Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...
Tahniah diucapkan kepada YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ahli Parlimen Muar) dan YB Amira Aisya Abdul Aziz (ADUN Puteri Wangsa) dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akhirnya mengumumkan keluar dan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Itu adalah satu langkah yang sangat tepat bagi memastikan prinsip yang diperjuangkan oleh MUDA adalah kekal berprinsip. Banyak perkara yang diperjuangkan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan (semasa mereka menjadi Pembangkang dahulu) hanyalah sekadar 'perjuangan kosong' sahaja dan tiada ketegasan dalam perjuangan prinsip.
Sebagai contoh, terlalu banyak lantikan politik dibuat dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), kempen menggunakan jentera kerajaan dalam PRN, kes-kes mahkamah digugurkan dan macam-macam lagi prinsip perjuangan digadaikan oleh mereka semata-mata untuk terus kekal berkuasa memerintah negara.
SELANGOR AVIATION SHOW (SAS) 2023
Penganjuran 'Selangor Aviation Show (SAS) 2023' adalah penganjuran bagi edisi kali ketiga yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama dengan Invest Selangor Berhad telah berlangsung bermula 07 sehingga 09 September 2023 yang bertempat di Sky Park RAC Subang, Selangor Darul Ehsan.
Bertemakan 'The Only Business & General Aviation Show in the Region' , penganjuran kali ini menawarkan pengalaman menguji dan menyaksikan inovasi, teknologi serta perkembangan terkini dalam industri penerbangan.
Aku turut tak terkecuali untuk menyatakan sokongan terhadap penganjuran kali ini dan bersama-sama menghadiri ke event ini sebagai pelawat pada 09 September 2023 yang lalu.
Aku mula mengetahui mengenai program ini sejak Tahun 2021, bilamana aku mengetahui secara terus dari salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor semasa itu dan seperti biasa aku turut mendaftarkan diri bagi edisi 2021 & 2022 tetapi malangnya, pada hari kejadian aku tidak dapat hadirkan diri disebabkan komitmen lain.
Itu yang membuatkan aku sangat berkobar-kobar dan sangat-sangat teruja untuk menghadirinya bagi edisi ketiga untuk Tahun 2023. Seawal jam 8pagi aku sudah bersiap sedia untuk sama-sama berkumpul di Stadium Shah Alam bagi mengambil shuttle bus yang disediakan oleh pihak penganjur untuk membawa pelawat awam ke tapak program.
Setiba di sana, aku terpaku seketika apabila melihat kepelbagaian kapal terbang atau jet serta helikopter yang berada di lapangan. Ada yang persendirian dari pelbagai negara seperti Malaysia, Thailand dan sebagainya lagi.
Selain itu, pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Industri Penerbangan / Aeronautik turut serta dengan booth masing-masing seperti Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Uniform, pihak Universiti Awam, Universiti Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat-Syarikat Swasta dan lain-lain lagi.
Bagi aku, ini adalah peluang terbaik untuk aku sebagai orang awam untuk mengetahui secara lanjut apa-apa yang berkaitan dengan industri penerbangan ini.
Secara keseluruhan aku sangat suka dengan events seperti ini dan mengharapkan ianya terus menjadi satu events berskala besar yang diterajui oleh Kerajaan Negeri Selangor. Insyaallah...
Sebelum tue, jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang berada di SAS2203...
Sekian, Wallahua'lam....
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
13 September 2023
0 comments:
Post a Comment