Wednesday, June 30, 2010

Rakan Budaya 1Malaysia 1UTM @ Sarawak 2010 (2)

Bismillahirahim….

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


“Mahasiswa Pemangkin Transformasi Masyarakat” merupakan satu ungkapan yang diterapkan kepada semua Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden-presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC dalam pelaksanaan Program Rakan Budaya 1Malaysia 1UTM di Dun Bengoh, Sarawak 2010 (Rakan Budaya-UTM @ Sarawak 2010).

Dengan berkonsepkan “ADIK ANGKAT”, elemen Pendidikan dan Motivasi menjadi agenda utama dalam memastikan objektif dan matlamat program tercapai iaitu memberi sepenuh tumpuan terhadap peningkatan Motivasi Akademik terhadap adik-adik angkat yang terpilih terutamanya melibatkan para pelajar PMR dan SPM.

Setiap Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC telah diberikan 2-5 orang adik angkat sebagai langkah utama untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Proses penyerahan telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Paku, Bau, Sarawak.

Antara pelaksanaan aktiviti pula telah dibahagikan kepada dua aktiviti utama iaitu Khidmat Pendidikan dan Permindahan Teknologi. Khidmat Pendidikan merupakan satu aktiviti untuk meningkatkan tahap pendidikan dan motivasi terhadap para pelajar dan ianya diberi fokus kepada Para Pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM. Manakala Permindahan Teknologi pula merupakan satu proses perkongsian kepakaran mahasiswa iaitu untuk Pembinaan Wakaf dan Pembinaan Simenfero.

Program ini juga telah menambahkan sedikit pengetahuan dan ilmu yang baru terhadap para mahasiswa mengenai budaya pelbagai kaum di Sarawak. Kami sendiri membawa budaya dari Semenanjung Malaysia dengan mempersembahkan Tarian Joget Pahang, Dikir Barat dan Tarian Satu Malaysia. Manakala para pelajar SMK Paku pula telah mempersembahkan Tarian Ngilang Tikai Gawai, Pertunjukan Fesyen dan sebagainya lagi. Majlis Penutupan bagi program ini telah disempurnakan oleh Prof.Dr.Durrishah, Dekan UTM Perdana School. Gimik penutupan yang dilakukan adalah menggunakan elemen sumpit Belon.

Setelah selesai berkampung selama 5 hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Paku, kami telah check-in di Hotel Grand Continental, Kuching Sarawak. Antara tempat yang telah dilawati oleh semua peserta yang terlibat ialah Serikin, Kampung Sogo (Kampung Tradisional Orang Bidayuh), Kampung Budaya, Kilang Kek Lapis Sarawak, Waterfront dan sebagainya lagi.

Pelbagai pengalaman diperolehi semasa berada di Sarawak antaranya dikejar anjing, sesat di Bandar Kuching dan sebagainya lagi. Semoga semua Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC terus menjaga ukhuwah yang telah terjalin ini sehingga berkekalan ke akhirnya. INSYAALLAH.

Sekiranya sepanjang program ini, ada kekasaran, ada kesalahan, ada kelemahan dan sebagainya lagi, Saya menyusun 10 jari untuk memohon maaf kepada anda semua dan INSYAALLAH kita akan terus bekerjasama lagi untuk perlaksanaan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) pula. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas budi baik semua.

Akhir kata, saya merindui selalu adik angkat saya iaitu Liscapella anak da’eng dan Fedelies anak Dominic serta Benny.


“SARAWAK TETAP DI HATIKU…”


Yang Ikhlas,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, June 21, 2010

Rakan Budaya 1Malaysia 1UTM @ Sarawak 2010 (1)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Mahasiswa Pemangkin Transformasi Masyarakat merupakan tema bagi Program Rakan Budaya 1Malaysia 1UTM di Dun Bengoh, Sarawak 2010 (Rakan Budaya @ Sarawak 2010). Program ini melibatkan Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC, Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC dan beberapa lagi Majlis Tertinggi Persatuan.

Program ini merupakan satu program yang lebih ke arah khidmat Pendidikan yang melibatkan pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM serta Permindahan Teknologi iaitu Pembinaan Wakaf dan Simenfero.

Program ini akan berlangsung mulai esok iaitu 22 Jun 2010 sehingga 28 Jun 2010. Keluarga angkat juga akan diberikan berserta penerimaan adik-adik angkat. INSYAALLAH...

Sekarang saya tak nak ulas panjang tapi ingin berkongsi beberapa keping gambar sebagai tatapan semua para sahabat dan pembaca blog. ISNYAALLAH... Selamat semua...





Ikhlas dari saya,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur

Sunday, June 20, 2010

Taubat Maksiat...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Masalah remaja semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, pelbagai langkah dan inisiatif telah diambil oleh pelbagai badan yang terlibat dari rumah sehinggalah ke peringkat Kementeriaan. Tapi masih lagi tetap berlaku. Siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini..??? Ayah..?? Ibu..?? atau Kekawan..??? Yang bersalah adalah diri sendiri yang sebenarnya...

Berbalik kepada penulisan kali ini, saya baru saja mencari sedikit maklumat dengan masalah berkaitan dengan Masalah Sosial di Kalangan Remaja sekarang. Tapi apa yang saya tertarik adalah mengenai BAIT-BAIT LIRIK LAGU TOBAT MAKSIAT oleh WALI BAND...

Diharapkan semua para sahabat dan pembaca blog menghayati bait-bait ayat tersebut...Semoga anda semua dikasihi Allah Taala...INSYAALLAH...


Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat


Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim
Astafighrullahal’adzim
Astafighrullahal’adzim
Astafighrullahal’adzim
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

Selamat Hari Bapa... Untukmu Abahku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...


Setiap hari kita berdoa untuk ayah kita, kita menyayanginya dan kita lakukan apa saja untuk dia. Begitu juga dengan saya dan apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah saya amat BERTERIMA KASIH sesangat kepada seorang insan yang amat saya sanjungi iaitu EN.MOHD YUSOH BIN MAT ALI.

Beliau adalah seorang ayah yang begitu cekal dalam membesarkan aku dan adik-beradikku yang lain sehingga aku berjaya seperti sekarang dan kesemua adik-beradikku. ALHAMDULILLAH dan bersyukur sesangat kepada ALLAH kerana mengurniakan ayahku ini kepada aku. TANPAMU AYAH, Siapalah Daku Sekarang???

Hari ini, saya amat teruja apabila buat pertama kalinya saya mengucapkan ungkapan SELAMAT HARI BAPA dan I LOVE YOU...SO MUCH... secara lebih terbuka supaya orang sekeliling dapat merasai betapa sayangnya saya kepada ayah saya yang TERSAYANG ini...

ABAH...AJIM SAYANG ABAH... dan ajim minta maaf sekiranya ajim banyak melakukan perkara-perkara yang membuatkan abah marah pada ajim...huhuhu.... AJIM SAYANG ABAH... THANKS A LOT TO MY DAD....kerana membesarkan ajim sehingga sekarang...


"SEMOGA ALLAH MERAHMATI SELALU ABAH..."
Ikhlas dari anakmu, ajim.....
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Thursday, June 17, 2010

Perbezaan Yahudi dan Zionis...

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Semalam saya terbaca dalam sebuah buku yang berkaitan dengan Agenda Yahudi Menakluk Dunia. Buku itu dibeli selepas sehari Majlis Pertunangan akak saya. Saya amat tertarik membaca buku tersebut kerana ianya menyingkap Rahsia Di Sebalik Rahsia mengenai Yahudi. Tapi apa yang saya ingin sampaikan ini adalah mengenai Perbezaan Yahudi dan Zionis. Dan ianya amat perlu dikongsi bersama sebagai langkah awal untuk kita berjaga-jaga dengan Agenda Yahudi.




Yahudi adalah bangsa yang berasal daripada susur galur keturunan Nabi Ibrahim dan isterinya, Sarah, anak mereka Nabi Ishak dan cucu mereka Nabi Yakub. Yahudi menganggap mereka adalah manusia terpilih, manakala bangsa lain dianggap sebagai haiwan ternakan dan darah mereka adalah halal bagi orang Yahudi. Agama mereka disebut sebagai Judaism yang dibentuk berasaskan kepada kitab Thalmud yang kononnya adalah kitab Taurat asli yang diturunkan kepada Nabi Musa.

Manakala, Zionis adalah fahaman politik yang berdasarkan kepada kepercayaan 'Manusia Terpilih'. Ia lebih cenderung kepada perjuangan Yahudi bagi menjadi pemerintah dunia dan mewujudkan sebuah kerajaan agung. Berdasarkan matlamat itu mereka mempergunakan sesiapa sahaja dan apa jua sumber yang tersedia bagi mereka.

Fahaman Zionis dikatakan bermula sejak berabad lalu berikutan tiada sebuah negara khusus bagi bangsa Yahudi. Perjuangan mereka mula membuahkan hasil selepas Perang Dunia Pertama apabila Britain menempatkan penduduk buangan berbangsa Yahudi di bumi Palestin melalui perjanjian Balfour. Selepas itu, kejayaan demi kejayaan mereka capai ke arah merealisasikan matlamat mereka. Bermula dengan Perang Dunia Pertama sehingga tercetus beberapa siri peperangan. Antaranya, Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, Perang Arab-Israel, Perang Israel-Syria, Perang Iran-Iraq, Perang Mujahidin dan Perang Teluk. Semuanya didalangi oleh Yahudi melalui boneka mereka iaitu Amerika Syarikat dan Britain.


Diharapkan dengan maklumat di atas, kita sebagai generasi muda perlu sentiasa berhati-hati, dan terus menjaga kesucian Agama dan Negara kita. INSYAALLAH...


"Anti Yahudi dan Zionis"


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Kuala Lumpur,
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, June 13, 2010

Sukma XII, Melaka 2010...

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya mahu berkongsi sedikit maklumat mengenai SUKMA.... Apa itu SUKMA??? Jom ikuti maklumat berikut....


TUJUAN SUKAN MALAYSIA (SUKMA)

Sukan Malaysia atau dengan ringkasnya SUKMA adalah satu acara kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan Majlis-Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.

SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA. Sukan Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur.

OBJEKTIF SUKMA

Temasya Sukan Malaysia adalah merupakan sukan yang berprestij, yang mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara total dalam sukan yang dipertandingkan.

Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan. Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti Jurulatih, Pegawai-Pegawai Teknikal dan Pentadbir-Pentadbir Sukan.

Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah. Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat Antarabangsa di masa hadapan. Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional di kalangan masyarakat Malaysia.




Nie...Logo SUKMA kali nie...


Nie lak..Maskot SUKMA kali nie...



Sebelum itu, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Negeri Melaka kerana menjadi Tuan Rumah bagi tahun ini. Saya sudah seminggu berkampung di Negeri Melaka. Dengan melihat publisiti dan aktiviti yang pelbagai bagi menarik minat pelbagai pihak untuk sertai dan memberi sokongan terhadap Sukan Malaysia (SUKMA) ini... INSYAALLAH...Amatlah TERBAIK.... Syabas kepada pihak yang terlibat....

Oleh itu, untuk SUKMA XII, Melaka 2010... saya menyokong penuh Atlet-atlet Negeri Kelahiran Jelapang Padi, Negeri Kedah Darul Aman... Go..Go...Kedah... Hijau Kuning akan sentiasa di hadapan...hehehe...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Kuala Lumpur

Majlis Pertunangan Akak Aku...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Semalam merupakan satu tarikh yang amat bersejarah terhadap keluarga saya kerana semalam merupakan Majlis Pertunangan akak saya iaitu Wan Yusrina Amalia Bt Mohd Yusoh yang bertempat di rumah saya sendiri...

Dengan hantaran dari pihak kami iaitu sebanyak 27 jenis hantaran, semoga pertunangan ini akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin... INSYAALLAH...

SELAMAT BERTUNANG KEPADA AKAK SAYA YANG TERSAYANG....
WAN YUSRINA AMALIA & YUSMAN...









Ikhlas dari adikmu,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Saturday, June 12, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (8)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
...
Hari ini hanya mahu berkongsi beberapa keping gambar ketika program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia (USR-UTM @ Melaka 2010)...

Selamat melihatnya...heheheh
...
Hari Terakhir di Kampung Bukit Pulau...
Semasa pembinaan Tugu 1 Malaysia...
Semasa latihan Persembahan Boria...

Depan wakaf yang dibina...


Bersama Syazana ketika pembinaan wakaf...

"MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT"


Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
USR-UTM @ Melaka 2010
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Perubahan Paradigma...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sarjana barat sering menyarankan bahawa setiap tindakan dan amalan manusia dipengaruhi oleh minda. Perspektif yang lebih menyeluruh mengesyorkan bahawa hati yang mengawal minda dan minda yang mengawal tindak tanduk manusia. Justeru, untuk merangsang perubahan yang bermakna, hati harus dimurnikan dan minda harus dibugarkan.

Untuk merangsang perubahan paradigma, cuba renung, fahami dan hayati petikan-petikan berikut :
  1. Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya.
  2. Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu yang kurang sempurna. Justeru, kita adalah ciptaan yang sempurna. Malangnya, tindakan dan amalan kita yang sering tidak sempurna.
  3. Semua yang baik datangnya dari Tuhan dan yang buruk adalah kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
  4. Setiap perbuatan yang baik pasti akan membawa kebaikan kepada pembuatnya.
  5. Segala kehebatan dan kecemerlangan telah sedia ada dalam diri kita, sekadar menanti untuk digerak dan diserlahkan.
  6. Setiap orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang yang cemerlang. Kenal pasti sumber-sumber yang ada dalam diri anda dan berusahalah untuk menyerlahkan kehebatan diri anda.
  7. Semua orang dalam dunia ingin berjaya, tetapi hanya sebilangan kecil saja yang mencapai kejayaan. Segelintir yang berjaya ini adalah mereka yang telah dapat mengawal nafsu mereka. Nafsulah yang menyebabkan manusia menjadi lalai, hilang tumpuan dan mudah patah semangat.
  8. Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh dipertingkatkan.
  9. Jika kita terlalu kerap membuat sesuatu dengan cara yang salah, apa yang salah itu dianggap betul dan yang betul pula dianggap salah.
  10. Dalam dunia ini kita cuma boleh mengubah diri kita dan tidak berkemampuan untuk mengubah orang lain. Namun, setiap perubahan yang kita lakukan pasti akan memberi kesan kepada dunia di sekitar kita.

Baiklah....untuk hari ini....saya hanya sebutkan 10 sahaja dahulu...untuk korang semua berfikir dan hayati... manakala 12 lagi saya akan postkan kemudian...hehehe... Oleh itu, nantikan yang seterusnya...

Semua petikan itu diambil dari Buku MAHASISWA ABAD 21...oleh Abdul Razaq Ahmad...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Siswa Berperanan Kurangkan Indeks Jenayah...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

4 hari telah berlalu rakaman TV "Suara Siswa" yang mengupas mengenai "Siswa Berperanan Kurangkan Indeks Jenayah". Antara ahli panelnya ialah Muhammad Zaki Bin Omar (YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM).

Apa pendapat anda mengenai peranan Mahasiswa untuk kurangkan indeks jenayah...??? Adakah ianya benar-benar boleh berlaku..??? Atau ianya sekadar cadangan atau sanjungan yang diberikan kepada mahasiswa..??? Itu semua, Tepuk Dada Tanya Iman Anda.

Apa yang saya ingin beritahu adalah jenayah ini dapat dibahagikan kepada 3 iaitu Jenayah Keras, Jenayah Harta Benda dan Jenayah Kolar Putih. Antara ketiga-tiga jenis jenayah tersebut, yang manakah merupakan yang susah untuk dikesan..??? Jawapannya, Jenayah Kolar Putih. Pertamanya, jenayah ini sering berlaku di kalangan golongan penjawat awam, korporat dan elit. Betul atau tidak, cuba korang perhatikan sendiri..

Alhamdulillah...walaubagaimanapun, indeks jenayah di negara ini menunjukkan penurunan. Oleh itu, negara kita masih di tahap yang aman dan selamat.

Beralih semula kepada peranan mahasiswa, mahasiswa sendiri merupakan penggerak utama negara ini untuk merealisasikan harapan semua untuk mengurangkan indeks jenayah teruatamanya di kalangan mahasiswa itu sendiri.

Saya sendiri selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM serta bersama-sama Barisan MPM yang lain juga memainkan peranan untuk memastikan mahasiswa UTM tidak terlibat dengan mana-mana jenayah yang berlaku. INSYAALLAH...dengan dipenuhi aktiviti sekitar kampus dan luar kampus, ia merupakan salah satu langkah untuk memastikan mahasiswa itu sendiri terikat dengan aktiviti untuk dipenuhi pada masa lapang mereka. INSYAALLAH...

Apa-apa pun, korang boleh lihat beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika sesi rakaman SUARA SISWA baru-baru ini di Angkasapuri...


Antara Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM...

Bersama dengan YDP MPM UTM, Abg Zaki...

Semasa rakaman belum bermula....


Setelah rakaman telah selesai....hehehe


Bersama Abg Amirul dan Hariz Zakwan...


Semoga bertemu lagi...INSYAALLAH...
"Bersama Mengurangkan Indeks Jenayah..."
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Kuala Lumpur

Wednesday, June 9, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (7)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Di sini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika menjayakan aktiviti "JOGING PERDANA bersama KETUA MENTERI MELAKA di Bandar Hilir"... Ianya merupakan antara sub-program yang terdapat dalam Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia (USR-UTM @ Melaka 2010)...












Aktiviti yang berkonsepkan "Mahasiswa Cerdas-Cergas" ini, diharapkan dapat diteruskan lagi dan dapat melibatkan lebih ramai menteri-menteri memberi sokongan dan turun padang bersama para mahasiswa dalam menjayakan aktiviti seperti ini.
..
"MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT"
..
Ikhlas dari,
..
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Kuala Lumpur

Monday, June 7, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (6)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...



Setelah hampir seminggu kita berkampung di Kampung Bukit Pulau, Melaka dalam menjayakan Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia (USR-UTM @ Melaka 2010), banyak pengalaman, kenangan dan pelbagai lagi perkara baru yang saya dan semua peserta lalui sepanjang berada di sana.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, program ini akhirnya berjaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang musibah yang berlaku. ALHAMDULILLAH... Dengan bertemakan "MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT", mahasiswa yang terlibat telah berjaya membuat satu transformasi iaitu dengan terbinanya "TUGU 1 MALAYSIA" yang memberi satu gambaran baru bahawa mahasiswa UTM IC mampu membuat satu pembentukan dan perubahan baru terhadap kampung tersebut sebagai IDENTITI BARU Kampung Bukit Pulau, Melaka.

Selain itu, PEMBINAAN WAKAF juga menunjukkan satu sumbangan besar dari mahasiswa UTM IC dan Pensyarah UTM IC. Wakaf yang berada berdekatan dengan Dataran Serumpun itu juga satu kelainan baru yang dilakukan dalam program ini sebagai langkah usaha menunjukkan kepakaran yang ada pada mahasiswa dalam berdepan dengan masyarakat umumnya.

Program USR-UTM @ Melaka 2010 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mat Sirat Bin Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka dan Majlis Penutupan pula telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Yaakub Bin Md Amin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah "JOGGING PERDANA bersama Ketua Menteri Melaka di Bandar Hilir", "Kembara Desa", "Malam Suai Kenal", "Khidmat Pendidikan SPM", "Lawatan Projek Ekonomi Kampung", "Aktivit Santai Rakyat Melaka", "Pelancaran Air-Show" dan sebagainya lagi.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan sekali lagi ucapan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Mohamad Hazrai (selaku Timbalan Pengarah Program), Nur 'Aqilah (Setiausaha), Azyan Zulkifli (Bendahari), Khairul Shazuan & Nurul Jannah (Unit Protokol), Azrul Hafiz (Unit Khidmat Pendidikan), Anis Idzureen, Mohd Azhar & Naufal Naim (Unit Kebudayaan), Hariz Zakwan, Nur Hidayu & Irfan Shah (Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan USR-UTM @ Melaka 2010 ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini iaitu Kerajaan Negeri Melaka, Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa Jabatan Ketua Menteri Melaka, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pergerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bukit Pulau dan Masyarakat Kampung Setempat. "Terima Kasih...."

Seterusnya, terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang memberi sokongan berterusan, yang mendoakan dan sebagainya lagi. Semoga ALLAH membalas budi anda semua... INSYAALLAH...

Terima kasih juga kepada 4 orang wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM yang sudi turun padang dalam memberi sokongan kepada saya dan "My Team" iaitu Abg Zaki Omar (YDP MPM UTM), Abg Miqdad, Abg Ariff dan Abg Amirul...

Untuk gambar-gambar kenangan semasa menjayakan Program USR-UTM @ Melaka 2010, saya akan pamerkan nanti... Oleh itu, jangan lupa tunggu di blog saya ini. INSYAALLAH... Doakan pula untuk Program Rakan Budaya Universiti Teknologi Malaysia di Sarawak (Rakan Budaya-UTM @ Sarawak '10)... INSYAALLAH...


"MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT"

Ikhlas Dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program,
USR-UTM @ MELAKA 2010

Wednesday, June 2, 2010

Kemudi Kejayaan....

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sepanjang membuat gerak kerja Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka (USR-UTM @ Melaka 2010), saya telah mendapat ilham untuk membuat satu Puisi yang bertajuk KEMUDI KEJAYAAN..

Puisi ini memberikan satu gambaran dan cabaran hebat bagi saya yang pertama kali mengetuai program yang berbentuk Khidmat Masyarakat dan Mahasiswa Prihatin ini. Pengarah Program itu sendiri memberikan satu cabaran yang sangat hebat terhadap diriku ini, dengan menggunakan pengalaman yang ada, saya teruskan juga program ini...ALHAMDULILLAH...

Terimalah dari saya,
KEMUDI KEJAYAAN....

Tersentak ketika diriku di kamar
Mengenang saat getir
Mengemudi bahtera samar
Berteman unggas dan camar


Terumbang-ambing seketika
Saat mencari haluan
Redahi lautan gelora
Gentar bukan halangan
Pasti ada kejayaan


Berani inspirasi diri
Aku terusan mengemudi
Dengan semangat yang tinggi
Kejayaan mesti digenggami
Khilaf bukan dalam diri


Angin terus bertiup dingin
Memaksa arus terus bergelora
Gelora derita ke selatan
Menongkah tetap ke utara
Kerana inilah destinasi pilihan


Harapanku semakin bersinar
Pancaran cahaya terpancar
Kerdipan bintang berkilauan
Mengelilingi bahtera idaman
Menari-nari terus menyanyi
Menghiasi, mewarnai
Lukisan arus kehidupan

Kini ku merasai
Kejayaan semakin menghampiri
Berlengah tidak sesekali
Aku terus kemudi
Matlamat impian harus dilepasi


Kemenangan kini di tangan
Destinasi ini jalan sebenar
Lihatlah bintang
Inilah kemudi kejayaan…




Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
University Social Responsibility (USR-UTM@Melaka 2010)
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

USR-UTM @ Melaka 2010 (5)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pertama sekali, bersyukur sesangat kerana walaupun amat sibuk dengan gerak kerja yang begitu padat hampir setiap hari tertumpu hanya untuk merealisasikan University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010), saya masih boleh menulis lagi di blog ini.

ALHAMDULILLAH... Semua gerak kerja hampir sebulan telah selesai, hanya tinggal beberapa jam saja lagi program yang ditunggu-tunggu ini akan bermula. Dari saya kosong mengenai program berbentuk masyarakat ini sehingga saya boleh berdiri seperti sekarang adalah disebabkan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Para AJK Program dan Para Peserta Program... TERIMA KASIH untuk semua...

Terima kasih juga kepada pihak Universiti kerana memberikan pelbagai barangan tajaan Universiti Teknologi Malaysia sendiri terhadap program USR-UTM @ Melaka 2010 ini. Terima kasih juga kepada Edorey Technologies Sdn Bhd kerana menjadi Rakan ICT bagi USR-UTM @ Melaka 2010.

Sebelum berlangsungnya program ini, diharapkan semua pihak iaitu sahabat-sahabat di Taski ABIM, Sekolah Rendah Islam Alor Star, Maahad Mahmud Alor Star, Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyyah, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dan Skudai serta sebagainya lagi MENDOAKAN agar program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat keberkatan dari ILAHI serta berjalan lancar.
INSYAALLAH....

Semoga dengan berlangsungnya program USR-UTM @ Melaka 2010 yang bermula 2 Jun hingga 7 Jun 2010, ianya menjadi satu bentuk transformasi terhadap khidmat sosial yang pernah dijalankan sebelum ini.


"MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT"


Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010)
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
013-3114305

Tuesday, June 1, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (4)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Kepenatan sudah menjadi satu kebiasaan terhadap para Majlis Tertinggi dan AJK USR-UTM@Melaka 2010. Usaha itu juga menjadi kunci semangat dan kekuatan untuk terus berusaha merealisasikan program yang berbentuk Khidmat Sosial ini.

ALHAMDULILLAH... Semua kursus yang diwujudkan sebagai persediaan sebelum merealisasikan program ini juga telah berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ianya masih mempunyai masalah teknikal. Terima Kasih diucapkan kepada Azrul Hafiz (Khidmat Pendidikan SPM), Sabrina Athirah (Pembinaan Wakaf), Mohd Shahmi (Pembinaan Tugu 1 Malaysia), Azhar dan Anis Idzureen (Persembahan Boria) dan Naufal Naim (Persembahan Dikir Barat). Semoga Yang Maha Esa membalas semua budi dan komitmen korang terhadap persediaan program ini.

SELAMAT BERJAYA juga diucapkan kepada 4 orang peserta USR-UTM@Melaka 2010 iaitu Mohamad Hazrai, Khairell Khazin, Umar Al-Faruq dan Syaheedullah yang bertungkus-lumus membuat persediaan di Kampung Bukit Pulau sehingga Program yang akan bermula nanti. ALHAMDULLILAH... Publisiti awal yang dibuat ini dapat menarik seluruh penduduk Kampung Bukit Pulau untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program ini.

SEHARI LAGI YANG TINGGAL...untuk saya dan seluruh AJK program untuk membuat gerak kerja akhir untuk terus merealisasikan program yang bertemakan "MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT" ini.. INSYAALLAH...

Akhir kata, semoga semuanya berjalan lancar...


Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
USR-UTM @ Melaka 2010
wan_hazem90@yahoo.com