Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“TERUS BERBAKTI”
Itulah ungkapan pertama saya ketika mana membuat keputusan untuk bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2012/2013 buat kali kedua dan pertama kali sebagai Calon Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah.
“TERUS BERBAKTI”
Itu jugalah ‘Tagline’ yang mewakili diri saya sepanjang saya berkempen bagi meraih sokongan dan undi dari kalangan mahasiswa/i Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah selaku para pengundi saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
“TERUS BERBAKTI”
Juga membuatkan saya lebih dekat dengan para pengundi saya terutamanya sahabat-sahabat, senior-senior dan junior-junior saya di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Insyaallah…sama-samalah kita menyokong usaha untuk terus berbakti untuk mahasiswa. Insyaallah… =)
Pertamanya, saya nak ucapkan ‘JUTAAN TERIMA KASIH’ kepada abah mama saya, keluarga saya, Pengurus Kempen saya (Nazrin a.k.a Jong), Ketua Jentera (Fazrin), Barisan Jentera saya (Aliff Haikal, Hisyam, Nazrin, Hisham, Anum, Fida, Hidayah, Ima, Eleena, Najwa, Bob, Yusrin, Akmal, Jiro, Wafiey, Radhie, Adline, dan sesiapa sahaja yang membantu saya ketika berkempen sehinggalah saya menang dalam PRK ini), Pencadang saya (Aqiff Wahid), Penyokong saya (Wan Zaeri) dan semestinya PARA PENGUNDI saya. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas budi korang semua… Insyaallah… =)
Secara rasminya, ALHAMDULILLAH saya mendapat undian seramai 582 undi dari 817 yang turun mengundi di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Undian yang sebanyak hampir 75% ini membuatkan diri saya lebih bersedia untuk membantu, memperjuangkan dan seterusnya mempertahankan hak-hak mahasiswa di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Insyaallah… Keputusan penuh calon di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah ialah :
1. Wan Muhammad Hazem (3SGHL) – 582
2. Siti Nadiah Zainudin (2SGHP) – 485
3. Abdul Hadi Kamaruddin (2 SGHU) – 411
4. Nurul Nabila Mohammad Fadzil (3 SGT) – 378
5. Abdullah Muhaimin (4 SGU) – 321
6. Nur Amirah Fitriah Zainal (3 SGG) – 274
ALHAMDULILLAH… dengan kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi saya, Insyaallah…saya akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan Manifesto saya melalui beberapa kaedah dan strategi yang saya rancang. Insyaallah…Cuma saya perlukan sokongan yang padu untuk kita sama-sama memeriahkan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah.
Insyaallah, saya akan terus bersama-sama dengan Mahasiswa/i Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah dalam segala apa jua isu yang melanda. Yang paling penting, bersama-samalah dengan saya untuk kita sama-sama merapatkan kembali ukhuwah Mahasiswa/i di fakulti ini sepertimana fakulti-fakulti lain. Insyaallah… =)
“TEGURLAH SAYA SEKIRANYA SAYA MENYIMPANG ATAU MERASAKAN PERKARA YANG SAYA BUAT ITU TAK BETUL”
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan “JUTAAN TERIMA KASIH” kepada semua yang terlibat dalam membantu saya dalam Pilihanraya Kampus UTM. Dan sentiasalah menyokong saya sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menjadi MPP sehingga kabinet MPP UTM Sesi 2012/2013 dibubarkan tahun hadapan. Insyaallah…
“TERUS BERBAKTI”
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Sesi 2012/2013
wan_hazem19@yahoo.com
Saturday, September 29, 2012
Wednesday, September 12, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” Itulah ungkapan pertama yang ingin saya ungkapkan kepada seluruh pembaca blog saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan di Facebook dan sebagainya lagi setelah hampir sebulan lebih saya tidak berpeluang untuk meng-update blog saya ini.
Selain itu, ketika bulan Ramadhan, saya juga sempat membuat promosi dengan kemunculan ‘GERAI-WAN ENTERPRISE’ iaitu perniagaan online pelbagai jenis tudung di bawah kelolaan saya dan adik-beradik saya yang lain. Sekurang-kurangnya pengalaman dalam menguruskan perniagaan ini menjadikan saya seorang yang lebih kreatif dalam bidang keusahawanan ini. Jemputlah singgah ke page, ‘GERAI-WAN ENTERPRISE’ di facebook.
Sekadar itu sahaja perkongsian saya. Apa-apa pun, sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI’ kepada seluruh kenalan saya, sahabat-sahabat saya, senior-senior saya, junior-junior saya, cikgu-cikgu saya dan sesiapa sahaja yang mengenali diri saya termasuk di TASKI ABIM, SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR STAR, MAAHAD MAHMUD, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LANGKAWI, POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYYAH, PLKN KEM BERINGIN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (KL & JB) dan semuanya…
Ikhlas dari,
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” Itulah ungkapan pertama yang ingin saya ungkapkan kepada seluruh pembaca blog saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan di Facebook dan sebagainya lagi setelah hampir sebulan lebih saya tidak berpeluang untuk meng-update blog saya ini.
Sambutan raya bagi meraikan kemenangan kita setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan bagi tahun ini cukup meriah dan menggembirakan saya kerana setelah umur meningkat dewasa, suasana dan kemeriahan bagi menyambut raya tidak semeriah seperti kanak-kanak dahulu.
Apa yang lebih meriahnya adalah setelah hampir 5 tahun tidak meraikannya di Kelantan, bagi sambutan Raya kali ini, saya berpeluang untuk menziarahi sanak-saudara di Kelantan secara santai dan dalam masa yang sama menghabiskan cuti di Kelantan. Banyak perubahan yang saya nampak ketika saya di sana. Dan banyak juga tempat kami ziarah termasuk di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, dan sebagainya lagi.
Seterusnya ketika bulan Ramadhan juga saya sempat untuk bekerja secara part-time sebagai ‘Researcher Assistans’ di bawah Prof.Madya Dr Ismail Omar (salah seorang pensyarah kanan di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM). Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang hampir sebulan lebih saya menjalankan tugas di Negeri Kedah dan Negeri Perlis. Thanks sebab memberi kepercayaan kepada saya.
Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa, terguris di jiwa, tersakit hati dengan saya, dan sebagainya lagi. Insyaallah…semoga ukhuwah kita semua terus terjalin dan terus berkekalan ke akhirnya… Insyaallah… =)
Sekian, Wallahua’lam… =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Tuesday, September 11, 2012
Mahasiswi IPTA Dicekup Bersama Pasangannya...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
DUNGUN - Seorang remaja perempuan
yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris
meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada
universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah
syariah yang dilakukan bersama pasangannya.
Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke
Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan
persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.
Pasangan ini didakwa mengikut
Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu
2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau
dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Mengikut kertas pertuduhan,
tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik
hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.
Ketika serbuan dilakukan, pasangan
lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya
memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai
pakaian dalam.
Siasatan mendapati mereka bukan
mahram.
Coli, seluar dalam wanita, seluar
jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun
nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah
memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.
Kedua-dua tertuduh yang berasal
dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar
diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .
Pendakwaan dikendalikan oleh
Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber : Sinar Harian
*Mendoakan agar Mahasiswa/I UTM serta IPT lain dijauhi dari kejadian
sebegini. Ingatlah dan peliharalah Maruah Diri… =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Sunday, September 9, 2012
Faktor Yang Menggugat Kesucian Hati Mahasiswa Baru di IPT...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Beberapa hari yang lalu, saya ada terbaca satu penulisan yang cukup bermanfaat kepada diri saya serta semua sahabat-sahabat saya yang masih dalam proses pembelajaran di alam universiti. Penulisan yang begitu bermotivasi itu sedikit sebanyak dapat memberi laluan atau peringatan kepada semua sahabat-sahabat saya dalam mengharungi liku-liku bergelar seorang mahasiswa.
Penulisan yang ditulis oleh Dr. Siti Hamidah dari Fakulti Kejuruteraan Kimia UTM ini amat penting untuk kita semua memahami dan meneliti faktor-faktor yang boleh menggugat ‘kesucian’ hati dan diri para pelajar baru di universiti.
1. CINTA. Ini faktor utama yang boleh menyebabkan kerosakan besar kepada semua pihak (pelajar, keluarga, universiti, masyarakat). Sudah banyak kisah mengenai pelajar yang terlalu makhsyuk bercinta sehingga gagal menamatkan pengajian. Betapa ramai pelajar-pelajar bijak yang hanya mendapat keputusan sederhana (tidak cemerlang) disebabkan bercinta.
Tips: Buangkan jauh-jauh rasa ingin bercinta di dalam hati. Ingat, kita ada tanggungjawab yang perlu dibereskan selama 4/5 tahun ini. Cinta di kemudian hari sewaktu kita sudah berjaya cemerlang menggenggam segulung ijazah adalah lebih bermakna.
2. LEMAH KAWALAN DISIPLIN DIRI. Maklumlah, di universiti sudah tiada siapa yang akan menjaga kita. Tiada warden yang akan mengawal pergerakan kita di asrama, tiada guru yang akan mengambi berat hal diri dan hal pribadi kita. Jika ingin tidur sepanjang hari dan tidak pergi ke kuliah pun, tiada siapa yang kisah. Hanya tunggu di akhir semester apabila mendapat status 'gagal' dalam subjek yang kita abaikan.
Tips: Set mind bahawa kehidupan di universiti amat mencabar kekuatan diri kita. Kita hanya akan berjaya sekiranya dapat mengawal dan menjaga disiplin diri dengan baik. Ingat! Berjaya cemerlang, sederhana atau gagal di universiti adalah 100% atas usaha kita sendiri.
3. KETAGIH MAIN GAME/MEDIA SOSIAL. Generasi muda sekarang dan komputer/internet/media sosial memang tidak dapat dipisahkan. Namun seperti semua perkara yang lain, jika sesuatu itu diamalkan secara berlebihan, ia akan menjadi ketagih. Apabila ketagih, fikiran dan otak akan dikuasai olehnya maka sukar untuk kita memberi tumpuan kepada pelajaran. Seseorang yang telah ketagih facebook contohnya, akan memikirkan dan mencuri-curi melihat fb ketika pensyarah sedang mengajar. Jika ini caranya, mana mungkin akan cemerlang di dalam subjek tersebut.
Tips: Bahagikan masa untuk bermain game dan melayari internet. Kawal keinginan dan diri sendiri agar mengutamakan mengulangkaji dan membuat latihan. Apabila siap semuanya, barulah enjoy!
4. MENGABAIKAN TIDUR YANG CUKUP. Mengapa? Berchatting, fb, berbual dan bergosip (mengumpat) dengan kawan, bergayut di telefon, menontol EPL dan CL, dan banyak lagi. Apabila tidur pada pukul 3 atau 4 pagi, bagaimana untuk bangun pada pukul 6 dalam keadaan fresh? Bagaimana untuk memulakan kelas pada pukul 8 dalam keadaan bersemangat?
Tips: Pastikan mengikut rutin tidur yang tetap. Kemudian bangun awal untuk solat, mengaji dan berjalan-jalan/bersenam di luar asrama sambil menghirup udara pagi yang segar. Pasti akan bersemangat ke kelas.
5. MENGABAIKAN ASPEK SPRITUAL. Jika di asrama dahulu diwajibkan solat berjemaah, zikir munajat selepas solat, mengaji dan qiamullail, kini di universiti TIADA siapa yang akan menjaga dan mewajibkan kita berbuat demikian lagi. Pandai-pandailah sendiri untuk mendekatkan diri kepada Allah. Solat makin leka, mengaji jarang sekali, qiamullail tidak terlintas. Lama kelamaan barulah terasa diri kosong dan tidak sama seperti dahulu lagi...Wajah semakin keruh dan hati tidak bahagia.
Tips: Cuba untuk solat awal waktu dan pastikan cuba untuk mengaji sekurang-kurangnya 2 kali sehari; selepas maghrib dan subuh. Pasti hati akan bahagia.
6. TIDAK SEDAR DIRI. Atau telah lupa siapakah diri kita sebenarnya. Ingat bahawa kita adalah KHALIFAH (bertanggungjawab memakmurkan bumi) dan HAMBA (mematuhi semua suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).
Tips: Didik hati untuk sentiasa mengingati mati. Ini adalah cara untuk melembutkan hati dan mengawal nafsu diri kita.
7. TIDAK MENGHORMATI PENSYARAH. Pensyarah tidak pandai mengajar. Pensyarah sombong. Pensyarah pelik perangai. Pensyarah kedekut markah. Semua pemikiran ini akan merugikan diri sendiri. Fikiran negatif akan mempengaruhi diri kita untuk bertindakbalas secara negatif. Pensyarah akan dapat menilai siapakah pelajarnya yang benar-benar ikhlas untuk belajar, dan yang menghormatinya. Pensyarah juga akan dapat membaca body language pelajar yang tidak berminat. Saya ingin memetik kata-kata seorang pemimpin pelajar yang kini menyambung pelajarannya di peringkat PhD di UTM, yang menulis di status facebooknya:
"Kpd adik2 baru memdaftar. Selamat menjadi sbhagian dri legasi UTM, Universiti Terbaik Malaysia=) Tolong blajar. 60% quiz, test, assignment n bonus! 40% Final! The Key is Focus and RESPECT and LOVE ur Lecturer.. I have Practice It For 4 years and What I Can Say Is Its GREAT! Selamat maju jaya adik2ku"
8. TERLUPA PENGORBANAN DAN HARAPAN IBU BAPA. Pejam mata, dan ingatlah betapa gembiranya mereka apabila kita berjaya melangkah kaki ke universiti. Harapan mereka amat besar untuk melihat kita berjaya dan terus berjaya. Jangan musnahkan segalanya dengan mengikut kata hati dan kelemahan diri, sedangkan Allah telah mengurniakan kita dengan akal yang bijak untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.
9. TIDAK MENETAPKAN SASARAN KEJAYAAN YANG BESAR. Apakah mendapat CPA=4 di akhir semester adalah mustahil? TIDAK. Ia hanya mustahil sekiranya kita tidak menetapkan sasaran untuk mencapainya.
Tips: Melangkah ke semester baru mestilah dengan azam untuk mendapat CPA 4. Seterusnya selalu membayangkan di dalam fikiran keputusan tersebut telah diterima di akhir semester kelak. Jika fikiran kita yakin, pasti usaha, daya pemahaman dan tingkahlaku kita akan menuju kearah mencapai cita-cita tersebut.
Sumber : Blog Dr. Siti Hamidah
Sekian, Wallahua’lam…

Subscribe to:
Posts (Atom)