Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Semalam (23 November 2011), saya ada mengeposkan satu entri bertajuk ‘Hilang Dua Hari, Hilang Dara’, dan hari ini sekali lagi perasaan sedih dan malu muncul kembali tatkala membaca berita yang bertajuk ‘Calon SPM Ditangkap Khalwat’.
Jika sebelum ini pelajar perempuan berumur 15 tahun dirogol dek terpedaya dengan kata-kata manis sang lelaki yang bak dewa kayangan. Kali ini seorang lagi pelajar perempuan yang juga merupakan seorang calon SPM dicekup khalwat dek ingin berehat dengan seorang duda beranak dua. Maklumat lanjut baca berita di bawah.
LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”
Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.
Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.
Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.
Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.
“Para penguat kuasa hanya me¬nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Sekali lagi saya nak ulang dan ingatkan sebagai tanggungjawab social saya terhadap isu-isu yang melibatkan belia remaja yang merupakan segenarasi dengan saya ini. Saya harap sangat, tolonglah berfikir panjang sebelum anda melakukan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam…
Pesanan buat Kaum Hawa :
Percayalah… Sekiranya seseorang lelaki itu benar-benar ingin memperisterikanmu, dia takkan sentuhmu sesuka hati kerana dia tahu bahawa kesucian dirimu itu melambangkan kesetiaan dan kejujuran yang amat diinginkan oleh sang lelaki sepertinya. Percayalah… Cinta dan Kasih –Sayang itu bukannya seperti berpelukan atau menggadaikan maruahmu dan kewanitaanmu, tetapi cinta dan kasih sayang itu akan lahir dengan hati yang berpaksikan Cinta Kepada Allah…
Pesanan buat Kaum Adam :
Percayalah… Sekiranya kamu mempergunakan wanita-wanita diluarsana sesuka hati dan sekadar ingin melempiaskan nafsumu itu, ingatlah ‘ALLAH MAHA ADIL’…perbuatan itu sendiri akan memakan dirimu sendiri… Kamu mesti ingat, kamu ada Ibu, kamu ada Kakak dan kamu ada Adik Perempuan… Jangan selepas mereka-mereka ini menjadi mangsa sepertimana engkau menjadi pemangsa, engkau Baru Menyesal !
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Thursday, November 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
mak ai.. dah spm tu.. ish3..
Post a Comment