Thursday, July 22, 2010

Selamat Datang Mahasiswa Baru UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pertambahan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur merupakan satu perkembangan baik kerana pertambahan pelbagai ideologi baru ini yang akan diterajui oleh bakal-bakal pewaris kepimpinan Negara dan digunakan sebaik mungkin sebagai aset utama sesebuah negara.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sendiri amatlah mengalu-alukan para pelajar lepasan SPM, STPM dan sebagainya lagi menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi untuk menuntut ilmu. Pelbagai kemudahan dan pinjaman yang diberikan semata-mata bagi memenuhi hasrat mereka bagi menjejakkan kaki ke menara gading.

Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC juga menyokong penuh perkara itu sebagai langkah memastikan daya usaha yang ditonjolkan oleh para pelajar di peringkat sekolah bagi meneruskan pengajiannya ke peringkat universiti sama ada di dalam atau luar Negara.

Saya, selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC juga ingin mengucapkan “SELAMAT DATANG dan SELAMAT MENJEJAKKAN KAKI KE UTM IC” serta mengalu-alukan kedatangan para mahasiswa baru (panggilan kedua) yang akan mendaftar pada esok hari di Kediaman Siswa Jaya.

Saya juga berharap agar seluruh mahasiswa baru dapat membawa diri secara berdikari dalam membangunkan modal insan yang ada dalam diri setiap mahasiswa baru itu supaya tidak tersasar dari harapan ibu ayah anda serta semangat anda dalam meneruskan pengajian ke peringkat universiti ini iaitu di Universiti bertaraf Penyelidikan, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INTERNATIONAL CAMPUS KUALA LUMPUR.

Sekian, Wassalam…

"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, July 21, 2010

Persatuan Siswa Pemacu Kreativiti Mahasiswa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Mahasiswa sekarang perlu meningkatkan kemahiran luaran sebagai suatu ilmu yang perlu dipupuk ketika mana berada di bangku sekolah mahupun peringkat universiti lagi. Perkara ini merupakan satu perkara yang sememangnya diambil oleh mahasiswa sebagai persiapan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Pernah timbul isu berkenaan dengan “Mahasiswa Jenama Malaysia atau Barat?” yang seringkali menjadi perbandingan untuk dibawa masuk sebagai pekerja disebabkan kemahiran luaran yang lebih menampakkan kewibawaan serta keberkesanan dalam pelbagai aspek termasuk komunikasi mahupun pengurusan sesuatu projek.

Saya selaku, Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC mengucapkan sekalung TAHNIAH dan SYABAS kepada Presiden-presiden Persatuan Mahasiswa yang bertungkus-lumus menarik seramai mungkin ahlinya untuk menerapkan kemahiran seperti ini terhadap ahlinya. Antaranya, Research and Inovation Club (RIC) dengan kemahiran robotiknya, Persatuan Seni Silat Cekak (PSSC) dengan seni mempertahankan dirinya, Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK) dengan kemahirannya serta banyak lagi persatuan-persatuan lain yang akan menyusul.

Alhamdulillah, semangat seperti ini adalah langkah awal daripada Persatuan-persatuan Mahasiswa di UTM IC sebagai menyahut seruan Kerajaan bagi melahirkan mahasiswa yang variasi, berfikiran kreatif dan inovatif. Langkah bijak ini sewajarnya disambut baik oleh mahasiswa baru sebagai permulaan awal dalam melayari alam universiti yang semakin mencabar dan berdaya saing.

Akhir kata, semoga seluruh Persatuan Mahasiswa UTM IC termasuk persatuan akademik dan bukan akademik, terus bersama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC bagi bersama-sama melahirkan mahasiswa yang berfikiran kreatif dan inovatif.

Sekian, Terima kasih…


“PERSATUAN SISWA PEMACU KREATIVITI MAHASISWA”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Saturday, July 17, 2010

Ceria Bersamamu (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bersyukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat juga saya bersama 11 lagi mahasiswa lain yang terdiri daripada Mohd Irfan (Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC), 2 orang Mahasiswi dari Kediaman Siswa Semarak, 3 orang Mahasiswa tahun1, 3 orang Mahasiswa tahun2 serta 2 orang lagi Mahasiswa tahun3 merealisasikan Program CERIA BERSAMAMU bersama kanak-kanak Sindrom Down yang bertempat di RumahPersatuan Sindrom Down Malaysia.




Program CERIA BERSAMAMU ini diketuai oleh saya sendiri selaku Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan dibantu oleh Mohd Irfan Shah dan Mohd Amirullah. Program ini dimulakan dengan aktiviti mengemas dan membersihkan sekitar kawasan Rumah Persatuan Sindrom Down Malaysia tersebut. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu membersihkan peralatan permainan, dapur dan ruang makan, ruang tamu serta luar kawasan Rumah tersebut. Aktiviti pembersihan ini mengambil masa selama hampir 2jam.

Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan aktiviti bercerita bersama Kanak-kanak Sindrom Down yang diketuai oleh Mohd Irfan Shah bersama Mohd Amirullah. Aktiviti ini mendapat respon yang agak memberangsangkan oleh kanak-kanak tersebut. Alhamdulillah… Aktiviti diteruskan pula dengan aktiviti menari dan menyanyi bersama mereka. Antara tarian yang kita lakukan adalah Chicken Dance dan Anak Gajah.

Sebelum aktiviti tersebut dilaksanakan, Kanak-kanak Sindrom Down ini mempersembahkan satu Tarian Musical yang agak hebat. TAHNIAH dan SYABAS kepada mereka. Tarian dan lenggok mereka itu membuatkan semua Mahasiswa bersama menari dan mengikut rentak mereka ini. Inilah yang dikatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta…”

Saya sekali lagi agak berbangga kerana kita masih mempunyai Mahasiswa yang sanggup dan ikhlas untuk bersama dengan Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC untuk memberi Khidmat Sosial dan Sokongan Moral kepada insan-insan istimewa seperti mereka ini. Berslogankan “Kasih Tercipta…Mahasiswa Prihatin…” ini patut terus mendapat sokongan seluruh Mahasiswa di Malaysia ini untuk bersama-sama memainkan peranan membangunkan moral dan memberikan khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling serta insan-insan istimewa yang sering kali terlepas pandang.

Mahasiswa hari ini sebenarnya perlu mengubah persepsi bahawa kita bukan hanya membantu masyarakat sekeliling sedangkan insan-insan istimewa ini terus dibiarkan serta dipinggirkan. Ingatlah wahai Sahabat-sahabatku, Rakan-rakanku, Insan-insan istimewa ini adalah makhluk Allah juga sama seperti kita.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Norzakiah yang sering memberi sokongan dan menyokong penuh aktiviti seperti ini. ALHAMDULILLAH…









Sekian, sahajalah dari saya…INSYAALLAH…



“Kasih Tercipta…Mahasiswa Prihatin…”




Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Friday, July 16, 2010

Angkara Black Metal...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini, saya cuba mengingatkan semula apa yang berlaku di kalangan para belia remaja Melayu-Islam di Malaysia kini yang semakin hari semakin hancur. Tetapi apa yang saya ingin kupaskan pada hari ini adalah bukannya berkaitan dengan Pembuangan Bayi, Homoseksual atau sebagainya, tapi ia adalah berkaitan dengan Kumpulan BLACK METAL.

Walaupun ianya akan dianggap sebagai isu LAPOK yang telah berlaku beberapa tahun yang lepas, tetapi kita semua patut sedar kebanyakan isu berkaitan dengan Belia Remaja adalah berpunca pada desakan emosi yang semakin dikuasai oleh muzik terutamanya muzik yang tidak bermesej.

Saya sekarang baru sahaja selesai membaca sebuah buku yang berkaitan dengan BLACK METAL iaitu ANGKARA BLACK METAL; APABILA SYAITAN BERTOPENGKAN MUZIK yang ditulis oleh ASHADI ZAIN dan MOH DAT MOLOK. Kita sebagai mahasiswa patut sedar tentang perkembangan kumpulan ini yang semakin hari semakin bertambah ahli kumpulannya. Membawa maksud bahawa semakin bertambah REMAJA MELAYU-ISLAM MURTAD.

Sekarang saya mahu berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan LATAR BELAKANG kumpulan ini supaya seluruh mahasiswa UTM IC dan pembaca blog dapat menggunakan pemikiran yang waras serta berlandaskan pengetahuan agama Islam berkenaan maklumat yang diperolehi ini. INSYAALLAH…

LATAR BELAKANG…
Black Metal adalah muzik yang muncul pada awal 1980-an, sama era muzik Heavy Metal. Ia berkembang daripada Thrash Metal sama seperti Death Metal. Pengasas muzik Black Metal ialah seperti kumpulan Venom, Mercyful Fate, Bathory, Hellhammer, Bulldozer, Celtic Frost dan Mayhem.

Nama Black Metal diilhamkan daripada tajuk album kumpulan Venom ‘Black Metal’ yang bermaksud logam hitam. Black Metal mengukuhkan kedudukannya pada masa kini dengan dipengaruhi kumpulan muzik dari Norway seperti Darkthrone, Enslaved, Burzum, Mayhem, Immortal, Ancient dan Emperor. Aliran muzik yang diasaskan di Barat jelas menjurus kepada pemujaan syaitan dan liriknya yang liar, ganas, mengagungkan syaitan serta perkara-perkara yang menyentuh tentang ketuhanan (anti agama) dan alam ghaib.

Di Malaysia, kumpulan ini dianggotai oleh 100% remaja dan belia Melayu Islam sahaja dengan takrifan Black Metal sebagai ideology yang cuba dikembangkan oleh golongan-golongan tertentu kepada masyarakat belia melalui alunan muzik yang berlirikkan pemujaan syaitan, anti-ketuhanan, kekejaman (pembunuhan), seks bebas dan seumpamanya.

CIRI-CIRI MENGENALI PERWATAKAN BLACK METAL
• Pakaian serba hitam yang dilambangkan dengan kepala tengkorak, bintang lima bucu dengan kepala kambing dan salib terbalik.
• Tanda-tanda yang nyata sebagai ahli kumpulan ini ialah parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling.
• Memakai aksesori perempuan serba hitam dan apabila sudah matang sebagai ahli, mereka akan diminta memijak al-Quran sebagai tanda menghinanya.
• Ahli kumpulan terdiri dari kalangan remaja Melayu antara 15-35 tahun sebagai division satu, manakala umur 13-19 tahun dinamakan division dua.
• Berzikir nama-nama syaitan dengan mengangkat tangan (lambing syaitan).
• Masa berkumpul mereka ialah waktu lewat malam hingga menghampiri waktu subuh dengan memasang lilin, muzik yang agak pelik di samping mengangkat kedua-dua tangan dengan jari berbentuk (lambing syaitan).

PERKARA-PERKARA BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

ASPEK AKIDAH :
• Memijak al-Quran
• Memuja iblis dan syaitan serta membenci Tuhan
• Beramal dengan fahaman tiada agama (free thinker)
• Anti ketuhanan dan anti agama
• Mengaku dirinya telah murtad
• Merosakkan minda dan memesongkan akidah

ASPEK SYARIAH :
• Bakar dan hina al-Quran
• Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan
• Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api
• Meminum arak dan darah
• Mengamalkan seks bebas
• Menggalakkan amalan bunuh diri
• Menggalakkan pembunuhan


ASPEK AKHLAK :
• Suka muzik berbentuk heavy metal, ganas, perlakuan kejam, liar, mengagungkan syaitan dan memuja roh
• Minum darah binatang yang dibunuh kejam sebagai simbolik anti ketuhanan dan semua agama
• Berpakaian tidak senonoh serta aksesori seperti rantai, salib terbalik dan pentagram, mengukir parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling
• Suka berfoya-foya seolah-olah tiada pegangan agama dan bercampur gaul lelaki dan perempuan serta mengamalkan seks bebas
• Mempunyai kitab sendiri yang mencampuradukkan beberapa ayat suci al-Quran tulisan rumi, hadis dan Injil
• Ada remaja wanita yang berbogel sambil mengoyak al-Quran dan ditaburkan, kemudian menghina ayat suci itu dengan melakukan seks di atas cebisan naskah al-Quran
• Meminum darah kambing hitam sebagai syarat jadi ahli, minum holy water serta membayar wang ahli sebanyak RM30


Diharapkan, agar kita ramai-ramai menadah tangan,mendoakan supaya remaja-remaja Melayu-Islam yang terlibat dengan kumpulan ini, segera kembali ke pangkal jalan.INSYAALLAH… Dan kita mendoakan juga agar saudara-saudara kita, sahabat-sahabat kita, serta sebagainya tidak akan terlibat dengan kumpulan seperti ini. INSYAALLAH…


“Mahasiswa Pemangkin Kesatuan Belia…”


Yang Benar,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, July 12, 2010

Isu Berbangkit Di KSJ (2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Apa yang membuatkan saya secara tiba-tiba menulis blog ini adalah disebabkan beberapa isu yang ingin saya perjelaskan secara umum sebelum isu itu bertambah kecoh, bertambah parah...

Pertamanya mengenai ISU KENAIKAN HARGA SEWA BILIK di Kediaman Siswa Jaya. Perkara ini telah saya bangkitkan secara bersemuka dengan Timbalan Naib Canselor, Prof.Dr. Mohd Tajuddin Bin Hj. Ninggal ketika mana kami melakukan "Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Menteri Melaka" bersama En.Sharil Abdullah. Perkara ini sedia maklum dan tetap akan diteruskan oleh universiti disebabkan beberapa faktor. Saya sendiri telah membangkitkan perkara ini kepada Pengetua Kediaman Siswa Jaya, En. Noh Muhamad Adlan tetapi masih tidak berjaya kerana ianya telah ditetapkan oleh Universiti sejak setahun lebih yang lalu. TETAPI Pihak Kediaman Siswa Jaya telah menjanjikan akan menyediakan infrastruktur yang lebih lengkap berbanding sebelumnya.

Keduanya berkenaan ISU WIRELESS di Kediaman Siswa Jaya. Pagi tadi saya telah membuat aduan berkenaan isu ini sebanyak dua kali iaitu pada sebelah pagi dan petang. Perkara ini telah diambil perhatian kerana ia melibatkan ketiga-tiga blok Kediaman Siswa Jaya. Jika ia masih lagi berlaku kita akan terus membangkitkan perkara ini kerana KENAIKAN HARGA SEWA BILIK ADALAH TIDAK SELARAS DENGAN INFRASTUKTUR YANG DISEDIAKAN TERMASUK KHIDMAT WIRELESS DI KEDIAMAN SISWA JAYA.

Ketiganya berkenaan dengan ISU KAFETERIA juga di Kediaman Siswa Jaya. Apa yang ingin saya perjelaskan di sini adalah saya serta Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC telah membuat surat yang bertarikh 29 Mac 2010 serta memberi sokongan kepada Pihak Man Bo Kafe untuk meneruskan kontrak di Kediaman Siswa Jaya dan ianya telah berjaya serta pihak berkenaan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan termasuk KEBERSIHAN. TETAPI apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Saya sekarang masih mendapatkan maklumat dari pihak yang terlibat untuk mencari jawapan terhadap persoalan ini. INSYAALLAH....

Diharapkan dengan penjelasan saya terhadap ketiga-tiga perkara ini akan saya terus perjuangkan. INSYAALLAH... Sokongan dari seluruh mahasiswa adalah sangat diperlukan terhadap beberapa isu yang telah saya bangkitkan. Dan saya berharap agar seluruh mahasiswa bersabar serta terus membantu Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC untuk mencapai sasaran kita terhadap beberapa isu yang akan terus menyemarakkan lagi suasana "SUARA SISWA"... INSYAALLAH...

"DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA"


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, July 9, 2010

Minggu Transformasi Mahasiswa (2)...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Satu Malaysia...



Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya meneruskan penulisan blog ini setelah hampir seminggu bertungkus-lumus menyelesaikan MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA SESI 2010/2011 (MTM). Pelbagai ungkapan dapat diungkapkan, dapat diperkatakan, dapat ditelan setelah berakhirnya program ini tepat jam 11.30malam di Dewan Besar, UTM IC.

Sebelum itu, saya mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (MPM UTMIC), ingin mengucapkan "SELAMAT DATANG" kepada Mahasiswa Baru, "WELCOME" kepada Mahasiswa Antarabangsa Baru, dan "SELAMAT KEMBALI" kepada Mahasiswa Kanan.

Dari hari ke hari, Jam ke jam, Minit ke minit, akhirnya selesai juga Minggu Transformasi Mahasiswa yang dijalankan dengan jayanya oleh Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa, Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa serta Lain-lain lagi. MTM kali ini lebih kepada Taklimat secara teleconferencing dan aktiviti lain seperti, Taklimat Majlis Perwakilan Mahasiswa, Sesi Pendaftaran Subjek, Larian MTM, Karnival Sukan serta Malam Kebudayaan.


Bersyukur sesangat kepada Mahasiswa Baru yang terlibat dalam Malam Kebudayaan kerana banyak bakat yang boleh diketengahkan. Contohnya seperti Tarian Joget Pahang, Tarian Satu Malaysia, Deklamasi Sajak, Syair, Pentomen, Nasyid, Dikir Barat dan sebagainya lagi.

Diharapkan dengan kerjasama Crew-crew MTM dan Mahasiswa Baru akan datang, kita dapat peluang untuk bekerjasama dalam mana-mana program yang akan diadakan pada masa akan datang. INSYAALLAH... Dan doakan pula untuk Program CERIA BERSAMAMU yang akan diadakan pada 17 dan 24 JULAI 2010 di Rumah Kanak-kanak Sindrom Down Ampang.
Sebelum berundur, saya ingin MEMOHON MAAF pada mana-mana CREW MTM dan MAHASISWA BARU, jika saya ada terlanjur kata, termarah secara tiba-tiba dan sebagainya lagi. Harap, korang semua dapat menyokong saya dalam MPM UTM IC...INSYAALLAH

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur

Saturday, July 3, 2010

Minggu Transformasi Mahasiswa (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bersyukur ke Hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya dapat juga kita bertemu kembali dalam blog ini. Apa yang menariknya pada hari ini ialah saya ingin mengulas sedikit mengenai persediaan menerima mahasiswa baru di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur pada esok hari.

SELAMAT DATANG dan TAHNIAH kepada semua mahasiswa baru yang berjaya melangkah kaki ke Universiti Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia, kami di Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur mengalu-alukan semua kedatangan mahasiswa baru ke Universiti ini.

Apa yang menariknya mengenai persediaan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) yang diketuai oleh Saudara Hariz Zakwan (Naib Presiden MPM) ini, ianya melibatkan 68 crew dari semua persatuan termasuk Barisan Exco Majlis Perwakilan, Mohamad Hazrai, Mohd Irfan, Nur Hidayu dan saya sendiri, inilah satu-satunya program yang melibatkan dan menggabungkan mahasiswa Diploma dan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda di bawah satu bumbung organisasi.

ALHAMDULILLAH…semuanya sekarang ini berjalan dengan lancar dan saya ada juga sedikit terkilan dengan komitmen yang diberikan oleh beberapa orang daripada crew MTM ini adalah kurang. Dan saya ucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada semua crew MTM yang memberikan sepenuh komitmen terhadap persediaan Gerak Kerja Minggu Transformasi Mahasiswa ini. Korang semua adalah TERBAIK.

Saya berharap agar kita semua diberkati dan membuat kerja secara ikhlas serta memberi sepenuh perhatian terhadap tugas masing-masing. Kepada semua crew MTM yang terlibat di Meja Pendaftaran esok iaitu Darren Lai, Azimudin, Asilah Syamimi, Iylia, Wan Ainun, Muzaffar Izamudin, Najwa Dalila, Sulieza, Haziq Mohamad, Irfan Shah, Syafiqah Saffah, Siti Nornadiah, Saidah, Abdullah Sufi, Wan Ayzam Zulhelmey dan sebagainya, Harap kita semua buat yang terbaik. INSYAALLAH…

Akhir kata, jadikan MINGGU TRANSFORMASI MAHASISWA ini sebagai Minggu Yang Terbaik dari sebelumnya. INSYAALLAH…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur
wan_hazem90@yahoo.com