Thursday, February 24, 2022

Aku Positif Covid-19...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Keluarga Malaysia...

Wahhhh...lama gila kita semua tak bertemu di blog aku yang kian berhabuk nie. Banyak cerita aku nak kongsikan kepada korang sebenarnya tapi aku lebih nak berkongsi mengenai apa yang terjadi semalam...

22 Februari 2022 / 22-02-2022 

Ada apa dengan tarikh tue? Itulah tarikh dimana aku disahkan Positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur.

Semuanya bermula pada awal pagi 22 Februari tue, dimana aku beberapa kali terjaga dari tidur disebabkan rasa macam sesak nafas, pastu dengan sakit perut, sakit dada, muntah2 dan serba tak kena la malam tue.

Sebelum tue, pada 19 Februari 2022 aku dapat maklum dimana rakan sekerja sepejabat dengan aku disahkan Positif Covid-19 dan aku termasuk sebagai salah seorang kontak rapat dan diminta untuk kuarantin kendiri di rumah selama 5 hari bermula 19 Februari (hari Sabtu) dan akan tamat pada 23 Februari (hari Rabu).

Hari Jumaat malam sebelum rakan sekerja saya disahkan positif pada keesokan harinya, aku dah start selsema dan demam. So start malam jumaat tue pun aku dah start ambik makan ubat demam 2 biji (ubat demam dari Hospital).

Sabtu dan Ahad tue aku hanya berkurung di rumah saja walaupun masa tue ada beberapa orang rakan baik aku ajak keluar tapi aku berkeras untuk stay saja kat rumah disebabkan masih dalam tempoh kuarantin.

Malam ahad tue aku dah start rasa sakit perut (cirit-birit), selsema makin teruk ditambah dengan hidung tersumbat, demam turun naik suhu badan, pening-pening kepala then aku hanya ambik panadol saja makan dan check oksigen menerusi Finger Pulse Oximeter dan oksigen aku masa tue sekitar 98-99 dan bagi aku masih lagi okay.

Pagi Isnin tue (21 Februari 2022) aku gi Farmasi terdekat untuk beli Salixium Covid-19 Home Rapid Antigen Test Kit (RTK) sebanyak 2 kotak (untuk aku guna hari tue dan satu lagi untuk digunakan pada hari terakhir tempoh kuarantin yakni hari Rabu).

So, aku buat la test RTK nie di rumah dan keputusannya, aku negatif (nie kali kedua aku buat dalam tempoh kurang 7 hari selepas kali pertama keputusan negatif pada 17 Februari dalam jam 7lebih macam tue selepas aku dapat tahu rakan sekerja searas dengan aku positif dan kebetulan pada hari tue aku naik satu lift dengan dia). Aku punya mind-set semasa tue, maknanya aku masih negatif, so just fokus untuk habiskan tempoh kuarantin aku.

Petang 21 Februari 2022 tue, badan aku jadi terlalu letih secara tiba-tiba dan tak silap aku , aku tertidur dari jam 6 petang sehingga jam 2 pagi aku terjaga disebabkan sesak nafas dan badan dah rasa macam demam panas. Aku bangun, minum air dan makan panadol, pastu aku buat beberapa aktiviti lain untuk hilangkan sakit2 badan seperti membalut buku dan lain-lain.

Pagi 22 Februari 2022, aku dah rasa sangat letih masih lagi muntah-muntah, sakit perut cirit-birit, pening-pening kepala dan macam-macam lagi la, then dalam jam 11 lebih aku buat keputusan nak pegi ke Klinik Swasta (klinik panel kerajaan) untuk ambik ubat demam dan selsema, tapi waktu on the way nak pegi tue, aku pusing laluan mengarah ke bandar Kuala Lumpur dan terus ke Klinik Kesihatan Titiwangsa.

*Sebelum tue dalam jam lebih kurang 10 pagi, aku dapat maklumat yang sorang lagi rakan sekerja aku disahkan Positif Covid-19. Masa tue, aku dah rasa tak sedap hati dah...

Waktu sampai kat situ, aku maklum yang aku rasa macam demam pastu pegawai perubatan yang jaga di pintu masuk utama maklumkan untuk aku ke kawasan Rawatan Demam. Bila aku sampai ke sana, pihak situ maklum untuk saya datang semula sekitar jam 1.50 ptg. Aku dengan keadaan kelaparan tue terus pegi singgah kedai terdekat untuk makan dan minum sementara nak tunggu waktu yang ditetapkan.

Sekitar jam 2 ptg, aku daftar untuk buat rawatan demam dan setelah nama aku dipanggil, aku terus masuk ke tempat rawatan dan dorang terus check suhu aku (time tue suhu badan sekitar 38.6) dan check darah (darah aku tinggi masa tue) serta check oksigen (tak silap aku masa check tue oksigen aku sekitar 92-94).

Then, doctor datang mintak asingkan aku ke satu sudut (time tue dia dah syak aku nie Positif Covid-19) untuk dipakaikan bantuan oksigen di hidung dan dimasukkan air satu botol dalam badan serta doctor maklumkan akan panggil ambulans untuk bawa aku ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya. Dalam hati aku masa tue, aku tak bersedia untuk dikhabarkan yang aku nie Positif Covid-19 disebabkan aku dah lengkap vaksin dan dah ambik dos penggalak (kesemuanya Astra Zeneca).

Waktu sampai saja di Hospital Kuala Lumpur, aku duduk dalam stretcher terus ke tempat rawatan pesakit Covid-19. Aku dipakai alat penafasan oksigen (sebab doctor maklum oksigen aku makin turun), pastu 4 kali dorang cucuk kt bahagian nadi di pergelangan tangan kiri dan kanan untuk diambil sampel darah untuk tujuan mendapatkan paras sebenar oksigen aku.

Pastu aku ditukarkan baju (pakai pakaian pesakit hospital) , then buat ECG & PCG Test (untuk check jantung dan apa entah satu lagi) , pastu buat Polymerase Chain Reaction (PCR Test) untuk tahu status Covid-19, then 3 kali tak silap aku di x-ray dan kali ketiga buat xray tue dari Doctor Pakar Kecemasan, then dia maklum ada sedikit jangkitan kuman di paru-paru aku. 

Pastu aku ditukarkan ke wad Isolation (time tue aku pun tak pasti status aku apa sebenarnya 😅 cuma aku just layankan saja) , kurang dari 30 minit, Doctor Pakar Kecemasan yang rawat aku sebelum nie datang jumpa aku bagitau yang keputusan PCR aku adalah Positif Covid-19 (dua kali aku tanya pada doctor tue, betul ke keputusan tue sebab aku dah buat dua kali Saliva Test di rumah yg keputusannya negatif, tapi doctor kata memang aku confirm negatif dan akan ditempatkan dengan pesakit Positif Covid-19 yang lain.

Pastu ada sorang Polis datang kat depan Wad Isolation tue untuk iring aku (masa tue atas katil) bersama dengan sorang nurse yang menolak katil tue. Semua orang diminta bagi laluan untuk aku disebabkan pesakit Covid-19.

Semasa aku ditempatkan di satu ruangan bersama dengan Pesakit Positif Covid-19 yang lain, sekali lagi tangan aku dicucuk ditempat yang sama di pergelangan tangan untuk diambil sampel darah. Selepas pada tue, aku berpeluang untuk buka phone aku dan call mak ayah aku, adik-beradik aku, boss ofis dan rakan2 sekerja untuk maklumkan yang aku Positif Covid-19 dan sekarang ditahan di Hospital Kuala Lumpur. Pastu sempat aku update di Facebook maklumkan yang aku Positif Covid-19.

Pastu sekali lagi Doctor Pakar Kecemasan datang bagitau kat aku untuk aku maklumkan kat kontak rapat aku untuk start kuarantin di rumah dan buat RTK Test secara kendiri. Pastu doctor maklum yang aku akan dimasukkan ke Wad 4A untuk tempoh pemantaun bagi Pesakit Positif Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur.

Pastu aku naik van untuk ke bangunan wad dan didaftarkan di sini untuk beberapa tempoh bagi pemantauan oleh Doctor dan bila aku sampai di wad ini, dah ada lebih kurang 10-15 orang dah di sini, aku bebas untuk stay di mana-mana bilik dan aku pilih untuk stay dengan kenalan baru aku di sini iaitu Shazrul (umur 18 tahun, dan malam tue adalah malam hari ke-4 dia dh berada di wad ni).

Kesempatan yang ada, aku call housemate aku, Kamarul dan sahabat baik aku, Adam untuk tolong bawakan beberapa helai pakaian, ubat dan berus gigi, towel, makanan (roti-roti dll) dan mineral water disebabkan aku dimasukkan di wad nie secara tiba-tiba, ditambah motor aku masih berada di Klinik Kesihatan Titiwangsa.

Dalam jam 11 lebih malam, Adam dan Kamarul bagitau yang dorang dah letakkan barang-barang aku di aras bawah. Then selepas tue aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat dorang sebab sudi tolong aku. Pastu aku videocall dengan mak ayah aku untuk update keadaan aku di sini.

Malangnya, tiada siapa2 yang dapat bawakan barang-barang aku ke aras 4 untuk diberikan kepada aku. So, aku keluar dan tanya pada pesakit-pesakit lain if dorang ada makanan lebih, sebab aku betul-betul kelaparan. Then dorang bagi biskut, roti, air mineral dan lain-lain lagi.

Malam tue semasa tengah tidur sekitar jam 1 pagi aku terjaga disebabkan rasa macam sesak nafas dan rasa macam nak demam semula, pastu ada doctor datang untuk buat pemantauan dan masa tue check suhu aku masih sekitar 38 dan oksigen aku sedikit menurun ke 91-92. Then dorang masukkan satu lagi botol air ke dalam badan aku dan berikan 2 biji ubat demam dan 1 biji ubat selsema.


Pagi 23 Februari 2022, sekitar jam 8 lebih rasanya, doctor datang buat pemantauan dan suhu aku sedikit turun ke 36.7 dan oksigen aku naik ke 98-99. Dan dalam masa yang sama, doctor maklum yang Shazrul dah boleh balik ke rumah pagi nie. Aku tengok dia dah tersenyum lebar.

Pastu sekitar jam 11 lebih pagi, aku mintak untuk tanggalkan jarum di tangan yang masukkan air tue, tapi doctor tak benarkan untuk cabut terus disebabkan aku masih lagi dibawah pemantauan. Doctor cuma benarkan untuk tanggalkan wayar penyambung sahaja dan jarum di tangan masih kekal sehingga entry ini ditulis.

Jam lebih kurang 1.38 pm, dapat panggilan dari Doctor Sheila untuk update keadaan aku sekarang, dan doctor ada tanyakan beberapa perkara termasuklah aku kontak rapat dari siapa yang positif, aku start dapat simptom bila, di ofis aku amalkan sop ke tak dan macam2 lagi la sehinggalah doctor maklumkan, yang aku mungkin dapat balik ke rumah pada esok pagi (24 Februari 2022) disebabkan hari pertama aku dapat simptom adalah pada hari Jumaat (18 Februari 2022). So dia kira start sabtu (hari pertama), ahad (kedua), isnin (ketiga), selasa (keempat), rabu (kelima) dan khamis dibenarkan untuk pulang ke rumah bagi cukupkan tempoh kuarantin selama 5 hari dan doctor maklum akan berikan MC untuk beberapa hari dan aku dibenarkan untuk masuk semula bekerja pada hari Isnin (28 Februari 2022). Doctor maklum selepas cukup tempoh kuarantin selama 5 hari, aku dah boleh bergerak bebas seperti biasa.

So petang lebih kurang jam 4pm macam tue, doctor datang lagi buat pemantaun dan suhu badan aku masih kekal sekitar 37 dan paras oksigen aku sekitar 95-97 dan doctor berikan ubat seperti biasa dan nasihatkan aku untuk perbanyakkan minum air kosong.

Then aku teruskan saja aktiviti aku di sini dengan membaca buku, menonton movie di phone dan layari media social sehinggalah entry ini ditulis sekitar jam 11.55pm (23 Februari 2022). Sunyi juga sebenarnya bila dah makin kurang orang di wad nie berbanding semalam yang agak meriah dengan pesakit-pesakit lain.

*Update jam 2.15 pagi, doctor datang untuk ambil sampel darah sekali lagi. Hopefully, semuanya okay... Insyaallah

Apa-apa pun, aku sendiri tak jangka akan berjangkit dengan virus Covid-19 nie tapi aku redha saja dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Dan aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat2, kawan2 saya yang mendoakan kesihatan saya dan memberikan kata-kata semangat untuk aku.

Semoga kita semua sentiasa dibawah Rahmat dan Perlindungan Allah dan mendoakan agar kita semua dijauhkan dari penyakit2 seperti virus Covid-19 ini. Insyaallah, amin...

Salam sayang, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
24 Februari 2022
WAD 4A, Bangunan MH, Hospital Kuala Lumpur