Saturday, April 3, 2010

Mahabbah Terulung....

Selama kita bertekad...berjuang
Mencari kesempurnaan sebuah impian
Bersama-sama erat menggenggam
Lembut...kasar tangan ini...
.
Kepahitan...Keletihan...Kepayahan...
Kita redahi...harungi bersama
Hilai tawa antara kita...
Menjadi sebuah kenangan terulung...
.
Di sini...kita terjaga
Dari sebuah igauan mimpi
Untuk mencapai seribu kemenangan
Seribu harapan...
.
Mahabbah...impian bersama yang terukir
Pentas kegemilangan yang dibina
Di sinilah jua...
Terciptanya sebuah keluarga...
Terdidiknya sebuah masyarakat...
Kitalah...raja...
Kitalah...rakyatnya...
.
Di sini juga...
Keindahan...sebuah cinta...
Kejernihan...sebuah kasih dan sayang...
Mercu tanda karya bersama
Mahabbah Terulung...segala-galanya....

.
Cerita di sebalik puisi di atas:
.
Puisi diilhamkan ketika saya menjadi Timbalan Pengarah 2 bagi Pesta Hari Terbuka Kolej Kediaman Siswa Jaya yang digelarkan "MAHABBAH '09"... Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tetapi ada jugalah sedikit masalah yang berlaku di sebaliknya.
.
Di sini jugalah saya memahami dan mengenali insan-insan yang bergelar pemimpin dan sebagainya. Pelbagai gelagat dan ragam semua ajk pelaksana dapat disaksikan oleh saya sendiri. Saya cukup gembira apabila seluruh mahasiswa berpuas hati terhadap program ini tetapi ada jugalah yang kurang berpuas hati.
.
Di sini juga, saya ingin berterima kasih kepada Saudara Azmi Bin Abd Ghaffar (Pengarah Program) yang memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarahnya dan kepada semua anak buah saya yang berjaya dengan jayanya dengan program masing-masing seperti Faizul Ali Adam (Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu), Amnah Mohamad Salleh (Derma Darah), Maisarah Rosli (Pameran Ilmiah), Wan Ayzam Zulhelmey (Gerai dan Jualan), dan sebagainya lagi.
.
Kepada Kak Min dan rakan-rakannya terima kasih saya ucapkan di atas tunjuk ajar yang diberikan kepada saya dan seluruhnya. Semoga kita semua terus nasihat-menasihati antara satu sama lain....Dan kepada semua junior yang bertungkus-lumus untuk MAHABBAH '09 direalisasikan...anda juga merupakan ajk pelaksana yang terbaik....terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada korang....
.
Insyaallah...semoga kita terus bekerjasama lagi....dan kepada Afiq Bin Baharin, saya doakan anda berjaya dengan "TEMASYA" yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti...Saya akan sentiasa menyokong anda dari belakang....
.
INSYAALLAH....
.
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Aku Bersama Kepimpinan Negara (1).....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pagi ini, saya ingin berkongsi sedikit beberapa keping gambar saya bersama Menteri Kabinet sekarang di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Pertamanya, gambar saya bersama YB Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan.

Keduanya, gambar saya bersama Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Ketiganya, gambar saya dan rakan-rakan seperjuangan bersama Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Itu saja yang boleh saya kongsi pada semua...Nanti saya akan tambahkan lagi gambar-gambar saya bersama Pimpinan Negera dan Pimpinan Kerajaan Negeri...Insyaallah...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Friday, April 2, 2010

Selamat Berjaya....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....


Hari ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir" dan "Selamat Berjaya" kepada seluruh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur, UTM Skudai dan seluruh IPTA di Malaysia....

Semoga anda terus berjaya ke hadapan dalam akademik ini. Saya..??? Alhamdulillah...saya baru jew selesai memahami dan mengulangkaji beberapa subjek yang saya sasarkan untuk dapat "A". Insyaallah...dalam menghadapi suasana peperiksaan akhir ini, saya agak kurang sihat sedikit disebabkan beberapa masalah sedang berlaku dalam diri saya.

Insyaallah, saya pun akan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dan "Study" akan terus saya "Study"... Harap korang semua mendoakan kejayaan dan kesihatan saya....

Saya juga ingin memohon maaf sepenuh hati kepada ibu dan ayah saya terutamanya, keluarga saya, sahabat-sahabat seperjuangan, rakan-rakan, mahasiswa UTMIC, pembaca-pembaca blog dan sebagainya lagi, sekiranya saya pernah terkasar bahasa, berpelakuan teruk dan sebagainya lagi... Di sini, saya hanya mampu untuk memohon maaf..semoga korang semua terus menyokong saya dan mendoakan kejayaan kepada saya. INSYAALLAH...

Kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia juga, ingin mengucapkan sekali lagi kepada seluruh mahasiswa UTMIC, "SELAMAT BERJAYA...."



Sampai Jumpa,

"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Thursday, April 1, 2010

Pelancaran Majlis Profesor Negara....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...




Hari ini iaitu tanggal 1 April 2010, saya telah menyertai satu undangan program yang dianggap sebagai satu pembaharuan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi iaitu "Pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE)" yang bertempat di PICC Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Saya serta sekumpulan mahasiswa dari UTMIC tiba di situ tepat pukul 1.30pm dan terus menunaikan solat zohor. Selepas selesai, kami berlegar di kawasan tersebut dan dapat juga la bertemu dengan beberapa kenalan MPP dari universiti lain. Kami juga berkongsi la sedikit maklumat dan aktiviti yang dilakukan.

Di sini, saya juga ingin berkongsi maklumat mengenai fungsi penubuhan Majlis Profesor Negara tersebut, iaitu :
  • Membantu kegiatan pembangunan ilmiah.
  • Menggalak & merancang pembangunan kesarjanaan & keintelektualan negara.
  • Mengadakan wacana dan juga seminar bagi bertukar pandangan dan pendapat masing-masing berdasarkan kepada bidang kepakaran di kalangan profesor di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Memupuk budaya kesarjanaan & keintelektualan dalam negara untuuk meningkatkan kemajuan minda rakyat.
  • Menggalakkan aktiviti penyelidikan & pembangunan kesarjanaan dalam dunia akademik.
  • Membina jaringan akademik dengan badan-badan luar negara yang mempunyai objektif yang sama.

Kumpulan profesor yang terdapat di dalam negara merupakan aset terpenting keilmuan negara. Usaha untuk mengumpulkan mereka secara lebih terancang mengikut bidang kepakaran melalui penubuhan Majlis Profesor Negara akan memberi peluang untuk negara mendapatkan khidmat mereka secara berterusan.

Oleh itu, kepada sahabat-sahabt, pembaca blog dan sebagainya yang mempunyai cita-cita untuk menjadi salah seorang dalam Majlis Profesor Negara ini, mulai detik ini marilah bersama mengutamakan pembelajaran dan ilmu bermanfaat untuk dipenuhkan di dada kita. Ilmu itu boleh dikutip di mana-mana sahaja. Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".


INSYAALLAH....


Sampai Jumpa,


"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Cerita Di Sebalik "April Fool"....


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembataian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? April Fool merupakan perayaan pembataian Umat Islam, semestinya tidak layak dan tidak harus dirayakan.

Umat Islam sangat tidak layak dan tidak perlu merayakan "The April Fool Day" kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembataian Umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan Muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya, "Umat Islam banyak yang "Latah" dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut."

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayaj Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal disiapkan di Pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan Umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan Umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan Kaum Muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembataian dan pengingkaran janji tersebutt terjadi pada 1 April 1487 Masihi dan dikenang sebagai "The April Fool Day".

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa "The April Fool Day" itu dipopularkan dengan "ritual" yang mempersendakan, menipu, dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

"Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas", katanya.



p/s : Diharapkan kepada semua mahasiswa, rakan-rakan seperjuangan, pembaca blog dan sebagainya mengambil iktibar di sebalik sejarah ini. Dan marilah kita bersama-sama menghalang perayaan "The April Fool Day" ini untuk terus berleluasa di sekeliling kita dan seterusnya ke semua tempat. Insyaallah...dan Nasihat-menasihati antara kita juga perlu diutamakan...

INSYAALLAH....


Sampai Jumpa...
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"


Ulasan Movie(1).....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Hari ini juga saya ingin mengulas sedikit movie yang baru ditonton oleh saya dan beberapa rakan seperjuangan saya. Apa yang menarik untuk saya kongsikan mengenai movie "Street Fighter : The Legend Of Chun-Li" adalah bukan mengenai sinematografinya, bukan juga pengarahannya tetapi mengenai semangat yang ditonjolkan oleh watak utamanya iaitu Chun-Li.

Saya agak tertarik mengenai semangat yang dipegang olehnya iaitu berani kerana benar, cintakan pada ahli keluarganya dan keyakinan yang tinggi. Bila diperhalusikan, ia amat sesuai untuk diadaptasikan semangat itu kepada diri kita sendiri yang semakin ketinggalan ke belakang akibat tidak berani tampil ke hadapan untuk memperbetulkan keadaan. Itulah yang terjadi di Malaysia kita.




Saya juga sering terbayang di minda ini, jika semua mahasiswa kita dianggap "Lesu" dan tidak ada semangat yang kuat untuk terus bernafas di tanah air. Adakah kita mahu Malaysia ini dijajah semula oleh penjajah-penjajah yang tidak berperikemanusiaan? Adakah kita ingin terus lenyap dari tanah air tersayang kita?

Apa yang membuatkan saya ingin mengulas mengenai filem ini adalah walaupun cerita yang dipamerkan itu lebih ke arah aksi dan penindasan, tetapi saya ingin mahu membuka minda dan mata pembaca blog ini mengenai nilai moral yang ditunjukkan. Nak tahu lebih lanjut, hayatilah sendiri filem ini. Jangan ambil yang keruh tetapi ambillah yang jernih dari filem.


p/s : Saya dan mentee saya, Raja Nurfarizal juga memberi 4.5 bintang terhadap filem berkenaan. Semoga terus selami kisah suka duka untuk terus berjuang ke hadapan. SELAMAT MENONTON.
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"


Aktiviti Hari Ini (1)....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Hari ini saya ada cerita sedikit mengenai program yang diketuai oleh saya sendiri iaitu University Social Responsability (USR@Melaka 2010). Insyaallah, ianya akan berlansung pada 2 hingga 6 Jun 2010 bertempat di Bukit Katil, Melaka.

Alhamdulillah, di atas kepercayaan yang diberikan oleh En.Sharil Abdullah terhadap diri saya dan Mohamad Hazrai untuk memegang amanah ini. Kami akan lakukan yang terbaik dan bersyukur juga ke Hadrat Ilahi dengan penyertaan yang diluar jangkaan iaitu sasaran awal program ini adalah 80 orang tetapi disebabkan permintaan yang tinggi dari mahasiswa membuatkan penyertaan terhadap program ini dilebihkan kepada 120 orang. Tetapi sampai masa penulisan ini ditulis, penyertaan yang diterima hampir mencecah 145 orang.... Ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan supaya melibatkan seluruh mahasiswa dalam program ini dianggap perubahan baru dalam aktiviti mahasiswa.

Saya juga ingin berterima kasih kepada timbalan-timbalan presiden persatuan pelajar yang memberi sokongan penuh terhadap program ini seperti PEHARTA, PEMKA, JKM KSJ, JKM KSS, KKDK, COMSTAR, JURUTEK, RIC, SMART, SHR, SRI dan sebagainya lagi. Itulah yang dinamakan semangat kerjasama dan "Team Work" ini yang membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Semoga kita semua terus berpimpin tangan seiring dalam merealisasikan program USR ini seperti yang dirancang.

Kepada semua peserta USR@Melaka ini, saya dari pihak urusetia mengharapkan komitmen yang tinggi dari anda semua. Semoga kita bersama merealisasikan impian kita dalam menjayakan program seperti yang akan memberikan satu transformasi pendidikan, dan sebagainya lagi di sekitar kawasan Bukit Katil, Melaka.

Apa-apa pun, doa dan sokongan dari semua pihak, pembaca blog ini, dan rakan-rakan seperjuangan amat diperlukan. Kita adalah generasi baru yang akan terus mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. Pengalaman yang akan kita kutip di program ini dapat diguna pakai pada masa akan datang...

INSYAALLAH....

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"