Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“
Selamatkan Maruah Gadis Islam”
satu kenyataan yang begitu lantang dan perlu difahami oleh setiap kaum lelaki bagi memartabatkan maruh Gadis Islam kerana dalam Islam sendiri, kaum hawa ini diangkat dan mempunyai kedudukannya yang tersendiri.
Firman Allah yang bermaksud :
“
Hai Manusia! Bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya diciptakan isterinya dan dikembangbiakkan dari kedua-duanya lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dan menyebut namanya dan (peliharalah) hubungan (silaturrahim) kaum kerabat. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(
Al-Quran, al-Nisa’, 3 : 1)
Sejak akhir-akhir ini pelbagai isu dan kes yang berlaku melibatkan Gadis Islam terutamanya berhubung gejala Buang Bayi, Seks Bebas, Mengandung, dan sebagainya lagi dipaparkan di media massa dan seterusnya mengundang simpati dan keluhan pelbagai pihak berhubung masalah ini. Tapi tanpa kita semua sedari bahawa kaum lelaki juga merupakan angkara pokok penyumbang besar kepada semua gejala ini.
“Masakan pokok bergoyang kalau tidak ada angin….”Saya di sini bukan ingin menegakkan benang yang basah tetapi memberi gambaran bahawa kaum lelaki juga sepatutnya berperanan besar ke arah menyelamatkan maruah gadis Islam ini. Pelbagai gelagat dan ragam yang diperhatikan di persekitaran saya terutamanya di UTM IC, menampakkan bahawa pelbagai alasan yang boleh diberi untuk membuktikan kebenarannya.Pergaulan bebas di kalangan segelintir mahasiswa dan mahasiswi sendiri di UTM IC menampakkan bahawa tiada jarak pemisah yang boleh menghalang atau menjauhkan untuk terjebak ke perbuatan zina terutamanya pasangan “COUPLE” yang hangat bercinta. Ini merupakan cabaran besar untuk semua pihak perbetulkan keadaan supaya pergaulan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi kembali terkawal.Mahasiswa dan mahasiswa sepatutnya berfikir dan bersama-sama melaungkan ungkapan “Selamatkan Maruah Gadis Islam” ini supaya tiada penyesalan di hari kemudian. Pelbagai langkah telah diambil untuk memberi sedikit pesanan dan nasihat supaya di kalangan mahasiswi sendiri supaya menjaga maruah diri dari memberi sepenuh kesuciannya kepada kaum lelaki.Tetapi sedikit perasan terkilan apabila langkah yang diambil ini tidak mendapat sambutan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi sendiri. Sebagai muslim yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kaum hawa ini, pelbagai teguran dan nasihat diberikan kepada beberapa mahasiswi sendiri tetapi mendapat tentangan dari mereka semula dengan alasan, “Ayah aku pun tak kisah, kenapa kau lak yang nak kisah!!!”
Selain itu, cara berpakaian dan penampilan di kalangan mahasiswi sendiri juga yang mengundang kepada keghairahan kepada kaum lelaki. Contohnya berpakaian ketat, sendat, jarang, yang tidak menutup aurat, dan sebagainya lagi diibaratkan satu perbuatan sengaja yang dilakukan untuk mengundang kepada peningkatan gejala maksiat dan negatif ini. Sepatutnya, di kalangan mahasiswi sendiri memainkan peranan untuk saling berpesan-pesan ke arah menjaga maruah diri tetapi tidak digunapakai sebaiknya.
Saya di sini sekali lagi sebenarnya bukan untuk menegakkan benang yang basah tetapi sebagai rasa tanggungjawab saya untuk mengembalikan semula imej dan menjaga maruah Gadis Islam terutamanya di UTM IC sendiri. Sebelum saya mengundur diri dari penulisan kali ini, saya memohon maaf sekiranya penulisan kali ini agak keterlaluan tetapi saya terpaksa juga untuk menuliskannya supaya semua pembaca faham tanpa sebarang kiasan.
Akhir kata, bersama-samalah kita kembali memuhasabahkan diri dan menghayati nasib-nasib remaja Islam di luar sana yang ditempatkan di tempat pemulihan akhlak, serenti dan sebaginya lagi. Majoritinya adalah di kalangan REMAJA ISLAM. Dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum anda pula mengalami seperti mana yang mereka alami.Sekian, Wallahua’lam…
“SELAMATKAN MARUAH GADIS ISLAM”
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com