Tuesday, September 12, 2023

Malam Gala Tayangan Filem MALBATT Misi Bakara...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Pada 8 Ogos 2023 yang lalu, aku berpeluang untuk menghadiri Malam Gala Tayangan Perdana Filem MALBATT Misi Bakara yang telah diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Alhamdulillah, aku diberikan 4 pass untuk malam tersebut dan aku hadiri tayangan tersebut bersama-sama sahabat-sahabat aku iaitu Adam Suffian, Nazrul Hazwan dan Erry Hidayat.

Apa yang menariknya, majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Multimedia dan Komunikasi Digital bersama Timbalannya, YB Puan Teo Nie Ching.

Aku difahamkan filem ini merupakan filem tempatan yang menggunakan bajet hampir 20 juta ringgit dan penggambaran filem ini dilakukan sekitar Turkiye dan Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor.

Aku sangat-sangat tertarik dengan jalan cerita filem ini yang diadaptasi dari penceritaan kisah benar dari salah seorang veteran MALBATT yang bagi aku, ianya sangat-sangat menarik untuk ditonton oleh kita selaku rakyat Malaysia.

Semangat dan sifat keberanian yang ditonjolkan melalui watak-watak kumpulan MALBATT ini sedikit sebanyak memberi satu 'vibes' positif terutamanya ketikamana bekerja dalam satu pasukan.

Seperti yang kita tahu, kutipan filem ini sudah mencecah RM31 juta selama lebih 18 hari ianya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Ini menunjukkan filem ini sangat-sangat diterima oleh masyarakat.

Jom aku nak kongsikan beberapa keping gambar kenang-kenangan bersama para pelakon filem ini semasa Malam Gala Tayangan Perdana filem ini yang diadakan di IOI City Mall lalu...

Lain-lain gambar...

Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Gelugor, Pulau Pinang
12 September 2023


Sunday, August 20, 2023

Premiere Screening Filem Ketika Berhenti Di Sini...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...

"Layaknya dinding untuk bersandar ketika rapuh. Teman terbaik selalu ada saat kehilangan itu tiba"

Benar! Itulah yang aku rasa tatkala aku menyelami perasaan seorang 'Dita' yang masih 'tak dapat move-on' terhadap kehilangan bapanya dan juga kehilangan teman lelakinya.

PREMIERE SCREENING FILEM KETIKA BERHENTI DI SINI...

Semalam, 19 Ogos 2023, aku diberi peluang untuk menghadiri Premiere Screening bagi sebuah filem Indonesia iaitu Ketika Berhenti Di Sini yang diarahkan oleh Umay Shahab.

Sebelum tue aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Pure Pixels (Zhafvlog) dan Antenna Entertainment sebab sudi bagi ruang dan peluang kepada saya untuk hadiri premiere Screening kali ini.

Suasana di ruang legar GSC The Starling Mall sangat penuh dengan orang ramai rata-ratanya adalah perempuan yang berpakaian bertemakan hitam dan putih yang menantikan para pelakon filem ini iaitu Refal Hady dan Prilly Latuconsina.

Tapi apa yang menariknya adalah aku sendiri berpeluang bertemu dengan Refal Hady dalam suasana 'in person' yang kebetulan hanya aku saja berada di situ bersama dengan Refal Hady 😅. Semuanya secara tak sengaja ketika aku melangkah masuk ke ruang panggung. Apa-apa pun, thanks ya Refal! 

ULASAN FILEM...

Secara keseluruhan, aku sangat tertarik dengan jalan cerita movie ini dimana watak utamanya iaitu Dita (lakonan Prilly) masih belum menerima hakikat atau kenyataan kehilangan bapanya dan terbaru kehilangan kekasihnya iaitu Ed.

Perjalanan cerita ini tidaklah terlalu berat untuk dihadam tetapi ianya sangat ligat bermain dengan emosi dan perasaan. Filem ini berjaya untuk membawa kita menyelami perasaan yang ada di Dita, Ed dan Irfan. Ketiga-tiga watak ini cukup untuk memberi 'jiwa' kepada kita untuk memahami utara, timur, selatan dan barat bagi mengetahui isi hati yang di dalam diri masing-masing.

Penunjuk arah itu sangat dekat dan dijelaskan dengan sangat baik oleh Pengarah bagi menghidupkan kehidupan yang 'ceria' sebelum kita dibawa ke satu suasana yang sangat sedih dan menyakitkan.

Selain itu, penggunaan cermin mata yg 'berteknologi tinggi' juga yang digunakan oleh Dita itu sedikit sebanyak memberikan satu 'dunia baru' bagi insan-insan yang masih berada dalam persimpangan dilema antara realiti dan fantasi.

Secara keseluruhan, aku puji filem ini dimana aku sendiri tak terfikir bahawa filem Indonesia dapat membawa satu kelainan dan perubahan yang unik dalam filem-filem bertemakan cinta seperti ini. Syabas!

Aku bagi 7/10 untuk filem ini dan korang semua dah boleh start tengok movie ini di pawagam seluruh Malaysia!

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
19 Ogos 2023



Thursday, July 20, 2023

THAI FILM FESTIVAL IN MALAYSIA 2023

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Aku mengikuti rapat perjalanan politik di Thailand yang agak kurang stabil sekarang ini setelah selesainya Pilihanraya di sana di mana Move Forward Party menang bergaya yang diketuai oleh Pita Limjaroenrat.

Tapi baru-baru ini, Pita Limjaroenrat gagal mendapat sokongan yang diperlukan pada 13 Julai yang lalu. Pita hanya mendapat 323 undi berbanding 376 undi yang diperlukannya. Kegagalan ini disebabkan tidak mendapat sokongan dari pihak kebanyakan senator yang dilantik oleh Junta.

Semalam, Pita Limjaroenrat digantung jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat oleh Mahkamah Perlembagaan dan sekali lagi menyaksikan pemilihan Perdana Menteri Thailand ini tidak berpihak kepada Pita.

THAI FILM FESTIVAL IN MALAYSIA 2023

Okay, aku tak nak berbicara banyak berkenaan dengan Politik Thailand tapi cukuplah sekadar aku berkongsikan apa yang berlaku hari ini di Thailand.

Jom kali ini, aku nak berkongsi mengenai satu event yang aku sertai pada 13 Julai 2023 yang lalu bersempena dengan Thai Film Festival in Malaysia 2023 dimana pihak Royal Thai Embassy in Malaysia memberi peluang untuk aku hadiri sesi bertemu muka dengan beberapa orang pelakon Thailand yang dibawa ke Kuala Lumpur bersempena dengan Thai Film Festival in Malaysia 2023.

Antara yang hadir adalah Paris Intarakomalyasut (Ice Paris), Praewa Suthamphong (Miusic) dan Jennis Oprasert (Jennis). Mereka hadir ke Malaysia sempena untuk mempromosikan Thai Film Festival in Malaysia 2023 dimana filem-filem mereka turut tersenarai menjadi antara 5 filem yang ditayangkan bersempena dengan festival ini.

Antara filem yang ditayangkan adalah Faces of AnneAnne, Love Destiny The Movie, Haunted Universities 2nd Semester, Friend Zone dan Fast & Feel Love. Semua movie ini ditayangkan pada 14 hingga 16 Julai 2023 sahaja. Aku hanya sempat hadiri tayangan Faces of Anne saja dan ceritanya itu agak memeningkan sikit sebab terlalu banyak watak Anne.😅

Sebelum pandemik covid-19 haritue, aku antara salah seorang yang terpilih dan dijemput ke Royal Thai Embassy in Malaysia di Jalan Ampang untuk bertemu muka dengan pihak Embassador dan seterusnya diberikan pin badge sebagai salah seorang yang menjadi kumpulan penyokong kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Royal Thai Embassy.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak Royal Thai Embassy in Malaysia sebab sudi menjemput saya dan kepada Miusic yang telah memilih saya untuk bersoal jawab dan bergambar bersama-sama. Hanya 13 orang saja yang berpeluang untuk bergambar dengan 3 orang pelakon Thailand ini semasa events berlangsung.

Insyaallah, mendoakan semoga aktiviti seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang dan aku akan sentiasa menyokong industri perfileman Thailand yang bagi aku ianya sangat-sangat bertaraf Antarabangsa. 

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar semasa event berlangsung.

Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY 
Cheras, Kuala Lumpur
wan_hazem19@yahoo.com
19 Julai 2023

Wednesday, July 19, 2023

Premiere Screening Barbie The Movie...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Alhamdulillah...bertemu kita kembali dalam blog aku ni pada 01 Muharram 1445h iaitu hari pertama dalam kalendar / bulan Islam. Pakat-pakat kita semua sama-sama mendoakan kebaikan buat kita semua. Insyaallah...

Doakan jugak untuk aku sebab baru nie iaitu 17 Julai 2023, aku mencuba nasib sekali lagi dalam menghadiri sesi temuduga untuk perjawatan baru. Perjawatan baru ini memungkinkan aku untuk merasai suasana baru / persekitaran baru sekiranya aku 'berjaya' dalam temuduga tersebut. Doakan untuk aku ya semua...

PREMIERE SCREENING BARBIE THE MOVIE

Semalam (18 Julai 2023), aku berpeluang menghadiri 'Premiere Screening' untuk filem Barbie The Movie iaitu salah satu movie yang aku nanti-nantikan untuk tahun 2023 ini.

Sebelum tue aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak yang sudi bagi 'invitation' dan memilih saya untuk bersama-sama memeriahkan malam tersebut yang bertemakan warna pink.

KOMEN TENTANG BARBIE THE MOVIE

Jangkaan aku untuk movie ni sangat-sangatlah tinggi bilamana aku follow trailer movie nie di Youtube. Jangkaan aku ini disebabkan ini merupakan kali pertama patung 'Barbie' ini dijadikan subjek/watak utama dalam filem yang dijayakan oleh pelakon, Margot Robbie sebagai Barbie.

Tapi apakan daya, jangkaan aku itu meleset disebabkan movie ini agak 'membosankan' dan tak mencapai jangkaan aku. Terlalu banyak kekurangan yang aku rasa sampai berkali-kali aku menguap di dalam panggung wayang ini. 😅

Mujurlah banyak juga babak-babak yang menghiburkan dan melucukan yang sedikit sebanyak dapat memeriahkan kembali perjalanan filem Barbie The Movie ini. Beberapa babak juga dibuat secara muzikal dan lagu-lagu tersebut agak menghiburkan.

Aku sebenarnya tak nak ulas banyak sangat berkenaan dengan movie ini dan cukuplah aku berikan 2/5 bintang untuk movie ini. Dan anda semua juga digalakkan untuk menonton movie nie di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Julai 2023 nanti.

BARBIE X TOY'S R US @ SUNWAY PYRAMID

BARBIE X AEON @ MID VALLEY

BARBIE THE MOVIE @ PAVILION BUKIT BINTANG

Semoga kita semua bertemu lagi di lain hari. Insyaallah. Esok cuti yeahhhh 😍😍😍

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
19 Julai 2023

Thursday, July 13, 2023

Sukarelawan Temasya Sukan SEA Kali Ke-32 Kemboja Tahun 2023 (Cambodia 2023 - 32nd SEA GAMES)...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...

Lamanya tak bertemu kita semua kat blog aku ini. Banyak benda nak dikongsikan sebenarnya, ada yang best ada jugak yang sedih. Tapi hidup mesti diteruskan bilamana keadaan semasa sesekali membuatkan kita struggle untuk terus mencapai impian-impian kita yang sentiasa bermain di fikiran kita.

Betul! Setiap orang pasti ada impian masing-masing termasuklah aku. Impian aku terlalu banyak dan salah satuanya adalah penyertaan dalam Sukan SEA. Walaupun aku tidak berpeluang untuk menjadi atlet mewakili Malaysia tetapi aku turut berpeluang mewakili Malaysia sebagai seorang SUKARELAWAN! 

SUKARELAWAN TEMASYA SUKAN SEA KALI KE-32 KEMBOJA TAHUN 2023 (CAMBODIA 2023 - 32nd SEA GAMES)

Alhamdulillah, pertama kalinya aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada Cambodia SEA Games Organizing Committee (CAMSOC) yang telah memberi ruang dan peluang serta memilih aku menjadi salah seorang penggerak a.k.a 'International Volunteer' untuk Temasya Sukan SEA Kali Ke-32 Kemboja Tahun 2023 (CAMBODIA 2023 - 32nd SEA GAMES) yang bertempat di Phnom Penh, Cambodia.

Menariknya, aku antara salah seorang dari 25 orang 'International Volunteers' yang terpilih bersama-sama dengan hampir 6000 'Local Volunteers' menjadi tulang belakang kepada kelancaran Temasya Sukan SEA kali ini dan kami berkampung di sana bermula 3 hingga 18 Mei 2023 (seminggu lebih selepas Hari Raya Aidilfitri). Dan aku menjadi salah seorang daripada 5 orang yang mewakili Malaysia. Selebihnya dari Indonesia, Philippines, Vietnam, South Korea, Japan, China, Timor Leste dan Singapore.

Ini merupakan kali kedua aku terpilih untuk menjadi sukarelawan bagi Temasya Sukan SEA (sebelum nie, aku pernah terlibat di Kuala Lumpur 2017 - 29th SEA Games) yang bertempat di Kuala Lumpur. Kedua-duanya sangat ketara perbezaan dan yang pasti aku berasa sedikit bangga dan teruja apabila berpeluang untuk menjadi salah seorang yang mencipta sejarah bilamana buat julung / pertama kali nya Cambodia menjadi tuan rumah untuk Temasya Sukan SEA. Kemeriahannya berlipat kali ganda walaupun terdapat banyak jugak kekurangannya berbanding Kuala Lumpur 2017.

Peranan aku untuk Cambodia 2023 kali ini adalah sebagai Liason Officer (L.O) bagi Kontinjen Vietnam (Acara Gymnastics Artistic) dan Kontinjen Malaysia (Acara Weightlifting). Kalau di Kuala 2017 yang lalu, aku bertugas / berperanan untuk Perasmian dan Penutupan (Opening & Closing Ceremony) dimana aku terlibat secara langsung di tengah Padang Stadium Nasional Bukit Jalil dan mengiringi para atlet bagi semua kontinjen.

Untuk Cambodia 2023, sebelum terpilih menjadi salah seorang sukarelawan, aku terpilih untuk ke sesi interview secara online yang dibuat 2 hari selepas aku terima notis melalui emel (persediaan aku agak kurang sebenarnya masa tue) dan semasa interview, bermacam-macam soalan dan pertanyaan dilemparkan kepada aku dan hampir kesemuanya dijawab dengan penuh yakin kecuali ada satu soalan yang aku terus direct aku tak tahu dan mungkin kesilapan aku disebabkan tak buat homework lebih berkaitan SEA Games kali ini. 😅 

Tapi Alhamdulillah, aku dikira bertuah kerana terpilih dan seterusnya terlibat dengan sesi training yang dibuat juga secara online untuk semua 'International Volunteers' yang terpilih. Masa hari tue, aku ambil cuti rehat semata-mata untuk memberi fokus dan komitmen aku kepada training kali ini.

L.O TEAM (Gymnastics Artistic - Vietnam)

Bagi L.O Team (Acara Gymnastics Artistic- Vietnam) aku digandingkan dengan Merida (Female), Sreynit (Female) dan sorang lagi perempuan juga tapi aku dah lupa nama dia 😅. Untuk Kontinjen Vietnam nie aku tak berapa rapat sebenarnya sebab aku dimasukkan ke team nie pada 7hb Mei sedangkan local volunteer dah start bertugas sejak 5hb Mei lagi.

Aku sempat la berkenalan dengan atlet-atlet Gymnastics Artistic dari Vietnam. Dan follow dorang dari hotel ke venue training, then dari venue pulang ke hotel.

Apa yang bestnya adalah team Vietnam nie meraih 4 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa menerusi acara Gymnastic Artistic ini yang diadakan di Olympic Marquee Tent, Olympic Sport Complex. Terperincinya pingat Emas bagi acara Men's Team All Around, Pommel Horse Exercise, Rings Exercise dan Horizontal Bar Exercise. Manakala pingat Perak pulak adalah bagi acara Men's Individual All Around dan Parallel Bar Exercise dan pingat Gangsa pula adalah bagi acara Men's Individual All Around dan Vault Exercise.

L.O TEAM (Weightlifting - Malaysia)

Bagi L.O Team (Acara Weightlifting - Malaysia) aku disatukan dengan Ying (Female) & Ratana Pises (Male) sebagai pemudahcara kepada Kontinjen Malaysia. Sempatla berkenalan dengan Encik Jem (Pengurus Pasukan), Coach Amirul & Coach Jannah serta barisan atlet iaitu Ery Hidayat , Danial, Atiqah dan Syazwani.

Selama hampir 4 hari bersama team Malaysia ini bermula aku ambil dorang dari Airport terus bawak ke hotel, aku berpeluang melihat pelbagai ragam serta bergaul rapat dengan mereka. Termasuklah menguruskan kenderaan buat mereka, menguruskan makanan untuk 'ditapau' sebelum acara rasmi, membawa mereka jalan-jalan sekitar Phnom Penh dan lain-lain lagi.

Aku turut diberi peluang melihat secara dekat sesi latihan sehari sebelum acara rasmi, berpeluang berinteraksi dengan Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat dan macam-macam lagi bagi acara Angkat Berat ini.

Alhamdulillah, Malaysia berjaya meraih 1 pingat gangsa menerusi Syazwani bagi acara 64 kilogram (wanita).

PERSAHABATAN MENERUSI SUKARELAWAN

Alhamdulillah, sebagai salah seorang 'International Volunteers' , aku berpeluang berinteraksi dengan ramai sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan baru. Kesemua 'International Volunteers', kami diberi penginapan di New York Hotel, Phnom Penh dan turut diberi token sepanjang 16 hari berkampung di sana.


Sepanjang berada di sana, aku rapat dengan roomate aku, Ridzwan. Pastu aku rapat dengan team Indonesia antaranya Fahry, Resa, Rafikah, Mila & Fhema. Kenalan tempatan yang aku rapat, Pises, Ying, Merry, Menghuy, Kim dan lain-lain lagi. Sumpah, aku rindu mereka semua.

Aku doakan agar kita semua dapat bertemu kembali di hari-hari yang mendatang. Insyaallah.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang bertugas di Phnom Penh, Cambodia.


*Apa-apa pun, doakan aku terpilih menjadi sukarelawan Olympic Paris 2024 ya. 😀😀😀

Ikhlas dari, 
WMHMY 
Kuala Lumpur International Airport (KLIA-Terminal 2)
19 Mei 2023