Friday, October 7, 2011

Bajet 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berikut adalah perkara-perkara yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bagi Bajet 2012. Jom ikutinya semua… =)

BAJET 2012

• 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI.
• Daripada jumlah tersebut, 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.
• Di bawah peruntukan mengurus, 52 bilion ringgit adalah bagi Emolumen dan 30.5 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan.
• Manakala, 96.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.
• Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk Pembelian Aset dan baki 1.5 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.
• Bagi peruntukan pembangunan pula, 29.8 bilion ringgit disediakan bagi sector ekonomi.
• Sejumlah 13.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi sector social, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
• 4.4 bilion ringgit diperuntukkan bagi pembangunan sector keselamatan.
• 1.4 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan 2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.



BAJET 2012 DIRANGKA DAN DIRANCANG BERTEMAKAN “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL : BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” DENGAN MEMBERI PENEKANAN KEPADA LIMA FOKUS UTAMA.

FOKUS PERTAMA : MELIGAT PELABURAN
• Liberalisasi Subsektor Perkhidmatan
• Rolling Plan Kedua
• Pembangunan Wilayah Koridor
• Merancakkan Industri Perbankan, Kewangan dan Pasaran Modal
• Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD)
• Mempergiat Pasaran Modal dan Kewangan Islam
• Penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings
• Amanah Pelaburan Hartanah (REITS)
• Mempergiat Aktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
• Perniagaan Francais Tempatan
• Menggalakkan Sektor Pelancongan
• Kajian Semula Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT)

FOKUS KEDUA : MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
• Gerakan Inovasi Nasional
• Perkhidmatan Reka Bentuk Perindustrian
• Memantapkan Pembangunan Pendidikan
• Pembangunan Modal Insan

FOKUS KETIGA : PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
• Pembangunan Luar Bandar Menyeluruh
• Infrastruktur Asas Luar Bandar
• Perkhidmatan Perbankan Di Luar Bandar
• Memperkukuh Perkhidmatan Bas Di Luar Bandar
• Pembangunan Dan Kebajikan Orang Asli

FOKUS KEEMPAT : MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
• Mentransformasikan Perkhidmatan Awam
• Peluang Melanjutkan Pengajian
• Penambahbaikan Kewangan Sektor Awam
• Bantuan Kepada Bekas Kakitangan Kontrak JASA Dan Kemas
• Menyediakan Suasana Kondusif Anggota Keselamatan

FOKUS KELIMA : MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
• Meningkatkan Pengeluaran Bekalan Makanan Dan Industri Agro
• Subsidi Barangan Asas Dan Bantuan
• Perumahan Rakyat Berkualiti
• Tabung Khas Perumahan Nelayan
• Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan
• Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia
• Memacu Pembangunan Masyarakat Bumiputera
• Meringankan Beban Pemilik Teksi Persendirian
• Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
• Anjung Singgah
• Mengiktiraf Keupayaan Wanita
• Belia Penggerak Masa Hadapan
• Memartabatkan Sukan Negara
• Menghargai Jasa Warga Emas
• Skim Persaraan Swasta
• Meningkatkan Simpanan Persaraan
• Program Khas Kemudahan Awam Desa
• Rancangan Tebatan Banjir
• Meringankan Kos Sara Hidup
• Pendaftaran Awal Ibadah Haji
• Menghargai Penjawat Awam

Sumber : Ucapan Bajet Tahun 2012.

P/s : Untuk maklumat lanjut mengenai Bajet 2012 ini, anda boleh klik di sini.

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Kenangan Majlis Konvokesyen Ke-47 UTM (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya ingin berkongsi 2 keping gambar yang diambil ketika hari penganugerahan Konvokesyen ke-47 Universiti Teknologi Malaysia... So, jom kita semua saksikan k… =)




Alhamdulillah… berikut adalah beberapa anugerah dan pencapaian saya sepanjang 3 tahun dalam pembelajaran saya peringkat Diploma :-
1. Anugerah Mahasiswa Berpotensi 2011 – Anjuran Unit Perhubungan Alumni UTM JB
2. Anugerah Permata Gemilang (Tokoh Harapan 2009) Malam Penganugerahan JKM KSJ Sesi 2009/2010 – Anjuran Kediaman Siswa Jaya
3. Anugerah Seri Mahligai (Jabatan Keusahawanan Terbaik 2009) Malam Penganugerahan JKM KSJ Sesi 2009/2010 – Anjuran Kediaman Siswa Jaya
4. Naib Johan Debat Ala Parlimen Kolokium Teknologi, UTM 2009 – Anjuran Fakulti Kimia dan Sumber Asli UTM JB
5. Anugerah Dekan Semester 1, 2008/2009 – GPA : 3.81 – Dekan Kolej Sains dan Teknologi
6. Anugerah Dekan Semester 2, 2008/2009 – GPA : 3.54 – Dekan Kolej Sains dan Teknologi
7. Anugerah Pendidikan 2008/2009 – Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

Sekian, Wallahua’lam… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, October 6, 2011

Bini-Biniku Gangster, Biasa-Biasa Saja...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini saya berpeluang menonton sebuah filem yang digempar-gempurkan oleh kenalan-kenalan saya iaitu ‘Bini-Biniku Gangster’. Filem yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures ini merupakan filem aksi komedi yang santai dan penuh pengajaran.



Filem arahan Saudara Ismail ‘Bob’ Hashim ini boleh dianggap sedikit kelainan daripada filem-filem ‘Gangster’ yang pernah wujud di Malaysia. Kerana apa? Kerana watak utamanya adalah Perempuan. Watak Gangster Perempuan memang dah pernah wujud di Negara-negara luar tetapi di Malaysia ianya masih dianggap baru.

Filem seperti ini sebaiknya dipaparkan secara lebih serius akan menampakkan lebih daya kreativiti buah tangan rakyat Malaysia tetapi elemen ‘komedi’ yang diselitkan sedikit sebanyak membuatkan mutu filem ini kurang menampakkan hasil ‘gangster’ itu menjadi.

Saya merasakan sekiranya filem ‘KL Gangster’ dijadikan rujukan sebagai filem yang bertemakan sedemikian, kemungkinan besar filem ‘Bini-Biniku Gangster’ akan menjadi lebih baik dari filem ‘KL Gangster’. Ya, saya amat yakin dengan pendapat saya ini.

Berkenaan dengan lakonan pula, saya merasakan perwatakan Yana lebih menjadi berbanding Intan. Dan lakonan saudara Shaheizy pula boleh dianggap biasa-biasa saja. Jalan ceritanya juga boleh dianggap unik dan berlainan dengan filem-filem yang pernah dipertontonkan oleh kita sebelum ini.

Saya hanya dapat memberi ‘3 Bintang’ sahaja untuk filem ini. 2 bintang lagi saya simpan disebabkan seperimana pendapat saya di atas. Apa-apa pun, saya sentiasa melihat perkembangan filem-filem Melayu dan saya menanti-nantikan filem-filem yang unik serta memberi impak positif kepada para penontonnya.

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Pengasas APPLE Meninggal Dunia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


Link
“Pengasas Apple Inc, Steve Jobs, telah meninggal dunia awal pagi tadi. Lembaga pengarah Apple telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kematian Steve Jobs. Mendiang berumur 56 tahun dan telah meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif Apple atas sebab-sebab kesihatan pada bulan Ogos lepas.”
-Sumber : Harian Metro

Di sini juga saya ingin berkongsikan sedikit pengetahuan dan latar belakang mengenai Pengasas Apple Inc, Steve Jobs.

Latar belakang Steve Jobs

Steven Paul Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955 merupakan bekas CEO Apple Computer. Jobs membantu mempopularkan konsep komputer rumah melalui Apple II, dan merupakan di antara orang yang pertama menyedari potensi perdagangan Antara Muka Pengguna Bergrafik (GUI) dan tetikus. Beliau menyelia integrasi teknologi-teknologi berkenaan ke dalam Apple Macintosh dan turut mengetuai Apple Computer bagi perkembangan iPod.

Jobs juga merupakan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pixar Animation Studios, syarikat penerbitan yang banyak menerbitkan filem-filem animasi seperti The Incredibles dan Toy Story. The Walt Disney Company telah bersetuju untuk membeli Pixar sebanyak ASD$7.4 bilion. Urus niaga ini akan menjadikan Jobs seorang pemegang saham terbesar dalam Disney dan beliau akan diberikan satu tempat dalam lembaga pengarah syarikat.

Steve Jobs dilahirkan di luar nikah di San Francisco, California oleh Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara AS, bapanya Abdulfattah John Jandali berbangsa Syria. Kedua-duanya merupakan penuntut siswazah ketika itu. Bapanya kemudian menjadi profesor sains politik. Seminggu selepas kelahirannya, Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California. Mereka memberinya nama Steven Paul Jobs.

Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.

Jobs belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California, dan sering menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak sebagai pekerja musim panas. Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan mendaftar masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir selepas satu semester, beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed.

Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Wozniak. Beliau bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari ketenangan. Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed. Jobs kemudian kembali bekerja di Atari dan ditugasikan untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.

Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari ketika itu menawarkan AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam mesin permainan. Jobs tidak mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang reka bentuk papan litar dan membuat perjanjian dengan Wozniak bahawa beliau akan membahagikan bonusnya dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan cip tersebut. Yang sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip melalui sebuah reka bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan dengan rangkaian pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa Atari hanya membayarnya AS$700 (padahal dia dibayar AS$5,000) dan Wozniak hanya mendapat AS$350.

*p/s : Diharapkan perkongsian ini sekadar untuk pengetahuan kita semua sahaja… =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, October 2, 2011

Goodluck Untuk Mahasiswa UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Saya di sini juga ingin mengucapkan, “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR & SELAMAT BERJAYA” kepada seluruh MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR. Buatlah yang terbaik untuk kejayaan diri anda dan hadiah kepada ibu bapa anda. Insyaallah…

Saya di sini juga ingin berkongsi sedikit doa iaitu Doa Memohon Kejayaan Cemerlang



(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Kebahagiaan Dalam Kedukaan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Gembira…memang sangat gembira…
Sedih…tetap ada dihati saya…
Kenapa?
Hanya diriku saja yang menglalui…
Hanya pada-Mu jua aku bertaut…
Memohon pentunjuk dari-Mu…


Di sini juga saya ingin kongsikan satu perasaan dengan korang semua. Mungkin sekarang ini saya tiada tempat untuk saya mengadu. Dan mungkin juga, saya hanya menggunakan penulisan sebagai tempat untuk saya berkongsi rasa dan perasaan. Bukan perasaan cinta ! Tetapi perasaan yang saya rasakan sedang meresap masuk dalam diri saya.

Terasa… merupakan satu perkara yang cukup sakit bila kita rasainya. Tapi untuk menjaga hati pelbagai pihak, saya terpaksa juga merasainya dengan senyuman. Mungkin dengan cara itu, dapat mengharmonikan semula persahabatan dengan semua orang. Biarlah, saya pun cukup masak dengan perkara sedemikian. Insyaallah…



Saya juga ingin berkongsikan satu lirik lagu yang diubahsuai sebuah lagu dan dapat dijadikan sebagai kekuatan untuk diri kita yang sentiasa merendahkan diri. Insyaallah… Saya harapkan juga, akan kesemuanya kita sama-sama tidak putus asa, jadikan cabaran ini sebagai kekuatan untuk terus mencapai kejayaan… =)

KEBAHAGIAAN DALAM KEDUKAAN

Pesanan untuk kita semua
Janganlah di makan pujian orang
Takut nanti tersungkur tak sedar diri
Biar apa di kata orang
Baju mesti diukur di badan sendiri

Mungkin juga senyumku tidak semanis
Potonganku juga mungkin tak secantik
Biar apa dikata orang
Rezeki dah tentu anugerah Illahi

Biarlah orang ketawa
Asalkan dia gembira
Hatiku pun senang juga
Melihat orang bahagia

Bukan ku minta simpati
Tak mahu dikasihani
Ku memang senang begini
Terserah saja pada Illahi

Lupakanlah sengketa di jiwa
Sambutlah tanganku
Mari bersamaku
Yakinkan diri
Kelak senanglah di hati

*Lirik di atas ini telah diubahsuai dari lirik lagu Joget Hati Senang dari Adibah Noor… Saya harap agar kita semua tetap tabah walau apa-apa pun yang berlaku… Hanya pada Allah juga untuk kita mengadu… Insyaallah… =)


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, October 1, 2011

Kenangan Majlis Konvokesyen Ke-47 UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Awal Oktober ini, saya ingin kongsikan beberapa gambar kenangan saya bersama sahabat-sahabat sekuliah dengan saya dahulu, Diploma Pengurusan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur, Batch 2008-2011

Gambar kenangan ini diambil semasa kehangatan Majlis Konvokesyen Ke-47 Universiti Teknologi Malaysia. Sebelum itu, credit to Khairul Shazuan sebab sudi ambil gambar dan Farid Zulkipli sebab sudi mengedit gambar. Syabas dengan kerja anda !














Saya mengharapkan dengan perkongsian ini, akan membuatkan orang sekeliling saya akan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di Menara Gading terutamanya di UTM, Universiti TERBAIK Malaysia. =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com