Wednesday, December 27, 2023

The Lord Musang King, Boleh Layan...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...

Tinggal 1 bulan 6 hari saja lagi untuk aku membuat persiapan penuh untuk backpackers ke India iaitu negara yang ke-19 yang akan aku explore dan terokai. Semalam aku dah selesai urusan pembelian 4 tiket train bagi route New Delhi ke Agra, Agra ke Jaipur, Jaipur ke New Delhi dan New Delhi ke Amritsar. Doa-doakan untuk aku ya semua.

REVIEW MOVIE THE LORD MUSANG KING

Tadi aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem tempatan iaitu The Lord Musang King arahan Lee Moon Ho yang berasal dari South Korea di GSC Setapak Central. 

Jom aku kongsikan dulu, sinopsis filem ini :-

"Mengisahkan anak pekebun durian yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan ahli perniagaan Korea Selatan, Cheon Jin untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh oleh Taikun Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya."

Filem ni sebenarnya aku tak pernah tahu menahu pun tentang kewujudannya tapi aku start tengok trailer dia selepas aku terbaca bahawa filem ini adalah gabungan produksi antara Malaysia dan South Korea, dan expectation aku tentang kualiti dan jalan cerita filem ini adalah sangat tinggi sebab aku antara peminat filem South Korea.

Filem ini diterajui oleh Yusuf Bahrin sebagai Haikal dan watak Cheon Jin lakonan Eddie Chow serta beberapa lagi pelakon lain seperti Fimie Don, Harissa Adlynn Halim, Azri Sabri, Kwak Dong, Jay Iswazir dan lain-lain lagi. 

Dari aspek, lakonan, bagi aku setiap pelakon dalam filem ini mampu menyampaikan watak masing-masing tetapi aku terasa agak 'pelik' sebab hanya watak Haikal saja yang nampak sangat real berbanding lakonan pelakon-pelakon lain.

Jalan cerita filem ini juga sebenarnya sangat menarik tetapi banyak perkara terutamanya prob dan latar belakang kawasan macam kurang 'masuk' dan 'kurang menarik' terutamanya apabila scene di kantin penjara kelihatan seperti sebuah food court terbuka yang hanya dikawal oleh guard , pastu kawasan rekreasi dalam penjara yang kelihatan seperti sebuah rooftop yang dikawal oleh guard jugak.

Kelebihan atau tarikan utama dari filem ini bagi aku adalah aksi berlawan atau bergaduh. Memang sangat-sangat menarik dan real terutamanya gabungan Haikal dan sorang banduan Korea berlawan dengan kelompok banduan yang suka membuli. Itu bagi aku sangat menarik!

Filem ini banyak kekurangan sebenarnya walaupun jalan ceritanya menarik. Mungkin disebabkan bajet yang ciput ketika menghasilkan filem ini. Dan ini antara sebab aku bagi 2/5 stars untuk filem ini.

Apa-apa pun, jom aku kongsikan beberapa keping gambar aku bersama-sama dengan pelakon-pelakon filem The Lord Musang King.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
27 Disember 2023

0 comments: