Sunday, February 16, 2020

Perempuan Tanah Jahanam : Sumpahan Jahanam Sang Pendosa...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Korang pernah dengar Joko Anwar? Joko Anwar merupakan salah seorang Pengarah Hebat dari Indonesia yang terus-terusan menyumbang karya ke Layar Perak bagi memeriahkan industri filem Indonesia termasuklah di Malaysia sendiri.

Filem-filemnya sentiasa menjadi bualan kepada Pencinta Filem Malaysia, seperti Janji Joni, Gundala dan sebagainya lagi. Aku antara salah seorang peminat filem-filem Joko Anwar.

PEREMPUAN TANAH JAHANAM : Sumpahan Jahanam Sang Pendosa...

Perempuan Tanah Jahanam adalah antara filem yang paling aku nantikan hasil karya Joko Anwar dan apabila aku dapat tahu yang filem 'masuk' ke Malaysia, aku menjadi begitu teruja terutamanya apabila kenalan-kenalan aku di Indonesia memuji filem ini.

Aku bersama Joko Anwar :) 

Pertama kali aku mendengar mengenai filem ini adalah melalui ZHAFVLOG dan Rekomen Filem ketikamana mereka membuat liputan penuh mengenai filem ini di Malam Gala Tayangannya di Indonesia.

Apabila aku terbaca sinopsis filem ini, hatiku memuncak dan teruja kerana ada perkara tertarik untuk aku terokai dan gambaran bahawa filem ini menarik adalah menjadi kenyataan.

Ternyata, filem ini sangat-sangat AWESOME! dan sangat-sangat PUAS HATI! Tiga kali aku menjengah ke Pawagam untuk menyaksikan filem ini. Kerana 3 kali untuk menonton filem yang sama di Pawagam adalah sangat-sangat menampakkan yang aku menyokong dan peminat kepada filem ini.

Lakonan Tara Basro sebagai Maya memperlihatkan satu lakonan yang begitu meyakinkan dan menjiwai wataknya sepenuh hati. Watak dan perwatakannya di dalam filem ini menjadi kekuatan utama untuk filem ini terus bergerak dari satu babak ke babak yang lain.

Aku bersama Ario Bayu, salah seorang watak penting yang menghidupkan perjalanan cerita Perempuan Tanah Jahanam! 

Konsep 'gore' atau 'disturbing' yang dipertunjukkan di dalam filem ini menjadi kekuatan Utama dalam memperkemaskan perjalanan pengkisahan Maya yang kembali ke Desa Harjosari. Dari babak ke satu babak tanpa 'jumpscare' yang keterlaluan, filem ini terus nampak kemas dengan suasana serta emosi yang dipertunjukkan oleh para pelakon.

Pembunuhan secara kejam Dini (kawan Maya) dan pembunuhan bayi yang baru dilahirkan, filem ini terus menyokong konsep disturbing itu tetapi aku sedikit kecewa kerana aku merasakan banyak babak-babak di potong yang mungkin terlalu 'kejam' atau sebagainya.

Apa-apa pun, aku berpuas hati dengan filem ini Perempuan Tanah Jahanam dan aku bagi 9/10 bintang untuk filem ini. Yeahhh :)

Thanks a lot to ZHAFVLOG dan Rekomen Filem sebab sudi memilih saya untuk ke Tayangan Premiere filem Perempuan Tanah Jahanam ini di Kuala Lumpur. Yeahhh :) 

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY 
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur 
16/02/2020

Monday, February 10, 2020

Parasite : Filem Asia Pertama Ungguli 92nd Academy Awards!

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Sebelum aku mula entry kali ini, seeloknya kita sama-sama sedekahkan 'Al-Fatihah' buat saudara kita, Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang telah pergi meninggalkan kita selamanya.

Sama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Arwah antara figura yang sentiasa menghiburkan dan menggembirakan Rakyat Malaysia dengan Lawak jenakanya yang bersahaja. Kehilangan arwah merupakan Kehilangan terbesar dalam industri hiburan tanah air.

PARASITE : Filem Asia Pertama Ungguli 92nd Academy Awards!

Berbalik kepada entry terbaru untuk blog aku kali ini iaitu mengenai filem dari South Korea iaitu PARASITE! Best ke tak filem nie? Korang dah pernah baca ulasan atau review ramai dari influencers Malaysia yang bercakap mengenai filem ini.

Pagi tadi telah berlangsung sebuah acara yang cukup berprestij dan acara yang sangat besar dalam Industri Perfileman Hollywood iatu 92nd Academy Awards atau OSCARS 2020 yang mengangkat dan mengiktiraf karya-karya terbaik ke suatu kelas yang tersendiri. Untuk pengetahuan semua, semua pencalonan diadili oleh lebih 100 juri bagi memilih pemenang terbaik bagi setiap kategori yang ada.




PARASITE telah mengungguli 4 kategori Utama bagi OSCARS 2020 kali ini iaitu Best Picture, Best Director, Best International Feature Film dan Best Original Screenplay. Keempat-empat kategori Utama ini sentiasa menjadi idaman bagi setiap pengkarya filem.






PARASITE merupakan Filem Asia Pertama yang memecahkan dominasi filem non-hollywood dalam menjuarai beberapa kategori Utama dalam OSCARS 2020. Dan PARASITE menjadi bualan Utama ketikamana diumumkan mendominasi beberapa kategori bagi OSCARS 2020 kali ini dan semestinya menepati ramalan ramai pihak termasuklah orang-orang dalam industri filem tanah air.

Korang pernah menonton PARASITE?

PARASITE arahan Bong Joon Ho ini menggariskan banyak perkara Utama yang disampaikan secara sinis dan jenaka spontan dalam pertembungan 2 kelompok manusia berbeza taraf hidup iaitu antara Sang Kaya dengan Sang Miskin.




Pelbagai ragam dan aksi spontan para pelakonnya dalam menghidupkan suasana menjadi sangat realistik yang dikaitkan secara tidak langsung sehinggalah kemuncaknya babak kematian / pembunuhan yang dipertontonkan bagaimana beberapa watak penting cuba untuk membunuh sesama sendiri bagi melindungi penipuan yang telah dilakukan.

Dari babak ke babak yang seterusnya, PARASITE ditonjolkan bagaimana kebijaksanaan sang miskin dalam mengambil dan menggunakan kesempatan yang ada dalam membawa masuk kesemua ahli keluarganya ke Banglo Mewah dengan 'motif' bekerja.

Kelicikan yang dilakukan oleh beberapa watak penting dari kalangan sang miskin ini, menggambarkan secara jelas dan terse diri bagaimana kelompok ini menggunakan ruang dan peluang yang ada disebabkan kebodohan sang kaya ini.

PARASITE juga sedikit sebanyak menggambarkan gambaran sebenar perbezaan ketara dalam taraf hidup sebenar yang berlaku di negara maju seperti South Korea. Peranan bagi setiap watak yang wujud dalam membawa peranan watak masing-masing cukup menguatkan lagi Jalan cerita filem ini dan mampu meninggalkan kesan kepada para penonton.

Pelbagai rasa timbul sepanjang aku menonton PARASITE ini. Ada rasa sakit hati, geram, sedih, ketawa dan macam-macam lagi. Kebijaksanaan Pengarah dalam mengolah Jalan cerita PARASITE ini menampakkan PARASITE sebagai sebuah filem yang simple tetapi penuh dengan kritikan sinis, pengajaran dan sebagainya lagi.

Kemenangan PARASITE dalam mengungguli 4 kategori Utama di OSCARS 2020 sememangnya tidak perlu disangkal atau dipersoal kerana PARASITE memang benar-benar layak untuk memenangi Keempat-empat anugerah di OSCARS 2020. Aku sendiri menyokong penuh keputusan juri dan TAHNIAH buat seluruh team produksi bagi filem PARASITE ini.

Bagi anda yang masih belum menonton filem ini, bolehlah menonton PARASITE di Pawagam terpilih sempena OSCARS 2020 dan anda juga boleh menonton di TVN Movies Channel 435 bagi Tayangan premiere filem ini pada 15 Februari 2020. Semestinya suatu kerugian kalau anda terlepas untuk menonton filem ini.

Sekian, Wallahua'lam...

Photos credit to TGV Cinemas FB. 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
10 Februari 2020

Monday, January 27, 2020

A Moment Of Happiness : Kelakar Giler...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

"Gong Xi Fa Cai / Selamat Tahun Baru Cina" buat semua kawan-kawan, rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog saya yang berbangsa Cina. Semoga semuanya terus bergembira bersama keluarga tercinta.

Entry kali ini aku nak kongsikan dan beri sedikit review mengenai sebuah filem Tempatan iaitu 'A Moment Of Happiness'. Pada 20 Januari 2020 yang lalu, aku berpeluang ke Premiere Screening filem tersebut yang bertempat di MBO Starling Mall dan aku berkesempatan dan berpeluang untuk bertemu dengan para pelakonnya.

A MOMENT OF HAPPINESS : Sebuah Filem Yang Begitu Kelakar

Ini bukan kali pertama aku menonton filem Mandarin Tempatan di Pawagam dan aku sedikit teruja sebenarnya untuk menonton filem ini setelah melihat trailernya di YouTube dan yang paling penting kehadiran Happy Polla pasti menggamitkan lagi kelucuan dalam filem ini.

Filem arahan Tai Min Hwee ini mengangkat genre Komedi dengan menampilkan gabungan pelakon antara Malaysia dan Thailand iaitu Min Chen Lin, Tul Pakorn, Chan Fong, Danny One, Happy Polla dan lain-lain lagi.

Filem ini memperlihatkan suasana Komedi yang dibuat spontan dan mampu membuatkan semua penonton ketawa terbahak-bahak dengan bermacam-macam scene yang buatkan aku sendiri tertunggu-tunggu untuk babak-babak yang seterusnya.

Apa yang unik, filem ini memperlihatkan satu sudut yang berbeza dan perlu Kita ketahui dimana kebanyakan mereka-mereka yang bergaya ala-ala supermodel tidaklah kehidupan mereka ini seindah digambarkan di media sosial tetapi sekadar meraih 'like' dan mendapatkan followers sahaja.

Bagi aku, ianya satu isu yang sangat-sangat perlu dirungkaikan terutamanya apabila mereka ini sanggup menyewa Banglo semata-mata untuk tunjukkan kekayaan dan kemewahan sedangkan kehidupan sebenar mereka tidaklah sebegitu. Ianya satu sinis yang cukup kuat dan mampu meninggalkan kesan kepada para penonton.

Kehadiran Happy Polla dalam pertengahan cerita pula sentiasa memberikan impak yang besar untuk satu Panggung ketawa terbahak-bahak. Banyak babak yang melibatkannya mampu membuatkan para penonton mengingatinya. Syabas Happy Polla!

Secara keseluruhan, filem ini mampu diberikan 7/10 bintang! Filem ini sangat sesuai untuk Kita menghilangkan stress dan bergembira kerana Jalan ceritanya yang mudah difahami dan tidak membuatkan penonton berfikir memberikan kelebihan untuk penonton terus bergerak ketawa sehingga ke babak yang terakhir.

Semasa sesi bersama para pelakonnya, aku berkobar-kobar untuk berjumpa dan bergambar bersama Happy Polla tetapi terlalu cepat dia menghilangkan diri. Aku hanya sempat bertemu dengan Min Chen dan Tul Pakorn (pelakon Thailand) sahaja. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan.

Aku bersama Tul Pakorn (Thailand)... 

Aku bersama Min Chen Lin... 

Para pelakon berkongsi cerita... 

Berlatarkan Film Standee... ~

Koleksi Ang Pau kenang-kenangan... ~

Ang Pau yang diberikan kepada semua tetamu... ~


Jangan lupa tonton filem ini yang akan menjengah di Pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Januari 2020. Yeahhh :)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
27 Januari 2020


Sunday, January 5, 2020

THE GRUDGE : Sumpahan JUON Merebak Ke Europe...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Dah baca entry aku sebelum nie berkaitan dengan pengalaman aku meng'explore' Train To Busan Horror House di Genting Highland? Kali ni, aku nak teruskan bercakap mengenai filem The Grudge yang turut mengangkat tema Seram. 

THE GRUDGE : Sumpahan JUON Merebak Ke Europe! 


Tadi aku berkesempatan menonton filem The Grudge di TGV AU2 Keramat bersama-sama dengan seorang sahabat aku. Sepatutnya aku tengok pagi di Quill City Mall tapi aku tak terjaga awal dan terlepas tayangannya, dan aku kembali membeli tiket baru untuk malam pula di AU2.

Aku bersama Nicolas Pesce dan Lin Shaye... :) 

Poster yang di sign oleh Nicolas Pesce dan Lin Shaye... 

Pertama kali aku menonton trailer filem ini ketikamana aku dapat emel dari SONY PICTURES SDN BHD yang menghantar jemputan untuk aku ke 'Autograph Session with International Actress, Lin Shaye and The Grudge Director, Nicolas Pesce' di KLCC bersempena Comic Fiesta 2019. Thanks a lot to Sony Pictures!

Sekali lalu tikamana menonton trailernya, aku terus tertarik dan mula merasai debaran dan keseraman dengan beberapa babak yang membuatkan aku tak senang duduk. Seperti biasa, babak melibatkan Lin Shaye terus menjadi antara babak yang akan menarik untuk Kita menonton filem ini di Pawagam.

Filem ini diadaptasi dari filem asalnya, JUON tetapi mengubah penceritaannya yang lebih segar dan mengikut acuan penceritaan di negara Barat.

Filem ini berlatarkan beberapa tahun yang berbeza dan semestinya Sumpahan 'JUON' ini bermula dari Tokyo dan menjadi igauan buat beberapa watak penting yang menjadi penguat dan penyambung kepada 'kemasan' jalan ceritanya.

Subjek Utama dalam filem ini adalah rumah berhantu. Kenapa rumah? Untuk tidak memberi spoiler kepada korang, aku tak akan bercakap secara detil jalan ceritanya dan sangkut-paut yang ada.







Beberapa babak berjaya membuatkan aku cemas dan terperanjat dengan sound yang begitu 'kena' dengan setiap babak tersebut dan sesekali membuatkan Hall menjadi sangat senyap kerana sama-sama menghayati dari babak ke satu babak yang lain.

Ada jugak beberapa babak yang mampu membuatkan kita rasa agak loya dan jijik terutamanya apabila babak si Lin Shaye ini memotong Jarinya ketika memasak di dapur dan babak mayat-mayat yang terbiar.

Ada jugak babak-babak yang membuatkan Kita turut merasa cemas terutamanya apabila melibatkan situasi yang berada di rumah berhantu tersebut. Hahaha... ~

OK, Jom aku kongsikan sinopsis filem nie,

"Filem ini mengisahkan seorang detektif muda yang merupakan seorang Ibu tinggal kepada seorang budak lelaki yang perlu menyelamatkan diri dan anak lelakinya dari sumpahan sebuah rumah di kejiranannya. Rumah itu dipenuhi dengan roh jahat yang mana sesiapa yang masuk akan mati dalam keadaan tragis dan menyeramkan." 

Secara keseluruhan, aku berpuas hati menonton filem ini dan semestinya mampu memberikan kejutan bagi setiap babak yang ada. Aku bagi 7/10 bintang untuk filem The Grudge ini. Dan korang boleh tengok filem ini di Pawagam bermula 2 Januari 2020.

Thanks for the merchandise... :) 

Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com 
Kuala Lumpur 
05.01.2020



Train To Busan Horror House : Pengalaman Yang Menyeramkan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Alhamdulillah, akhirnya kita telah memasuki Tahun 2020 iaitu tahun yang diberikan 1001 impian terutamanya apabila Tahun 2020 diangkat sebagai Tahun yang akan memberikan kita sebuah wawasan Negara Maju di era Milenia.

Ok, berbalik kepada fokus untuk kongsikan mengenai salah satu tarikan terbaru yang dibuka di Genting Highland iaitu Train To Busan Horror House yang sempat aku dengan sahabat baik aku, Adam untuk sama-sama meng'explore'nya pada hari terakhir dibuka horror house tersebut iaitu pada 1 Januari 2020. 



TRAIN TO BUSAN HORROR HOUSE

Korang pernah terfikir dan pernah tahu tak mengenai kewujudan sebuah rumah hantu yang berkonsepkan Train To Busan yang diadaptasikan 100% dari Movie Train To Busan yang pernah menjadi fenomena di Malaysia dan salah satu filem Korea yang mendapat kutipan tertinggi di South Korea.

Aku secara kebetulan dipilih oleh Air Asia sebagai salah seorang yang diberikan percuma dua tiket (RM150) untuk merasai ketakutan dan pengalaman yang menyeramkan di Train To Busan Horror House. Thanks a lot ya Air Asia!

Train To Busan Horror House ini merupakan satu tarikan terbaru di Genting Highland yang terletak bersebelahan Skytropolis dan The Void tetapi ianya hanya dibuka bermula 31.10.2019 sehingga 01.01.2020. Dan aku antara yang berpeluang untuk merasai pengalaman yang menyeramkan di sana.



Train To Busan Horror House ini dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Survivor Camp VR Games, Lost In Dajeon Horror House 1 dan Train Crash Escape Horror House 2.

SURVIVOR CAMP VR GAMES

Bagi Survivor Camp VR Games, aku diberikan semua peralatan dan permainan ini berdurasi lebih kurang 5 minit.

Anda akan mengalami kelainan dimana anda berhadapan dengan zombie-zombie yang datang di tempat anda dan anda haruslah mempertahankan diri dengan melawan zombie-zombie tersebut menggunakan senapang, pistol, bom dan pelbagai lagi.

Setiap zombie yang mati anda akan diberikan markah. Tapi aku tak pasti markah tersebut untuk apa sebenarnya... Haha... Ini pengalaman kali kedua aku main VR Games selepas Alien Movie VR Games (hadiah dari produksi Filem)..hehe :)

LOST IN DAJEON HORROR HOUSE 1 

Lost In Dajeon Horror House 1 ini memberikan satu pengalaman menarik kepada aku dimana sepanjang laluan yang berkonsepkan kawasan yang ditinggalkan dan zombie-zombie berkeliaran di kawasan tersebut.

Aku teringat satu perkara di sini dimana aku dapat rasakan sepertimana berada di sebuah pasaraya yang dipenuhi dengan zombie. Aku terpaksa berjalan dan melalui beberapa part seperti berada di mart, toilet, laluan berkaca dan sebagainya lagi.

Situasi berada di sini agak cemas sebenarnya apabila sering kali berlaku sergahan mengejut dari zombie-zombie yang bersembunyi di sebalik prob-prob ala pasaraya terbiar.

TRAIN CRASH ESCAPE HORROR HOUSE 2

Part yang paling menarik sebenarnya adalah apabila mengexplore Train Crash Escape Horror House 2 dimana ianya lebih kepada konsep 'interaktif teater'

Dan yang paling best adalah ada satu polis yang agak cemas mintak aku tahan pintu train sebab zombie-zombie ni nak masuk dalam train. Then aku tak dapat nak tahan pintu tue, aku terus lari ke hadapan...haha So? Zombie-zombie nie pun dapat masuk train... Haha

Dalam Train Crash Escape Horror House 2 ni jugak, aku terpaksa melalui sebuah restaurant yang memperlihatkan zombie sedang memakan seorang mangsa dengan sangat rakus.








Apa-apa pun, aku sangat-sangat berpuas hati dan sekurang-kurangnya dapat memasuki Train To Busan Horror House pada hari terakhir ianya dibuka. Secara keseluruhan, aku bagi 8/10 bintang untuk horror house ni dan memang puas hati.

Sekian, terima kasih. 

Ikhlas dari,
WMHMY 
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur 
05.01.2020

Saturday, December 21, 2019

Gundala : Superhero Ciptaan Indonesia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Berjumpa lagi kita kali ini dan aku akan tetap berbicara mengenai filem kerana aku sentiasa mengikuti perkembangan filem-filem terbaru yang masuk di Pawagam Malaysia.

Dan terbaru, aku berkesempatan untuk hadiri ke Malam Gala Tayangan Perdana Filem Gundala yang diadakan di TGV KLCC malam tadi (20.12.2019) menerusi Pure Pixels a.k.a Zhafvlog (antara reviewer filem terbaek di Malaysia) dan My Bumi Langit! Thanks a lot for the tickets!

GUNDALA : NEGERI INI PERLU PATRIOT!


Ya benar! Negeri ini perlu patriot! Negeri yang digambarkan di dalam filem ini sedang berlaku pergolakan kuasa politik dengan Rakyat. Rakyat menjadi mangsa keadaan dan seharusnya mempunyai Patriot sebagai pembela kepada mereka.

Sancaka a.k.a Gundala ini dilakonkan oleh Bro Abimana Arya Satya (sewaktu dewasa) dan Muzakki Ramdhan (sewaktu kanak-kanak). Sancaka semasa kanak-kanak dipersembahkan dengan pergolakan yang berlaku antara kelompok ayahnya dan majikan ayahnya. Dan dia membawa diri setelah ayahnya mati dibunuh dan Ibunya yang tidak pulang ke rumah.

Kata-kata supaya "tidak mencampuri urusan orang lain yang menjadi penyebab masalah terus berlaku" nenjadi pegangan Sancaka sejak kanak-kanak disebabkan dengan pengalamannya sehinggalah dia bertemu Awang.

Panahan petir menjadi igauan dan Ketakutan kepada Sancaka sehinggalah dia cuba melawan Ketakutannya itu untuk menjadikannya kekuatan bagi melawan musuhnya.

Pergolakan politik dengan kehadiran Pengkor (lakonan Bront Palarae) juga menjadikan filem ini terus berjalan dengan lancar dan sesekali disiniskan secara bersahaja dalam memperlihatkan sisi-sisi gelap orang-orang politik.

Watak Pengkor menjadi salah satu watak pembantu yang terkuat dalam membawa haluan kepada Filem ini dan pelakon wanita yang terlalu minima atau sedikit tidak menjadi kekurangan ketara dalam perjalanan filem ini.

Filem ini menjadi sedikit tenggelam akibat persembahan yang terlalu berdrama tanpa memperlihatkan sisi gagah perkasa sang Gundala ini.

Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu yang 'lebih' kerana Komik filem ini cukup hebat dipersembahkan dalam bentuk buku Komik tetapi penyampaiannya di Layar Perak tidaklah sehebat sepertimana yang diharapkan tetapi di selamatkan oleh pembawaan beberapa watak yang menyokong filem ini dengan pembawaan unsur komedi yang mengundang gelak tawa para penonton.

Apa-apa pun, secara keseluruhan aku bagi 8/10 bintang untuk filem ini dan apa yang paling best adalah aku berpeluang untuk bersama-sama dengan para pelakon filem ini beserta Pengarahnya. Yeahhh :)

Aku bersama Ario Bayu, Joko Anwar, Muzakki Ramdhan dan Abimana Arya Satya... :) 

Aku bersama Ario Bayu, Joko Anwar, Muzakki Ramdhan dan Abimana Arya Satya... :) 

Aku bersama Bront Palarae.... :) 

Inilah Gundala! Yeahhh :) 

Filem ini akan mula ditayangkan di Pawagam seluruh Malaysia bermula 26 Disember 2019 dan korang boleh lah menontonnya kerana Gundala lebih hebat berbanding Cicakman. Itu adalah benar!

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com 
Kuala Lumpur 
21.12.2019


Tuesday, December 17, 2019

Caltex & Batman 80th Anniversary : Batmobile Collection...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Superhero antara watak penting dalam sesebuah filem yang kian menjadi kegilaan orang ramai sejak akhir-akhir ini. Hampir kesemua filem bertemakan superhero ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Sebut sahaja Batman, Superman, Ironman, Captain America dan sebagainya lagi. Tak akan ada orang yang tak kenal mereka-mereka ini. Banyak syarikat-syarikat besar membuat kerjasama dengan produksi atau brand superhero ini termasuklah DC Comics dan Marvel.

Terbaru adalah Caltex Malaysia dan Caltex Singapore yang membuat kalaborasi dengan DC untuk membuat sambutan bersempena Ulang Tahun Ke-80 Batman dan Caltex menggembirakan para peminat Batman dengan kehadiran koleksi Batmobile sebanyak 4 jenis yang akan menjadi 'rare' Suatu hari nanti.

BATMAN 80TH ANNIVERSARY : BATMOBILE COLLECTION


Aku antara dari jutaan peminat dan pengikut superhero Batman dan begitu teruja apabila Caltex membuat pengumuman untuk memberi peluang kepada para peminat Batman untuk mengumpul koleksi Batmobile untuk sambutan Batman yang ke-80 ini.



Sebelum ini, logo Batman muncul di langur Kuala Lumpur sempena Ulang Tahun ke-80 Batman ini dan terkini adalah kehadiran 4 jenis koleksi Batmobile untuk dijadikan sebagai 'hadiah' untuk para peminat Batman. Aku antara yang sentiasa mengikutinya.

Batmobile 2015 (Batman VS Superman : Dawn of Justice) 



Batmobile 2015 ini antara yang menjadi perhatian aku dan yang paling aku suka. Batmobile ini diambil dari filem Batman VS Superman : Dawn Of Justice. Dan tahun 2015 menjadi saksi, aku turun berlari di Padang Merbok bersempena Malaysia Batman VS Superman Run 2015.

Batmobile 2015 ini antara yang begitu unik sebenarnya direka dengan perwatakan Batman yang begitu sesuai di dalam filemnya. Rekaan yang begitu kemas dengan warnanya yang kelabu, sedikit sebanyak memberikan kepuasan untuk aku sebagai collector.

Saiz untuk Batmobile 2015 ini kedua yang terbesar dari keempat-empat koleksi Batmobile ini.

Batmobile 2005 (The Dark Knight) 


Batmobile 2005 ini diambil dari filem The Dark Knight. Rekaan untuk Batmobile 2005 ini agak besar saiznya berbanding ketiga-tiga koleksi Batmobile yang lain.

Batmobile 2005 ini boleh dikatakan mampu memberikan kepuasan kepada para peminat Batman kerana ianya cukup details dan antara yang cepat habis ketika beli di Stesen Minyak Caltex.

Batmobile 1989 


Batmobile 1989 ini juga antara koleksi yang agak menarik kerana rekaannya yang berwarna hitam cukup 'padu' untuk menyerlahkan kemegahannya.

Saiz rekaannya yang agak kecil sedikit sebanyak menjadikannya agak kurang menyerlah tetapi keunikan dan details yang dipertunjukkan tetap mampu memberikan kepuasan kepada collector seperti saya.

Batmobile 1966 (Batmobile Designed by George Barris)


Batmobile 1966 antara rekaan yang old-style dan ianya menjadikan daya penarik Utama untuk para collectors menunggu sehingga ke tarikh 16 Disember 2019 semata-mata untuk mendapatkannya.

Rekaannya yang tidak tertumpu kepada warna hitam semata-mata sedikit sebanyak memberikan Suatu kelainan berbanding ketiga-tiga Batmobile yang sebelum ini.

Keempat-empat koleksi Batmobile ini dijual di Stesen Minyak Caltex mengikut tarikh-tarikh tertentu dan dijual secara berasingan dengan harga RM16.90 setiap satu dan Box dengan harga RM39.90.

Tetapi apakan daya dengan kehadiran scalper yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini sedikit sebanyak mengganggu-gugat para collectors ini, apabila mereka ini lebih berminat membeli dan menjual semula dengan harga yang agak tinggi dan berlipat-lipat kali ganda. Dan mujurlah aku sempat membeli di Caltex sendiri dengan harga pasaran saja.

Apa-apa pun, aku berpuas hati apabila berpeluang untuk memiliki Keempat-empat koleksi Batmobile ini dan menjadi koleksi terbaru untuk koleksi barang-barang superhero.

Dan aku masih mencari Hot Toys Batman dengan harga yang murah kerana Batman antara superhero yang cukup-cukup aku minati. Tuala kegemaran aku adalah Tuala Batman yang aku beli di Gold Coast di Warner Bros Movie World dengan harga hampir mencecah RM200. Hahaha :)

P/s : Thanks to my brother sebab sudi bersusah payah mencari dan mendapatkan kesemua koleksi Batmobile nie Sekali dengan box hampir di seluruh Alor Setar, Sungai Petani, Pendang dan lain-lain! Yeahhh :)

Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Alor Setar, Kedah
17.12.2019