Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...
Korang pernah dengar Joko Anwar? Joko Anwar merupakan salah seorang Pengarah Hebat dari Indonesia yang terus-terusan menyumbang karya ke Layar Perak bagi memeriahkan industri filem Indonesia termasuklah di Malaysia sendiri.
Filem-filemnya sentiasa menjadi bualan kepada Pencinta Filem Malaysia, seperti Janji Joni, Gundala dan sebagainya lagi. Aku antara salah seorang peminat filem-filem Joko Anwar.
PEREMPUAN TANAH JAHANAM : Sumpahan Jahanam Sang Pendosa...
Perempuan Tanah Jahanam adalah antara filem yang paling aku nantikan hasil karya Joko Anwar dan apabila aku dapat tahu yang filem 'masuk' ke Malaysia, aku menjadi begitu teruja terutamanya apabila kenalan-kenalan aku di Indonesia memuji filem ini.
Aku bersama Joko Anwar :) |
Pertama kali aku mendengar mengenai filem ini adalah melalui ZHAFVLOG dan Rekomen Filem ketikamana mereka membuat liputan penuh mengenai filem ini di Malam Gala Tayangannya di Indonesia.
Apabila aku terbaca sinopsis filem ini, hatiku memuncak dan teruja kerana ada perkara tertarik untuk aku terokai dan gambaran bahawa filem ini menarik adalah menjadi kenyataan.
Ternyata, filem ini sangat-sangat AWESOME! dan sangat-sangat PUAS HATI! Tiga kali aku menjengah ke Pawagam untuk menyaksikan filem ini. Kerana 3 kali untuk menonton filem yang sama di Pawagam adalah sangat-sangat menampakkan yang aku menyokong dan peminat kepada filem ini.
Lakonan Tara Basro sebagai Maya memperlihatkan satu lakonan yang begitu meyakinkan dan menjiwai wataknya sepenuh hati. Watak dan perwatakannya di dalam filem ini menjadi kekuatan utama untuk filem ini terus bergerak dari satu babak ke babak yang lain.
Aku bersama Ario Bayu, salah seorang watak penting yang menghidupkan perjalanan cerita Perempuan Tanah Jahanam! |
Konsep 'gore' atau 'disturbing' yang dipertunjukkan di dalam filem ini menjadi kekuatan Utama dalam memperkemaskan perjalanan pengkisahan Maya yang kembali ke Desa Harjosari. Dari babak ke satu babak tanpa 'jumpscare' yang keterlaluan, filem ini terus nampak kemas dengan suasana serta emosi yang dipertunjukkan oleh para pelakon.
Pembunuhan secara kejam Dini (kawan Maya) dan pembunuhan bayi yang baru dilahirkan, filem ini terus menyokong konsep disturbing itu tetapi aku sedikit kecewa kerana aku merasakan banyak babak-babak di potong yang mungkin terlalu 'kejam' atau sebagainya.
Apa-apa pun, aku berpuas hati dengan filem ini Perempuan Tanah Jahanam dan aku bagi 9/10 bintang untuk filem ini. Yeahhh :)
Thanks a lot to ZHAFVLOG dan Rekomen Filem sebab sudi memilih saya untuk ke Tayangan Premiere filem Perempuan Tanah Jahanam ini di Kuala Lumpur. Yeahhh :)
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
16/02/2020