Monday, February 27, 2012

Siswi Khalwat Dengan Suami Orang...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALOR SETAR: Akibat mengikut teman lelakinya menyewa bilik di sebuah motel di Jalan Sultan Badlishah, di sini, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini berusia 22 tahun dicekup berkhalwat, semalam.

Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat.

Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.

“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil.

Sumber : Metro

*Masyaallah, sedih melihatnya tambah-tambah apabila ibu ayah kita sendiri membaca berita sedemikian. Saya nasihatkan kepada seluruh mahasiswi , jagalah maruah dan mahkota diri anda supaya tidak terperangkap dengan hawa nafsu sang lelaki yang segelintirnya hanya suka ‘mempermainkan’ kamu sahaja.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

UTM Games 2012 - Sukan Tenis...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin kongsikan satu cerita / berita kepada semua peminat sukan. Insyaallah, pada 10 hingga 24 Mac 2012, Pusat Sukan UTM menganjurkan satu program sukan yang cukup besar iaitu UTM GAMES 2012 yang melibatkan hampir 14 buah acara sukan.

Apa yang menariknya pada UTM GAMES 2012 kali ini adalah kesemua Atlet UTM tak dibenarkan untuk terlibat bagi mewakili mana-mana kolej kerana ini merupakan salah satu strategi bagi membolehkan kita mencari lebih ramai bakat-bakat baru dalam 14 buah acara sukan yang dipertandingkan.

Antara sukan yang akan dipertandingkan pada kali ini adalah Bola Tampar, Bola Sepak, Skuasy, Bola Jaring, Tempin Bowling, Badminton, Kayak, Futsal, Sepaktakraw, Ping Pong, Bola Keranjang, Boling Padang dan Berbasikal.



UTM GAMES 2012 ini dipertandingkan dengan melibatkan kesemua kolej-kolej mahasiswa/i yang terdapat di UTM JB. Setiap kolej akan berlumba-lumba untuk meraih sebanyak mungkin pingat-pingat yang dipertandingkan bagi setiap acara sukan yang ada. Apa yang pasti, saya sebagai penghuni Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) akan terus menyokong kesemua Atlet-atlet sukan KTDI… =)

Insyaallah, saya juga terlibat secara langsung dalam UTM GAMES 2012 ini sebagai Pengurus Pasukan Tenis Lelaki Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI). Dan dijangka sukan Tenis akan berlangsung pada 17 dan 18 Mac 2012 bertempat di Gelanggang Tenis Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dan Gelanggang Tenis Kolej Tuanku Canselor (KTC). Jemputlah memeriahkannya nanti dan sokonglah Pasukan Tenis KTDI… =)

Jom kita tengok, beberapa keping gambar sepanjang 2 hari latihan yang telah diadakan yang menampakkan kesungguhan para peserta dan kehangatan UTM GAMES 2012 serta mengimarahkan gelanggang tenis KTDI. =)

HARI PERTAMA (25/2/2012)









HARI KEDUA (26/2/2012)







*Diharapkan semua warga KTDI dan kolej-kolej lain terus memberi sokongan moral kepada anak buah saya k… Insyaallah, kami akan terus memberikan saingan yang baik… heheheh =)Dan jika ada sesiapa yang nak sponsor apa-apa ke kat kitorang, bagitau la sama saya...hehehehe amatlah dialu-alukan... =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Anak Tiru 'Aksi' Ibu Bapa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini.

Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya. Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Dia berkata, lelaki terbabit baru saja berkahwin lain awal bulan lalu dengan seorang wanita dari negara jiran, namun sikap jijiknya melayan mangsa tidak berubah.

“Suami mangsa juga bukan saja merakamkan aksi seks mereka, malah aksi mangsa yang membuang air kecil di dalam tandas juga dirakam bagi tujuan koleksi.

“Daripada pengakuan mangsa, suaminya sudah mempunyai banyak koleksi rakaman aksi ‘bersama’ mereka dan tidak mengetahui tujuan dia bertindak demikian,” katanya.

Tidak tahan dengan tabiat buruk suaminya, wanita berkenaan memohon fasakh untuk bercerai dan membuat laporan polis awal bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, kes penderaan wanita berlaku berdasarkan pelbagai faktor.

Katanya, kes penderaan seksual kebanyakannya berpunca daripada suami yang terpengaruh dengan bahan video lucah yang ditontonnya.

“Mereka mungkin terdedah dengan bahan lucah ini selepas ia terlalu mudah didapati dan pendedahan itu akan memberi kesan kepada perubahan seksual mereka, termasuk mencubanya ke atas isteri,” katanya.

Menurutnya, sebarang kes yang diterima disiasat dan memberi khidmat prakaunseling dalam usaha memberi maklumat mengenai tindakan yang perlu diambil.

Pihaknya juga sedar mangsa trauma akibat nafsu buas suami yang jika tidak dituruti mengundang kepada penderaan fizikal.

“Kami akan membantu daripada segi kaunseling, termasuk mengemukakan masalah kepada pihak berkuasa seperti Mahkamah Syariah atau jabatan berkaitan.

“Jika orang ramai yang berasakan diri mereka didera, mereka boleh tampil membuat aduan untuk bantuan,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis sudah menyerahkan laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis bagi tindakan lanjut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

“Wanita berkenaan membuat laporan polis, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah rumah tangga dengan suaminya,” katanya.

Sumber : Metro

*Macam-macam perkara pelik berlaku di akhir zaman ini. Semoga Allah terus melindungi diri kita semuanya. Insyaallah…

Ikhlas,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, February 25, 2012

Pelajar Perempuan Dibunuh Kejam Di Bilik Air...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, Baru selesai training Tenis buat hari yang kedua, penat juga jadi Pengurus Sukan Tenis KTDI nie...tp memang semangat tengok kekwan yang terus kasi komitmen dan sokongan utk wakili KTDI bagi UTM GAMES 2012... Kolej lain, nantikan kitorang 17 & 18 Mac nie k di Court Tenis KTHO & KTC...hehehe =) Warga KTDI pula teruskan menyokong kitorang k...hehehe =)

Berbalik kepada penulis yang ingin saya kongsikan pada malam yang penuh barakah ini iaitu satu kejadian yang menyayat hati iaitu satu berita mengenai seorang pelajar perempuan yang dibunuh kejam di bilik air. Sedih dan sebak ketika membaca berita ini. Jom sama-sama kit abaca berita yang selanjutnya…

PELAJAR PEREMPUAN DIBUNUH KEJAM DI BILIK AIR

TAIPING - Mayat seorang pelajar berusia 16 tahun ditemui berlumuran darah, dipercayai dibunuh di dalam bilik air rumahnya di Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering, petang kelmarin.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu, mayat Nurul Aien Mohd Saimon ditemui dalam dalam kolah air dalam rumahnya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mendapati bahagian belakang kepala mangsa cedera dengan kesan luka dipercayai dipukul dengan benda keras.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada kemungkinan mangsa dirogol atau tidak sebelum dibunuh.

"Polis juga belum menemui sebarang senjata atau benda keras yang digunakan dalam pembunuhan ini,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, pihak polis menolak kemungkinan kes ini ada kaitan dengan rompakan berdasarkan tiada dokumen penting atau barangan dalam rumah berkenaan yang hilang.

"Dipercayai seorang suspek terlibat dalam kes tersebut dan motif pembunuhan juga masih disiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Yusuf berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping sebelum dibawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat.

Jenazah dikebumikan kira-kira jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 9 Jalan Trong, Changkat Jering, semalam.

Sumber : Sinar Harian

*Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan semoga terus diberi kekuatan untuk menempuhi peristiwa yang cukup menyayat hari seperti ini. Dan saya doakan agar Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Kata Pengantar 'Buku Mahasiswa Menggugat' Oleh Prof. Diraja Ungku A. Aziz...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya tertarik untuk berkongsikan satu cebisan artikel iaitu Kata Pengantar oleh Prof. Diraja Ungku A. Aziz yang dipetik dari buku ‘Mahasiswa Menggugat’. Perkongsian ini sebagai bahan ilmu yang sesuai untuk dikaji dan dihayati oleh setiap mahasiswa terhadap buku ‘Mahasiswa Menggugat’ iaitu isu-isu yang melibatkan mahasiswa.



KATA PENGANTAR : BUKU MAHASISWA MENGGUGAT (1973)

Kajian yang bertajuk Mahasiswa Menggugat ini, merupakan satu catetan tentang sejarah kini, kegiatan Mahasiswa di Universiti Malaya. Pengarang saudara Mohammad Abu Bakar telah menggunakan teknik ahli sejarah untuk mencatetkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di Kampus Universiti Malaya daripada pertengahan tahun enam puluhan hingga ke September 1971. Beliau memberi sedikit sebanyak latar belakang yang perlu diketahui untuk analisanya yang berasaskan aliran atau trend yang telah meresap ke seluruh zaman yang baru lepas itu.

Oleh sebab saya tidak menganggap tugas saya termasuk penilai, saya tidak akan menimbang atau mengsahkan butir-butir (data) atau mengkeritik tentang sebab-akibat maupun sumber dan pemecahan aliran-aliran itu.

Sebagai seorang akademik saya akan menyediakan suatu karangan pengantar yang saya harap akan menghantar buku ini ke tangan mahasiswa, para guru akademik dan masyarakat luar kampus istimewa pemimpin-pemimpin Negara, termasuk: menteri-menteri dan ketua-ketua bahagian pemuda pemudi di kampong XY & Z supaya mereka semua boleh membaca buku ini.

Sudah tentu banyak orang akan bertanya apakah Professor Aziz bersetuju atau tidak dengan gambar yang dilukiskan oleh saudara Mohammed Abu Bakar itu. Dan bagaimana pula tentang analisanya, adakah ini lengkap dan meliputi? Terpaksalah saya menghampakan pembaca-pembaca seperti itu. Di dalam kata pengantar ini saya tidak hendak berdailog dengan saudara Mohammed Abu Bakar. Beliau sudah bersusah payah mengumpul segala butir-butir dan beliau telah memeras otak mengarang buku ini. Tanggung-jawab tentang betul-salah butir-butir itu terpulanglah kepada beliau dan watak-watak serta loyar-buruk loyar-buruk yang duduk di atas pagar dan yang hanya suka bersorak dan mengkeritik. Mereka bolehlah berdailog dan ber“ramai-log” dengan suadara Mohammed Abu Bakar bila saja mereka senang.

Sebagai buku yang mencerminkan kegiatan mahasiswa di lapangan politik, saya anggap karangan ini adalah bersifat peneroka atau pioneer. Oleh itu wajib ia dibaca oleh semua orang yang ada hubungan dengan masaalah pelajaran umumnya atau Universiti khususnya dan pemuda pemudi umumnya serta mahasiswa khususnya.

Barangkali pada masa akan datang watak-watak yang terkemuka di gelanggang politik mahasiswa seperti saudara Anwar Ibrahim atau saudara Syed Hamid akan menerbitkan fikiran mereka di dalam otobiography mereka. Di situ kita mungkin boleh mendapat tahu dengan lebih jelas lagi tentang kisah yang telah berlaku dari segi pemandangan khusus bagi tiap-tiap seorang itu.

Agak saya, saudara Mohammed Abu Bakar, tentu boleh membenarkan saya menambah sedikit, kepada analisa yang beliau telah beri. Yang demikian parageraf-parageraf yang berikut hanya boleh disifatkan sebagai ‘complementary’ atau lauk tambahan kepada jamuan yang sudah dihidangkan di dalam buku ini.

Saya cukup insaf tentang perjuangan mahasiswa pada lima tahun yang lalu. Selaku Naib-Chanselor, saya telah mengalami gas pemedih mata dua kali. Saya telah menghadapi ribuan mahasiswa yang sudah menunjuk perasaan hinggakan sebahagian daripada mereka sudah seperti orang yang turun hantu. Saya kira saya telah menggunakan masa saya lebih daripada tiga ratus jam, jika dikira, untuk berunding, bercakap dan berdialog dengan wakil mahasiswa di dalam beberapa jenis keadaan daripada keadaan senyum sambil minum teh sehingga kepada babak muka bengis sambil badan berpeluh berdiri di tengah panas.

Saya telah coba bekalkan diri saya dengan segala kenyataan dan fact-fact yang boleh memberi saya gambaran keadaan yang sebenar dan lebih-lebih lagi yang boleh menolong saya mereka suatu analisa tentang sebab-sebabnya sesuatu peristiwa itu telah berlaku.

Di dalam sains social usaha mencari punca sebab dan usaha mereka hypothesis atau tiori yang boleh menjelaskan apa sebabnya sesuatu perkara itu telah berlaku adalah masaalah yang penuh denggan pancaroba. Namun demikian saya percaya pengaruh yang paling asasi bagi sebahagian besar mahasiswa yang giat di dalam pergerakan mahasiswa iaitu mencabar, berdemo, mengeluarkan karya pamphlet dan lain-lain adalah kebanyakannya simtom atau tanda penyakit yang lebih mendalam pada masyarakat kaum desa. Penyakit itu adalah kemiskinan mengikut istilah saya sendiri.

Istilah “kemiskinan” (ala Aziz) mengatakan konsep kemiskinan itu adalah relatif dan ia terbit dari jurang antara orang yang berpendapatan lebih dan orang yang berpendapatan kurang. Pendek kata jikalau pembahagian pendapatan berubah supaya orang yang berpendapatan lebih itu bertambah dengan nisbah yang lebih daripada orang yang berpendapatan rendah, maka jurang pendapatan itu akan membesar dan inilah menjadi bukti bahwa dari segi objective dan kontrit kemiskinan itu pun sudah bertambah.

Mengikut tiori saya kemiskinan adalah akibat dari tiga sebab : kadar pengeluaran yang kecil (low productivity), tindasan (exploitation) dan keadaan terbiar (neglect).

Jika dibandingkan dengan faktor ekonomi seperti buruh, tanah dan modal yang digunakan di kawasan luar desa, kesemuanya menunjukkan kadar pengeluaran yang lebih rendah di kawasan desa sama ada perusahaan itu pertanian, perikanan atau kilang-kilang kecil. Kadar pengeluaran itu boleh di pertinggi dengan penggunaan alat baru dan cara kerja yang lebih licin serta baja kimia, ubat pembasmi serangga dan lain-lain. Akan tetapi saya tidak percaya alat baru dan lain-lain itu boleh dipakai atau dimiliki oleh kaum tani jikalau mereka tidak dilepaskan dari belenggu tindasan kaum kapitalis desa.

Maka sebab kemiskinan yang kedua jadi prerequisite atau wajib-utama bagi rancangan pembasmian kemiskinan. Peminjam wang yang makan bunga 60 hingga 120 peratus ; peraih yang mengambil lipat ganda untung dari apa yang berpatutan ; tuan rumah yang mengambil sehingga 50 peratus dari jumlah hasil pengeluaran dan kadang-kadang lebih dari itu serta majikan desa yang tidak memberi cukup sara hidup kepada buruh kampung adalah orang-orang yang menjadi golongan Kapitalis desa yang menindas dan memiskinkan kaum petani, khasnya orang Melayu di desa. Selagi kaum petani dan kaum nelayan tidak dilindungi dari tindasan golongan Kapitalis desa itu, selama itulah alat moden serta baja kimia itu tidak dapat dipakai oleh mereka.

Sebab kemiskinan yang ketiga ialah keadaan terbiar. Sekarang menteri-menteri pun sedia mengaku bahwa keadaan kesihatan atau persekolahan di desa kurang mutunya jika dibanding dengan keadaan yang ada di Bandar-bandar. Sepuluh tahun dulu ini tidak dapat perhatian yang sebegitu. Oleh sebab sebahagian besar anak Melayu yang sampai ke Universiti datang dari latar belakang desa yang terbiar itu maka merekapun dari segi realitive, lemah di dalam kesihatan, bekalan fikiran dan lain-lain dan mereka tidaklah dapat seimbang dengan mahasiswa yang datang dari kota-kota. Sekarang Negara dan universiti sibuk mencoba membetulkan keadaan tak seimbang itu. Insya Allah kita akan Berjaya. Akan tetapi bagi tahun enam puluhan dan tujuh puluhan, kemiskinan adalah menjadi pendorong asasi di dalam gerakan mahasiswa.

(Inilah sebabnya saya sedang coba mengarang sebuah buku tentang kemiskinan desa dan masaalah pembangunan ekonomi desa itu).

Maka boleh dikatakan bahwa 80 peratus dari jumlah orang Melayu di Malaysia Barat tinggal di desa. Dan orang Melayu menjadi 70 peratus dari jumlah penduduk desa. Pendek kata orang Melayu adalah kaum desa dan kaum desa adalah orang Melayu. Keadaan pendidikan di desa sangat buruk jika dibandingkan dengan keadaan persekolahan di kota di mana hanya 20 peratus daru jumlah orang Melayu sedang tinggal. Jikalau kita lihat hasil peperiksaan SRP., SPM. Atau STP, tiap-tiap tahun jelaslah kejayaan yang dicapai di sekolah-sekolah kota jauh lebih baik daripada hasil peperiksaan murid-murid sekolah di kawasan luar kota. Inilah membuktikan kekurangan alat mengajar, kelemahan mutu dan pengalaman guru serta kemudahan-kemudahan yang lain yang dialami oleh pelajar-pelajar yang pergi ke sekolah di kawasan desa itu. Kelengkapan pendidikan sains di desa sangatlah kurang jika di bandingkan dengan sekolah di kota.

Tidaklah hairan jikaulau anak desa, iaitu sebahagian besar anak Melayu tidak berpeluang masuk ke Fakulti-Fakulti aliran sains. Mereka menumpu kepada aliran sastera istimewa Fakulti Sastera. Dan tidak hairan juga jikalau isi otak mereka serta kecerdasan fikirannya, pada umumnya tidak sama dengan pelajar-pelajar di kawasan kota, termasuklah pelajar-pelajar sebangsanya. Yaitu anak China di kawasan desa tidak sama dengan anak China yang dapat peluang belajar di kota-kota seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang. Anak-anak orang India di kawasan desa menghidapi handicap yang serupa dengan anak Melayu di desa. Masaalah yang pokok ialah : bilangan atau peratus anak Melayu yang tinggal di desa adalah sangat besar jika dibandingkan dengan bilangan anak dan bangsa lain.

Saya tidak lupa juga menyatakan bahwa di antara pelajar-pelajar yang ramai itu memang ada kecualian yang dapat kejayaan yang gilang-gemilang tetapi kes-kes itu hanya kecualian dan apa yang saya sebutkan di sini ialah keadaan bilangan umum atau keadaan pukul-rata.

Yang demikian, apabila mereka sampai ke peringkat Universiti mereka mengalami frustrasi tentang pelajaran dan cara fikiran peringkat tinggi dan tentang penggunaan angka atau Ilmu Hisab, Statistics. Mereka telah dimomok-momokkan oleh gurunya yang sendirinya lemah dan berinferiority kompleks tentang hisab. Berkenaan dengan membaca di dalam Bahasa Inggeris (bukan menulis akan tetapi membaca) pun mereka yang datang dari aliran Melayu sengatlah lemah. Sungguhpun kita boleh memberi kuliah dalam Bahasa Malaysia dan kita boleh beri peluang kepada mahasiswa menulis jawaban peperiksaan di dalam Bahasa Malaysia, walau bagaimanapun mereka mesti menggunakan buku rujuk serta ensaiklopedia dan lain-lain yang hanya ada di dalam Bahasa Inggeris. Maka kumpulan mahasiswa yang lemah secara relatif itu berasa terdesak, frus dan mereka selalu berfikir masyarakat kampus tidak berapa menghiraukan masaalah mereka.

Tambah lagi mereka inilah golongan mahasiswa yang berkeluarga di kawasan desa yang paling miskin di antara semua golongan keluarga mahasiswa. Mereka boleh lihat beratus-ratus kereta yang dimiliki oleh mahasiswa berkeluarga di kota-kota. Mereka boleh lihat baju, buku, tape recorder dan lain-lain yang dimiliki oleh golongan mahasiswa berada itu. Mahasiswa dari desa mungkin menerima surat dari keluarganya minta bantuan wang untuk perkara-perkara yang bersifat “Patah-Ganda”. Manakala mahasiswa kota pula sebaliknya menulis ke keluarga mereka minta wang untuk membantunya karena mungkin beasiswa 2,500 ringgit setahun itu tidak mencukupi.

Peristiwa-peristiwa seperti inilah yang menjadi faktor asasi yang mendesak pelajar-pelajar Melayu khasnya di Fakulti Sastera menjadi kumpulan besar di antara mereka yang giat “mencabar” itu.

Saya tidak menafikan kejujuran tiap-tiap satu tujuan kempen atau tunjuk perasaan mereka. Kebanyakannya adalah perjuangan tentang masaalah yang “real” atau konkrit. Sama ada kita bersetuju atau tidak perjuangan tentang kedudukan pemimpin besar di gelanggan politik, dasar bahasa, dasar pelajaran, penubuhan Universiti Kebangsaan dan dasar politik luar negeri adalah masaalah pokok bagi masyarakat dan Negara Malaysia. Mahasiswa bukan saja berhak mengeluarkan suara-intelek mereka, akan tetapi boleh dikatakan mereka wajib memberi syor serta teguran oleh kerana merekalah di antara ribuan pemuda pemudi yang lain, dari desa dan kota, yang bernasib baik berpeluang mencapai pelajaran tinggi.

Namun begitu saya berasa kuasa sebenar (real force) yang mendorong mereka pada peringkat asasi – samaada conscious, sub-conscious mahu pun unconscious – ialah situasi kemiskinan yang sangat nyata di kampung-kampung mereka dan jurang perbedaan pendapatan yang cukup nyata apabila mereka datang ke kota besar seperti Kuala Lumpur dan khususnya apabila mereka sampai ke sekitar kampus Universiti Malaya.

Yang demikian apabila kita mengkaji keadaan mahasiswa eloklah kita bedakan dengan jelas di antara apa yang mereka itu mahu atau kehendaknya (wants) dan apa yang mengikut fikiran kita sendiri apa yang mereka perlukan (needs) sebenarnya. Kadang-kadang kehendaknya dan keperluannya itu sama saja (concide). Kadang-kadang oleh sebab kepentingan taktik mahu pun strateji, pemimpin mahasiswa terpaksa menekankan kehendak yang tidak begitu ada hubungan langsung dengan keperluan mereka.

Saya rasa satu daripada ukuran kebijaksanaan seorang ketua Universiti ialah terletak di atas kecekapan beliau menilai keperluan mahasiswa di samping melayani kehendak pemimpin mereka dan akhirnya menarik perhatian pemimpin-pemimpin itu kepada keperluan yang sebenarnya.

Pada umumnya, setelah menjadi Naib-Chanselor selama lebih dari 1,300 hari saya boleh mengatakan dengan ikhlas bahwa pengalaman itu sangat “stimulating”. Tajuk buku ini adalah “Mahasiswa Menggugat”. Bukan saja mahasiswa yang menggugat, saya pun boleh mengarang sebuah rencana yang bertajuk Universiti Menggugat. Pagi, petang, siang, malam, Universiti itu mendapat cabaran dari sekeliling keadaannya. Cabaran itu datang bukan saja dari 8,500 mahasiswa akan tetapi juga dari pihak kesatuan sekerja : kakitangan am dan kakitangan akademik. Dari Kementerian-kementerian dan dari suratkhabar-suratkhabar (istimewa suratkhabar Inggeris). Dari wakil rakyat dan ribuan jenis dan ragam pemimpin Malaysia kini. Pendek kata kadang-kadang saya berfikir saya harus mengarang sebuah rencana bertajuk “hikmat pencabaran seorang Naib-Chanselor”.

Cabaran-cabaran itu adalah stimulating. Ia memberi peransang dan jika kita Berjaya menjelaskan sesuatu cabaran kita pun berasa sangat senang dan tenang di dalam jiwa dan hati kita. Mungkin cara hidup seorang Professor atau pegawai biasa boleh menjadi tawar atau terfrustrated oleh sebab kekurangan cabaran. Perlu saya ingatkan pula cabaran tanpa kuasa untuk menyelesaikannya boleh menimbulkan frus yang paling hebat.

Sebagai penutup pesanan saya ialah : biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar,

Belajar sambil mencabar, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.

PROF. UNGKU A.AZIZ (1973)

Sumber : Buku Mahasiswa Menggugat (1973)

*Perkongsian ini diharapkan dijadikan sebagai bahan ilmiah berbentuk akademik untuk kita terus mengkaji dan mencari ilmu-ilmu yang bermanfaat agar tidak tergelincir dari jalan yang lurus. Saya juga amatlah berharap agar semua pihak bergabung atas nama Mahasiswa dan seterusnya bertindak sebagai Pemangkin Kesejahteraan Agama, Negara dan Masyarakat. Insyaallah, moga setiap apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Taala… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Baju Diselak Penjual Karpet...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terkejut juga apabila terbaca berita mengenai seorang gadis dicabul oleh penjual karpet di rumahnya sendiri. Kesian sebenarnya melihat keadaan mangsa yang ditindas seperti ini. Wanita iaitu golongan yang sepatutnya dilindungi tetapi dijadikan objek untuk dipermainkan oleh sang lelaki. Jom ikuti beritanya bersama…



BALING - “Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat,” kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.

Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.

“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.

“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.

Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.

Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.

“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.

“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.

Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.

“Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu,” katanya.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.

“Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut,” kata Yana.

Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya.

Sumber : Sinar Harian

*Saya amatlah berharap agar kita sama-sama doakan agar mangsa terus diberi kekuatan dan semangat bagi meneruskan kehidupan beliau. Dan sama-samalah kita sebagai lelaki melindungi kaum hawa ini. Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, February 24, 2012

Akhlak Penuntut Ilmu...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Di hari yang mulia ini, ingin saya kongsikan satu Khutbah Jumaat yang bertajuk 'AKHLAK PENUNTUT ILMU' yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Azhar bin Muhammad, Pengarah Pusat Islam UTM yang penuh dengan nilai-nilai nasihat dan untuk kita semua memuhasabahkan diri. Dan ianya jelas ditujukan kepada kita sebagai seorang mahasiswa, pelajar atau apa saja selagi kita menuntut ilmu. Jom ikuti bersama...

Khutbah Jumaat MSI 24 Feb. 2012
Tajuk: AKHLAK PENUNTUT ILMU
Khatib: Prof. Madya Dr. Hj. Azhar bin Muhammad
Pengarah Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia




الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئـاتِ أعمالنا، مَن يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومَن يُضللْ فلا هادي له، وأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى حَبِيْبِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أجمعين .
أما بعد ، فيا عباد الله ، اتقـوا اللهَ أوصيكُم وإيايَ بتقوَى اللهِ فقدْ فازَ المتقُونَ ، قالَ اللهُ تعالى في كتابهِ العَزيز: يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمــون (آل عمران 102)

Ma‘asyiral Mukminin RahimakumulLah,

Bertaqwalah kita kepada Allah SWT; dalam erti kata yang sebenarnya iaitu dengan cara bersungguh-sungguh kita melaksanakan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita menjadi seorang hamba yang sentiasa beristiqamah dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

Mimbar hari ini mengalu-alukan kepulangan semua mahasiswa ke kampus ini dalam sesi dan semester pengajian yang baru. Ternyata anda semua masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu pengetahuan semasa berada di universiti ini; peluang untuk terus memperbaiki lagi adab dan akhlak sebagai seorang penuntut ilmu; maka mulakan sesi belajar ini dengan memperbaharui kembali niat menimba ilmu; niat untuk menjadi orang berilmu kerana Allah SWT. Mimbar kali ini akan membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan adab-adab yang mesti dijaga dan dipatuhi oleh setiap yang bergelar murid, pelajar, mahasiswa atau apa-apa sahaja istilah yang menggambarkan kita menuntut ilmu.

Pertama sekali, ingatlah bahawa kita semua berada di sebuah tempat yang paling mulia untuk belajar ilmu pengetahuan iaitu di sebuah pondok ilmu, yang kita kenali sekarang dengan nama universiti. Dengan kata lain, anda semua berada dalam sebuah pusat yang sarat dengan ilmu; di sebuah perkampungan tempat berkumpul para penuntut ilmu, para mahasiswa dan para ilmuwan. Justeru perlu kita sedar bahawa kita berada di tempat yang penuh dengan kemuliaan; yang mengingatkan kita bahawa kita mesti beradab, kita mesti berakhlak apabila berada di sini, apatah lagi menjadi warga yang tinggal, diam dan belajar di dalamnya. Allah SWT ada mengingatkan kita dalam konteks keberadaan kita dalam satu-satu majlis ilmu. Firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Terjemahan: Wahai orang-orang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi ruang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain) dalam majlis-majlis ilmu, maka berikan ruang seboleh-bolehnya, nescaya Allah akan melapangkan (segala halnya) untuk kamu, dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) - beberapa darjat, dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (Surah al-Mujadalah:11).

Sidang Jumaat yang berbahagia dan dirahmati Allah,

Orang yang menuntut ilmu ialah orang yang mulia. Maka jagalah status sebagai seorang yang matlamat keberadaannya di sini dengan qasad yang suci iaitu untuk menyiapkan diri sebagai seorang yang berilmu. Justeru setiap mahasiswa mahupun mahasiswi yang menuntut ilmu perlu peka dengan adab dan akhlak yang mesti dipatuhi semasa berada di dalam kampus ini untuk menuntut ilmu. Adab dan akhlak ini wajib dipatuhi oleh setiap mahasiswa agar ilmu yang ditimba mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.

Rebutlah keistimewaan yang ada pada diri seorang penuntut ilmu atau mahasiswa seperti yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana sabda Rasulillah SAW daripada Abu Hurairah ra:

ومَنْ سَلَكَ طريْقاً يَلْتَمِسُ فيهِ عِلْماً سهَّلَ اللهُ له بِهِ طريقاً إلى الجَنَّةِ

Ertinya: Sesiapa yang menempuhi satu jalan yang dengannya dia mendapat sesuatu ilmu, nescaya Allah akan permudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga (HR Muslim).

Pertama sekali diingatkan kepada semua mahasiswa; sebagai seorang yang terpelajar, untuk sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan sentiasa menghormati mereka, sentiasa berhubung dengan mereka, sentiasa mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Ingatlah bahawa keberadaan kita di atas dunia ini adalah kerana keberadaan mereka berdua; dan keredaan Allah ke atas kita juga bergantung kepada keredaan ibu bapa terhadap kita.

Sebagai seorang yang terpelajar, perlu diingatkan juga agar sentiasa menghormati guru dan mematuhi segala nasihat dan arahannya selama mana tidak menyalahi syariat Islam. Guru atau pensyarah bukan hanya sebagai seorang guru di sekolah, pensyarah di universiti sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa merekalah pengajar, merekalah pengasuh, merekalah pembimbing, merekalah penasihat, dan merekalah pendidik yang mesti dihormati walau di mana jua mereka berada.

Sebagai seorang yang terpelajar, perlu diingatkan juga agar sentiasa mengamalkan segala ilmu yang dipelajari. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai perisai atau benteng yang kebal daripada terjerumus ke lembah perlakuan maksiat. Jadikanlah juga ia sebagai senjata untuk mematahkan serangan musuh Islam. Jadikan juga ilmu yang dipelajari sebagai penawar yang akan menyembuhkan penyakit dan budaya jahiliyah yang menjadi barah dalam masyarakat kini.

Sebagai seorang yang terpelajar, perlu diingatkan juga agar tidak menjadikan ilmu yang ada di dada semata-mata sebagai alat untuk mengejar kekayaan dan mengaut kemewahan hidup di dunia yang bersifat sementara ini hingga melupakan akhirat yang kekal abadi.

Ma‘asyiral Mukminin RahimakumulLah,
Sebagai penuntut ilmu, mahasiswa mestilah membersihkan hati daripada kecenderungan dan perlakuan buruk yang tidak diizinkan oleh Allah SWT. Ini disebabkan ilmu itu tempatnya di hati dan tujuannya untuk mendekatkan diri dengan Allah, justeru hati mestilah berada dalam keadaan bersih untuk menerima ilmu-ilmu yang dipelajari nanti. Justeru setiap yang bergelar “mahasiswa mahupun mahasiswi” wajib menjauhi maksiat atau apa-apa sahaja bentuk kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT. Kita perlu menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri kita sebagai seorang mahasiswa dan persekitaran kita mengikut kemampuan yang ada. Ini jelas kerana ilmu adalah nur, cahaya yang suci dan akan menjauhi kita sekiranya kita bergelumang serta kalut dengan dosa dan noda.

Justeru mahasiswa wajar sekali menjauhi perkara-perkara yang boleh memunahkan akhlak, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik akhlak serta perilakunya, bersih serta tenang hatinya. Jika perangai dan hati mahasiswa dicemari dengan elemen-elemen yang negatif seperti melakukan kemaksiatan terhadap Allah; maka ini menyebabkan seseorang penuntut ilmu sukar untuk menguasai ilmu pengetahuan. Al-Imam al-Syafei mengingatkan kita bagaimana gurunya Waki‘ pernah membimbingnya agar beliau meninggalkan maksiat untuk memudahkannya mendapatkan ilmu.

شكوت إلى وكيع سوء حفظي فأرشدني إلى ترك المعاصي
وأخبرني بـأن العلم نور ونور الله لا يُهدى لعاصي

Ertinya: “Aku mengadu kepada Waki‘ tentang kurangnya hafazanku, maka dinasihatkan aku agar meninggalkan maksiat, serta memaklumkan kepadaku sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.”

Kita bimbang kerana kebanyakan mahasiswa sekarang kurang mengambil berat tentang hal-hal sedemikian. Ada yang menganggapnya sebagai suatu perkara kecil dan remeh temeh seperti menjaga dosa mendedahkan aurat, menjaga dosa yang dilakukan melalui mata, tangan sama ada secara terang atau melalui internet, menjaga dosa melalui pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan sebagainya. Kita bimbang sekiranya perkara-perkara seumpama ini tidak diambil perhatian, maka perkara-perkara yang lebih besar dan dosa-dosa yang mengundang kemurkaan Allah akan menyusul …. wal ‘iyazubillah min zalik!

Sejak akhir-akhir ini dengan mudah kita dapati soal pakaian tidak diambil berat oleh kebanyakan mahasiswa. Kita merasa sedih yang amat sangat apabila ada dalam kalangan mahasiswa kita yang berpakaian selekeh atau simple yang tidak menggambarkan imej sebagai seorang penuntut ilmu, sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi. Pemakaian menutup aurat tidak diambil perhatian oleh mahasiswa dan mahasiswi kita sama ada semasa berada di dalam kampus ini ataupun di luar kampus. Masih ada lagi mahasiswa yang berseluar pendek semasa bermain, berjogging atau bersukan; masih ada kalangan mahasiswi yang masih tidak menutupkan rambut mereka – menganggap rambut bukan salah satu anggota badan yang mesti merasa malu untuk dipertontonkan kepada ramai - bahkan masih ramai kalangan mahasiswi yang berseluar jeans dan memakai t-shirt yang berlengan pendek, ketat dan sendat hingga menampakkan bentuk tubuh badan mereka walaupun dikatakan berpakaian atau bertudung. Bahkan terdapat mahasiswi yang mengenakan pakaian seperti lelaki sedangkan jelas ini dilarang dalam Islam; lelaki berpakaian wanita mahupun wanita berpakaian lelaki jelas dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya. Malah masih ramai dalam kalangan mahasiswi kita yang berpakaian sedemikian rupa hatta semasa berada dalam majlis ilmu di dalam dewan atau bilik-bilik kuliah.

Begitu juga sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi yang membawa amanah menjaga kesucian ilmu yang dipelajari, maka hendaklah kita menjaga kehormatan dan maruah diri kita terlebih dahulu. Contohnya dalam pergaulan kita seharian; pastikan perhubungan antara satu sama lain dalam ruang lingkup menjaga batas-batas yang diizinkan oleh syarak, apatah lagi antara seorang mahasiswa dengan mahasiswi yang tiada hubungan mahram. Islam tidak mengizinkan seorang mahasiswa melihat seorang mahasiswi dengan perasaan ghairah; melihat auratnya, apa lagi menyentuhnya walaupun hanya menyentuh tangannya sahaja. Justeru adanya had atau batasan daripada Allah dan Rasul-Nya dalam soal perhubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram ini, maka patutlah kita terutama orang yang disebut sebagai penuntut ilmu mengambil sikap lebih berhati-hati. Semasa berada di dalam dewan dan bilik kuliah ataupun di dalam makmal sama ada dalam situasi belajar bersama pensyarah, atau belajar dalam kumpulan, atau melakukan tugasan kumpulan; pastikan had yang ditentukan Allah ini diambil kira oleh semua pihak.

Ingatlah! Seorang mahasiswa perlu mengelakkan diri daripada keluar bersama seorang mahasiswi, berdua-duaan ke sana ke mari sama ada dalam kawasan kolej kediaman, di luar kampus atau di mana-mana sahaja, apatah lagi berada di atas sebuah motosikal ataupun di dalam sebuah kereta secara berdua-duaan. Juga kurang wajar seorang mahasiswa duduk makan minum bersama-sama dengan seorang mahasiswi yang tiada pertalian apa-apa pun dengannya sama ada di cafe kolej atau arked atau di mana-mana sahaja; berbual, bergurau senda, malah bersuapan makan minum seolah-olah mereka adalah sepasang suami dan isteri. Rasulullah SAW banyak meninggalkan pesanan dan peringatan kepada kita tentang hubungan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Antaranya:

لا يخلون رجل بامرأة إلا مع ذي محرم

Ertinya: Seorang lelaki tidak boleh bersama dengan seorang perempuan kecuali ada bersamanya mahram”(HR Bukhari).

ما خلا رجل بامرأة إلا وكان الشيطان ثالثهما

Ertinya: “Tidak akan berlaku seorang lelaki bersama dengan seorang perempuan melainkan syaitan adalah yang ketiga antra keduanya” (HR al-Tirmizi).

Cuba kita renungkan; adakah situasi yang dinyatakan oleh Rasulullah ini diambil berat. Ada tak dalam kalangan mahasiswa mahasiswi kita yang keluar bersama-sama di luar kampus daripada waktu kuliah, terutama waktu malam; balik pula ke kolej sampai lewat malam bersama pasangan masing-masing? Kalau ada berlaku sedemikian; di manakah maruah seorang mahasiswa dan mahasiswi; muslim dan muslimah yang berpegang pada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya? Kalaulah tiada perasaan malu kepada Allah dan Rasul-Nya, tidak adakah secebis perasaan MALU kepada pengawal keselamatan, pensyarah, pengetua dan felo-felo di kolej kediaman masing-masing kerana mereka ini umpama ibu dan bapa kita semasa keberadaan kita di kampus ini.

Wahai penuntut-penuntut ilmu, tutuplah segala keaiban diri dan jagalah maruah diri kita kerana ia membawa kepada keredaan Allah dan manusia lain kepada diri kita. Malulah kita kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar malu, tambahan pula kita adalah penuntut ilmu yang ada harga diri dan dipandang mulia oleh masyarakat.

Sidang Jumaat yang berbahagia, para mahasiswa dan seluruh warga kampus yang dirahmati Allah SWT,

Bagi menyemarakkan lagi budaya ilmu di dalam kampus ini, tinggallah semua amalan yang jelas melanggar hukum Allah ini. Sebaliknya marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. Mahasiswa wajib memastikan diri masing-masing agar sentiasa melakukan solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia mendatangkan rasa kehambaan kita di hadapan Allah Azza Wa Jalla hingga memungkinkan kita bermuhasabah. Jangan cuba melengah-lengahkan solat lima waktu, dan sentiasa membaca al-Quran agar hidup kita sentiasa diberkati dan diredai oleh Allah. Lazimkan diri untuk berada bersama-sama jemaah di surau-surau kolej atau di masjid kita ini. Dapatkan seberapa banyak pengajian ilmu-ilmu agama kerana ilmu-ilmu ini bertaraf wajib bagi kita untuk dipelajari. Sememangnya ilmu-ilmu ini tidak diajar di bilik-bilik kuliah, tetapi menjadi kewajipan setiap daripada kita untuk mempelajarinya, maka kita wajib berusaha mencarinya.

Alhamdulillah, di dalam kampus kita ini banyak majlis ilmu agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam atau pihak-pihak lain bagi memantapkan lagi rohani, iman dan taqwa warga kampus; kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya yang dibimbing oleh tenaga-tenaga pembimbing yang berkelayakan dan bertauliah sama ada dari dalam atau luar. Marilah kita mengambil peluang ini; peluang yang mungkin hanya datang kali ini sahaja dalam hidup kita kerana kita akan meninggalkan dunia yang fana ini pada bila-bila masa sahaja tanpa kita jangka.

Ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah suatu jihad. Mahasiswa yang menuntut ilmu adalah orang-orang yang sedang berjihad. Jangan sekali-kali cuba mencalarkan imej anda sebagai seorang mujahid yang berjihad untuk mendapatkan ilmu di universiti ini. Seorang mujahid atau orang yang berjihad sudah semestinya akan menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Cuba kita fikirkan;

-Adakah wajar kita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan kita tengah berjihad?
-Adakah wajar kita melakukan perbuatan mungkar atau maksiat sedangkan kita tengah berjihad?
-Adakah wajar kita berada berdua-duaan atau berkhalwat dengan pasangan bukan mahram kita sedangkan kita tengah berjihad?
-Adakah wajar kita tidak melakukan solat atau perintah Allah yang lain sedangkan kita tengah berjihad?


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah! Tentu jawapannya “tidak sama sekali” !

Marilah kita memartabatkan pembudayaan ilmu di kampus penyelidikan ini; budaya ilmu dalam erti kata yang sebenarnya sebagaimana yang ditunjukkan oleh para ulama yang cintakan ilmu. Marilah kita hapuskan segala sifat-sifat yang tidak wajar ada bagi seorang yang bergelar “mahasiswa” sekaligus sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim atau muslimah. Marilah kita beradab dan bersifat dengan akhlak Islamiyyah dalam menuntut ilmu. Allah telah memberikan nikmat-Nya kepada kita sebagai seorang terpelajar, maka hargailah nikmat ini dengan sebaik-baiknya!

أعُوْذُ بالله مِنَ الشَّيْطَاْنِ الرَّجِيْمِ
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الألْبَابِ

Terjemahan: Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang ditentukan-Nya), dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak, dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya (Surah al-Baqarah:269)

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءانِ اَلْعَظِيْمْ وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ ِبمَا فِيْهِ مِنَ اْلآياَتِ وَالذِّكْرِ اَلْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ اَلسَّمِيْعُ اَلْعَلِيْمُ. أُوْصِيْكُمْ عِبَادَ الله وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ اَلْمُتَّقُوْنَ، وَأَحُثُّكُمْ وَنَفْسِىْ عَلَى طَاعَةِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ فِىْ كُلِّ وَقْتٍ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ اَلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِماتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِناتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَياَ فَوْزَ اَلْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ اَلتَّآئِبِيْنَ


*Semoga perkongsian ini, memberi sedikit sebanyak pemahaman kita mengenai akhlak kita sebagai seorang penuntut ilmu. Insyaallah...teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak...

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, February 23, 2012

Masterchef Junior - Wan Hazem...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, baru berkesempatan untuk saya luangkan masa bagi meneruskan perkongsian saya dalam blog saya yang berwajah baru. Rasanya sudah lama saya tidak berkongsi ilmu dan pandangan saya terhadap pelbagai isu yang sedang hangat sejak akhir-akhir ini.

Sebelum saya berkongsikan ilmu ‘masakan’ yang saya pelajari secara tidak langsung semasa cuti semester baru, ingin saya ucapkan dan sedekahkan surah Al-Fatihah buat sahabat saya yang baru sahaja kembali ke rahmatullah, iaitu Allahyarham Muhammad Ashraf (Ewa), sahabat saya ketika belajar di Sekolah Menengah Teknik Langkawi Batch 2006-2007. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

Apa yang menarik untuk saya kongsikan pada hari ini adalah 2 menu makanan traditional orang melayu yang kerap menjadi juadah di Hari Raya Aidilfitri dan menjadi makanan santai ketika menonton televisyen. Pada mulanya saya hanya membelinya di kedai runcit dan Pekan Rabu, tapi terdetik pula untuk saya pelajari bagaimana makanan traditional ini dibuat… dan akhirnya ianya menjadi.

Oleh itu, hari ini saya berbesar hati untuk berkongsi dengan pembaca blog saya dan sahabat-sahabat saya menu masakan makanan tradisional ini. Jom ikutinya bersama…hehehe

KUIH SIPUT



Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
½ cawan buttercup
1 biji telur
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Air yang secukupnya

Cara-cara membuatnya :

1. Campurkan tepung gandum, buttercup, gula dan garam sehingga sebati.
2. Kemudian, campurkan telur, jintan manis, jintan putih, serbuk kari, serbuk cili dan sedikit air, gaulkan sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Cubit doh sedikit dan getelkan pada acuan kuih siput sehingga terbentuk seperti siput.
4. Panaskan minyak dan gorang sehingga kekuningan.

KUIH ROS




Bahan-bahan :

1 ½ cawan santan
3 cawan tepung beras
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1 biji telur
4 sudu kacang tanah yang ditumbuk

Cara-cara membuatnya :

1. Campurkan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati.
2. Panaskan minyak. Letak acuan dalam minyak. Bila dah panas, celup acuan dalam adunan, masuk semula dalam minyak tadi.
3. Biar sebentar, baru alihkan acuan. Goreng hingga masak.

p/s : Resipi ini adalah hasil perkongsian ibuku setelah berhabis pulas memujuknya untuk mengajarkan resipi ini kepada saya. Hehehe… Selamat mencuba kepada sahabat-sahabat yang lain. Kuih tradisional akan hilang serinya sekiranya anak muda sekarang tidak tahu bagaimana hendak membuatnya…hehehe…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, February 20, 2012

Remaja Ditahan Ugut Sebar Gambar Bogel Pasangan Kekasih...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

DUNGUN: Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.

Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu.

Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya.

Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa, bagaimanapun, mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank sudah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.

Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya, mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira jam 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.

Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian
*Masyaallah… Macam-macam perkara pelik dan memalukan yang dilakukan oleh belia remaja hari ini. Selagi iman dan akhlak tidak dijaga, macam-macam lagi la yang akan berlaku… Anda Bijak Jauhi Zina !

Dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Yang Di-Pertuan Agong Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Kali pertama Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima selempang Penaung Diraja Pandu Puteri sebagai tanda menjadi penaung baru persatuan tersebut.

Selempang tersebut bersama sepersalinan Pandu Puteri diserahkan oleh lima anggota persatuan itu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebelum diserahkan kepada Seri Paduka.

Turut hadir ialah Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Datin Seri Zalillah Mohd Taib. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

*TAHNIAH…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, February 3, 2012

Tragedi Port Said : 74 Mati, 1000 Tercedera...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

PORT SAID - Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.

Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu.

Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi.

Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan tersebut.

"Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang," katanya kepada sebuah stesen televisyen.

Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan.

Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu.





Sumber : Kosmo Online

*Terkejut jugak sebenarnya dengan apa yang berlaku dan saya berharap di Malaysia kita tidak akan berlaku kejadian seperti ini. Insyaallah… sama-sama kita jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita semua… Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com