Tuesday, August 14, 2018

PHILIPPINES : Davao City & Puerto Princessa, Aku Datang !

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Davao City, Aku Datang !

Davao City merupakan salah satu route baru yang disediakan oleh Air Asia untuk mengembara ke Philippines bermula 21 Disember 2017 dan route ini dikatakan akan dihentikan direct flightnya bermula 21 Ogos 2018 ini. Dan aku berkesempatan untuk fly direct dari Kuala Lumpur ke Davao pada 16 hingga 21 Januari 2018 dimana 18 - 20 Januari aku ambik domestic flight from Davao City to Puerto Princessa.


Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Philippines setelah Manila pada tahun 2014. Pengembaraan aku secara solo ke sini merupakan satu pengalaman baru aku di tempat bermulanya politik Presiden Philippines iaitu Rodrigo Duterte. Dan di sini merupakan salah satu tempat komuniti muslim yang agak besar di Philippines.


Sebelum ke sini, aku tak pernah dengar sebenarnya mengenai Davao City tetapi disebabkan tiket flight yang sangat murah yang aku dapat iaitu sebanyak RM74 (return KL-DVO-KL and return DVO-PPS-DVO) sedikit sebanyak memberikan laluan mudah untuk aku pergi buat kali kedua ke bumi Philippines ini dengan bajet yang agak ciput.


Di sini aku banyak bertanya pada penduduk setempat untuk mengetahui tempat-tempat menarik di sini sebab tak banyak rujukan yang aku dapat dari blog-blog sebelum aku ke sini. Dan pengalaman di sini cukup memberikan semangat untuk aku menyatakan bahawa Malaysia adalah negara terbaek setakat ini di Asean. Boleh kata setiap tempat yang aku masuk semuanya ada polis dan ruang scan badan sekali untuk keselamatan. Apa yang paling mengejutkan adalah depan mata aku polis tembak penagih dadah.


Di sini aku menginap di dua tempat iaitu Daylight Inn dan Homitori Dormitel. Aku lebih prefer Homitori Dormitel sebab di sini majoriti adalah student (hostel college student) dan sangat selesa berbanding Daylight Inn yang pada mulanya aku booking single room with air-cond tapi bila sampai kat sana bilik aku hanyalah ada kipas. Huhu... ~

Puerto Princessa, Aku Datang !

Pada 18 - 20 Januari 2018 aku berpeluang untuk ambik domestic flight from Davao City to Puerto Princessa yang pada asalnya memang nak pergi ke Palawan tetapi disebabkan kesilapan aku semasa touch down di sana, aku just fokus mengembara hanya di Puerto Princessa dan tidak berkesempatan untuk ke Palawan.


*Antara kesilapan aku adalah tidak merancang sebaik mungkin ketika sampai di sana dan menyebabkan aku terlepas kenderaan awam yang bergerak dari Puerto Princessa ke Palawan. So kepada mereka yang nak ke Palawan melalui Puerto Princessa sebaiknya korang rancang masa dengan betul2...


Ketika di Puerto Princessa, makanan halal adalah salah satu perkara yang agak kritikal kerana aku tak jumpa restoran makanan halal sepanjang aku berada di sini. Di sini boleh guna grab dan sangat mudah dan menjimatkan sepanjang berada di sini. Di sini aku menginap di Siete Verano Guest House ala-ala sebuah rumah Banglo yang dikelilingi oleh rumah penduduk tempatan dan dekat dengan shopping mall.


Alternatif lain yang boleh dibuat di sini adalah island hopping di Honda Bay dan Puerto Princessa Underground River (iaitu as one of the New 7 Wonders of Nature on 2012). Untuk Honda Bay dalam 800 piso dan PP Underground River dalam 1500 piso. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat lain yang boleh di explore di sini.

Di sini juga ada satu pengalaman menarik di mana duit aku just tinggal lebih kurang 200 piso dan semua ATM yang aku pi sedang offline sehinggalah ada seorang member baru aku nie, bawak aku jumpa pegawai bank dan membantu aku untuk setelkan sehinggalah duit berjaya di keluarkan. Yeahhhh...

Secara keseluruhan mengembara ke dua tempat di Philippines ini iaitu Davao City dan Puerto Princessa, perbelanjaan aku di sana adalah sebanyak RM440.93 selama 6 hari 5 malam merangkumi return flight (KL-DVO-KL & DVO-PPS-DVO), 3 tempat penginapan, transportation (grab), makan minum, shopping dan semua yang berkaitan. Dan aku sangat2 berpuas hati cuma terkilan sebab tak sempat nak ke Palawan.

Insyaallah, nanti aku untuk next entry, aku akan kongsikan senarai tempat-tempat yang menarik sepanjang berada di sana yang boleh dijadikan rujukan untuk korang semua... ;)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My IG : @catatanajim

Monday, August 13, 2018

Phnom Penh, Aku Datang !

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Sebelum ini aku ada kongsikan beberapa perkara mengenai pengembaraan aku buat pertama kalinya ketika berada di Macau dan Luang Prabang (Laos), untuk entry kali ini aku dengan sukacitanya nak berkongsi pula pengembaraan aku ke Phnom Penh di Cambodia iaitu salah satu negara yang terdapat di Asia Tenggara.

Semua negara di Asia Tenggara aku sudah berjaya jejakkan kaki kecuali Myammar, Brunei dan Timor Leste. Dan aku masih mencari masa-masa yang sesuai untuk aku menjelajah dan mencuba merasai suasana di 3 buah negara tersebut di masa akan datang. Tiket flight ke Brunei aku sudah beli...hehehe cuma aku masih 'hold'kan Myammar sebagai protes aku terhadap negara tersebut kerana Myammar satu-satunya negara yang mengenakan visa terhadap Malaysia walaupun di bawah satu payung ASEAN.

PHNOM PENH, AKU DATANG !


Yeahhhh... sebenarnya tak pernah terdetik sekalipun untuk aku ke sini kerana Siem Reap adalah tempat yang pertama aku ingin tuju sekiranya ke Cambodia tetapi ketikamana aku terdetik membeli tiket flight ke Phnom Penh, ianya dibuat dengan begitu pantas sekali setelah aku stress bekerja. Dan salah satu terapi aku adalah dengan melancong.


Sejujurnya, persiapan aku untuk ke Phnom Penh secara solo ini adalah saat-saat akhir sehinggakan malam terakhir sebelum aku fly ke Phnom Penh, aku baru perasan yang mana mata wang di sana lebih kepada US Dollar (USD) dan rata-rata rujukan aku di beberapa blog berkongsikan mengenai pengalaman buruk / hitam mereka ketika berada di Phnom Penh. Aku dah terkelu seketika untuk meneruskan pengembaraan aku ini secara solo. Aku hanya berserah dan bertawakkal kepada-Nya.

Phnom Penh adalah satu tempat yang agak 'pekan' dan sebenarnya ianya agak santai di sana. Kenderaan di sana agak padat tetapi rata-rata orang di sana mudah bergaul dan agak membantu. Di sana aku menginap di Aura Thematic Hostel iaitu di belakang Royal Palace. Agak murah dan dapat berjimat di sana untuk penginapan.

Rata-rata di sana aku lebih kepada naik Tuk Tuk via Pass Apss dan berjalan kaki. Tempat yang jauh contohnya seperti Choeung Ek Genocidal Center dan Tuol Sleng Genocide Museum, aku naik tuk tuk direct dari airport di hari yang pertama terus ke dua tempat tersebut. Tambangnya bagi aku agak mahal kerana aku kena dalam 15 USD dan aku rasa mungkin ada yang lebih murah dari ini.


Antara tempat lain yang aku pergi adalah seperti Royal Palace, National Museum, Independence Monument, Wat Phnom, Central Market, Al-Serkal Mosque dan lain-lain lagi termasuk aktiviti wajib aku di sana iaitu post poskad. Haha... Rata-rata tempat masuk di sini agak mahal contohnya Royal Palace (10 USD) dan National Museum (10 USD). Ianya agak mahal sebenarnya tetapi disebabkan aku dah berada di sana, nak tak nak tetap masuk... ~


Mengenai makanan halal di sini, ianya banyak di sekitar Al-Serkal Mosque dimana di sana ada komuniti muslim di kawasan tersebut. Harganya pula ada yang mahal dan ada yang murah. Apa-apa pun, di sini kena banyak berjalan untuk mencari makanan halal.

Secara keseluruhan, aku habis lebih kurang rm422.70 bagi pengembaraan aku di sini selama 3 hari 2 malam yang merangkumi tiket flight return, transportation, fee entrance, makan minum, shopping, hotel dan semuanya all-in. Ianya bagi aku agak mahal sebenarnya kerana kalau ikutkan plan aku bajet awal secara keseluruhan adalah di bawah RM350.00 tetapi disebabkan aku banyak shopping, so bajetnya naik mendadak dan aku terpaksa tukar duit di sana sebab di tangan hanya ada 50 USD saja. Hahaha...mujur aku standby 10 AUD.. Hahaha... ~

Di sini, banyak juga kenalan baru di kalangan penduduk tempatan dan juga traveller dari negara lain. Paling best, semasa aku selesai solat Zohor di Al-Meskal Mosque, ada ex-Student USIM penduduk tempatan di situ tegur aku dan boleh berbahasa Melayu, bawak aku jalan-jalan pusing bandar Phnom Penh naik keretanya. Terima kasih ya bro Ali Abdullah!

Sekarang aku dalam plan nak masuk ke Thailand untuk jalan-jalan cari makan pulak! Doakan semuanya ok ya... ;) Sebelum tue, jom aku kongsikan beberapa gambar aku ketika berada di sana.





Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
My IG : @catatanajim