Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“HitamputiH – Catatan dan Pesanan : adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita yang degil dengan tuntutan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu yang baru dan sentiasa berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri.
Ia dirupakan sebagai sebuah wasilah buat zurriyyatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas pemergiannya nanti.
Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat sekelilingnya. Ia juga merupakan batu petanda bagi perjalanan hidupnya setakat ini ; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak na’if (walau sudah berusia hampir 40 tahun).
Pada setiap kejadian, adalah sebuah kelahiran yang baru”
Mesti korang semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin diperkatakan oleh saya. Hitam ? Putih ? Apakah yang ada pada warna-warna tersebut? Baik ? Buruk ? Semuanya diungkapkan dengan kiasan berunsur nasihat yang cukup memikat.
Memang benar ! Semuanya harus difahami supaya kita tidak tergelincir dek nafsu yang semakin menguasai diri kita ini. Ada yang kita sangkakan ianya permata tetapi jadinya adalah sebaliknya. Atas kita untuk tentukan apa yang kita hendak redahi dan lalui. Semua itu merupakan percaturan yang cukup hebat.
Ada yang hanyut ! Ada yang masih bergantung ! Semuanya dek apa yang ingin kita lakukan. Semuanya berpunca dari diri kita sendiri. Setelah membaca satu-persatu mukasurat ‘Hitam Putih : Catatan dan Pesanan’ karya Saudara Taj Addin ini, cukup terasa di hati. Sungguh memilukan. Banyak input-input yang boleh diambil dari apa yang diperkatakan oleh Saudara Taj Addin.
Apa yang paling menarik perhatianku adalah mengenai ‘Wasiyyah Buat Zuriatku’ iaitu pesanan yang cukup bermakna buat anak-anak muda, belia remaja seperti saya. Pesanan ini walaupun dipandang endah tak endah tetapi cukup tersirat akan nasihatnya itu.
Apa-apa pun tak rugi sebenarnya membaca pandangan dan pendapat orang lain dalam mengharungi kehidupan yang penuh berliku ini. Setiap orang merasai kehidupannya masing-masing dengan cara yang berlainan. Ada yang kaya, ada yang miskin dan sebagainya lagi.
Setiap perkongsian itu cukup bermakna untuk individu seperti saya yang sentiasa dahagakan nasihat-nasihat untuk terus hidup dalam dunia yang sementara ini. Nasihat dan teguran itu sebenarnya melambangkan satu kebaikan untuk saya di masa hadapan. Insyaallah…
Tapi saya akan sentiasa berpegang dengan prinsip saya, biarlah saya seringkali didengki oleh manusia-manusia sekeliling yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas kelemahan saya. Tapi saya buktikan yang saya akan mencapai apa yang saya impi. Insyaallah…
‘Malam itu, aku menangis setiap sedu sebaris puisi, setiap titis serangkap penyesalan…’
Sekian, Wallahua’lam… =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Tuesday, November 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment