Monday, December 31, 2012

Sorotan 2012 - Penghijrahan : Artis & Hijrah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berehat sebentar dari menelaah pelajaran bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester ini, sempat saya singgah ke beberapa akhbar online untuk membaca berita-berita terkini. Dan ada satu perkara yang cukup menarik perhatian saya untuk dikongsikan kepada para pembaca blog saya iaitu berkenaan dengan ‘Hijrah Artis’. Jom ikutinya bersama… 

Tahun ini menyaksikan ramai selebriti membuat keputusan berhijrah. Punya kisah tersendiri, penghijrahan mereka mendapat sokongan dan pujian ramai peminat. Apa jua keputusan mereka untuk berhijrah, sama-samalah kita mendoakan agar ianya terus berkekalan dan mendapat hikmah dari yang Maha Esa. 

Yatt Hamzah 
Pelakon ini nekad berhijrah setelah melakukan solat Taubat. Ketika bersujud, dia mendapat gambaran api neraka yang memanggang wanita mendedahkan aurat. Sejak itu, Yatt bukan sahaja 'bertudung', bahkan dia juga banyak menyertai majlis-majlis ilmu agama. 

Ayu Raudhah 
Ipar duai kepada pelakon terkenal, Rita Rudaini ini mula mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu. Malah dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi. 

Natasha Hudson 
Pelakon Cinta Luar Biasa ini, bertudung sejak menjejakkan kaki di Tanah Suci. Di rumah ALA H itu juga, dia menerima hidayah yang sangat manis. Kini, Natasha, 29, mengakui semakin selesa dan tenang dengan penghijrahan yang dilakukan. 

Shila Amzah 
Anak dara ND Lala ini mula memakai tudung sejak awal Ramadan lalu. Sekadar suka-suka, penyanyi terkenal dengan lagu Patah Seribu ini terus nekad berhijab. Penghijrahannya membawa pelbagai hikmah apabila dia melakar kejayaan sebagai penyanyi. 

Enot 
Selepas kontroversi demi kontroversi, pelakon Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, membuat keputusan untuk berhijrah sejak sebulan lalu. Tidak pernah merancang untuk bertudung, Enot bagaimanapun memberitahu, ianya berlaku secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur. 

Nurul Syuhada 
Personaliti TV3 popular ini mengambil keputusan bertudung di usia 28 tahun. Keputusan itu dibuat selepas dia mengerjakan Umrah pada Januari lalu. 

Melissa Saila 
Pada Jun lalu, pelakon Melissa Saila tampil dengan imej bertudung. Bukan atas desakan sesiapa, anak kepada primadona terkenal, Mariani ini menjelaskan, sudah tiba masanya untuk berhijrah. Sejak itu, rezekinya semakin melimpah ruah. Dari seorang pelakon, Melissa kini bergelar penerbit. 


Sumber : Sinar Harian 

*Alhamdulillah, semoga semuanya terus beristiqamah. Insyaallah, apa-apa pun, sama-samalah kita mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan kepada sahabat-sahabat kita untuk menjadi lebih baik di masa akan datang. Insyaallah… Dan doakan kejayaan untuk saya bagi Final Exam yang akan mula pada 2 Januari 2013… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Fear Factor Selebriti Malaysia : Ketakutan Bakal Menjelma...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Ketakutan Bakal Menjelma” 

Itulah ‘tagline’ bagi program reality TV yang cukup mencabar dalam mengharungi setiap sesi cabaran yang bakal membuatkan para pesertanya melalui detik-detik ketakutan dan keresahan. Itulah dia program ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’ yang menghimpunkan hampir 30 orang peserta yang terdiri dari pelakon, personality TV, angkasawan dan sebagainya lagi. 

Melihat kepada episod 1 yang dihoskan oleh Aaron Aziz, cabaran pertama itu boleh dianggap sebagai agak mencabar kerana ianya bersifat ‘gayat’ kepada peserta yang takut kepada ketinggian. Episod 1 ini sudah menampakkan persaingan yang cukup hebat diantara para peserta. 

Apa-apa pun, saya tertarik dengan gabungan pasukan antara Didie Alias dan suaminya serta Dafi & Zoey Rahman yang cukup ke hadapan berbanding peserta lain. Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu di episod-episod akan datang. Heheh =) 

*Kalau Fear Factor diwujudkan di IPT macam mana? Adakah mendapat sambutan? Adakah ianya dapat memberi cabaran kepada para mahasiswa? Heheeh… =)

GOODLUCK untuk semua para peserta… =)

 Peserta jugak ke? Hahaha... =)

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, December 26, 2012

Takziah Untuk Semua Mangsa Banjir di Pantai Timur...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Banjir besar yang melanda di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk dengan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pagi tadi. 

Firman Allah yang bermaksud : 
“Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami menyatakan hal kamu.” 
(Surah Muhammad, ayat 31) 

TAKZIAH saya ucapkan kepada seluruh masyarakat di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur itu. Semoga kejadian tersebut, membuatkan kita semua lebih mendekati Allah Taala, Insyaallah. Kepada sahabat-sahabat saya, rakan-rakan saya di sana, kuatkan semangat untuk menempuh dugaan ini. Yang penting jangan hilang fokus untuk peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.


Selain itu saya juga sempat bertanya khabar dengan beberapa orang di sana dan saya juga difahamkan ramai sukarelawan dan ahli-ahli politik di setiap kawasan bertungkus-lumus membantu rakyat di sana. Semoga semangat tolong-menolong, bantu-membantu membuatkan rakyat kita terus bersatu. Insyaallah… 

Saya juga mengingatkan agar semua masyarakat di sana sentiasa berhati-hati dari aspek keselamatan terutamanya dan saya turut dikhabarkan bahawa sudah ada kes melibatkan korban pertama dalam kejadian banjir ini iaitu Allahyarhamah Samhanim Ramli. AL-FATIHAH… 

Kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah pula, tabahkan hati walaupun beberapa hari lagi sahaja akan memasuki alam persekolahan sesi 2013. Jaga kesihatan dan teruskanlah berdoa agar diberi pertolongan dari-Nya. Insyaallah.. 

*Credit to Sinar Harian Untuk Foto 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
Setiausaha Kerja 
Majlis Perwakilan Mahasiswa 
Universiti Teknologi Malaysia 
wan_hazem19@yahoo.com

Goodluck Untuk Semua...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Saya di sini juga ingin mengucapkan, “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER & SELAMAT BERJAYA” kepada seluruh MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA dan IPT SELURUH MALAYSIA. Buatlah yang terbaik untuk kejayaan diri anda dan jadikan ia hadiah kepada ibu bapa anda. Insyaallah… 


Saya di sini juga ingin berkongsi sedikit doa iaitu Doa Memohon Kejayaan Cemerlang

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa') 

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh. 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
Setiausaha Kerja MPM UTM
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, December 24, 2012

Lawatan Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Pulau Pinang Ke UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH saya masih berpeluang untuk menulis bagi entry yang terbaru dan sebagai perkongsian untuk para pembaca setia blog saya. Walaupun lama saya menghilang dari menulis artikel dan berkongsi perkongsian menarik di sini, tapi ALHAMDULILLAH, masih ramai yang menyokong untuk saya terus menulis. 

ALHAMDULILLAH, semalam pada 23 Disember, saya dari Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM menerima kunjungan dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Pulau Pinang seramai hampir 70 orang. Di pihak MPM UTM kita sentiasa mengalu-alukan kedatangan dari para pelajar universiti lain ke Universiti Teknologi Malaysia. 

Program Lawatan Ke UTM dan Ramah-Mesra Bersama MPM UTM ini merupakan salah satu program dari ‘Journey To The Southern City’ yang dianjurkan oleh JPK UiTM Pulau Pinang. Banyak perkara yang dikongsikan antara kedua-dua pihak dalam memperolehi perkongsian ilmu ini. 

Antara beberapa slot yang sempat dibuat oleh Barisan MPM UTM selama hampir 8 jam bermula jam 9pagi sehingga 5pm ini adalah Sesi Dialog/Soal-Jawab Antara MPM UTM dengan JPK UiTM Pulau Pinang, Simulasi Parlimen Mahasiswa UTM, Jamuan Tengahari, Sesi Perbahasan Parlimen Mahasiswa, Lawatan Ke Stadium UTM, Kolam Renang UTM, Bangunan Canselori, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Masjid Sultan Iskandar, Sudut Pidato UTM, Balai Cerap dan sebagainya lagi. 

Saya dan Saudari Faezah Fazal yang mengetuai untuk sesi Lawatan Sekitar Kampus UTM ini sebab berkongsi beberapa pengetahuan dan sejarah yang melibatkan UTM ini. Dan sedikit sebanyak dapat berkongsi dengan para peserta sebagai ilmu dan Insyaallah dapat digunakan di masa hadapan. Insyaallah… 

Saya juga sempat berkenalan dengan beberapa orang pelajar UiTM Pulau Pinang dan Insyaallah saya yakin dan dapat melihat bakal-bakal pelapis muda dalam kepimpinan di masa akan datang. Percayalah, banyak pemimpin hari ini belajar dan memperolehi kejayaan dengan cara berkongsi ilmu dan sentiasa membuat pemerhatian dengan pelbagai pihak dalam membuat perubahan di masa hadapan. 

Saya sekali lagi mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada pihak JPK UiTM Pulau Pinang terutamanya Saudara Khalieff kerana memilih Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai salah satu tempat yang ditujui dalam lawatan mereka ke Selatan Malaysia ini. Semoga ukhuwah dan persahabatan antara kita akan terus berkekalan ke akhirnya. Dan saya mohon maaf di atas kekurangan yang berlaku sepanjang lawatan diadakan. Insyaallah… =) 


"Kalau Ada Sumur Di Ladang, 
Izinkan Kami Menumpang Mandi, 
Kalau Ada Umur Yang Panjang, 
Insyaallah, Suatu Hari Nanti Bertemu Lagi" 

Sekian, Wallahua’lam… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
Setiausaha Kerja 
Majlis Perwakilan Mahasiswa 
Universiti Teknologi Malaysia 
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, December 22, 2012

Lagenda Budak Setan 2 : Katerina , Cukup Bersahaja...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Banyak kali saya cuba untuk luangkan masa bagi mengikuti perkembangan filem-filem melayu yang sejak akhir-akhir ini kurang mendapat sambutan. Limpahan filem yang kadang-kalanya tidak mencapai citarasa penonton menyebabkan ianya kurang mendapat sambutan. 

Semalam saya berpeluang untuk menonton filem yang menjadi salah satu senarai filem melayu yang ingin saya tonton iaitu ‘Lagenda Budak Setan 2 : Katerina’ yang diadaptasikan dari novel hasil karya abang kepada junior saya iaitu Saudara Ahadiat Akasyah. 


Filem ini mendapat sentuhan dari pengarah, Sharad Sharan ini menampilkan beberapa pelakon yang cukup hebat iaitu Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae, Lisa Surihani dan sebagainya lagi. Filem ini agak meleret dengan plot penceritaan yang cukup sadis lakonan bersahaja dan penuh penghayatan oleh barisan pelakonnya. 

Jika dibandingkan dengan filem terdahulunya iaitu ‘Lagenda Budak Setan’, rasanya kesinambungannya agak tenggelam dan membuatkan saya kurang terhibur berbanding filem ‘Lagenda Budak Setan’. Apa yang dapat saya rasakan, filem ini sedikit Berjaya kerana menampilkan lakonan mantap dari para pelakonnya berbanding penceritaan yang dibawa dalam filem ini. 

Saya dapat katakan, filem ini masih boleh diberi perhatian dan berkemungkinan mampu untuk meraih beberapa anugerah dalam festival filem akan datang melalui penghayatan yang amat baik dari para pelakonnya. 

Saya hanya mampu memberikan 3 bintang sahaja untuk filem ini kerana menyebabkan saya hampir tertidur ketika menonton filem ini. Apa-apa pun, TAHNIAH kepada krew produksi filem ini kerana sedikit sebanyak menghilangkan stress belajar saya yang agak sibuk sebelum menghadapi Peperiksaan Akhir semester. 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

'Jom Boling' YB Menteri Kerja Raya Bersama MPP IPT/Belia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 14 Disember 2012 (Jumaat) yang lalu, saya berpeluang untuk menyertai dan mewakili Universiti Teknologi Malaysia dalam “Program ‘Jom Boling’ YB Menteri Kerja Raya Bersama MPP IPT/Belia” yang diadakan di Tropicana Golf and Country Resort. 

Saya bersama-sama dengan Saudara Raja Hazman, Saudara Khuzaini dan Saudari Maisarah dalam satu pasukan menentang hampir berbelas-belas kumpulan lain termasuk kumpulan YB Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya dan lain-lain IPT. 

Walaupun tewas di tangan 2 kumpulan dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan kumpulan YB Menteri Kerja Raya sendiri, tetapi saya tetap gembira kerana mendapat mata tertinggi dalam kumpulan saya. Dan cukup berpuas hati dengan cenderamata saguhati yang diberikan oleh pihak penganjur. 

Apa-apa pun, saya beranggapan bahawa ukhuwah, ruang dan peluang yang dibuka oleh YB Menteri Kerja Raya dengan para mahasiswa/i dan belia, sedikit sebanyak menggambarkan beliau amat mesra dengan anak muda. Saya memuji aktiviti yang dianjurkan ini kerana ianya merapatkan lagi ukhuwah antara Pemimpin Negara dengan para mahasiswa/i dan belia. 


Akhir kata, saya mengharapkan agar aktiviti seperti ini dapat dijadikan sebagai ‘benchmark’ buat semua pemimpin Negara untuk terus bersama-sama dengan para mahasiswa/i dan belia seluruh Malaysia melalui sukan santai seperti boling ini. Insyaallah… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Teater '7 Gunung 9 Lautan'...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Bila Cinta Tidak Dijangka” 

Itulah ungkapan atau slogan yang diangkat bagi memperkenalkan Teater mengenai sebuah kisah cinta romantic antara dua insan yang bertajuk “7 Gunung 9 Lautan”. Persembahan yang cukup santai dan bersahaja Berjaya menghiburkan saya tatkala kesibukan yang melanda sejak akhir-akhir ini. 

Teater yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Citra Daksina (PETERANA) UTM ini merupakan teater ketiga yang sempat saya tonton sepanjang saya belajar di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Dan saya amat berpuas hati dengan persembahan yang cukup santai dan menghiburkan. 

Antara watak yang Berjaya menarik perhatian saya adalah watak ‘Mak Jah’ lakonan Saudari Ratu Mas Ayu, ‘Tok Imam’ lakonan Saudara Amirul Asraf, ‘Jenab’ lakonan Saudari Nur Najwa Syazwani dan semestinya dua watak utamanya iaitu ‘Ludin’ dan ‘Milah’ lakonan Saudara Harizhakimi dan Saudari Syazwani. TAHNIAH saya ucapkan. 

TAHNIAH juga saya tujukan kepada Pengarahnya iaitu Saudara Muhd Faris Nazri dan keseluruhan kerabat kreatif produksi yang Berjaya menghiburkan para penonton dengan begitu teratur walaupun ada sedikit kekurangan. Apa-apa pun TAHNIAH saya ucapkan. 


Berbalik kepada jalan cerita yang dipersembahkan, pada mulanya saya sedikit kurang faham penceritaannya, tetapi apabila saya membaca sinopsis yang diberikan barulah saya dapat memahami situasi yang digambarkan. Dan secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan cerita yang dipersembahkan. 

Secara peribadinya, saya dapat rasakan bahawa Mahasiswa/i Universiti Teknologi Malaysia sungguh berbakat dalam bidang persembahan teater ini. Melalui persembahan teater ini juga, sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress para mahasiswa/i. Para pelakonnya pula sedikit sebanyak dapat mencari pengalaman yang cukup berharga. 

Teringat pula ketika mana saya terlibat secara langsung sebagai pelakon dan pengarah pementasan teater Hari Guru pada tahun 2007 di Sekolah Menengah Teknik Langkawi. Memang saya dapat rasakan bahawa melalui penghayatan setiap watak itu, sedikit sebanyak membuatkan kita akan bermain dengan emosi dan pergerakkan mengikut apa yang kita akan cuba sampaikan. 

Akhir kata, apa yang dapat saya katakan adalah sungguh rugi kepada mereka yang tidak menonton persembahan teater tadi yang berdurasi hampir 1 jam 30 minit ini. Sekali lagi saya ingin ucapkan ‘TAHNIAH’ kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada persembahan teater tersebut. Semoga semuanya terus Berjaya di masa hadapan. Insyaallah… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, December 21, 2012

Pilihanraya Umum 13 : Adakah Mahasiswa Sedia Berpolitik?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berakhirnya persidangan Dewan Rakyat tanggal 29 November 2012 di Parlimen Malaysia memberi satu degupan yang cukup kencang buat para mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia yang buat pertama kalinya akan turun mengundi di kawasan masing-masing. 

Secara umumnya , kita dapat lihat mahasiswa-maahsiswi hari ini mempunyai idealisma yang tersendiri dalam memberi sebarang pendapat dan cakna terhadap politik Malaysia sejak kebelakangan ini. Ada juga kita lihat , mahasiswa yang bersifat tidak ambil peduli mengenai politik disebabkan pergolakan yang berlaku antara pihak Kerajaan mahupun pihak Pembangkang. 

YB Khairy Jamaluddin, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, YB Nurul Izzah Anwar, YB Mujahid Yusof Rawa antara barisan politik muda yang semakin memancing dan sedaya upaya menarik hati anak-anak muda, belia remaja termasuklah mahasiswa. Dan adakah mahasiswa sudah bersedia mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan tiba? 

Keterbukaan yang dilakukan oleh Pihak Kerajaan dalam mentransformasikan penglibatan mahasiswa ke dalam politik kepartian memperlihatkan bahawa mahasiswa-mahasiswi hari ini sudah benar-benar bersedia bagi mendepani PRU-13 ini. 

Memetik kata-kata Yang Berbahagia, Professor Diraja Ungku A.Aziz (1973) di dalam buku Mahasiswa Menggugat , iaitu : 
“Belajar sambil mencabar, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin Berpengalaman (mencabar) dan terpelajar”. 

Ianya sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa kuasa Mahasiswa cukup kuat dalam menentangkan jatuh bangun sesebuah kerajaan. Maka, tidak hairanlah semua pihak berlumba-lumba meraih perhatian golongan ini bagi meraih undi terutamanya selepas AUKU dipinda dan membenarkan para mahasiswa secara langsung terlibat dalam Politik di luar kampus. 

Hari ini, semuanya telah terbukti setelah YAB Perdana Menteri Malaysia memberi peluang yang cukup terbuka luas dalam penglibatan dalam politik tetapi adakah para mahasiswa yang layak mengundi hari ini sudah seratus peratus telah mendaftar mengundi? 

Saya menyeru kepada para mahasiswa hari ini terus cakna terhadap politik Malaysia hari ini dan seharusnya mendaftar mengundi untuk membuktikan bahawa kuasa demokrasi yang diberikan oleh pihak Kerajaan di Negara kita ini digunakan sebaik mungkin oleh kita semua terutamanya dalam memilih para pemimpin yang benar-benar mampu mengotakan seribu satu janji. 


*Artikel ini turut tersiar di Varsiti Berita Harian pada 13 Disember 2012 yang lalu… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
Setiausaha Kerja 
Majlis Perwakilan Mahasiswa 
Universiti Teknologi Malaysia 
wan_hazem19@yahoo.com

Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Melangkaui 2020 : Mahasiswa Peneraju Transformasi Negara” itulah tema yang diangkat bagi Konvensyen Pemimpin Pelajar Institusi Pengajian Tinggi 2012 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2012 bertempat di Seri Kembangan, Putrajaya, Universiti Putra Malaysia dan PWTC. 

Secara ringkas apa yang dapat saya kongsikan berhubung dengan Konvensyen ini adalah berkenaan dengan beberapa resolusi yang dibawa terus kepada Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu : 

• Mengutarakan permasalahan penempatan mahasiswa/I di IPT dan cadangan bagi mewujudkan perumahan tambahan kepada mahasiswa/i.
• Permasalahan yang kerap kali menjadi bualan siswa/I di seluruh Malaysia berkenaan dengan WIFI di setiap universiti 
• Menyatakan bersama-sama Kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan isu-isu antarabangsa dan serantau 

Resolusi ini disampai secara terus kepada Y.A.B Perdana Menteri oleh Pengerusi MPPK, Saudara Hafiz dan turut diadakan juga penyampaian Replika Cek Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada Saudara Hafiz bagi mewakili 1.3 juta mahasiswa/I seluruh Malaysia yang bakal menerima setiap seorang Baucer Buku RM250 mulai tahun 2013 sepertimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013. 

Turut diadakan juga adalah perkongsian dari beberapa orang tetamu jemputan seperti YM Datuk Raja Arif bin Raja Ali (Ketua Pengarah Biro Tatanegara) dan Y.Bhg Dato’ Shahlan Bin Hj Ismail (Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia) yang dipengerusikan oleh bekas Pensyarah saya iaitu Encik Amin Idris yang sekarang ini merupakan salah seorang personaliti TV Al-Hijrah. 

ALHAMDULILLAH, niat saya untuk saya bangkitkan beberapa perkara dalam permasalah berhubung Masalah Sosial yang kian runcing dalam Negara kita hari ini seperti Anak Ikan, Seks Bebas, Call Girl dan sebagainya lagi mendapat perbahasan hangat ketika sesi perbincangan yang melibatkan beberapa buah IPT Zon Selatan. 

Perkara paling yang tidak pernah saya terfikir adalah Bergambar Secara Eksklusif dengan Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama-sama dengan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi), YB Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (Yang Di-Pertua Dewan Negara) dan Barisan Pemimpin Pelajar IPT. 


ALHAMDULILLAH, banyak juga kenalan yang saya dapat dari beberapa buah universiti lain seperti UKM, UUM, USM, UPNM, UTHM, Unisza, UiTM Shah Alam, Binary University, KLIUC, UTeM, USIM dan sebagainya lagi. Dan penyertaan dari UTM sendiri adalah seramai 10 orang (6 Mahasiswa dan 4 Mahasiswi). Dan saya ditempatkan bersama-sama dengan MPP UTHM di Akademia South City Plaza. 

Akhir kata, semoga ukhuwah antara kita semua akan terus berkekalan. Dan ilmu dan hasil yang saya dapat dari konvensyen tersebut sedikit sebanyak membuatkan saya sendiri berfikir untuk terus mencapai satu transformasi baru yang dibawa oleh Mahasiswa/I IPT Seluruh Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020. Insyaallah… =) 

Sekian, Wallahua’lam… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Malam Gala Tun Dr Mahathir Legasi Tersohor Sempena Hari Kelahiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad Yang Ke-87...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH…pertama-tama kalinya saya ingin mohon maaf kepada pembaca setia blog saya kerana telah lama tak diup-datekan blog ini dengan artikel-artikel dan perkongsian-perkongsian terbaru disebabkan jadual belajar dan jadual tugas saya sangat padat, sehingga membuatkan saya sendiri kelam-kabut jadinya… Hahaha… 

Berbalik kepada penulisan kali ini, adalah saya akan kongsikan satu perkongsian yang cukup bermakna buat saya apabila saya menjadi salah seorang mahasiswa Malaysia yang berpeluang untuk meraikan Sambutan Hari Kelahiran Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-87 pada 19 Disember 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. 

Mengikut perancangan asal, antara Tetamu Kehormat yang akan hadir pada majlis tersebut adalah YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia tetapi disebabkan urusan beliau di luar Negara, yang menggantikan tempat beliau adalah YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. 

Malam Gala Tun Dr Mahathir Legasi Tersohor ini yang diadakan sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir ini dianjuran secara bersama oleh Majlis Profesor Negara dan Yayasan Wangsa Perdana dengan kerjasama Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia dan Yayasan Kepimpinan Perdana. 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Profesor Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur. Seterusnya perkongsian secara bersahaja oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut mendapat tepukan gemuruh oleh semua tetamu yang hadir. 

Acara kemuncaknya pula adalah Ucapan Balas dan Perkongsian secara bersahaja oleh Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk beberapa perkara yang cukup membuatkan saya terpegun melihat pemikiran bersahaja dari beliau. Perkongsiannya itu sedikit sebanyak membuatkan hadirin di situ berfikir seketika tetapi kebanyakkan hampir sama dengan apa yang saya baca dari buku ‘Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad’. 

Turut diadakan juga adalah Upacara Memotong Pulut Kuning sempena kelahiran Y.A.Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-87 dan suap-menyuap antara Tun Mahathir dengan Tun Dr Hasmah. Antara tetamu kehormat yang turut hadir adalah Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Persembahan turut diadakan melibatkan nyanyian santai dari Datuk Yusni Hamid dan Alyah. 

Saya sendiri ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir yang ke-87 kepada Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad. Semoga beliau terus dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki, Insyaallah…’ Di sini juga, saya ingin kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika majlis tersebut. 


Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, November 23, 2012

Bersua Kembali Di 'Dari Duniaku, Wan Muhammad Hazem'...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH…Akhirnya dapat juga saya bersua di Blog ini kembali setelah lama tidak dapat berkongsi pelbagai perkara pahit manis yang berlaku setelah bergelar semula sebagai seorang Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi 2012/2013. 

Dan ALHAMDULILLAH, serta TERIMA KASIH saya ucapkan kepada para pembaca blog saya ini yang berterusan membaca artikel-artikel yang lepas dan ALHAMDULILLAH sehingga kini paras harian pembaca di blog ini adalah lingkungan 90-200 sehari. Thanks atas sokongan semua. 

Insyaallah, ada beberapa artikel saya akan menyusul selepas ini berhubung beberapa perkara yang akan saya kongsikan untuk tatapan para pembaca blog saya. Tanpa sokongan anda semua, tak mungkin hit blog saya ini mencecah 130ribu. Dan apa yang pasti, jadikan ianya sebagai ilmu untuk saya berkongsi dengan anda semua. 

Nantikan bersama artikel-artikel yang akan saya kongsikannya selepas ini… Insyaallah… 


Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, October 28, 2012

Lawatan Ke Parlimen Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Mempertingkatkan Aktiviti Mahasiswa FGHT Ke Arah Pembangunan Modal Insan’

Itulah salah satu manifesto saya yang saya ungkapkan ketika sesi Pidato atau Rapat Umum ketika berkempen dalam Pilihanraya Kampus UTM baru-baru ini untuk merebut kerusi Fakulti.

Maka wujudlah Program ‘Lawatan MPM & Mahasiswa/i FGHT Ke Parlimen Malaysia’ yang diadakan sebagai salah satu program terawal yang dibuat oleh Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang diketuai Saya sendiri selaku Setiausaha Kerja MPM UTM Sesi 2012/2013.

Program ini merupakan salah satu dari Manifesto Saya yang dapat ditunaikan pada 22 Oktober 2012 (Isnin) bersama Mahasiswa/i FGHT. Berobjektifkan merapatkan ukhuwah dan memberi pendedahan awal bagaimana sesuatu dasar itu dibuat serta memberi peluang kepada Mahasiswa/i FGHT untuk berinteraksi bersama Kepimpinan Negara dan Barisan Ahli Parlimen Malaysia.

Antara aktiviti yang dibuat adalah :
• Melawat Dewan Rakyat ketika sesi Perbahasan dan Soal-Jawab diadakan
• Melawat Dewan Negara
• Sesi Dialog & Jamuan Tengahari Bersama YB Senator Dato’ Dr Firdaus Bin Hj Abdullah, Ahli Dewan Negara
• Sesi Diskusi Bersama YB Senator Tan Sri Abu Zahar Bin Ujang, Yang Di-Pertua Dewan Negara
• Hi-Tea Bersama YB Dato’ Mukhriz Bin Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Kedah
• Sesi Bergambar & Ramah Mesra Bersama Beberapa Ahli Parlimen Malaysia

Diharapkan dengan gabungan Mahasiswa/i Tahun 1, 2, 3 dan 4 dari semua kursus di FGHT, kita akan lebih mesra antara Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Mahasiswa-Mahasiswi FGHT. Insyaallah…kita akan cuba anjurkan program atau aktiviti lain di masa hadapan. Insyaallah…

*Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil… =)




*Saya nak ucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pihak yang membantu saya dalam melancarkan aktviti ini. Insyaallah… =)

“TERUS BERBAKTI”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Setiausaha Kerja
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2012/2013
wan_hazem19@yahoo.com