Saturday, October 29, 2011

PIALA MALAYSIA : Penyu atau Rusa?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Penyu atau Rusa? Itulah dua simbolik bagi dua buah negeri yang akan bersaing untuk merebut gelaran Juara Piala Malaysia Ke-85 bagi Bola Sepak Malaysia. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam tepat jam 8.45 malam ini.




Sebelum itu saya ingin kongsikan pandangan dari Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi musim depan, yang juga bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan mengenai kedua-dua pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu.

Negeri Sembilan

Penjaga Gol
Kelebihan utama Negeri Sembilan adalah apabila benteng terakhir mereka dikawal penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias yang cukup konsisten sepanjang kempen saingan Piala Malaysia ini. Namun, penyudah jentera serangan Peteh Ganu Peteh pasti pulang hampa jika prestasi anak muda ini berada pada tahap baik malam ini.

Pertahanan
Jentera pertahanan paling ampuh dan berdisiplin kerana dibarisi bekas pemain kebangsaan berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, dan Aidil Zafuan Abdul Razak serta dibantu Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Irwan Fadli Idrus. Empat benteng ini akan menjadi dua halangan terakhir skuad lawan dari Pantai Timur untuk ditembusi.

Tengah
Kapten, Shukor Adan memainkan peranan penting dalam mengerakkan jentera bahagian dibantu pemain berpengalaman seperti Idris Karim, kepantasan bahagian sayap kiri, S Kunanlan dan sayap kanan, Shahurain Abu Samah pastinya akan mengucar-kacirkan barisan lawan.

Serangan
Hairuddin Omar pastinya akan dikawal ketat malam ini perlu bijak membuka lebih ruang kepada bahagian tengah untuk merobek gawang Sang Penyu. Zakuan Adha Abdul Razak masih belum mempamerkan prestasi terbaik setelah baru pulih dari kecederaan, namun pasti tetap menyengat.

Terengganu

Penjaga Gol
Kecemerlangan Sharbinee Allawee Ramli di benteng akhir sememangnya melayakkannya menyarung jersi kebangsaan namun, jika prestasinya malam ini pada tahap kurang terbaik jentera serangan Hoben Jang Hoben pasti berpesta.

Pertahanan
Jentera pertahanan dikemudi Marzuki Yusof pastinya tidak akan dapat bergerak bebas seperti mana ketika membantu jentera penyudah menewaskan Kelantan dan Selangor sebelum ini.

Tengah
Seperti Negeri Sembilan, bahagian penting menentukan prestasi juara Piala FA 2011 berkesan atau sebaliknya dengan kombinasi Ismail Faruqi Ashairi dibantu kepantasan Joseph Kalang Tee dan Reeshafiq Alwi membuat hantaran tepat pasti akan memudahkan bahagian penyerang membolos gawang lawan.

Serangan
Gandingan trio paling berbisa kelompok 16 pasukan sepanjang kempen Piala Malaysia, ABdul Hadi Manaf mamat, Abdul Hadi Yahya dan Ashari Shamsuddin akan menjadi duri dalam daging kepada pertahanan juara 2009 berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Apa pulak pendapat anda semua? Pasukan manakah yang anda rasa dapat menjulang Piala Malaysia pada malam ini? Penyu atau Rusa? Jika saya, saya akan menyokong sepenuhnya terhadap penyu… Hehehe…


Peteh Ganu Peteh…hahahaha =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, October 27, 2011

Na-IMO & Na-OME...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini sangat best !!!! Sebab saya ada kawan baru, satu namanya NA-IMO dan satu lagi namanya NA-OME. Kedua-duanya sangat comel, cute, lincah dan nakal. Mesti kekawan semua tertanya-tanya sapa itu NA-IMO & NA-OME kan?

Mereka adalah sepasang kura-kura yang baru dibela oleh saya. Hahahaha… Si Jantan namanya NA-IMO dan si betina pula namanya NA-OME. Kedua-dua namanya itu diberi oleh saya dan teringat pulak kucing saya dahulu namanya Cathy dan IMO…

Diharapkan dengan kehadiran NA-IMO & NA-OME ini akan dapat menceriakan hari-hari saya untuk masa akan datang dan dikala daku kesunyian. Hahaha… Dan boley jadi penyeri apabila tetamu datang di bilik saya nanti…hehehehe Betul tak?

Seronok tengok di bilik-bilik senior, ada yang bela ‘Lobster’, ada yang bela ‘Arnab’, ‘Ikan’ dan bermacam-macam lagi haiwan yang sangat comel. Hahaha…nanti bolehla kasi kawan sama ‘Tuk Kura’ saya…hahahaha…

Jom sesame tengok beberapa keping NA-IMO & NA-OME nie…heheheh







*Insyaallah, suatu ketika dahulu pernah mengimpikan untuk memelihara pelbagai jenis dan ingin dibuat ‘Zoo Mini di Alor Star’ sekiranya bergelar JUTAWAN or AHLI PARLIMEN suatu hari nanti… Insyaallah… Tiada yang mustahil dari diriku... Insyaallah... =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, October 25, 2011

'Nur' Ustazah Pilihan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


Ustazah Pilihan ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Oasis yang memaparkan pencarian Muslimah – Muslimah yang boleh dibentuk untuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan dari seorang pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan bagaimana pentingnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan lebih dari itu, Muslimah dilihat sebagai pendidik, pembentuk, pemimpin generasi akan datang,serta perlu mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.



Menerusi konsep program Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah terpilih menerusi beberapa siri ujibakat di beberapa negeri, akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dari aspek keugamaan yang juga merangkumi hal ehwal yang lain seperti teknologi, kewangan, kemasyarakatan, kekeluargaan dan lain-lain.

Setiap minggu, mereka akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu yang berlandaskan format Piramid Tangga Kehidupan. Tugasan-tugasan ini dipilih berdasarkan isu – isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekata, isu – isu ini adalah 'benar' (real) dan relevan dengan realiti wanita di zaman moden.




Setiap minggu, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan dan akan dibimbing/dipantau oleh para Mursyidah yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).

Markah akan diberi kepada kumpulan dan juga individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang telah mereka laksanakan setiap minggu. Kumpulan terbaik akan menerima ganjaran setiap minggu yang berupa galakan-galakan yang akan memotivasikan mereka lagi, manakala kumpulan yang satu lagi akan diberi tugasan tambahan yang juga boleh menmabhakan motivasi serta keyakinan untuk menjadi lebih baik lagi di tugasan akan datang.

Sumber : Astro Oasis

Saya cukup tertarik dengan Program berbentuk realiti TV seperti Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini kerana banyak sebenarnya manfaat dan kebaikan yang ditunjukkan walaupun ada segelintir perkara yang menyebabkan ianya menjadi agak ‘pelik’. Nak tahu, apa yang pelik? Anda semua kena tonton dahulu siri Ustazah Pilihan ini.

‘Muslimah itu anugerah terindah di dunia, dia lembut tetapi tidak lemah…’

Itulah bait-bait kata yang diungkapkan oleh Ustazah Siti Fatimah, Calon Ustazah Pilihan yang cukup menarik perhatian saya. Apa yang dapat saya katakan adalah program seperti ini wajar dijalankan dan nilai-nilai murni dan adab-adab wanita itu sendiri sebenarnya perlu dijaga supaya tidak menjadi tontonan umum terutamanya berkenaan dengan aurat wanita.

Jika ada segelintir pihak yang mempertikaikan mengenai program Ustazah Pilihan ini, kenapa pihak-pihak tersebut berdiam diri ketikamana kelompok artis baru wanita yang semakin hari semakin berlambak-lambak. Dengan gaya penuh mengghairahkan dibenarkan beraksi di filem dan sebagainya. Akan tetapi Program Ustazah Pilihan yang mula menapak dan perlu dikembangkan ini dipertikaikan. Kenapa?

‘Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui’

Akhir kata, saya ingin tampilkan beberapa info mengenai calon-calon Ustazah Pilihan termasuk 2 calon yang tersingkir. Diharapkan program seperti ini dapat menarik minat seluruh remaja wanita Islam untuk terus menegakkan Agama Islam di Malaysia… Insyaallah…



Ustazah Nurul Hidayah, Ustazah Yang Paling Konsisten Pilihan Saya...










Ustazah Pilihan yang telah TERSINGKIR...



Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

'Seksa Kawan Saya' Sungguh Zalim...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“AMPANG : Seorang lelaki bukan sahaja dikurung lebih 12 jam di sebuah rumah di Taman Cheras Indah di sini, tetapi turut dipaksa minum arak, mengambil pil khayal sebelum dibogelkan.



Lebih keji, aksi ‘panas’ mangsa yang berbogel sambil mengerang kesakitan dan dalam keadaan khayal itu dirakamkan seorang daripada tiga lelaki menggunakan telefon bimbit.

Dua lagi menjadi penonton dan pengarah kepada setiap aksi mangsa sebelum masing-masing ketawa terhibur dengan aksi berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menjadi mangsa buli melampau tiga rakannya kerana disyaki cemburu dengan kesenangan hidup mangsa.

Mangsa dikurung sejak jam 8 malam, 18 Oktober lalu, tetapi Berjaya meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.”

Sumber : MyBerita.com

Hasad dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalam diri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya. Terutamanya ketika kita yang masih berada di gedung ilmu untuk mencapai impian masing-masing.

Hasad dengki boleh diertikan sebagai suatu sikap yang tidak senang atas kenikmatan, kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya. Dengan demikian, sifat hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam, permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.

Dalam Islam sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang-orang munafik. Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya? Sungguh, kami telah memberikan kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan kami telah memberikan kepada mereka kerajaan (kekuasaan) yang besar. ”
(An-Nisa’ : 54)

Orang yang mempunyai sifat hasad dengki ini juga membuatkan jiwa mereka sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang mereka telah miliki. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan.”
(HR Ibnu Abid Dunya dan Amir Al-Asy’ari)

Saya agak terkilan melihat anak muda, belia remaja dan orang dewasa yang tidak henti-henti berdengki sesama sendiri, tidak kira dalam perniagaan mahu pun di mana saja. Sedangkan nikmat Allah itu akan datang sekiranya, kita terus berdoa dan bertawakal kepada-Nya.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, October 24, 2011

Bergembira Di Mutiara Motors Resort...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu, saya berpeluang untuk melaksanakan dan menyertai sebuah program yang cukup santai dan bermotivasi iaitu ‘Program Motivasi Santai Untuk Mahasiswa Kemasukan Terus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah’ yang diadakan di Mutiara Motors Resort Sdn. Bhd.

Program ini telah diterajui oleh saya sendiri dan apa yang boleh saya katakan adalah yang menjadi tulang belakang bagi program ini adalah timbalan saya sendiri iaitu Saudara Farid Zulkipli. TAHNIAH saya ucapkan kepada beliau.

Program ini juga telah mendapat sokongan penuh dari Ketua Jabatan kami dan Mej. Haji Wan Ibrisam Fikry iaitu Penasihat Akademik saya sendiri. Program ini berkonsepkan santai dan bermotivasi yang melibatkan hanya 10 orang mahasiswa saja iaitu 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang 2 hari 1 malam di sana adalah Motivasi bersama Mej. Haji Wan Ibrisam, Ceramah Mengenai Bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Berkayak, Kembara, dan sebagainya lagi.

ALHAMDULILLAH, banyak perkara yang dikongsikan bersama di sana dan kami diberi kekuatan dan semangat yang padu oleh penasihat akademik kami sendiri. Insyaallah, azam yang tekad akan kami buktikan ianya akan menjadi kenyataan. INSYAALLAH….

Saya sendiri pun sebenarnya kurang idea untuk menulis mengenai program ini dan yang paling penting adalah ukhuwah kita semua akan tetap utuh kerana Allah Taala… Insyaallah…





Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, October 22, 2011

JOM Cari Pasangan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Jom Cari Pasangan…’ sekadar tajuk penulisan saya sahaja untuk kali ini dan apa yang ingin saya sampaikan adalah lebih kepada sebuah kisah yang cukup membuatkan diri saya tersentuh dan terpesona.



Sebelum itu saya nak kongsikan sebuah lirik lagu yang ada kena-mengena dengan kisah yang akan saya ceritakan nanti iaitu ‘Cari Pasangan’ yang dipopularkan oleh Kumpulan nasyid tersohor di Malaysia iaitu Rabbani.

CARI PASANGAN

Mari, mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tidak upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa (hai)
Terpesona memandang (hah)
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik

Cari, cari carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda
Insan punya agama akhlaknya mulia
Fahamilah

So, sekarang ini saya akan kongsikan sebuah kisah mengenai Seorang Pemuda yang menikahi Wanita “Buta, Tuli, Bisu dan Lumpuh.”

Seorang lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, “Aku sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap anda menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan ini.” Pengurus kebun itu memberitahukan, “Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam”.
Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, “Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata,” Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”
Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, “Apa syarat itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus mengawini putriku !”

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?”
Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, “Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”

Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya.

Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. “Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian berkata, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta’ala”.

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”.

Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, October 21, 2011

Al-Fatihah Buat Nendaku, Wan Thom...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam (20 Oktober 2011), genaplah 4 tahun pemergiaan Arwah Nenda saya, Wan Thom yang telah pergi meninggalkan kami pada 20 Oktober 2007, sehari selepas Hari Kelahiran saya yang ketika itu masih belajar di Sekolah Menengah Teknik Langkawi.

Ketika itu juga adalah Hari Raya Ketiga Aidilfitri. Arwah yang lebih senang dipanggil “Tok We” itu merupakan satu-satunya Nenda yang sempat saya lihat selepas nenda sebelah Ayah meninggal sebelum saya dilahirkan. Saya juga agak rapat dengan “Tok We” ketika arwah masih hidup.

Al-Fatihah buat Arwah….

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Cucunda

Wednesday, October 19, 2011

Terima Kasih Untuk Semua...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya meneruskan kehidupan saya di Usia yang genap 21 Tahun pada hari ini (19 Oktober). ALHAMDULILLAH… 21 merupakan satu angka yang begitu banyak dan pelbagai impian dan harapan masih dalam pencariannya untuk direalisasikan. Insyaallah.

Banyak asam garam dalam kehidupan ini ketikamana meniti bara sebuah perjalanan kehidupan yang penuh suka dan duka. Setiap titik cabaran itu saya jadikan sebagai kekuatan untuk terus bertahan dengan ujian yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

Pertamanya saya nak ucapkan berbanyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada kedua-dua ibu ayah saya yang banyak memberi peluang dan ruang untuk saya membuat keputusan sendiri dalam memilih kehidupan di masa akan datang, dan AJIM mohon maaf sekiranya di usia genap 21 Tahun ini, masih tidak dapat memenuhi impian abah dan mama…. Insyaallah, ajim akan lakukan yang terbaik selepas ini… ‘TERIMA KASIH’ juga pada semua ahli keluarga saya iaitu Along, Abang Ngah, Ijat dan Waheeda.



Seterusnya saya nak ucapkan berbanyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada seluruh sahabat-sahabat saya, kawan-kawan saya, rakan-rakan saya (Sekolah Rendah Islam Alor Star, Maahad Mahmud Alor Star, Sekolah Menengah Teknik Langkawi, PLKN Beringin Beach Resort, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyyah, Universiti Teknologi Malaysia International Campus KL dan Johor Bahru) di atas sudi meng’wish’ saya. Ada yang menelefon saya, ada yang sms saya dan ada juga yang wish di FB… Thanks again untuk korang semua… SAYANG korang semua…hahaha

Sebelum itu, saya ingin kongsikan beberapa peristiwa suka dan duka pada hari lahir saya ini iaitu 19 Oktober :
• Saya telah di ‘perkena’ oleh sahabat-sahabat saya sempena hari lahir saya ini.
• Program pertama saya sebagai Pengarah Program terpaksa bertukar tarikh.
• DEKAN FGHT sudi memberi sokongan untuk saya mewakili UTM JB bagi Program Delegasi Pemimpin Mahasiswa Ke Indonesia 2011
• Saya telah tersalah hantar mesej dan mesej itu agak memalukan diriku.
• Kemalangan antara motor dengan motor berlaku betul-betul depan mata saya.
• Meredah hujan yang sangat lebat semata-mata untuk menyelesaikan tugasan program.
• Sesi Kuliah Batal.
• Dan beberapa lagi peristiwa lain…

Apa-apa pun, azam saya untuk kali ini adalah mencapai kejayaan di UTM JB pula… Insyaallah, dan yang paling penting berusaha untuk mencari pasangan hidup yang masih kekosongan di hati…hehehe… Jika ada jodoh, tak kemana…hahahaha…

Insyaallah, semoga ukhuwah dan persahabatan serta hubungan yang terjalin antara saya dengan anda semua, akan saya jaga selamanya… Insyaallah… 21 tahun cukup mematangkan saya… hehehe…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
-19 Oktober 1990-

Saturday, October 15, 2011

Kenali Yang Di-Pertuan Agong Pertama Hingga Ketiga Belas...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak pengetahuan am berkenaan dengan Senarai Yang Di-Pertuan Agong di Malaysia… Jom ikuti bersama saya…



Yang Di-Pertuan Agong Pertama



Nama : S.P.B. Almarhum Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
D.M.N., S.M.N.
Negeri : Negeri Sembilan
Tempoh : 31 Ogos 1957 – 1 April 1960

Yang Di-Pertuan Agong Kedua



Nama : S.P.B. Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
D.M.N., D.K. (Brunei)
Negeri : Selangor
Tempoh : 14 April 1960 – 1 September 1960

Yang Di-Pertuan Agong Ketiga



Nama : S.P.B. Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K. (Brunei), D.K. (Selangor), S.P.D.K. (Sabah), D.K. (Kelantan), D.P. (Sarawak), D.K. (Kedah), D.K. (Pahang), D.K. (Johor), D.K. (Negeri Sembilan), D.P.S.S. (Sarawak), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K.M.B. (Brunei)
Negeri : Perlis
Tempoh : 21 September 1960 – 20 September 1965

Yang Di-Pertuan Agong Keempat



Nama : S.P.B. Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.T., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K. (Perak), D.K. (Pahang)
Negeri : Terengganu
Tempoh : 21 September 1965 – 20 September 1970

Yang Di-Pertuan Agong Kelima



Nama : S.P.B. Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S.
Negeri : Kedah
Tempoh : 21 September 1970 – 20 September 1975

Yang Di-Pertuan Agong Keenam



Nama : S.P.B. Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
D.K.M., D.K., D.M.N., S.M.N., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.S.K., D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), D.K. (Kedah), D.K. (Brunei), D.K. (Pahang), D.K. (Perlis), D.P. (Sarawak),
Negeri : Kelantan
Tempoh : 21 September 1975 – 29 Mac 1979

Yang Di-Pertuan Agong Ketujuh



Nama : S.P.B. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah
D.K.P., D.K., D.K.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Johor), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K.M.B., D.K. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), QILADAH BADR AL-Kubra
(Arab Saudi), QILADAH AL-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa(Korea Selatan), HON. D.Litt (Malaya). LLD. HC (Northrop USA)
Negeri : Pahang
Tempoh : 26 April 1979 – 25 April 1984

Yang Di-Pertuan Agong Kelapan



Nama : S.P.B. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
D.K.
Negeri : Johor
Tempoh : 26 April 1984 – 25 April 1989

Yang Di-Pertuan Agong Kesembilan



Nama : S.P.B. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Terangganu), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Pahang), S.S.M., P.M.N., P.S.M., S.P.C.M., S.P.T.S., S.P.M.P., S.I.M.P.
Negeri : Perak
Tempoh : 26 April 1989 – 25 April 1994

Yang Di-Pertuan Agong Kesepuluh



Nama : S.P.B Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak),
Negeri : Negeri Sembilan
Tempoh : 26 April 1994 – 25 April 1999

Yang Di-Pertuan Agong Kesebelas



Nama : S.P.B Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.N. (Melaka), P.J.K., The Most Auspicious Order Of The Rajamitrabhorn (Thailand), Al-Khalifah Medal Decoration (Baharain), Order Of Boyaca Gran Collar (Columbia), Hon. D. Litt (UPM), Hon. Fellowship Royal College Of Surgeons In Ireland, Hon. D. Sociology (Univeristy Thammasat, Thailand)
Negeri : Selangor
Tempoh : 26 April 1999 – 21 November 2001

Yang Di-Pertuan Agong Kedua Belas



Nama : S.P.B. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tunku Syed Putra Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L’Independence (Grand Medal of the Independence) – Cambodia, Grand Croix De L’Order (Royal Sash) – Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy),
Decoration of Omayad – The Finest Decoration (Syria)
Negeri : Perlis
Tempoh : 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006

Yang Di-Pertuan Agong Ketiga Belas



Nama : S.P.B. Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France), The Most Auspicious Order of The Rajamitrabhorn (Thailand), Collar De La Orden Al Merito De Chile (Chile)
Negeri : Terengganu
Tempoh : 13 Disember 2006 – Sekarang

Sumber : Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

P/s : Harap korang semua puas hati !

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, October 10, 2011

Al-Fatihah Untuk Ibu Saudaraku, Almarhumah Rohani Mohammad Kasim...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
(QS. Ali Imran : 185).

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,”
(QS. Luqman : 34).

Terkejut saya apabila membaca di berita harian online pagi tadi selepas pulang dari kuliah mengenai seorang jemaah haji wanita meninggal dunia akibat jatuh dari bangunan di Madinah. Dan lebih mengejutkan saya apabila jemaah haji wanita tersebut adalah ibu saudara saya iaitu Almarhumah Rohani Mohammad Kasim yang lebih dikenali saya sebagai Makcik Ani.



Berita itu disahkan oleh ayah saya tengahari tadi. Cukup tersentap sebenarnya kerana sebelum saya mendaftar masuk di UTM JB ini, Almarhumah dan keluarga datang dari Shah Alam ke Alor Star semata-mata untuk meraikan syawal bersama sanak-saudara di Alor Star.

Almarhumah juga sempat memberikan pelbagai barangan dan makanan yang dibuat sendiri oleh Almarhumah. Itulah yang dinamakan ajal di tangan tuhan. Kita hanya mampu untuk berdoa dan bertawakal saja, dan semuanya telah ditentukan oleh-Nya.

Almarhumah mengerjakan Haji di tanah suci bersama dengan bapa saudara saya iaitu Ayah Sir (Mohd Nasir Abdullah) melalui pakej diuruskan Lembaga Tabung Haji. Dan ini kematian pertama membabitkan jemaah Haji Malaysia pada musim Haji tahun ini.

Saya mendoakan agar Almarhumah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah…

AL-FATIHAH…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Nasi Lemak 2.0 : Kontroversi atau Kebanggaan?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Nasi Lemak 2.0 : Kontroversi atau Kebanggaan?’

‘Nasi Lemak 2.0’ dapat saya katakan sebuah filem yang cukup kontroversi. Bukan disebabkan filemnya atau penceritaannya tetapi ‘pengarahnya’ yang cukup kontroversi. Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee itulah empunya cerita. Ramai yang suka akan filemnya ini dan ramai juga yang mencemuh filemnya.



‘Ehhh, Namewee yang buat filem nie?’
‘Macam mana dia boleh jadi pengarah filem nie?’
‘So, dia dah jadi ARTIS terkenal sekarang…’

Itulah ungkapan-ungkapan yang timbul difikiranku ketikamana terpandang poster filem ini semasa membuat persiapan untuk sambung belajar baru-baru ini. Fullstop. Tak nak komen pasal pengarahnya !

Berkenaan dengan filem ‘Nasi Lemak 2.0’ ini, hanya dapat saya katakan ‘OK’ saja. Walaupun saya belum pernah merasai kenikmatan Nasi Lemak ini, tetapi dengan menonton filem ini, dapat saya katakan Nasi Lemak antara menu masakan dan makanan utama di Malaysia.

Apa yang menariknya dalam filem ini adalah lakonan Adibah Noor yang cukup hebat. Perwatakannya juga menampakkan peningkatan yang amat baik. Penggunaan bahasa dalam filem ini juga lebih menggunakan bahasa Cina sebagai pengantaranya.

Memang hebat sekiranya dengan hanya karya ‘Nasi Lemak 2.0’ ini, empunya filem ini mampu diangkat menjadi IKON sedangkan banyak lagi kelihatan pengarah-pengarah filem yang menghasilkan filem menggunakan tema perpaduan seperti Saudara Mamat Khalid dan Allahyarhamah Yasmin Ahmad tidak diangkat sedemikian rupa.

Saya hanya ingin berikan 1 bintang sahaja terhadap filem ini, walaupun penceritaannya menarik, disebabkan kekecewaan saya terhadap apa yang berlaku sebelum ini cukup membuatkan saya agar mencampakkan 4 bintang lagi bukan untuk filem ini tetapi pada blog saya sendiri.

Saya tak nak ulas panjang mengenai filem ini.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, October 9, 2011

Bayi 23 Hari Diliwat Bapa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terkejut saya apabila membaca satu berita mengenai ‘Bayi 23 Hari Diliwat Bapa’. Kejam dan Zalim tindakan seperti itu apabila dilakukan oleh bapa kandungnya sendiri. Sifat ‘Jahiliah’ itu semakin membahayakan dunia hari ini…

Berikut adalah berita yang sepenuhnya : -

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Sumber : MyMetro Online

P/S : Semakin kurang terkawal apabila hawa nafsu sudah seperti binatang yang tidak kenal erti kemanusiaan. Binatang lebih penyayang apabila mengasihi anaknya sendiri, berbanding manusia seperti di atas. Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Malam Cabaran Minda Kanan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 7 dan 8 Oktober 2011, saya berpeluang untuk menyaksikan pelbagai aktiviti dan persembahan di Malam Cabaran Minda Kanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia di Dewan Sultan Iskandar.

Saya lebih tertarik dengan persembahan yang cukup mantap dan cukup best iaitu Teater ‘Lonjakan Transformasi’ yang dipentaskan oleh mahasiswa/I Universiti Teknologi Malaysia. Persembahan Teater yang dipentaskan itu cukup memukau dan sangat hebat. Dengan eleman muzikal yang diselitkan membuaikan penonton ke satu tahap yang lebih tinggi.

Melihat dari segi lakonan pula, banyak watak yang dilihat cukup ‘menjadi’ seperti Dato’ Onn Jaafar, Fatimah dan sebagainya lagi. TAHNIAH saya ucapkan kepada anda. Dan elemen kawad kaki yang dipersembahkan oleh Palapes UTM dan Suksis juga Berjaya dengan jayanya.

Pada malam kedua pula, malam kebudayaan yang menonjolkan pelbagai jenis persembahan seperti Nyanyian, Koir, Persembahan Kompang, Gamelan, Tarian 1 Malaysia, Tarian Portugis, dan sebagainya lagi juga Berjaya menarik minat penonton untuk menyaksikan persembahan mereka ini.

Malam tersebut juga turut diserikan dengan kehadiran IKON Malam Cabaran Minda Kanan iaitu Saudara Imam Muda Mohd Taufik Mohd Noh yang juga merupakan bekas mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Pada malam tersebut, Saudara Mohd Taufik turut memperdengarkan ‘single’ pertamanya.

Banyak persembahan yang dilakukan pada malam tersebut adalah di kalangan sahabat-sahabat lama dan baru saya di UTM ini, antaranya, Noorhanida (Nyanyian), Afiq n the geng (Kompang), Adibah / Kak Farah (Gamelan), Lukman Khidir (Teater), Syikin Rasol (Tarian) dan sebagainya lagi. TAHNIAH saya ucapkan pada korang semua. =)

Turut beraksi adalah persembahan khas dari mahasiswi UTM IC di bawah bimbingan Puan Raja Aida. Antara persembahan yang dipersembahkan adalah Tarian 1 Malaysia, Tarian Portugis dan Tarian Selamat Datang. TAHNIAH juga pada semua… =)

Apa-apa pun, apa yang dapat saya katakan adalah kesemua persembahan-persembahan yang dipersembahkan amat baik dan hebat. Dan sekiranya semua pihak lebih bergiat aktif, tidak mustahil bakat dan seni budaya dari kalangan Mahasiswa/I UTM akan menjadi lebih baik dari pelakon, penyanyi, pementas teater professional. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

‘Menjana Minda Kreatif dan Inovatif Melalui Kebudayaan’


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berikut adalah perkara-perkara yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi Bajet 2012. Jom ikutinya semua… =)

BAJET 2012

• 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI.
• Daripada jumlah tersebut, 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.
• Di bawah peruntukan mengurus, 52 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 30.5 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan.
• Manakala, 96.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
• Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.5 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.
• Bagi peruntukan pembangunan pula, 29.8 bilion ringgit disediakan bagi sector ekonomi.
• Sejumlah 13.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi sector social, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
• 4.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sector keselamatan.
• 1.4 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.



BAJET 2012 DIRANGKA DAN DIRANCANG BERTEMAKAN “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL : BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” DENGAN MEMBERI PENEKANAN KEPADA LIMA FOKUS UTAMA.

FOKUS PERTAMA : MELIGAT PELABURAN
• Liberalisasi Subsektor Perkhidmatan
• Rolling Plan Kedua
• Pembangunan Wilayah Koridor
• Merancakkan Industri Perbankan, Kewangan dan Pasaran Modal
• Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD)
• Mempergiat Pasaran Modal dan Kewangan Islam
• Penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings
• Amanah Pelaburan Hartanah (REITS)
• Mempergiat Aktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
• Perniagaan Francais Tempatan
• Menggalakkan Sektor Pelancongan
• Kajian Semula Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT)

FOKUS KEDUA : MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
• Gerakan Inovasi Nasional
• Perkhidmatan Reka Bentuk Perindustrian
• Memantapkan Pembangunan Pendidikan
• Pembangunan Modal Insan

FOKUS KETIGA : PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
• Pembangunan Luar Bandar Menyeluruh
• Infrastruktur Asas Luar Bandar
• Perkhidmatan Perbankan Di Luar Bandar
• Memperkukuh Perkhidmatan Bas Di Luar Bandar
• Pembangunan Dan Kebajikan Orang Asli

FOKUS KEEMPAT : MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
• Mentransformasikan Perkhidmatan Awam
• Peluang Melanjutkan Pengajian
• Penambahbaikan Kewangan Sektor Awam
• Bantuan Kepada Bekas Kakitangan Kontrak JASA Dan Kemas
• Menyediakan Suasana Kondusif Anggota Keselamatan

FOKUS KELIMA : MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
• Meningkatkan Pengeluaran Bekalan Makanan Dan Industri Agro
• Subsidi Barangan Asas Dan Bantuan
• Perumahan Rakyat Berkualiti
• Tabung Khas Perumahan Nelayan
• Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan
• Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia
• Memacu Pembangunan Masyarakat Bumiputera
• Meringankan Beban Pemilik Teksi Persendirian
• Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
• Anjung Singgah
• Mengiktiraf Keupayaan Wanita
• Belia Penggerak Masa Hadapan
• Memartabatkan Sukan Negara
• Menghargai Jasa Warga Emas
• Skim Persaraan Swasta
• Meningkatkan Simpanan Persaraan
• Program Khas Kemudahan Awam Desa
• Rancangan Tebatan Banjir
• Meringankan Kos Sara Hidup
• Pendaftaran Awal Ibadah Haji
• Menghargai Penjawat Awam

Sumber : Ucapan Bajet Tahun 2012.

P/s : Untuk maklumat lanjut mengenai Bajet 2012 ini, anda boleh klik di sini.

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com