Salam Sejahtera...
Salam Keluarga Malaysia...
Lama sebenarnya kita semua tak bersua selepas entry terakhir aku tahun nie adalah ketikamana aku ditahan di Hospital Kuala Lumpur akibat Positif Covid-19. Alhamdulillah, keadaan semakin baik tetapi masih rasa kepenatan, semput dan sebagainya lagi.
Minggu nie pada 14-16 Jun 2022, aku berpeluang mengikuti satu kursus di Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu Kursus berkaitan dengan pengurusan kontrak. Disebabkan banyak kerja-kerja aku berkaitan dengan urusan kontrak, maka aku dipilih untuk menghadiri kursus tersebut.
THE AMAZING RACE PUSAT KHIDMAT ADUN BANDAR UTAMA EDITION
Semalam (18 Jun 2022), aku berpeluang untuk menyertai The Amazing Race Pusat Khidmat ADUN Bandar Utama Edition buat pertama kalinya untuk Tahun 2022 ini bersama dengan sahabat-sahabat aku.
Yuran penyertaan tidaklah terlalu tinggi tetapi penganjuran telah memulangkan semula yuran penyertaan itu kepada para peserta disebabkan ianya hanya sekadar cagaran sahaja sebagai komitmen dari para peserta.
Sejujurnya, aku sangat-sangat berpuas hati dengan aktiviti seperti ini yang diadakan dengan sangat baik, mengujakan dan agak mencabar. Aktiviti ini diadakan secara berkumpulan (3 orang).
Program bermula sekitar jam 9.45pagi di Dewan Serbaguna Damansara Utama Seksyen 21. Perjalanan aktiviti adalah menerusi penyelesaian task yang terdapat di dalam apps yang disediakan oleh pihak penganjur.
*Untuk kali nie, aku berkumpulan dengan Adam Suffian & Izwan. Sebenarnya Izwan menggantikan Hazim yang kemalangan baru-baru ini dan dikhabarkan Hazim masih lagi di hospital sehingga ke hari ini. Sama-samalah kita mendoakan agar Hazim kembali pulih dan sembuh seperti sedia kala.
Antara task yang perlu diselesaikan adalah :-
1. Task melibatkan makanan & minuman dimana peserta perlu mencari kedai makan yang jual Roti Canai dan Cendol. Peserta perlu bergambar sambil makan roti canai dan cendol tapi kumpulan aku hanya berjaya selesaikan task roti canai sahaja 😅 ;
2. Task melibatkan lakonan dimana para peserta perlu melakonkan babak lamaran perkahwinan di Sky Park The Starling Mall dan babak Titanic yg berlatarbelakangkan lagu 'My Heart Will Go On' di Laman MBPJ ;
3. Task melibatkan gambar di beberapa mural yang terdapat di sekitar Petaling Jaya, signage Bandar Utama dan beberapa lagi yang sememangnya agak mencabar untuk mencari terutamanya apabila kami ini bukan penduduk asal di sana ; dan
4. Beberapa task lain yang memerlukan kami membuat video boomerang, baby shark dan lain-lain lagi.
Apa yang bestnya, aktiviti ini melibatkan kepelbagaian bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Aku suka suasana seperti ini disebabkan masing-masing enjoy, happy go lucky dan semestinya yang paling penting adalah semuanya ramah dan tak sombong.
Apa-apa pun, kumpulan aku berjaya berada di kedudukan ke-5 (dari 9 kumpulan yang bertanding) dengan kutipan mata sebanyak 141 mata. Ini satu keputusan yang munasabah dan kami berpuas hati.
Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur terutamanya Pusat Khidmat ADUN Bandar Utama, YB Jamaliah Jamaluddin atas penganjuran aktiviti seperti ini. Saya mengharapkan agar aktiviti seperti diteruskan di masa akan datang.
Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang telah diambil sepanjang aktiviti :)
Mencari mural sekitar Bandar Utama dan Petaling Jaya... |
Antara task yang perlu diselesaikan adalah bergambar berlatarbelakangkan Menara MBPJ... |
Antara mural yang perlu kami cari... |
Roti canai... |
Buat video sambil menari dan menyanyi lagu Baby Shark |
Kebetulan dapat bergambar dengan Juara... |
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com