Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...
"Gong Xi Fa Cai / Selamat Tahun Baru Cina" buat semua kawan-kawan, rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog saya yang berbangsa Cina. Semoga semuanya terus bergembira bersama keluarga tercinta.
Entry kali ini aku nak kongsikan dan beri sedikit review mengenai sebuah filem Tempatan iaitu 'A Moment Of Happiness'. Pada 20 Januari 2020 yang lalu, aku berpeluang ke Premiere Screening filem tersebut yang bertempat di MBO Starling Mall dan aku berkesempatan dan berpeluang untuk bertemu dengan para pelakonnya.
A MOMENT OF HAPPINESS : Sebuah Filem Yang Begitu Kelakar
Ini bukan kali pertama aku menonton filem Mandarin Tempatan di Pawagam dan aku sedikit teruja sebenarnya untuk menonton filem ini setelah melihat trailernya di YouTube dan yang paling penting kehadiran Happy Polla pasti menggamitkan lagi kelucuan dalam filem ini.
Filem arahan Tai Min Hwee ini mengangkat genre Komedi dengan menampilkan gabungan pelakon antara Malaysia dan Thailand iaitu Min Chen Lin, Tul Pakorn, Chan Fong, Danny One, Happy Polla dan lain-lain lagi.
Filem ini memperlihatkan suasana Komedi yang dibuat spontan dan mampu membuatkan semua penonton ketawa terbahak-bahak dengan bermacam-macam scene yang buatkan aku sendiri tertunggu-tunggu untuk babak-babak yang seterusnya.
Apa yang unik, filem ini memperlihatkan satu sudut yang berbeza dan perlu Kita ketahui dimana kebanyakan mereka-mereka yang bergaya ala-ala supermodel tidaklah kehidupan mereka ini seindah digambarkan di media sosial tetapi sekadar meraih 'like' dan mendapatkan followers sahaja.
Bagi aku, ianya satu isu yang sangat-sangat perlu dirungkaikan terutamanya apabila mereka ini sanggup menyewa Banglo semata-mata untuk tunjukkan kekayaan dan kemewahan sedangkan kehidupan sebenar mereka tidaklah sebegitu. Ianya satu sinis yang cukup kuat dan mampu meninggalkan kesan kepada para penonton.
Kehadiran Happy Polla dalam pertengahan cerita pula sentiasa memberikan impak yang besar untuk satu Panggung ketawa terbahak-bahak. Banyak babak yang melibatkannya mampu membuatkan para penonton mengingatinya. Syabas Happy Polla!
Secara keseluruhan, filem ini mampu diberikan 7/10 bintang! Filem ini sangat sesuai untuk Kita menghilangkan stress dan bergembira kerana Jalan ceritanya yang mudah difahami dan tidak membuatkan penonton berfikir memberikan kelebihan untuk penonton terus bergerak ketawa sehingga ke babak yang terakhir.
Semasa sesi bersama para pelakonnya, aku berkobar-kobar untuk berjumpa dan bergambar bersama Happy Polla tetapi terlalu cepat dia menghilangkan diri. Aku hanya sempat bertemu dengan Min Chen dan Tul Pakorn (pelakon Thailand) sahaja. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan.
Aku bersama Tul Pakorn (Thailand)... |
Aku bersama Min Chen Lin... |
Para pelakon berkongsi cerita... |
Berlatarkan Film Standee... ~ |
Koleksi Ang Pau kenang-kenangan... ~ |
Ang Pau yang diberikan kepada semua tetamu... ~ |
Jangan lupa tonton filem ini yang akan menjengah di Pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Januari 2020. Yeahhh :)
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
27 Januari 2020