Tuesday, November 22, 2011

Ngeri : Sungguh Mengerikan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kesibukan yang tak menentu ini, tiada alasan untuk aku meneruskan bacaan aku terhadap sebuah novel yang cukup menarik perhatianku iaitu noval ‘NGERI’ karya Saudari Gina Yap Lai Yoong yang diterbitkan oleh Syarikat FIXI.



“Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.

Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh professor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.

Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?”

Itu hanyalah synopsis yang dapat ditunjukkan dari keseluruhan penceritaan novel ini. 4 Kes yang akan membuatkan diri anda sebagai pembaca meremang bulu romanya dan berfikir siapa sebenarnya yang terlibat dengan kes pembunuhan tersebut. 4 Kes tersebut ialah
1. Pembunuh Ais Beku
2. Pencinta Pinocchio
3. Harta Karun Manusia
4. Terperangkap Dalam Rumah

Semuanya melibatkan pembunuhan dan penyeksaan yang cukup kejam ! Sejujurnya novel ini cukup best dan mempunyai keistimewaan tersendiri dengan gaya bahasanya yang bersahaja dan mudah difahami.

Saya cadangkan sekiranya mana-mana produksi filem yang belum membaca novel ini, anda perlulah membacanya dan perlu diangkat ke layar perak sebagai satu fenomena baru yang perlu kita tembusi akan pasaran baru dalam genre yang perlu diperkenalkan di Malaysia ini.

Kepada peminat novel cinta, anda perlu cuba alihkan perhatian korang semua terhadap novel ini sebagai sebuah novel yang perlu korang baca ! Memang akan puas hati !

Jika ditanya mengenai bintang, selayaknya saya memberi 4.5 bintang atas penceritaanya yang cukup membuatkan saya menghabiskan bacaan saya hanya dalam masa sehari. Sekali ada baca di 2-3 bab pertama, semestinya anda akan terus baca dan membacanya hingga ke akhir mukasurat novel ini. Hehehehe….

Apa-apa pun saya akan sentiasa nantikan novel-novel seperti ini selain karya yang cukup diminati saya iaitu karya tulisan Saudara Zaifuzaman Ahmad.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

4 comments:

nasz said...

artis sungguh Junior ku ini :)

Unknown said...

macam menarik je novel ni..

WMHMY said...

Thanks Bro Nasz... =) Artis jugak Senior ku ini... =)

WMHMY said...

Azekzk memang menarik pun... =)