Wednesday, November 2, 2011

Jadilah Profesional Wahai Segelintir Kepimpinan Mahasiswa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Sejak kebelakangan ini, pemerhatian yang dibuat oleh saya menunjukkan segelintir kelompok mahasiswa yang terlibat dengan kelab atau persatuan mahasiswa seakan tidak tahu akan tugas mereka dan tidak mengenali erti perkataan ‘Bekerja Secara Profesional’.

Apa yang menariknya, jauh berbeza situasi ini jika hendak dibandingkan ketikamana saya memegang jawatan, Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam, Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM bagi sesi 2009/2010. Apa yang dapat saya katakan adalah apa yang berlaku di depan mata saya ini seakan bekerja secara ‘Tidak Profesional’.

Memegang sesuatu tugas adalah bukan atas paksaan tetapi menjadi kerelaan diri untuk terus berkhidmat kepada mahasiswa. Kalau anda tidak ‘Sukarela’, Sila lepaskan jawatan Anda ! Saya diperingkat mahasiswa biasa, tidak mempunyai sebarang masalah jika anda berbuat sedemikian ! Itu adalah hak dan keputusan kamu !

Sepanjang saya memegang MPM dahulu, saya tidak pernah mempertikaikan sedikit pun terhadap setiap apa yang dilaporkan, diadukan dan dikritikan oleh mahasiswa sekeliling kerana itulah gunanya saya yang berkhidmat untuk mahasiswa dan apabila saya melihat situasi sekarang pasti yang akan berlaku, si pengadu, pelapor, pengkritik akan dipertikaian semula oleh mereka-mereka yang mempunyai jawatan di universiti mahupun kolej atas aduan yang dilaporkan.

Jika memandang dari sudut positifnya, dapat dikatakan bahawa situasi ini akan menyeimbangkan komunikasi antara pihak mahasiswa biasa dengan mereka yang berjawatan dan seterusnya melahirkan ikatan yang akan bertambah erat antara pemimpin mahasiswa dengan mahasiswa biasa.

Dari sudut negatifnya, dapat saya katakan bahawa situasi ini akan menyebabkan mahasiswa biasa akan menyampah dengan alasan yang sentiasa ‘LAPOK’ diberikan dan ini akan mengundangkan ketidakkebersanan untuk menyatukan seluruh mahasiswa di sesebuah institusi pengajian tinggi.

Saya beranggapan bahawa segelintir kepimpinan seperti ini perlu diberi pendedahan yang seterusnya iaitu ‘Bagaimana hendak berhadapan dengan klien’ agar situasi ini dapat dibendung sebelum bertambahnya perasaan menyampah mahasiswa biasa ini terhadap kepimpinan tersebut.

‘Be Professional…’

Jika anda sudah bersetuju untuk menjawat jawatan tersebut, jalankan tugas anda dengan sebaik mungkin agar anda sendiri dapat memuhasabahkan diri. Tak guna memegang jawatan jika sentiasa menyalahkan semula kepada si pengadu atau si pelapor semata-mata untuk mempertahankan diri anda.

Penulisan kali ini saya tidak mahu tujukan kepada sesiapa pun tetapi ‘Siapa Yang Makan Cili Dia Akan Terasa Pedasnya’ ! Dan saya harap teguran ini adalah sekadar untuk saya memperbaiki secara tidak langsung kepada segelintir kepimpinan mahasiswa. Apa yang saya cakap ini bukannya hanya sekadar TIN KOSONG tetapi berdasarkan pengalaman saya dalam portfolio yang saya pegang sebelum ini terutamanya berkenaan dengan PENGADUAN AWAM.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com