Saturday, October 29, 2011

PIALA MALAYSIA : Penyu atau Rusa?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Penyu atau Rusa? Itulah dua simbolik bagi dua buah negeri yang akan bersaing untuk merebut gelaran Juara Piala Malaysia Ke-85 bagi Bola Sepak Malaysia. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam tepat jam 8.45 malam ini.




Sebelum itu saya ingin kongsikan pandangan dari Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi musim depan, yang juga bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan mengenai kedua-dua pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu.

Negeri Sembilan

Penjaga Gol
Kelebihan utama Negeri Sembilan adalah apabila benteng terakhir mereka dikawal penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias yang cukup konsisten sepanjang kempen saingan Piala Malaysia ini. Namun, penyudah jentera serangan Peteh Ganu Peteh pasti pulang hampa jika prestasi anak muda ini berada pada tahap baik malam ini.

Pertahanan
Jentera pertahanan paling ampuh dan berdisiplin kerana dibarisi bekas pemain kebangsaan berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, dan Aidil Zafuan Abdul Razak serta dibantu Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Irwan Fadli Idrus. Empat benteng ini akan menjadi dua halangan terakhir skuad lawan dari Pantai Timur untuk ditembusi.

Tengah
Kapten, Shukor Adan memainkan peranan penting dalam mengerakkan jentera bahagian dibantu pemain berpengalaman seperti Idris Karim, kepantasan bahagian sayap kiri, S Kunanlan dan sayap kanan, Shahurain Abu Samah pastinya akan mengucar-kacirkan barisan lawan.

Serangan
Hairuddin Omar pastinya akan dikawal ketat malam ini perlu bijak membuka lebih ruang kepada bahagian tengah untuk merobek gawang Sang Penyu. Zakuan Adha Abdul Razak masih belum mempamerkan prestasi terbaik setelah baru pulih dari kecederaan, namun pasti tetap menyengat.

Terengganu

Penjaga Gol
Kecemerlangan Sharbinee Allawee Ramli di benteng akhir sememangnya melayakkannya menyarung jersi kebangsaan namun, jika prestasinya malam ini pada tahap kurang terbaik jentera serangan Hoben Jang Hoben pasti berpesta.

Pertahanan
Jentera pertahanan dikemudi Marzuki Yusof pastinya tidak akan dapat bergerak bebas seperti mana ketika membantu jentera penyudah menewaskan Kelantan dan Selangor sebelum ini.

Tengah
Seperti Negeri Sembilan, bahagian penting menentukan prestasi juara Piala FA 2011 berkesan atau sebaliknya dengan kombinasi Ismail Faruqi Ashairi dibantu kepantasan Joseph Kalang Tee dan Reeshafiq Alwi membuat hantaran tepat pasti akan memudahkan bahagian penyerang membolos gawang lawan.

Serangan
Gandingan trio paling berbisa kelompok 16 pasukan sepanjang kempen Piala Malaysia, ABdul Hadi Manaf mamat, Abdul Hadi Yahya dan Ashari Shamsuddin akan menjadi duri dalam daging kepada pertahanan juara 2009 berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Apa pulak pendapat anda semua? Pasukan manakah yang anda rasa dapat menjulang Piala Malaysia pada malam ini? Penyu atau Rusa? Jika saya, saya akan menyokong sepenuhnya terhadap penyu… Hehehe…


Peteh Ganu Peteh…hahahaha =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

Unknown said...

terengganu ada peluang nak menang