Tuesday, July 26, 2022

Abah Masuk Hospital...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Alhamdulillah, bertemu kita kembali ke blog aku yang tak seberapa ini. Kali nie aku nak ceritakan serba sedikit benda yang aku paling 'takut' untuk berhadapan iaitu insan yang aku paling sayang , Abah aku dimasukkan ke hospital.

Beberapa hari sebelum berlaku, aku kerap kali videocall abah dan mama aku di Alor Setar sebab aku satu-satunya anak yang bekerja di Kuala Lumpur. Boleh kata, hampir setiap hari aku akan videocall abah dan mama aku terutamanya apabila beberapa minggu sebelum tue, mama aku terseliuh ketika ke luar rumah. Berita tue aku dapat tahu dari abah aku ketika aku sedang berada di Axiata Arena sempena PERODUA Malaysia Masters 2022.

Selang seminggu, aku diberitahu oleh abah dan mama aku bahawa rumah di Alor Setar telah dimasuki air banjir dan menyebabkan abah, mama, adik perempuan dan anak buah aku, Chenta semuanya tidur di tingkat 1. Masa tue aku dah tak sedap hati dah, dan aku tak boleh nak fokus kerja di pejabat.

Selang sehari, aku dimaklumkan oleh adik perempuan aku bahawa abah aku dah start demam panas dan asma. Keadaan agak cuak sebenarnya di Kuala Lumpur semasa tue selepas aku dimaklumkan mengenai perkara tue.

Tak silap aku masa tue, dalam sehari, 3-4 kali aku videocall abah dan mama aku untuk tengok keadaan mereka dan sentiasa tanya khabar mereka. Aku dimaklumkan juga pada hari Jumaat (22.07.2022), kakak aku dari Ipoh pulang ke Alor Setar.

Pagi Sabtu (23.07.2022), aku dimaklumkan yang kakak dan abang ipar aku bawa abah aku ke Hospital Sultanah Bahiyyah untuk check kesihatan abah aku selepas keadaan bertambah teruk masa tue. Hampir 4 kali abah aku guna pam asma di HSB sehinggalah sekitar jam 3lebih doktor maklum akan tahan abah aku di hospital untuk pemantauan.

Petang tue sekitar jam 3.40pm pada hari sabtu (23.07.2022), mama aku call bagitau abah aku kena tahan di HSB di Wad Pemantauan sebab kemungkinan besar ada jangkitan kuman di paru-paru. Aku terus berbelah bahagi dan tak sedap hati dan terus buat keputusan untuk balik ke Alor Setar serta-merta.

Aku whatsapp pada Ketua Jabatan aku dan Ketua Unit aku untuk mohon cuti rehat selama seminggu disebabkan keadaan abah aku yang semakin teruk di hospital. Aku mohon sokongan Ketua Unit dan kelulusan dari Ketua Jabatan aku dan Alhamdulillah aku dapat respon yang positif.

Masa tue aku berdepan seminggu yang mendatang dalam keadaan terpaksa tinggal kerja-kerja aku di pejabat seperti :-
1. 26.07.2022 sepatutnya tarikh untuk aku submit dokumen tender disebabkan aku person incharge bagi tender di pejabat aku.
2. 27.07.2022 tarikh sepatutnya aku pergi ke Mesyuarat Hal Ehwal Hartanah di Melaka termasuk lawatperiksa beberapa tanah yang menjadi 'isu' di peringkat pengurusan.
3. Minggu tue juga aku dilantik jadi penceramah bagi Perlindungan Insurans Kenderaan untuk kakitangan di zon utara.
4. 01.08.2022 tarikh aku dipanggil untuk temuduga bagi perjawatan baru yang membolehkan aku untuk bertukar angin ke bidang lain dari bidang Hartanah yang menjadi 'kelebihan' aku sekarang.

Setelah berfikir panjang, aku pilih 'abah' aku sebagai keutamaan dan aku yakin untuk urusan kerja pasti dapat dilapangkan dan dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak / staff yang lain. Dan aku yakin, rezeki Allah ada dimana-mana.

Petang tue juga aku terus beli tiket bas 'Sani Express' bagi slot jam 10.00pm (asalnya aku nak beli tiket flight, tapi apps Air Asia aku tak dapat masuk atau tiket ETS tapi masa yang hampir sama jam 10.00pm tetapi harga yang sekali ganda dgn tiket bas). Selepas beli tiket, aku terus ke dobi utk cuci pakaian-pakaian aku dan terus mintak tolong sahabat aku, Adam untuk hantarkan aku ke Terminal Selatan Bersepadu (TBS).

Masa berada di dalam bas, mama aku call dua kali sebab tak dapat lelap disebabkan teringat abah aku. Masa tu, waris tak dapat melawat abah aku yang keseorangan di Wad Pemantauan Unit Kecemasan. Waris hanya dapat hantar makanan/pakaian setakat di meja pengawal saja tanpa diberi kebenaran untuk masuk ke dalam.

Aku sampai di Terminal Bas Shahab Perdana Alor Setar sekitar jam 3.40 pagi dan Abang & Mama aku datang pickup aku. Dalam perjalanan pulang ke rumah, suasana dalam kereta sayu saja sebab masing-masing senyap saja.

Sekitar jam 7.30pagi, aku, adik perempuan, mama dan kakak aku bersiap untuk pergi ke HSB untuk 'mencuba nasib' melawat abah aku, selepas beberapa kali, pihak doktor hanya benarkan aku sahaja untuk masuk berjumpa dengan abah aku. Waktu kt dalam Wad Pemantauan Unit Kecemasan tue, aku dapat lihat keadaan abah aku lemah sangat, dengan kurus, mesin oksigen masih dipakai abah aku. Aku tahan saja air mata aku dan cuba bersembang dengan abah aku untuk tahu keadaan abah aku.

Kesempatan tue juga aku tanya kat doktor yang bertugas untuk tahu keadaan sebenar abah aku semasa tu. Doktor maklum, abah aku :-
1. Masih perlukan alat bantuan penafasan oksigen. Disebabkan kalau tak pakai alat tue, oksigen abah aku drop sampai ke paras 93. 
2. Ada jangkitan paru-paru dan perlukan pemantauan Doktor Pakar.
3. Penat lelah / asma abah masih ada dan perlukan pemantauan doktor.
4. Abah masih batuk-batuk, ada sedikit selsema tapi masa tue keputusan CPR abah masih belum keluar.
5. Darah putih abah tinggi. Masa nie aku tak berapa clear ketika dengar penjelasan dari doktor.
6. Doktor maklum mungkin ditempatkan di wad ni selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad Hemodialysis di Hospital Alor Setar (mengikut kekosongan katil di sana).

Masa tue aku, abang dan adik perempuan aku ada berbincang untuk buat semakan ke hospital untuk tukarkan abah ke Wad Kelas Pertama disebabkan aku dan abang aku adalah penjawat awam dan abang aku sekarang nie dah Gred DG44. Tapi pihak hospital maklum utk wad yang rawat abah takdak kelas pertama or kelas kedua, just ada satu sahaja iaitu di Hospital Alor Setar.

Selepas berjumpa abah, aku dan yg lain balik ke rumah disebabkan tengahari tue, kakak dan abang ipar aku akan balik ke Ipoh semula. Petang tue, aku dan adik perempuan aku pergi ke hospital sekali lagi untuk lawat abah aku tapi sekali lagi hanya aku sorang sahaja dibenarkan masuk atas kebenaran doktor yang bertugas merawat abah aku. Masa tue aku hantar mee goreng mamak kegemaran abah aku. Aku ada bagitau kat abah untuk makan biar cepat sihat sikit. Insyaallah...

Malam tue sekitar jam 2.10 pagi 25.07.2022, aku dapat panggilan dari hospital yang mengatakan abah aku akan dipindahkan ke Hospital Alor Setar menaiki ambulans dan aku bagitau kat pihak hospital yang aku ambik maklum. Selepas tue terus aku bagitau kat mama dan adik perempuan aku.

Pagi tadi sekitar jam 8lebih aku dan adik perempuan aku bersama anak buah aku sorang, Firash ke Hospital Alor Setar untuk melawat abah aku dan Alhamdulillah, kami berpeluang untuk berjumpa dengan abah dan dapat berjumpa dengan doktor yang merawat abah. Doktor maklum yang dorang dah ambik sample darah abah, dah buat xray dan beberapa lagi dan semuanya stabil cuma doktor perlukan beberapa hari lagi untuk melihat dan memantau abah aku.

Selepas berbincang dengan adik perempuan aku, kitorang decide utk adik aku stay dengan abah di wad sebagai penjaga dan aku pulang ke rumah untuk bawak mama aku ke hospital semasa 'time' yang dibenarkan pelawat masuk.

Sekitar jam 1lebih, keadaan aku dan mama aku ada sedikit demam dan aku terus ke farmasi utk buat RTK dan Alhamdulillah, aku dan mama aku negatif. Cuma masih terasa demam, sakit kepala dan lenguh2 badan. Masa tue adik lelaki aku datang hantar makanan ke rumah untuk mama dan terus ke hospital utk hantar makanan ke abah dan adik perempuan aku di hospital. Abang aku pulak ke Klinik Kesihatan Langgar untuk temujanji dengan doktor di sana 

Petang tue aku bawak mama aku ke hospital dan masa tue la aku baru tahu yang aku sorang saja yang dapat berjumpa dengan abah aku sepanjang abah berada di HSB sebelum nie yang aku ingatkan aku orang terakhir yang dapat jumpa abah. Then masa tue jugak la aku faham kenapa mama menangis sebab hampir 2 hari tak berjumpa dan tak dapat nak lihat keadaan abah secara dekat.

Petang tue juga abah aku bagitau untuk aku balik ke Kuala Lumpur untuk hadir ke sesi interview. Mama aku pun bagitau benda yang sama masa tue, dan aku start jadi serba salah sebab aku berat hati nak tinggalkan abah dan mama. Waktu mama dan abah kat wad, aku tengok keadaan abah semakin ceria dan nampak sedikit sihat dan mama pun yang masa tu kt wheelchair pun masih mampu senyum dan suapkan makanan untuk abah. 

Sekarang nie sekitar jam 2.15pagi 26.07.2022 aku masih mengarang entry ini sebagai perkongsian betapa aku sangat sayang pada abah dan mama aku. Abah dan mama menjadi keutamaan aku buat masa sekarang. Aku ingat lagi, sehingga ke hari ini, aku tak pernah melawan cakap dan ikut sahaja kehendak abah dan mama aku tanpa sebarang bantahan. Kalau abah dan mama bagitau nk makan KFC, aku terus transfer duit suruh adik aku belikan KFC untuk abah dan mama aku dan semuanya lah. Alhamdulillah sebab aku percaya dengan keberkatan dan doa abah mama yang tiada hijab kepada Sang Pencipta dan paling aku yakin adalah rezeki Allah Taala.

Sekarang abah masih di hospital dan aku amat-amat mengharapkan Allah beri kesembuhan pada abah aku. Sebagai aku sekarang jadi sedikit fobia kalau dapat tahu ahli keluarga terdekat masuk ke hospital disebabkan sebelum nie, arwah Mak Su (Allahyarhamah Wan Rosni Wan Ali) meninggal selepas beberapa berada di wad dan arwah Pok Yar (Allahyarham Sariah Mat Ali) pun meninggal selepas sehari berada di hospital.

Aku masih perlukan abah sebagai kekuatan untuk kehidupan aku yang mendatang, aku masih perlukan kasih sayang abah, aku masih nak tengok senyuman abah ketika videocall, aku rindu keadaan abah akan kejukan aku waktu bulan puasa untuk bersahur, aku rindu abah sebab abah satu-satunya insan yang akan hantar aku ke station bas/airport/station KTM semasa aku nak pulang ke Kuala Lumpur. Paling aku sedih, sewaktu aku sampai ke Alor Setar pada pagi 24.07.2022, yang datang ambik aku bukannya abah seperti kebiasaan sebelum nie. Aku sedih sangat tapi aku tak tunjuk kesedihana aku depan abah dan mama. Padahal dalam hati, aku sedih dan menangis sentiasa bila teringat abah dan mama.

Nie aku kongsikan sekeping gambar keadaan abah aku petang tadi di Hospital Alor Setar.

Aku mengharapkan semua kenalan dan pembaca blog aku untuk sentiasa doakan kesembuhan buat abah aku. Doakanlah dengan doa yang baik-baik. Aku juga sentias mendoakan kesihatan yang baik untuk abah aku.

Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada saudara mara, sahabat2, kawan2, rakan sekerja, dan semuanya yang whatsapp, call dan tanyakan khabar / perkembangan abah aku dan yang mendoakan untuk abah aku. Hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalasnya. Insyaallah... Amin...

Sampai sini saja perkongsian aku. 

Wallahua'lam...

WMHMY
Alor Setar, Kedah
26.07.2022
02:27 pagi

Monday, July 11, 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Bertemu kita sekali lagi ke blog aku untuk entry yang seterusnya, cuma untuk entry kali nie, aku nak kongsikan serba sedikit keterujaan aku ketikamana berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 baru-baru ini.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2022

Wahhh... Aku sangat-sangat teruja ketikamana semakin menghampiri ke tarikh 03 Jun 2022 dimana suatu pesta yang aku telah lama tertunggu-tunggu akan berlangsung selepas aku kecewa tak dapat hadiri Kuala Lumpur Alternative Book Festival 2022 pada 24-27 Februari 2022 disebabkan ketika itu aku masih ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur akibat Positif Covid-19.

Pesta tersebut adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di PWTC bermula 03 hingga 12 Jun 2022 melibatkan ratusan reruai pempamer dan penerbit buku hadir untuk berkongsi kepelbagaian buku-buku keluaran terkini yang sentiasa menjadi suatu acara yang dinantikan oleh semua.

Sepanjang 10 hari berlangsung pesta buku tersebut, aku telah hadiri hampir 5 hari untuk bersama-sama memeriahkan pesta buku tersebut untuk mencari, membelek dan meneliti buku-buku yang aku ingin beli dan seterusnya mendengar perkongsian dari para penulis. Inilah peluang terbaik untuk aku melihat secara dekat para penulis buku yang pelbagai latar belakang.

Aku sangat teruja melihat kepelbagaian genre buku terutamanya buku-buku terjemahan, buku-buku kritikan berkaitan politik, buku-buku biografi / autobiografi dan sebagainya lagi. Ada beberapa penerbit buku yang menjadi perhatian aku iaitu Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), The Biblio Press, Patriots Publishing, Ilham Books, UPNM Press, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan sebagainya lagi.

Aku berhabis hampir RM700 untuk mendapatkan hampir 38 buah buku dan kebanyakannya buku yang dibeli adalah genre yang aku nyatakan tadi termasuklah beberapa buah fiksyen terbitan Biblio Press, Fixi & Patriots Publishing.

Nie antara sebahagian buku yang aku beli sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 berlangsung...

Paling best semestinya dapat bertemu dengan para penulis buku yang bagi aku ianya adalah satu peluang yang perlu aku sebagai pembaca buku meraikannya dan mendekati para penulis terutamanya apabila sesetengah daripada mereka mempunyai ruang masa untuk membuat perkongsian serba sedikit mengenai buku-buku tulisan mereka.

Aku juga berkesempatan untuk mendapatkan tandatangan YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi buku 'Cerita Kak Wan' iaitu satu buku biografi mengenai beliau dan YB DS Anwar Ibrahim untuk buku biografi beliau yang bertajuk 'Anwar Ibrahim : Dari Cherok To'Kun ke Kuala Kangsar'.

Aku bersama YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail utk buku 'Cerita Kak Wan' di reruai Akademi Jawi Malaysia...

Aku bersama YB DS Anwar Ibrahim utk buku 'Anwar Ibrahim: Dari Cherok To'Kun ke Kuala Kangsar'...

Selain itu, aku juga berkesempatan untuk mendapatkan tandatangan dari TS Nazir Razak bagi buku 'Di Sebalik Nama', YB TS Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Biografi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideologi & Pemimpin), YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Dr Maszlee Malek, YB Syed Saddiq, YB Amin Ahmad, Ariff Adly, Ayman Rashdan Wong, Ninot Aziz, Awan Wafdan, Aliff Mustafa, Dali Fazuri, Ariff Azami Hussein, Wan Khuzairi, Pak Latif Talib, Helmi Affendy, Dato Mohd Rani Abdul Rashid dan lain-lain lagi. 

Aku bersama YB TS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang & Ustazah Asma Harun utk buku Tuan Guru di reruai Pustaka Permata Ummah...

Aku bersama TS Nazir Razak utk sesi Meet & Greet Buku Di Sebalik Nama di reruai Karangkraf...

Aku bersama YB Dr Maszlee Malik di reruai Kedai Maszlee Malik... Sempat aku dapatkan sign Dr utk buku Be Eshme Elohim, Generasi Yang Hilang & Memori Bukan Memoir... 

Aku bersama YB Amin Ahmad iaitu penulis buku 'Anwar Ibrahim: Dari Cherok To'Kun ke Kuala Kangsar'...

Aku bersama YB Syed Saddiq sempena pelancaran buku 'Muda Sudah Mula'. Aku turut berkesempatan utk membeli buku tersebut dan mendapatkan tandatangan dari beberapa penulis buku ni termasuk YB Syed Saddiq...

Aku bersama Dato' Mohd Rani Abdul Rashid, penulis buku Pertempuran Di Hutan. Sempat berborak panjang dengan Dato' bilamana Dato' berkongsi beberapa perkara yang diluar dari buku tersebut...

Aku bersama Saudara Ayman Rashdan Wong, penulis buku genre politik...

Aku bersama YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa, penulis buku 'Membumikan Rahmatan Lil Alamin : 22 Bulan Pentadbiran Islam di Putrajaya'...

Aku bersama Saudara Aiman Hakim, penulis buku 'Titanic di Hujung Jari'...

Aku bersama Pak Latif Talib, penulis novel Sejarah. Aku sempat beli buku Mahatma Gandhi di reruai Pak Latif...

Aku bersama Ustaz Adnin Roslan...

Aku bersama Saudara Arif Jawa, penulis buku 'Muhammad : Dakwah dan Diplomasi'...

Aku bersama Saudara Waqqas Zulfiquer, penulis buku 'Kitab Tamadun Jepun'...

Aku bersama Saudara Ariff Azami Hussein, penulis buku 'Peguam Kriminal' dan buku 'Peguam Kriminal Extended'...

Aku bersama Saudara Rahman Imuda, penulis buku 'Politik Sarkis'...

Aku bersama Saudara Ariff Adly, penulis novel fiksyen 'Unbox'...

Aku bersama Saudara Aliff Mustafa, penulis novel fiksyen 'Puteri Bunian Bulan'...

Aku bersama Puan Ninot Aziz, penulis buku 'Lipur Lara Nusantara'...

Aku bersama Saudara Awan Wafdan, penulis buku 'Hikayat Adiwangsa Lasykar'...

Aku bersama Saudara Dali Fazuri, Penterjemah Buku '20,000 Leagues Under The Sea' - 20,000 Farsakh Di Bawah Samudera...

Aku bersama Saudara Haffez Amin, penulis novel Prebet Sapu, Saudara Muzzamer Rahman (Pengarah Filem Prebet Sapu) dan Saudari Lim Mei Fen (Pelakon Utama Filem Prebet Sapu)...

Apa yang best kali ni, aku berpeluang memenangi Baucer RM50 di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka disebabkan aku berjaya menjawab soalan kuiz spontan yang diadakan di reruai tersebut dan satu set cenderahati dari Perpustakaan Negeri Selangor disebabkan aku menang kuiz online yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya pesta buku tersebut. Terima kasih DBP dan Perpustakaan Negeri Selangor!

Baucer RM50 yang aku dapat dari reruai Dewan Bahasa dan Pustaka...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
11 Julai 2022

Sunday, July 10, 2022

PERODUA Malaysia Masters 2022...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan sekali lagi ucapan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' buat semua Umat Islam dan para pembaca blog saya. Mendoakan semoga kita semua mendapat keberkatan dalam meraikan ibadah korban untuk tahun ini... Insyaallah... Amin...

PERODUA MALAYSIA MASTERS 2022

PERODUA Malaysia Masters 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi, dimana kita sendiri dapat saksikan kehebatan finalis dalam mempersembahkan persembahan yang sangat menarik di Court 1, Axiata Arena Bukit Jalil.

Tahniah buat para pemenang untuk kali ini iaitu :-
i. Men's Single : Chico Aura Dwi Wardoyo 🇮🇩
ii. Women's Single : An Se Young 🇰🇷
iii. Men's Double : Fajar Alfian & Rian Ardianto 🇮🇩
iv. Women's Double : Chen Qing Chen & Jia Yi Fan 🇨🇳
v. Mixed Double : Zheng Si Wei & Huang Ya Qiong 🇨🇳

Sejujurnya, 2 kali aku hadiri ke Axiata Arena Bukit Jalil untuk memberi sokongan penuh kepada Team Malaysia dan beberapa pemain dunia ternama pada 6 & 7 Julai untuk seat Premium 307 dengan harga tiket RM60 + RM80. 

Apa yang mengejutkan aku adalah Viktor Axelsen 🇩🇰 & Lee Zii Jia 🇲🇾 tarik diri untuk PERODUA Malaysia Masters 2022, dimana aku sekali lagi teruja sebenarnya nak lihat persembahan dorang di Axiata Arena selepas PETRONAS Malaysia Open 2022 minggu lepas.

Lebih menyedihkan, beberapa pemain dunia tewas di peringkat awal (Round 1) seperti Jonathan Christie 🇮🇩 , Goh Sze Fei & Nur Izzuddin 🇲🇾 dan Kunlavut Vitidsarn 🇹🇭 yang menarik diri 'katanya' disebabkan positif Covid-19.

Lebih menyedihkan lagi, beberapa pemain yang aku sokong tewas diperingkat seterusnya seperti Ng Tze Yong 🇲🇾 (tewas di Round 2), Kento Momota 🇯🇵 (Round 2), Dechapol Puavaranukroh & Popor Sapsiree Taerattanachai 🇹🇭 (Round 2), Anthony Sinisuka Ginting 🇮🇩 (Quaters Finals), Akane Yamaguchi 🇯🇵 (Quaters Finals), Ratchanok Intanon 🇹🇭 (Quaters Finals), Takuro Hoki & Yugo Kobayashi 🇯🇵 (Quarters Finals).

Apa-apa pun, aku tetap meneruskan untuk terus menonton persembahan di peringkat Semi-final dan Finals. Dan tadi terlerai sudah dengan keputusan yang agak mengejutkan untuk beberapa kategori terutamanya Men's Single & Men's Double.

Untuk events kali nie, aku sangat berpuas hati apabila turut berkesempatan untuk mencuba pelbagai aktiviti di sekitar Axiata Arena termasuklah sesi Meet & Greet bersama Ratchanok Intanon 🇹🇭 di HSBC Booth.

aku bersama Ratchanok Intanon 🇹🇭

Dan lebih menarik, replika Kereta Myvi (toys) juga diberikan kepada aku dan yang paling best, aku dapat 5 jenis warna iaitu Putih, Hitam, Kelabu, Merah dan Purple. Terima kasih buat Perodua.

Insyaallah, jika ada peluang lagi di masa akan datang, aku tetap menyokong penuh aktiviti seperti ini diadakan di Malaysia untuk orang awam seperti aku dapat menyaksikan perlawanan bertaraf dunia di bumi Malaysia.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang perlawanan berlangsung.


Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari saya,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
10 Julai 2022

Konsert Minggu Ini - Legenda Noraniza Idris...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Keluarga Malaysia...

Aku baru menghabiskan beberapa bab buku Kitab Tamadun Jepun tadi dan sesekali menonton tv di malam Raya Aidiladha ini disebabkan aku hanya bersendirian di rumah di Kuala Lumpur.

Hidup bujang seperti ini kadang kala penuh kesunyian dimana berjauhan dengan mama abah, adik-beradik aku. Apa nak buat, jodoh belum berkunjung tiba. Usaha tetap diteruskan tapi apakan daya, masih belum berjaya. Semuanya tewas di pertengahan jalan.

Tambah pula, bila satu persatu komitmen aku semakin hari semakin meningkat terutamanya dalam meneruskan kehidupan yang sedia ada, kadangkala membuatkan aku hanya memfokuskan satu perkara sahaja iaitu Kerja dan Hobi. Itu saja! Tapi harap semua pembaca blog aku dapat mendoakan agar dipermudahkan segala urusan aku untuk bertemu dengan jodoh aku. Insyaallah...

KONSERT MINGGU INI - LEGENDA NORANIZA IDRIS

Pada bulan Mac lalu atau secara tepatnya lagi pada 26.03.2022 yang lalu, aku berpeluang untuk mengikuti dan menonton siaran / secara langsung Konsert Minggu Ini - Legenda Noraniza Idris di Auditorium Angkasapuri RTM setelah hampir 2 tahun lebih aku tak pergi mana-mana konsert disebabkan Pandemik Covid-19. 

*Sebenarnya, entry kali ni dah dibuat sehari selepas konsert tersebut tetapi hanya disimpan di 'draft' sahaja disebabkan belum berkesempatan untuk menulis secara menyeluruh. So, kebetulan malam nie agak free, so aku habiskan menulis untuk entry kali ni.

Apa yang aku boleh katakan adalah 'WOW' dan aku sangat-sangat berpuas hati dengan persembahan hebat dari Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dengan barisan lagu yang semuanya menjadi kegemaran aku. Boleh kata setiap lagu yang dinyanyikan oleh Kak Ani mampu aku ikut seiringan disebabkan aku tahu setiap bait-bait lirik bagi lagu-lagu yang diperdendangkan.

Sejujurnya, aku antara peminat dan pendengar setia lagu-lagu Irama Malaysia terutamanya lagu-lagu yang didendangkan oleh Kak Ani. Aku ada semua Album-Album Fizikal Kak Ani yang original bermula dengan Ala Dondang (1997), Masyhur (1998), Seri Balas (1999 Partner dengan DS Siti Nurhaliza), Bekaba (1999), Iktiraf (2000), Aura (2002), Sawo Matang (2004) & Cintaku Satu (2010). Semua Album nie masih aku simpan dengan baik.

Apa yang menariknya adalah lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Kak Ani adalah lagu-lagu yang aku suka seperti Hatinya Tak Tahan, Manira, Dikir Puteri, Hati Kama dan pelbagai lagu lagi. Semuanya masih segar dan yang penting persembahan Kak Ani sentiasa memukau.

Jarang sebenarnya untuk aku berpeluang untuk melihat secara dekat sebuah konsert yang satu-satunya memfokuskan kepada figura hebat dalam muzik Tradisional / Irama Malaysia iaitu Noraniza Idris secara percuma. Dan peluang seperti ini seharusnya diraikan oleh para peminat seperti aku.

Sebelum nie, aku pernah untuk pergi ke Konsert Sawo Matang Special Showcase Noraniza Idris di MATIC pada 12-14 April 2019 tetapi tarikh semasa event tue berlangsung tidak bersesuaian dengan jadual aku. So, aku terlepas untuk menyaksikan persembahan hebat dari Kak Ani untuk showcase tersebut.

Sekarang, aku dapat tahu bahawa kemungkinan besar Kak Ani akan membuat satu konsert terbesar beliau, katanya di Istana Budaya. Insyaallah, aku mesti dan akan hadir untuk konsert yang jarang kali dibuat oleh Kak Ani di pentas sebesar Istana Budaya kerana aku percaya bahawa persembahan Kak Ani pasti penuh dengan kemeriahan yang sesekali membuatkan aku mendapat kepuasan yang semaksima yang mungkin dengan alunan muzik yang penuh dengan elemen budaya tradisi, ditambah dengan lenggok suara Kak Ani yang memukau serta gerak tari persembahan para penari yang penuh dengan kemeriahan.

Apa-apa pun, yang penting aku berpeluang untuk bertemu secara dekat dan bergambar dengan Kak Ani setelah berakhirnya konsert tersebut. Jom aku sharekan gambar tersebut.


Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
27.03.2022 & 10.07.2022

PETRONAS Malaysia Open 2022 - Part 1

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Bertemu kita semua sekali lagi di entry aku yang tak seberapa nie. Esok bergembiralah semua untuk meraikan Hari Raya Aidiladha dan aku semestinya seperti tahun-tahun sebelum ni, akan terus menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja.

Seminggu dua ni aku agak sibuk dengan kerja-kerja di ofis terutamanya apabila aku bertanggungjawab untuk uruskan urusan perolehan yang memerlukan banyak step sehinggalah proses tersebut selesai.

Sehari dua sebelum nie, badan terasa macam nak demam, pening kepala, muntah2 dan macam-macam lagi la sehinggalah semalam aku ke Klinik untuk rujuk kepada Doktor dan awalnya doktor syak Covid-19 atau Demam Denggi, so aku buatlah RTK di situ dan buat ujian Darah dan Alhamdulillah, keputusannya semuanya negatif dan doktor suruh aku banyakkan berehat dan elakkan ke tempat-tempat yang sesak.

Untuk entry kali ni, aku nak berkongsi sedikit pasal event Antarabangsa yang sempat aku hadiri iaitu tak lain dan tak bukan, PETRONAS Malaysia Open 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 28 Jun hingga 3 Julai 2022. Maybe next entry, aku akan kongsikan pulak mengenai PERODUA Malaysia Masters 2022.

PETRONAS MALAYSIA OPEN 2022

Ini kali kedua aku berkesempatan untuk melihat secara dekat sukan Badminton bertaraf dunia / Antarabangsa. Sebelum ini aku hanya berkesempatan menonton secara live semasa SEA Games Kuala Lumpur 2017. 

Sebaiknya aku ucapkan TAHNIAH terlebih dahulu kepada Viktor Axelsen (Denmark 🇩🇰) yang memenangi Men's Single Game, Ratchanok Intanon (Thailand 🇹🇭 , Women's Single Game), Takuro Hoki & Yugo Kobayashi (Japan 🇯🇵 , Men's Double Game), Apriyani Rahayu & Siti Fadia Silva Ramadhanti (Indonesia 🇮🇩 , Women's Double Games) dan Zheng Siwei & Huang Yaqiong (China 🇨🇳, Mixed Double Game).

Ikut kepada yang aku sokong semasa Finals adalah :-
i. Men's Single : Kento Momota 🇯🇵
ii. Women's Single : Ratchanok Intanon 🇹🇭
iii. Men's Double : Takuro Hoki & Yugo Kobayashi 🇯🇵
iv. Women's Double : Apriyani Rahayu & Siti Fadia Silva Ramadhanti 🇮🇩
V. Mixed Double : Dechapol Puavaranukroh & Popor Sapsiree Taerattanachai 🇹🇭

Tapi tak semualah yang 'menang' 😅. Tapi semuanya jadi satu kepuasan apabila dapat tengok secara dekat aksi mereka semua di court yang sememangnya tak semua orang berpeluang untuk menonton secara live seperti ni. Satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan.

Apa yang best kali ni, aku berpeluang melihat secara dekat aksi ketangkasan pemain-pemain Badminton bertaraf dunia yang hadir untuk bersaing dalam PETRONAS Malaysia Open 2022 setelah 2 tahun dibatalkan disebabkan Pandemik Covid-19.

Aku berkesempatan hadir ke sana untuk beberapa hari dan sempat la melihat secara dekat di seat Premium 306, Lower 302 & VIP 319. Beratus jugak la berhabis semata-mata untuk memberi sokongan kepada team Malaysia dan beberapa Badminton Player yang aku minat. Belum bercerita lagi soal beli Jersey Player, makan minum dan semuanya la 😅😅😅

Aku sedikit terkilan la sebab Team Malaysia tak dapat masuk ke Final terutamanya Lee Zii Jia yang tewas di Round 2 dan Ng Tze Yong yg tewas di Round 1. Tapi sedikit kelegaan apabila melihat 2 team Malaysia berjaya ke Semi-final iaitu Goh Sze Fei & Nur Izzuddin dan Aaron Chia & Soh Wooi Yik. Teruskan berusaha di Perodua Malaysia Masters 2022 pulak. Insyaallah...

Melalui sukan Badminton ni, banyak jugak la kenalan baru yang aku dapat sepanjang berlangsungnya event nie dan paling best, ramai sangat Malaysian Berbangsa Cina yang sporting dan 'masuk' kepala dengan aku ketikamana memberi sokongan, menjerit dan paling best kami semua berpeluang untuk bertemu dan bergambar bersama bintang-bintang utama Pemain Badminton Dunia.

Aku sebenarnya sangat-sangat excited untuk melihat secara dekat beberapa pemain badminton dari Malaysia, Indonesia, Japan, Denmark & Thailand. Paling aku teringin nak jumpa adalah Lee Zii Jia 🇲🇾, Kento Momota 🇯🇵 , Ratchanok Intanon 🇹🇭 , Viktor Axelsen 🇩🇰 & Jonathan Christie 🇮🇩. Dan Alhamdulillah, aku berpeluang berjumpa dengan dorang kecuali Lee Zii Jia & Viktor Axelsen.

Selain dari dorang, ramai jugak la aku berkesempatan untuk berjumpa dan bergambar dengan dorang seperti Kenta Nishimoto 🇯🇵, Takuro Hoki 🇯🇵, Yugo Kobayashi 🇯🇵, Chiharu Shida 🇯🇵, Carolina Marin 🇪🇸 , Tai Tzu Ying (Chinese Taipei), Mohammad Ahsan 🇮🇩 , Chen Qing Chen 🇨🇳 , Yang Po Han (Chinese Taipei), dan ramai lagi. Tak silap aku, lebih dari 60 orang yang aku sempat bergambar 😅

Dalam event nie juga, terdapat sub-event di sebelah Axiata Arena iaitu Malaysian Festival 2022 iaitu Food Streets , Interactive Games & Stage Performance. Di sini lah aku jumpa beberapa pemain badminton Malaysia seperti Siti Nurshuhaini , Wan Arif Junaidi, Muhammad Haikal dan lain-lain lagi.

Jom aku sharekan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan semasa berpeluang untuk berjumpa dan bergambar dengan bintang-bintang Badminton Dunia ini yang berjaya masuk ke Semi-final dan Final untuk PETRONAS Malaysia Open 2022.

Aku bersama Kento Momota 🇯🇵 Ranking Ke-2 Dunia dan 1st Runner-up utk Petronas Malaysia Open 2022 - Men's Single

Aku bersama Jonathan Christie 🇮🇩 Raking ke-8 Dunia...

Aku bersama Kunlavut Vitidsarn 🇹🇭 Ranking ke-18 Dunia...

Gambar-gambar yang lain, aku akan postkan untuk entry yang seterusnya nanti... Insyaallah... :)

Berbalik kepada event nie, aku sebenarnya sangat-sangat teruja apabila berkesempatan lagi untuk menyertai / menghadiri event seperti ini yang bagi aku satu peluang kepada aku untuk melihat secara dekat dan menyumbang sebagai penyokong kepada skuad Negara dalam sukan Badminton ini.

Walaupun aku kurang bermain Badminton (sebab aku lebih reti bermain dan selalu bermain sukan Tenis), tapi aku sentiasa menonton sukan Badminton nie semasa Piala Thomas, Piala Uber, Olympic dan sebagainya lagi. Sukan Badminton nie antara lain menjadi satu semangat perpaduan buat kita semua dalam menyokong skuad Negara yang semakin hari semakin ke depan. Insyaallah.

Apa-apa pun, sebelum aku tutup entry aku kali ini. Aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidiladha' buat semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Untuk Finals PERODUA Malaysia Masters 2022, antara ramalan dan sokongan aku adalah :-

i. Men's Single : Chico Aura Dwi Wardoyo 🇮🇩
ii. Women's Single : An Se Young 🇰🇷
iii. Men's Double : Mohammad Ahsan & Hendra Setiawan 🇮🇩
iv. Women's Double : Nami Matsuyama & Chiharu Shida 🇯🇵
v. Mixed Double: Rinov Rivaldy & Pitha Haningtyas Mentari 🇮🇩

So, kita tunggu esok!

Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
10 Julai 2022