maaidah 5 : 42


Berdasarkan ayat al-Quran di atas, Allah SWT melarang hamba-Nya memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan salah. Perbuatan rasuah termasuk dalam kategori memakan harta dengan jalan salah. Ayat berikutnya pula menjelaskan sifat atau karakter orang Yahudi yang sentiasa mengagungkan kebatilan, pembohongan dan amalan rasuah.

Pengharaman rasuah juga disebut oleh Rasulullah SAW dengan hukuman dilaknat atau dikutuk Allah SWT dan rasul-Nya. Antara hadis yang membincangkan mengenai rasuah ialah yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru. Beliau berkata, yang bermaksud :

Bersabda Rasulullah SAW, ‘Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah’
Riwayat Ibnu Majah

Di Malaysia, kita sering mendengar ungkapan seperti : suap, tumbuk rusuk, sogok, duit bawah meja, pelincir, persen dan duit kopi. Malah, saguhati dan hadiah pun digunakan untuk menggantikan perkataan rasuah. Ini menunjukkan amalan rasuah adalah salah laku yang umum menganggap sebagai perbuatan tidak bermoral dan zalim. Bagi ‘menghalalkan’ amalan itu, pelbagai nama lain digunakan bagi mengaburi mata masyarakat seolah ia bukan rasuah.

Perubahan pada nama lain dan istilah di sesuatu tempat dan masa umpama si penjenayah menukar nama dan imej untuk mengelirukan orang ramai atau melarikan diri daripada undang-undang. Sekadar mengubah ungkapan tidak dapat mengubah hakikat yang rasuah itu zalim, kotor, jelik dan najis.





Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM IC KL

Wednesday, May 12, 2010

IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis?

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ada sedikit perkongsian penulisan saya mengenai, IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis? Sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi bolehlah melihatnya...INSYAALLAH...

IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis?

Mahasiswa sering dianggap hebat di kalangan masyarakat sekeliling. Suara mahasiswa itu sering mampu menggegarkan sesuatu isu apabila dibangkitkan pada satu-satu masa dan dipandang hebat oleh para ahli politik dan sebagainya.

Tetapi menjadi satu persoalan apabila ke mana hilangnya Golongan Intelektual ini berbanding Golongan Artis yang tumbuh bak cendawan selepas hujan? Apabila dilihat dari sudut publisiti yang diberikan kepada Golongan Intelektual ini lebih kurang berbanding kepada Golongan Para Artis, hal ini jelas menunjukkan betapa hebatnya tahap kedudukan dan ruang yang diberikan oleh media massa terhadap golongan artis ini sehingga sisipan harian di fokuskan setiap hari hanya kepada golongan ini.

Dilihat juga apabila bertambahnya program-program berbentuk realiti TV yang lebih difokuskan kepada bidang hiburan semata-mata, ini jelas membuktikan betapa agungnya semangat Hiburan yang semakin menguasai pentas-pentas pemikiran golongan belia remaja di negara ini sehingga diangkat menjadi Ikon kepada mereka. Realiti TV itu tidak ada salahnya sekiranya, ia digunakan sebaik mungkin contohnya, Resensi Buku, Akademi Quran dan yang terbaru Imam Muda.

Tidak mudah untuk kita mulakanya tetapi ianya patut diberi peluang dan publisiti yang hebat oleh media massa terutamanya oleh Pihak Kerajaan sendiri dalam membentuk satu transformasi rakyat di bawah Gagasan 1 Malaysia iaitu Masyarakat Berintelek.

Mahasiswa juga dapat digerakkan bersama program-program yang berunsur ilmiah dan kepimpinan untuk lebih ke arah hadapan. Sebagai golongan intelek : akademik, kokurikulum dan kepimpinan perlulah dijadikan satu aset wajib terhadap diri setiap mahasiswa untuk dijadikan IKON dalam negara ini. Tidak hairanlah apabila kebanyakan Menteri Kabinet dan ahli-ahli politik sekarang lahir dari kestabilan akademik, kokurikulum dan kepimpinan sebagai asas untuk ditonjolkan sebagai contoh terbaik kepada golongan belia remaja sekarang.

Masyarakat sekeliling haruslah membuka minda satu persatu dalam membincangkan masalah ini. IKON BELIA seharusnya diberikan kepada golongan para intelek ini disebabkan ciri-ciri dan kualiti yang ditonjolkan oleh setiap mereka berbanding golongan artis yang hanya lebih ke arah maksiat dan kejatuhan moral belia remaja sekarang.

Saya bersetuju dengan pendapat Wardina Saffiyah yang menyatakan bahawa Golongan artis amatlah tidak sesuai untuk dijadikan IDOLA mahupun IKON kepada belia. Pelbagai perkara dapat dibangkitkan sekiranya kita masih belum mampu melihat peredaran semasa yang berlaku di negara kita ini.

Kesimpulannya, Golongan Intelektual adalah lebih sesuai sebagai IKON BELIA berbanding golongan artis disebabkan karakter, latar belakang, akademik, kepimpinan dan sebagainya lagi dijadikan kayu pengukur kepada setiap mereka ini.

Wallahualam…



Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM IC

Sunday, May 9, 2010

Seruan....

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan....

Saya ingin berkongsi sedikit Puisi yang diilhamkan ketika mana saya mula melangkah ke Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur pada tahun 2008. Puisi ini juga saya tujukan buat semua...INSYAALLAH....


SERUAN

Allahu akbar…
Allahu akbar…

Di sini kita bertemu
Bersatu hanya kerana Satu
Ikhlas di hati selalu
Senyum-senyum selalu
Ukhuwah jihad di jalan Mu

Sambutlah seruan ini
Wahai insan-insani
Berlandaskan Quran mulia
Sunnah Baginda diperjuangkan

Khalifah tanggungjawab kami
Tegakkan Islam sejati
Tawakkal serahkan diri
Usaha tekad selalu di hati

Seruan…
Allahu akbar…

Bergema di kala berjuang
Yakinilah terus berulang
Henti bukan sekarang

Seruan…
Allahu akbar…

Bergema di seluruh alam
Eratkan ikatan persaudaraan
Bangunkan martabat Islam
Perjuangkan…
Islam terus di hadapan…

Syukur…Alhamdulillah…




Bersamalah menghayatinya....wahai sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya....INSYAALLAH....


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

USR-UTM @ Melaka 2010 (1)...

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan Mahasiswa...

Pagi ini, saya ingin memberitahu mengenai Program University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010) yang akan diadakan pada 2 hingga 6 JUN 2010 bertempat di Bukit Katil, Melaka.

Program ini diterajui oleh saya sendiri selaku Pengarah Program, Mohamad Hazrai Bin Mohd Zahar (Timbalan Pengarah Program), dan Nur 'Aqilah Bt Hamzah (Setiausaha Program).

Saya amat berharap agar sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi mendoakan agar Program ini berjaya kerana program USR ini merupakan program pertama saya dalam bentuk Kebajikan Masyarakat setelah Program Pertama saya selaku Pengarah Program iaitu EKSPEDISI 1 MAHASISWA, 1 SUARA, 1 WAWASAN yang telah berjaya dengan jayanya sehingga disiarkan di Akhbar KOSMO...

Saya berharap juga, dengan Program USR-UTM @ Melaka 2010 wujud, para mahasiswa di UTM IC akan lebih peka dengan masyarakat sekeliling dan kita sama-sama turun padang bersama dengan mereka. INSYAALLAH...

Kepada ajk PELAKSANA dan para peserta pula, saya berharap sangat agar kerjasama kita ini disertakan dengan niat yang ikhlas untuk berbakti kepada masyarakat di Bukit Katil itu dan ukhuwah yang bakal terjalin nanti akan terus berkekalan. INSYAALLAH...




DOAKAN program saya ini berjaya...OK....
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia..."

Selamat Hari Ibu..untukmu Ibuku...

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia...

Setiap hari kita berdoa kepada ibu kita, kita menyayanginya, dan kita lakukan apa saja untuk dia. Begitu juga dengan saya dan apa yang saya ingin lakukan adalah saya ingin BERTERIMA KASIH sesangat kepada insan yang amat saya sayangi iaitu Puan Wan Seridah Bt Wan Ali.

Beliau adalah seorang wanita yang cekal dalam membesarkan aku sehingga aku berjaya seperti sekarang dan kesemua adik-beradikku. ALHAMDULILLAH dan bersyukur sesangat kepada ALLAH kerana memberikan insan ini kepada aku. Tanpamu IBU, Siapalah daku sekarang???

Hari ini juga saya amat teruja apabila buat pertama kalinya saya mengucapkan ungkapan SELAMAT HARI IBU dan I LOVE YOU...SO MUCH... secara lebih terbuka supaya orang sekeliling dapat merasai betapa sayangnya saya denganmu, wahai Ummiku yang TERSAYANG...

UMMI....Ajim SAYANG UMMI.... Dan ajim minta maaf sekiranya ajim banyak melakukan perkara-perkara yang membuatkan UMMI marah pada ajim...huhuhu AJIM SAYANG UMMI...
THANKS A LOT to UMMI kerana membesarkan ajim sehingga sekarang...


Aku bersama UMMI, Wan Seridah Bt Wan Ali ketika mendapat Pelajar Cemerlang Kejuruteraan Awam di SMT Langkawi...

Aku bersama UMMIku ketika satu Majlis Perkahwinan...hehehe
UMMIKU dan ABAHKU, Mohd Yusoh Bin Mat Ali...
Gambar Familiku...Yang TERCINTA...
Saya sayang akan UMMI...dan Ajim akan buat sedaya upaya untuk memuaskan hati UMMI dan Ajim akan kejar cita-cita Ajim sebagai bukti UMMI mendidik Ajim untuk berjaya dalam Hidup yang penuh LIKU-LIKU ini...INSYAALLAH...Ajim akan buat yang TERBAIK....
SELAMAT HARI IBU...






Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia..."