Sunday, December 25, 2022

Mitsubishi Electric AFF 2022 - Malaysia VS Laos... ~

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi kt blog aku yang tak seberapa ni. By the way, aku baru balik dari Big Bad Wolf, MIECC tadi. Sempat la beli buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) iaitu Riwayat Politik Suharto dan Jagat Kehidupan dan Pemikiran Einstein. Habis jugak la RM105 untuk dua buku tue sebab aku suka baca buku-buku terbitan IBDE nie 😀

MITSUBISHI ELECTRIC AFF 2022 - MALAYSIA VS LAOS

Tahniah Malaysia di atas kejayaan menumpaskan Laos secara bergaya dimana Malaysia (5) dan Laos (0) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada semalam 24 Disember 2022.

Tahniah kepada Team Harimau Malaya sebab menang bergaya di hadapan para penonton dan penyokong setia Harimau Malaya dengan 5 berbalas 0. Tahniah buat players Harimau Malaya yang menjaringkan gol pada malam tadi, iaitu :-

1. Sergio Aguero - minit ke-29
2. Faisal Halim - minit ke-65 dan 68
3. Haqimi Azim - minit ke-77
4. Stuart Wilkin - minit ke-87

Secara langsung membuatkan kedudukan Kumpulan B berubah dan menjadikan Malaysia di tangga pertama, diikuti dengan Vietnam, Singapore, Myanmar dan Laos. Tahniah Harimau Malaya !

BERTEMU DENGAN PLAYERS HARIMAU MALAYA

Aku sebenarnya sangat-sangat excited bilamana berpeluang untuk bertemu dan bergambar dengan para players Harimau Malaya. Sebenarnya aku teringin sangat nak berjumpa dan bergambar dengan Brendan Gan, Syihan Hazmi, Safawi Rasid dan Kalamullah Al Hafiz. 

Tapi tadi berlaku dengan sangat pantas dan sempat bergambar dengan 6 orang players Harimau Malaya sahaja iaitu Safawi Rasid, Syihan Hazmi, Kalamullah Al Hafiz, Faisal Halim, Khuzaimi Piee dan Lee Tuck. Brendan Gan tak sempat aku nak bergambar sebab masa tue aku ngah bersama dengan Kalamullah 😅

Ok, jom aku sharekan gambar kenangan dengan dorang kt sini 😀😀😍

Aku bersama Syihan Hazmi...
Aku bersama Safawi Rasid...
Aku bersama Kalamullah Al Hafiz...
Aku bersama Faisal Halim...
Aku bersama Khuzaimi Piee...
Aku bersama Lee Tuck...

Goodluck buat team Harimau Malaya untuk perlawanan seterusnya di Hanoi pada Selasa ini menentang team Vietnam. Hopefully, team Harimau Malaya kekalkan momentum untuk terus meraih kejayaan di sana. Insyaallah...

Wallahua'lam...

WMHMY
Setapak, Kuala Lumpur
25 Disember 2022


Monday, November 28, 2022

Karnival #Speedphoria - PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Kebosanan hari nie di rumah sempena Cuti Umum yang diberikan oleh YAB DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena kemenangan beliau mendapat majoriti dalam membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan dalam memimpin Malaysia selepas Pilihanraya Umum Ke-15.

KARNIVAL #SPEEDPHORIA - PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2022

Pada 14 hingga 23 Oktober 2022 yang lalu, PETRONAS telah mengadakan satu Karnival yang dikenali sebagai Karnival #Speedphoria sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 (Motor GP) bertempat di Esplanade KLCC.

Seperti biasa, aku berkesempatan untuk ke karnival tersebut sebanyak 2 kali iaitu pada 15 dan 19 Oktober 2022 sebab aku tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan di sana.

Pada 15 Oktober 2022, aku berkesempatan untuk join beberapa aktiviti seperti Fountain Light Show, GP Simulator, Games dan semestinya Konsert! Paling best adalah Konsert Bunkface yang diadakan secara live di situ.

Aku cuba try GP Simulator... :)

Saja tulis untuk kenang-kenangan...

Aku juga berkesempatan untuk menjawab soalan kuiz yang dibuat oleh penyampai Hot FM iaitu AG dan Ayu, dan masa tue aku memenangi tiket Main Grandstand - PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022.

Konsert Bunkface... 

Sedap lagu-lagu yang Bunkface bawak malam tue...

Aku bersama dengan Sam Bunkface... 😀😀😀

Pada 19 Oktober 2022 yang jatuh tarikh yang sama dengan Birthday aku, aku lebuh teruja ketikamana berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pelumba termasuk Wildcard Rider dari Malaysia.

Jom aku kongsikan beberapa gambar kenang-kenangan bersama mereka.

Aku dah teruja dah masa nie... 

Waktu sesi bergambar...

Event petang tue dihoskan oleh Daphne Iking... :)

Aku bersama dengan Ayumu Sasaki (Japan)...

Aku bersama dengan Luca Marini (Italy)...

Aku bersama dengan Sean Dylan Kelly (USA)...

Aku bersama dengan Syarifuddin Azman a.k.a Damok (Malaysia)...

Aku bersama dengan Ayumu Sasaki (Japan) dan Riccardo Rossi (Italy)...

Aku bersama dengan Khairul Idham Pawi dan Azroy Hakeem Anuar... 


Sepatutnya aku pergi ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 di Sepang Circuit pada 22-23 Oktober tue, tapi aku terpaksa batal hajat tue sebab aku pulang ke Alor Setar setelah hampir 3 bulan tak balik kampung.

Apa-apa pun, Insyaallah kalau ada rezeki, kita akan pergi lagi pada Tahun 2023. Doa-doakan agar PETRONAS terus mengadakan event nie di tahun-tahun yang mendatang.

Sekian, Wallahua'lam...

WMHMY
Setapak, Kuala Lumpur
28 November 2022

FINA Diving Grand Prix Kuala Lumpur 2022

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Demi Pertiwi...

Sebelum tue, aku nak ucapkan TAHNIAH buat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas berakhirnya Pilihanraya Umum 15 baru-baru ini.

Sama-sama kita doakan semoga Kepimpinan Tertinggi Kerajaan yang baru dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya dan mampu memberikan yang terbaik dalam membawa Malaysia ke tahap yang lebih maju dan makmur. Insyaallah...

FINA DIVING GRAND PRIX KUALA LUMPUR 2022

Alhamdulillah, aku berkesempatan tadi (27 November 2022) untuk ke Pusat Akuatik Nasional bagi memberikan sokongan kepada Team Diving Malaysia di FINA Diving Grand Prix Kuala Lumpur 2022. Event nie berlangsung bermula 25 hingga 27 November 2022 yang melibatkan beberapa buah negara.

Sekalung TAHNIAH kepada Pasukan Malaysia yang meraih 8 Pingat Emas, 3 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa yang melibatkan 10 acara yang dipertandingkan.

Sukan Terjun (Diving) nie merupakan antara salah satu sukan yang aku ikuti perkembangannya dimana aku start ambik tahu pasal sukan nie selepas Pandalela Rinong meraih Pingat Gangsa di Olympic Games 2012 London. 😅

Seperti biasa, aku takkan lepaskan peluang untuk bergambar bersama barisan atlet-atlet Kebangsaan yang mewakili Malaysia bagi sukan Terjun di FINA Diving Grand Prix Kuala Lumpur. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar 😀

Nur Dhabitah Sabri - TAHNIAH kerana berjaya meraih 3 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Wanita, 10m Platform Seirama Wanita dan 3m Papan Anjal Seirama Campuran.

Wendy Ng Yan Yee - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Wanita.

Datuk Pandalela Rinong - TAHNIAH kerana berjaya meraih 2 Pingat Emas bagi acara 10m Platform Wanita dan 10m Platform Seirama Wanita.

Jellson Jabillin - TAHNIAH kerana berjaya meraih 2 Pingat Emas bagi acara 10m Platform Lelaki dan 10m Platform Seirama Lelaki.

Muhammad Syafiq Puteh - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Campuran.

Chew Yi Wei - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Lelaki dan 1 Pingat Perak bagi acara 3m Papan Anjal Lelaki.

Enrique Harold - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Emas bagi acara 10m Platform Seirama Lelaki dan 1 Pingat Gangsa bagi acara 10m Platform Lelaki.

Ong Ker Ying - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Perak bagi acara 3m Papan Anjal Wanita.

Hanis Nazirul Jayasurya - TAHNIAH kerana berjaya meraih 1 Pingat Perak bagi acara 10m Platform Seirama Campuran.

Gabriel Gilbert Daim - Semoga Gabriel kembali sembuh seperti sediakala. Ada terbaca kat akhbar yang menyatakan Gabriel tarik diri disebabkan terdapat kecederaan di buku lali. 

Selain itu, aku juga berkesempatan untuk bergambar dengan atlet Terjun dari South Korea dan Egypt. 

Kang Minhyuk - Kim Nahyun dari South Korea yang berjaya meraih Pingat Gangsa bagi acara 3m Papan Anjal Seirama Campuran dan Ryu Yongchan yang sekadar berada di kedudukan ke-4 bagi acara 10m Platform Lelaki.

Mohamed Farouk dari Egypt yang berjaya meraih Pingat Perak bagi acara 10m Platform Lelaki.

Insyaallah, sama-sama kita doakan agar Pasukan Malaysia bagi Sukan Terjun terus sukses untuk event-event yang akan datang dan seterusnya berjaya meraih Pingat Emas di Sukan Olimpik... Insyaallah... 😀😀😀😀😀

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil
Kuala Lumpur
27 November 2022

Wednesday, September 7, 2022

Anak Rimau The Movie...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Alhamdulillah... Aku baru sahaja selesai menonton filem 'Anak Rimau The Movie' buat kali yang kedua tadi di TGV Central i-City dan aku masih teruja menonton filem berkenaan. Kali pertama aku tonton semasa hari tayangan pertamanya pada 01 September 2022 yang lalu di TGV Wangsa Walk.

ANAK RIMAU THE MOVIE

Sejujurnya aku tak pernah tahu pasal movie ini selepas aku terbaca sinopsis filem ini di facebook sehari sebelum tayangan rasmi movie ini di pawagam di seluruh Malaysia pada 01 September 2022. Selepas baca berkenaan sinopsis dan trailer movie nie, aku begitu teruja untuk menonton filem ni di pawagam pada hari pertama tayangannya.

Setelah dua kali menonton, apa yang boleh aku katakan adalah filem ini sangat-sangat menarik untuk ditonton kerana jalan penceritaannya yang sangat hidup menerusi watak-wataknya yang wujud dan  tidak mendatar (boleh kata hampir kebanyakkan filem Melayu selalunya akan mendatar dan membosankan), tiada babak sembang kosong dan yang paling penting, ianya sebuah karya yang lengkap dengan elemen semangatnya, kegembiraannya, kesedihannya, sakit hati, komedi dan sebagainya lagi.

Pengarah Filem ini sangat bijak dalam membawa emosi penonton dalam setiap babak yang wujud dalam movie ini. Dua kali aku tonton filem nie, dua kali juga aku akan bertepuk tangan dalam memberi tindak balas terhadap babak yang memberi semangat dan menempa kemenangan. Bukan aku sorang tapi boleh kata ramai juga yang berkelakuan seperti itu. Ini hebat!

Filem ini juga sebenarnya mampu memberikan satu emosi yang aku sendiri mengalir air mata walaupun sudah 2 kali menonton filen ini iaitu melibatkan babak :-

i. Semasa Ariff merayu kepada couch Zainal untuk ambil dia bermain sehingga terduduklah si Ariff. Respon Ariff semasa cakap 'saya hanya tahu main bola saja' tue pun mampu mengundang air mata.

ii. Semasa Ariff tanyakan kembali kepada Couch Zainal semasa otw nak pulang ke rumah iaitu 'couch tahu ke apa masalah saya di rumah?' Ini pun satu babak yang cukup beremosi sekiranya kita memahami perkara tersirat yang ingin disampaikan oleh Ariff itu.

iii. Semasa Maro beremosi dan menangis ketika ayahnya mati. Dia menghalang orang sekeliling dari menyentuh mayat ayahnya. Ini pun satu babak yang menyentuh emosi sekiranya kita dekat dengan budak-budak.

Aku sebenarnya sangat-sangat tertarik dengan tiga (3) watak yang sangat berperanan menghidupkan jalan cerita movie ini, iaitu Couch Zainal, Ariff dan Maro. Couch Zainal menampilkan sisi watak yang tegas, penyayang dan garang. Ariff pula menghidupkan suasana dengan sikap kepimpinan dia dalam pasukan dan kontradiksi kehidupan yang berlaku di rumah ketika berhadapan dengan abangnya.

Manakala watak Maro pula yang paling menonjol dari segi lakonan yang semulajadi dan tidak kayu. Maro sangat menonjol walaupun fizikal dia kecil tetapi semangat dia yang paling kuat walaupun teruji dengan kematian ayahnya. Babak yang paling aku suka adalah ketika Maro membalas kata kepada Danish apabila dihina datang ke Akademi naik teksi. Memang terbaik Maro! 

Watak Pak Arab, Ayah Danish, Abang Ariff dan CEO Akademi juga antara 'penghidup' dalam mencorakkan perjalanan movie ini. Kekuatan wujud dari dorang sebagai pelengkap supaya movie ini tidak mendatar. Itu aku puji walaupun berkali-kali aku maki kat Abang si Ariff dan CEO Akademi semasa babak-babak dorang yang menyakitkan hati 😅

Aku cuba membandingkan filem ini dengan beberapa filem yang mengangkat tema yang sama iaitu bola seperti filem Suatu Kita dan Ola Bola. Apa yang boleh aku katakan adalah 'Anak Rimau The Movie' ini mempunyai resepinya yang tersendiri dan apa yang aku perasan adalah filem ini yang paling kurang watak perempuan. Hanya watak mak Ariff dan budak perempuan yang si Haziq suka. Rasanya hanya dua watak tue saja yang menggunakan pelakon wanita.

Banyak sebenarnya pengajaran yang bole dapat menerusi filem ini, antaranya yang dapat aku highlightkan adalah :-

i. Seorang guru (menerusi watak Couch Zainal) dia telah menyalahkan orang semasa Pasukan Anak Rimau tewas pada perlawanan pertama tetapi dia bertindak menukar strategi untuk mengalahkan pihak lawan. Ini adalah satu sikap yang sangat penting supaya anak didikan dia tidak terasa 'down' atau kecewa.

ii. Setiap orang ada matlamat termasuklah ahli pasukan Anak Rimau sendiri. Masing-masing datang ke Akademi untuk bermain bola dan mencapai kemenangan. Tetapi diselitkan dengan peranan watak dalam menghidupkan penceritaan 'lain' dalam membawa naratif ini. Contohnya Arif bermain bola sebab yang tue saja yang dia reti dan dia tak dicop budak jahat akibat kegagalan dalam akademik. Watak Danish juga ditonjolkan untuk menjadi seorang bintang bola sepak menerusi ayahnya yang mengatur dan bertindak untuk menaikkan Danish melalui percaturan wang.

iii. Semangat berpasukan yang tue elemen yang paling penting dalam filem ini. Satu sisi berbeza ditonjolkan menerusi babak dimana team Danish tersesat di hutan apabila semangat 'berpasukan' itu tiada dalam diri Danish.

iv. Berkongsilah masalah dengan guru atau couch. Ini sangat penting untuk zaman sekarang kerana setengah isu melibatkan remaja adalah disebabkan dorang tidak mahu berkongsi masalah dan menyebabkan dorang akan terlibat dalam gejala yang tidak sihat dan perkara-perkara negatif.

Sejujurnya, aku layak memberikan 9/10 bintang untuk filem Anak Rimau The Movie ini! Syabas semua... Insyaallah, if takde aral melintang, mungkin aku akan tonton sekali lagi movie di pawagam pada hujung minggu ini. Jom aku sharekan beberapa keping gambar semasa sesi Meet & Greet bersama para pelakon movie ini.

Cuma aku ada beberapa soalan sebenarnya berkaitan dengan movie ini iaitu bila sebenarnya movie ini di shooting? 😅 Sebab dalam movie nie semuanya kecik-kecik dan budak-budak tetapi waktu jumpa dorang, semuanya lebih tinggi dari aku 😅😅

Anak Rimau... Aummm...
Anak Rimau... Aummm...
Anak Rimau... Aummm...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
07 September 2022

Saturday, September 3, 2022

Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Hari ini merupakan Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang julung kalinya diadakan di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 03 dan 04 September 2022 anjuran Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, seperti biasa aku berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam sambutan kali ini sebagai Sukarelawan dibawah Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (You4WP) untuk sehari pada Sabtu (03 September 2022) yang diketuai oleh Saudara Haikal Zaini.

Bagi aku, aktiviti kali ini sebagai seorang Sukarelawan cukup berpuas hati dengan penganjuran event seperti ini dan banyak manfaat yang dapat terutamanya pengalaman untuk beraktiviti dengan orang muda. Maklumlah, aku sendiri sudah melebih 30 tahun 😅

Kali ini, aku ditugaskan dibawah kumpulan Pendaftaran dimana kumpulan ini diketuai oleh Saudari Aina dan ahlinya terdiri daripada 11 orang yang lain. Tugas utama kami adalah mendapatkan sebanyak mungkin pengunjung untuk didaftarkan dalam event kali ini termasuklah cabutan bertuah.

Tugas kali ini tidak terlalu susah sebenarnya dan aku sendiri sangat-sangat berpuas hati dengan kerjasama semua pihak.

Selain terlibat sebagai Sukarelawan, aku juga berkesempatan untuk melihat dan berkunjung ke beberapa booth yang melibatkan pameran dari Agensi Kerajaan seperti :-
i. Pemeriksaan Kesihatan - kat sini aku berpeluang untuk semak BMI, tekanan darah, kolestrol dan gula dalam badan dan bertemu dengan doktor.
ii. Fisioterapi kelolaan Hospital Kuala Lumpur - kt sini untuk buat ujian fizikal sepertimana semasa ujian fizikal SPA untuk mohon perjawatan dalam Kerajaan.
iii. Jabatan Bomba dan Penyelamat - kat sini diberi penerangan berkaitan dengan alat pemadam api dan beberapa maklumat berkaitan perlindungan semasa banjir.
iv. Angkatan Tentera Malaysia (Wataniah) - kat sini pun best sebenarnya bilamana dipamerkan beberapa alatan perang termasuklah M16 dan lain-lain.
v. Dan lain-lain lagi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain lagi.

Diselitkan juga aktiviti untuk sukarelawan seperti Musical Chair dan Kuiz. Alhamdulillah, aku menjadi pemenang pertama untuk Musical Chair 😀😀😀

Apa-apa pun, aku sangatlah berpuas hati dengan penganjuran program seperti ini dan yang paling penting, menjadi salah seorang sebagai Sukarelawan. Pengalaman tue takkan dapat dijual beli 😀😀😀

Terima kasih kepada pihak Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (You4WP) sebab sudi beri ruang dan peluang untuk aku berbakti dan terlibat secara langsung dalam program seperti ini.

Sebelum tue, jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang program tersebut 😍😀


Sekian, Wallahua'lam... 

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
03 September 2022