Monday, November 28, 2022

Karnival #Speedphoria - PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Kebosanan hari nie di rumah sempena Cuti Umum yang diberikan oleh YAB DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena kemenangan beliau mendapat majoriti dalam membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan dalam memimpin Malaysia selepas Pilihanraya Umum Ke-15.

KARNIVAL #SPEEDPHORIA - PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2022

Pada 14 hingga 23 Oktober 2022 yang lalu, PETRONAS telah mengadakan satu Karnival yang dikenali sebagai Karnival #Speedphoria sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 (Motor GP) bertempat di Esplanade KLCC.

Seperti biasa, aku berkesempatan untuk ke karnival tersebut sebanyak 2 kali iaitu pada 15 dan 19 Oktober 2022 sebab aku tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sana.

Pada 15 Oktober 2022, aku berkesempatan untuk join beberapa aktiviti seperti Fountain Light Show, GP Simulator, Games dan semestinya Konsert! Paling best adalah Konsert Bunkface yang diadakan secara live di situ.

Aku cuba try GP Simulator... :)

Saja tulis untuk kenang-kenangan...

Aku juga berkesempatan untuk menjawab soalan kuiz yang dibuat oleh penyampai Hot FM iaitu AG dan Ayu, dan masa tue aku memenangi tiket Main Grandstand - PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022.

Konsert Bunkface... 

Sedap lagu-lagu yang Bunkface bawak malam tue...

Aku bersama dengan Sam Bunkface... 😀😀😀

Pada 19 Oktober 2022 yang jatuh tarikh yang sama dengan Birthday aku, aku lebuh teruja ketikamana berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pelumba termasuk Wildcard Rider dari Malaysia.

Jom aku kongsikan beberapa gambar kenang-kenangan bersama mereka.

Aku dah teruja dah masa nie... 

Waktu sesi bergambar...

Event petang tue dihoskan oleh Daphne Iking... :)

Aku bersama dengan Ayumu Sasaki (Japan)...

Aku bersama dengan Luca Marini (Italy)...

Aku bersama dengan Sean Dylan Kelly (USA)...

Aku bersama dengan Syarifuddin Azman a.k.a Damok (Malaysia)...

Aku bersama dengan Ayumu Sasaki (Japan) dan Riccardo Rossi (Italy)...

Aku bersama dengan Khairul Idham Pawi dan Azroy Hakeem Anuar... 


Sepatutnya aku pergi ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 di Sepang Circuit pada 22-23 Oktober tue, tapi aku terpaksa batal hajat tue sebab aku pulang ke Alor Setar setelah hampir 3 bulan tak balik kampung.

Apa-apa pun, Insyaallah kalau ada rezeki, kita akan pergi lagi pada Tahun 2023. Doa-doakan agar PETRONAS terus mengadakan event nie di tahun-tahun yang mendatang.

Sekian, Wallahua'lam...

WMHMY
Setapak, Kuala Lumpur
28 November 2022

FINA Diving Grand Prix Kuala Lumpur 2022

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Sebelum tue, aku nak ucapkan TAHNIAH buat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas berakhirnya Pilihanraya Umum 15 baru-baru ini.

Sama-sama kita doakan semoga Kepimpinan Tertinggi Kerajaan yang baru dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya dan mampu memberikan yang terbaik dalam membawa Malaysia ke tahap yang lebih maju dan makmur. Insyaallah...

FINA DIVING GRAND PRIX KUALA LUMPUR 2022

Alhamdulillah, aku berkesempatan tadi (27 November 2022) untuk ke Pusat Akuatik Nasional bagi memberikan sokongan kepada Team Diving Malaysia di FINA Diving Grand Prix Kuala Lumpur 2022. Event nie berlangsung bermula 25 hingga 27 November 2022 yang melibatkan beberapa buah negara.

Sekalung TAHNIAH kepada Pasukan Malaysia yang meraih 8 Pingat Emas, 3 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa yang melibatkan 10 acara yang dipertandingkan.

Sukan Terjun (Diving) nie merupakan antara salah satu sukan yang aku ikuti perkembangannya dimana aku start ambik tahu pasal sukan nie selepas Pandalela Rinong meraih Pingat Gangsa di Olympic Games 2012 London. 😅

Seperti biasa, aku takkan lepaskan peluang untuk bergambar bersama barisan atlet-atlet Kebangsaan yang mewakili Malaysia bagi sukan Terjun di FINA Diving Grand Prix Kuala Lumpur. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar 😀

Nur Dhabitah Sabri - TAHNIAH kerana berjaya meraih 3 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Wanita, 10m Platform Seirama Wanita dan 3m Papan Anjal Seirama Campuran.

Wendy Ng Yan Yee - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Wanita.

Datuk Pandalela Rinong - TAHNIAH kerana berjaya meraih 2 Pingat Emas bagi acara 10m Platform Wanita dan 10m Platform Seirama Wanita.

Jellson Jabillin - TAHNIAH kerana berjaya meraih 2 Pingat Emas bagi acara 10m Platform Lelaki dan 10m Platform Seirama Lelaki.

Muhammad Syafiq Puteh - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Campuran.

Chew Yi Wei - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Lelaki dan 1 Pingat Perak bagi acara 3m Papan Anjal Lelaki.

Enrique Harold - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 10m Platform Seirama Lelaki dan 1 Pingat Gangsa bagi acara 10m Platform Lelaki.

Ong Ker Ying - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Perak bagi acara 3m Papan Anjal Wanita.

Hanis Nazirul Jayasurya - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Perak bagi acara 10m Platform Seirama Campuran.

Gabriel Gilbert Daim - Semoga Gabriel kembali sembuh seperti sediakala. Ada terbaca kat akhbar yang menyatakan Gabriel tarik diri disebabkan terdapat kecederaan di buku lali. 

Selain itu, aku juga berkesempatan untuk bergambar dengan atlet Terjun dari South Korea dan Egypt. 

Kang Minhyuk - Kim Nahyun dari South Korea yang berjaya meraih Pingat Gangsa bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Campuran dan Ryu Yongchan yang sekadar berada di kedudukan ke-4 bagi acara 10m Platform Lelaki.

Mohamed Farouk dari Egypt yang berjaya meraih Pingat Perak bagi acara 10m Platform Lelaki.

Insyaallah, sama-sama kita doakan agar Pasukan Malaysia bagi Sukan Terjun terus sukses untuk event-event yang akan datang dan seterusnya berjaya meraih Pingat Emas di Sukan Olimpik... Insyaallah... 😀😀😀😀😀

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil
Kuala Lumpur
27 November 2022