Monday, August 13, 2018

Phnom Penh, Aku Datang !

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Sebelum ini aku ada kongsikan beberapa perkara mengenai pengembaraan aku buat pertama kalinya ketika berada di Macau dan Luang Prabang (Laos), untuk entry kali ini aku dengan sukacitanya nak berkongsi pula pengembaraan aku ke Phnom Penh di Cambodia iaitu salah satu negara yang terdapat di Asia Tenggara.

Semua negara di Asia Tenggara aku sudah berjaya jejakkan kaki kecuali Myammar, Brunei dan Timor Leste. Dan aku masih mencari masa-masa yang sesuai untuk aku menjelajah dan mencuba merasai suasana di 3 buah negara tersebut di masa akan datang. Tiket flight ke Brunei aku sudah beli...hehehe cuma aku masih 'hold'kan Myammar sebagai protes aku terhadap negara tersebut kerana Myammar satu-satunya negara yang mengenakan visa terhadap Malaysia walaupun di bawah satu payung ASEAN.

PHNOM PENH, AKU DATANG !


Yeahhhh... sebenarnya tak pernah terdetik sekalipun untuk aku ke sini kerana Siem Reap adalah tempat yang pertama aku ingin tuju sekiranya ke Cambodia tetapi ketikamana aku terdetik membeli tiket flight ke Phnom Penh, ianya dibuat dengan begitu pantas sekali setelah aku stress bekerja. Dan salah satu terapi aku adalah dengan melancong.


Sejujurnya, persiapan aku untuk ke Phnom Penh secara solo ini adalah saat-saat akhir sehinggakan malam terakhir sebelum aku fly ke Phnom Penh, aku baru perasan yang mana mata wang di sana lebih kepada US Dollar (USD) dan rata-rata rujukan aku di beberapa blog berkongsikan mengenai pengalaman buruk / hitam mereka ketika berada di Phnom Penh. Aku dah terkelu seketika untuk meneruskan pengembaraan aku ini secara solo. Aku hanya berserah dan bertawakkal kepada-Nya.

Phnom Penh adalah satu tempat yang agak 'pekan' dan sebenarnya ianya agak santai di sana. Kenderaan di sana agak padat tetapi rata-rata orang di sana mudah bergaul dan agak membantu. Di sana aku menginap di Aura Thematic Hostel iaitu di belakang Royal Palace. Agak murah dan dapat berjimat di sana untuk penginapan.

Rata-rata di sana aku lebih kepada naik Tuk Tuk via Pass Apss dan berjalan kaki. Tempat yang jauh contohnya seperti Choeung Ek Genocidal Center dan Tuol Sleng Genocide Museum, aku naik tuk tuk direct dari airport di hari yang pertama terus ke dua tempat tersebut. Tambangnya bagi aku agak mahal kerana aku kena dalam 15 USD dan aku rasa mungkin ada yang lebih murah dari ini.


Antara tempat lain yang aku pergi adalah seperti Royal Palace, National Museum, Independence Monument, Wat Phnom, Central Market, Al-Serkal Mosque dan lain-lain lagi termasuk aktiviti wajib aku di sana iaitu post poskad. Haha... Rata-rata tempat masuk di sini agak mahal contohnya Royal Palace (10 USD) dan National Museum (10 USD). Ianya agak mahal sebenarnya tetapi disebabkan aku dah berada di sana, nak tak nak tetap masuk... ~


Mengenai makanan halal di sini, ianya banyak di sekitar Al-Serkal Mosque dimana di sana ada komuniti muslim di kawasan tersebut. Harganya pula ada yang mahal dan ada yang murah. Apa-apa pun, di sini kena banyak berjalan untuk mencari makanan halal.

Secara keseluruhan, aku habis lebih kurang rm422.70 bagi pengembaraan aku di sini selama 3 hari 2 malam yang merangkumi tiket flight return, transportation, fee entrance, makan minum, shopping, hotel dan semuanya all-in. Ianya bagi aku agak mahal sebenarnya kerana kalau ikutkan plan aku bajet awal secara keseluruhan adalah di bawah RM350.00 tetapi disebabkan aku banyak shopping, so bajetnya naik mendadak dan aku terpaksa tukar duit di sana sebab di tangan hanya ada 50 USD saja. Hahaha...mujur aku standby 10 AUD.. Hahaha... ~

Di sini, banyak juga kenalan baru di kalangan penduduk tempatan dan juga traveller dari negara lain. Paling best, semasa aku selesai solat Zohor di Al-Meskal Mosque, ada ex-Student USIM penduduk tempatan di situ tegur aku dan boleh berbahasa Melayu, bawak aku jalan-jalan pusing bandar Phnom Penh naik keretanya. Terima kasih ya bro Ali Abdullah!

Sekarang aku dalam plan nak masuk ke Thailand untuk jalan-jalan cari makan pulak! Doakan semuanya ok ya... ;) Sebelum tue, jom aku kongsikan beberapa gambar aku ketika berada di sana.





Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My IG : @catatanajim

0 comments: