Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...
Korang minat menonton Horror Movie? Aku salah seorang yang meminati
filem-filem yang bergenre seram ini terutamanya filem dari South Korea,
Thailand dan Indonesia. Ada yang mampu meninggalkan kesan dan ada juga yang tak
takut langsung. Dan yang paling terbaru aku tengok di wayang adalah filem ‘The
Sacred Riana : Beginning ’ sebanyak 3 kali berturut-turut iaitu pada 1st
Premiere di GSC Melawati Mall pada 30 November 2019, 2nd Premiere di MBO
Setapak Mall pada 1 November 2019 dan 3rd Malaysia Premiere Night di TGV 1
Utama pada 2 November 2019.
‘THE SACRED RIANA : BEGINNING’
Rasanya sudah lama aku tak bagi review filem-filem yang aku tonton di
pawagam untuk update di blog nie sebab aku lebih tertumpu kepada mengupdate
informasi dan berkongsi pengalaman mengenai pengembaraan aku di negara luar dan
kali ini aku tertarik untuk berkongsi serba sedikit mengenai filem ‘The Sacred
Riana : Beginning’ sebagai perkongsian entry terbaru aku kepada korang semua.
Sebelum ini aku tak pernah dengar mengenai filem ini sehinggalah aku
mendapat informasi dari beberapa pihak di Instagram seperti Pure Pixels a.k.a
Bro ZhafVlog, Rekomen Filem dan lain-lain lagi, apabila mereka berkongsi
tentang filem ini semasa membuat liputan di Malam Gala Tayangan Perdana The
Sacred Riana : Beginning di Indonesia sekitar September 2019 (rasanya). So, aku
sentiasa menunggu bilakah filem ini akan keluar di Malaysia...
First trailer aku tonton di youtube memberi satu gambaran berbeza mengenai
filem ini dan fikiran aku sentiasa bermain adakah persembahan The Sacred Riana
ini adalah sehebat beliau beraksi di pentas Asia’s Got Talent 2017 yang
menobatkan beliau sebagai juara bagi musim tersebut? Apa-apa pun, aku ucap
TAHNIAH terlebih dahulu buat The Sacred Riana yang telah meraih gelaran JUARA
bagi Asia’s Got Talent 2017!
Ketikamana aku menonton filem ini buat kali pertama pada 30 November
2019 sebagai hari pembukaan pertama filem ini ditayangkan di Malaysia atau sesi
Premiere dan Meet & Greet bersama The Sacred Riana, aku terus terpikat
dengan jalan ceritanya yang mempunyai sedikit kelainan yang begitu ketara dari
persembahan filem-filem seram Indonesia. Penceritaannya yang jelas dari babak
ke babak yang seterusnya walaupun ada beberapa kekurangan ketara yang aku fikir
‘boleh’ dibaiki di masa akan datang.
Pada permulaan cerita, watak Riana semasa kecil cukup mudah difahami
tetapi tidak ditunjukkan kelebihan yang ada pada wataknya itu sehinggalah
beliau menjadi Riani (boneka) sebagai sahabat rapatnya. ‘Gifted’ atau talent
yang ada pada watak Riana sebaiknya dipertunjukkan dengan menjadikan
kelebihannya itu sebagai subjek utama untuk dipertontonkan.
Kekurangan ketara yang aku fikir sedikit sebanyak memberikan kekecewaan
kepada aku adalah watak dan perwatakan The Sacred Riana sebagai Riana tidak
dipertonjolkan sebaiknya dan kurang menyerlah dalam filem ini. Harapan aku yang paling utama ketika
mula-mula nak menonton filem ini adalah melihat aksi The Sacred Riana
sepertimana pengaruhnya dalam menguasai pentas di Asia’s Got Talent 2017. Aku
mengharapkan yang filem ini akan dipertontonkan dengan karakter hebat The
Sacred Riana tetapi watak dan perwatakan Riana digarapkan sebagai ‘kurang
menonjol’ dan aku kurang mendapat kepuasan yang aku inginkan ketikamana
menonton filem ini. Atau akan ada sekuel filem ini yang memberi fokus kepada watak Riana?
Tetapi watak dan perwatakan Carlos Camelo sebagai Bava Gogh sebenarnya
yang paling menonjol. Pada mulanya aku ketawa terbahak-bahak ketikamana watak ini
muncul dengan lagaknya seperti The Joker, tetapi jalan cerita filem ini cukup
kuat dengan memberikan kelebihan semaksima mungkin melalui watak Bava Gogh ini.
Syabas buat Carlos!
Secara keseluruhannya, aku bagi 7/10 bintang bagi filem ini kerana aku
agak tertarik dengan jalan ceritanya yang sedikit unik dan menarik untuk
dipertontonkan dan ianya akan menjadi lebih baik sekiranya watak dan perwatakan
RIANA dipertonjolkan dengan semaksima mungkin, ianya mampu memberikan kelebihan
dan kepuasan untuk penonton seperti aku.
Nie sinopsis filem ini,
“Pada zaman kanak-kanaknya, Riana tinggal di sebuah bandar kecil dengan
bapa dan ibunya yang menjalankan perniagaan rumah pengebumian. Bencana
memerlukan mereka berpindah ke rumah Uncle Johan di Jakarta dan Riana bertemu
dengan anak patung bernama Riani. Suatu hari Riana telah dikunjungi oleh Puan
Klara iaitu seorang guru kaunselor di sekolahnya yang ingin tahu mengapa Riana
tidak menghadiri sekolah dan menyarankan Riana menjalani pemulihan. Bencana
berlaku kepada ibu bapa Riana dan Puan Klara datang lagi ke rumah Riana
bersama-sama dengan Hendro, Lusi dan Anggi untuk membantu Riana bersosial.
Tetapi kehadiran mereka mencetuskan masalah yang lebih besar dan makhluk jahat
pada masa lalu dibebaskan dan mengganas.”
Nak tahu lebih lanjut? Apa lagi, jangan lupa ke pawagam seluruh
Malaysia untuk menonton filem ‘The Sacred Riana : Beginning’ mulai 12 Disember
2019. Jangan lupa ya! Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku
rakamkan ketikamana bertemu dengan The Sacred Riana secara lebih dekat. Yeahhhh
J
Sebelum terlupa, thanks a lot to Pure Pixels a.k.a Bro ZhafVlog dan
Hadam Project untuk tiket premiere tonton filem nie...yeahhh ;) Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketikamana aku dapat bertemu dengan The Sacred Riana untuk 3 kali (3 hari berturut-turut)...yeahhh :)
Barisan para pelakon filem The Sacred Riana : Beginning... |
Malam Gala Tayangan Perdana The Sacred Riana : Beginning di Kuala Lumpur... |
Wahhh... Riana 'like' aku punya gambar kat Instagram...hehe :) |
Ikhlas dari,
WMHMY
Kuala Lumpur
03/12/2019
0 comments:
Post a Comment