Sunday, October 9, 2011

Malam Cabaran Minda Kanan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 7 dan 8 Oktober 2011, saya berpeluang untuk menyaksikan pelbagai aktiviti dan persembahan di Malam Cabaran Minda Kanan yang telah dianjurkan oleh Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum Universiti Teknologi Malaysia di Dewan Sultan Iskandar.

Saya lebih tertarik dengan persembahan yang cukup mantap dan cukup best iaitu Teater ‘Lonjakan Transformasi’ yang dipentaskan oleh mahasiswa/I Universiti Teknologi Malaysia. Persembahan Teater yang dipentaskan itu cukup memukau dan sangat hebat. Dengan eleman muzikal yang diselitkan membuaikan penonton ke satu tahap yang lebih tinggi.

Melihat dari segi lakonan pula, banyak watak yang dilihat cukup ‘menjadi’ seperti Dato’ Onn Jaafar, Fatimah dan sebagainya lagi. TAHNIAH saya ucapkan kepada anda. Dan elemen kawad kaki yang dipersembahkan oleh Palapes UTM dan Suksis juga Berjaya dengan jayanya.

Pada malam kedua pula, malam kebudayaan yang menonjolkan pelbagai jenis persembahan seperti Nyanyian, Koir, Persembahan Kompang, Gamelan, Tarian 1 Malaysia, Tarian Portugis, dan sebagainya lagi juga Berjaya menarik minat penonton untuk menyaksikan persembahan mereka ini.

Malam tersebut juga turut diserikan dengan kehadiran IKON Malam Cabaran Minda Kanan iaitu Saudara Imam Muda Mohd Taufik Mohd Noh yang juga merupakan bekas mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia. Pada malam tersebut, Saudara Mohd Taufik turut memperdengarkan ‘single’ pertamanya.

Banyak persembahan yang dilakukan pada malam tersebut adalah di kalangan sahabat-sahabat lama dan baru saya di UTM ini, antaranya, Noorhanida (Nyanyian), Afiq n the geng (Kompang), Adibah / Kak Farah (Gamelan), Lukman Khidir (Teater), Syikin Rasol (Tarian) dan sebagainya lagi. TAHNIAH saya ucapkan pada korang semua. =)

Turut beraksi adalah persembahan khas dari mahasiswi UTM IC di bawah bimbingan Puan Raja Aida. Antara persembahan yang dipersembahkan adalah Tarian 1 Malaysia, Tarian Portugis dan Tarian Selamat Datang. TAHNIAH juga pada semua… =)

Apa-apa pun, apa yang dapat saya katakan adalah kesemua persembahan-persembahan yang dipersembahkan amat baik dan hebat. Dan sekiranya semua pihak lebih bergiat aktif, tidak mustahil bakat dan seni budaya dari kalangan Mahasiswa/I UTM akan menjadi lebih baik dari pelakon, penyanyi, pementas teater professional. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

‘Menjana Minda Kreatif dan Inovatif Melalui Kebudayaan’


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

Blue Salvia said...

merasa sangt rugi sebab x berpeluang menonton.... kn bgus klau dorang rkam...

abc123 said...

waaaaaaahhh terharunya sayaaaa :'D terima kasih :D
-fatimah-

WMHMY said...

TQ, Fatimah coz sudi lawat blog saya.... =)