Monday, August 15, 2022

Latihan Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Alhamdulillah... Bertemu lagi kita kali ini di blog aku yang tak seberapa ni. Sunyi sepi saja blog aku ni tapi disebabkan ada cerita menarik nak dikongsikan pada semua, so aku gagahkan diri untuk menulis bagi entry kali ini.

TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XX MSN 2022

Bersyukur aku sekali lagi kerana aku terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar penganjur Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 kali ini sebagai seorang Sukarelawan. Aku difahamkan jumlah permohonan untuk menjadi Sukarelawan ini mencecah 7,840 orang dan yang terpilih hanyalah sekitar 700 orang sahaja. Alhamdulillah...

Apa yang menariknya kali ini, aku berpeluang untuk berkhidmat dalam bidang tugas 'Pengangkutan & Keselamatan' yang aku sendiri pilih semasa permohonan dibuka sekitar awal awal Julai 2022.

Actually, sebelum ni pun aku pernah menjadi Sukarelawan bagi Kuala Lumpur 2017 SEA GAMES tetapi bidang tugas aku semasa tue adalah 'Acara Perasmian & Penutupan' tetapi kali ini aku mencuba bidang lain untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan kenangan sebagai Sukarelawan untuk negara.

Peluang yang diberi oleh Majlis Sukan Negara Malaysia menerusi Jawatankuasa Kecil Sukarelawan kepada aku sebagai Sukarelawan ini akan aku berkhidmat sebaik mungkin. Insyaallah...

LATIHAN UMUM & KHUSUS SUKARELAWAN SUKMA XX MSN 2022...

Pada 14 Ogos 2022 bertempat di Aras 2, Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, aku berpeluang untuk mengikuti kursus keseluruhan melibatkan Latihan Umum & Latihan Khusus sebagai persediaan awal dan sesi suai kenal dengan para pegawai & Sukarelawan dalam bidang tugas yang sama. Difahamkan yang hadir bagi latihan hari ini adalah sekitar 70 orang.

Jawatankuasa Kecil Sukarelawan yang diketuai oleh Encik Muhammad yang bertindak juga sebagai penceramah bagi beberapa modul merupakan orang yang sama menguruskan team 'Wau Factor' semasa Kuala Lumpur 2017 SEA GAMES yang lalu. 'Wau Factor' merupakan nama / gelaran yang diberikan kepada para sukarelawan.

Bagi SUKMA XX MSN 2022, team Sukarelawan kali ini akan dikenali sebagai SATRIA @ SUKMA. Sedap panggilan Satria nie! Dan sedikit sebanyak 'aura' dengan panggilan Satria nie melambangkan satu semangat kerjasama dari kumpulan yg akan membantu kepada Pengelola / Penganjur SUKMA. Menarik!

Di sebelah pagi, Latihan Umum dijalankan dengan lancar melibatkan beberapa modul serta beberapa aktiviti. Aku ditempatkan di Kumpulan 4. Alhamdulillah, teammate cukup-cukup sporting, bersemangat dan kelakar! Kumpulan 4 diketuai oleh Abg Mat yang berasal dari Kedah. Aku seperti biasa, hadir secara berseorangan tanpa mengenali sesiapa untuk sukarelawan kali ini dan Alhamdulillah, dapat ramai kawan-kawan baru. 

Di sebelah petangnya pula, Latihan Khusus juga berjalan dengan lancar melibatkan taklimat dengan pecahan Team A & Team B. Team A akan bertindak sebagai 'pemandu' semasa temasya nanti iaitu seramai 28 orang. Manakala Team B pulak akan bertindak sebagai 'Calling Person' untuk kontinjen yang melibatkan 3 pecahan tempat iaitu Hub Pengangkutan, Perkampungan Sukan dan Venue Pertandingan.

Menarik?

Ya, bagi aku ianya cukup menarik! Aku pilih untuk sertai Team B dan aku 'excited' juga sebenarnya untuk menjadi 'Calling Person' bagi 15 kontinjen nanti. Cuma pecahan di Perkampungan Sukan nanti dipecahkan mengikut acara sukan terdekat. So, semuanya aku serahkan sepenuhnya kebijaksanaan pihak JK Pengangkutan & Keselamatan untuk menempatkan aku dimana sahaja yang terbaik dan aku sedia berkhidmat.

Aku sendiri pun berbelah bahagi sebenarnya untuk memilih tempat bertugas tetapi sebaiknya yang terdekat dengan rumah aku la, it's much better. Takpe, semuanya aku serahkan atas keputusan penempatan aku nanti oleh pihak JK yang terlibat. Aku terima dengan hati yang terbuka.

Kalau diberi peluang untuk pilih, mungkin aku akan pilih Venue Pertandingan. Antara yang menarik perhatian aku samada Pusat Akuatik Negara, Stadium Nasional Bukit Jalil ataupun Axiata Arena. Ketiga-tiga nie bertempat di Bukit Jalil yang senang akses dan berdekatan dengan LRT Station dan itu banyak memudahkan pergerakan aku.

Kalau ikutkan, aku akan start lapor diri untuk bertugas bermula pada 11 September nanti sehingga 24 September 2022 iaitu melibatkan 14 hari (9 hari bekerja). Aku amatlah berharap sangat pihak Ketua Jabatan aku meluluskan Cuti Tanpa Rekod sebab bagi aku, inilah peluang untuk aku terus memberikan komitmen membantu negara dalam pembangunan Sukan Negara.

Apa-apa pun, tak sabar untuk start bertugas dan sama-samalah kita semua mendoakan semoga Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 kali ini berjalan dengan lancar dan sentiasa dibawah Rahmat dan Perlindungan Allah... Insyaallah... Amin...

Jom aku sharekan beberapa keping gambar semasa sesi Latihan Umum & Khusus yang dijalankan pada 14 Ogos 2022...


Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari, 
WMHMY
Kuala Lumpur
15 Ogos 2022

0 comments: