Friday, November 3, 2017

Surabaya, Aku Datang !

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...

Wonderful Indonesia - satu trademark promosi yang dibuat oleh Pemerintah Indonesia bagi memperkenalkan pelancongan Indonesia dan aku antara salah seorang pelancong yang menjadikan Indonesia sebagai salah satu destinasi pelancongan aku kali ini. Dan Surabaya adalah pilihan aku kali ini ( iaitu buat kali ketiga aku ke Indonesia) setelah pernah travel ke Pulau Batam (2009) dan Jogjakarta (2014).

Surabaya, Aku Datang !

Aku di depan mercu tanda Suroboyo...
Sejujurnya trip aku kali ini di Surabaya cukup-cukup dimanfaatkan sebaiknya dan ini adalah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini dengan menaiki flight secara berseorangan sehinggalah tibanya di sana. Bajet keseluruhan adalah hampir RM550++ (termasuk tiket flight, penginapan, makan minum, pengangkutan, tour guide, tiket masuk dan lain-lain lagi).

Surabaya cukup terkenal dengan tempat-tempat peninggalan sejarah dan banyak sejarahnya yang boleh diexplore dan aku akan kongsikan semua tempat-tempat menarik di Surabaya untuk entry yang seterusnya. Korang mesti tunggu kerana banyak info yang aku akan cuba sampaikan nanti.

Persembahan Jaranan...
Aku juga berkesempatan untuk menonton persembahan Jaranan iaitu sejenis tarian klasik ala kuda kepang. Memang menarik! Persembahan ini dicadangkan untuk ditonton oleh Mbak Dika (Surabaya Tourism Officer) dan Cak Rizal (Duta Wisata Surabaya). Banyak info yang dikongsikan kepada aku mengenai Surabaya ini sepanjang hampir 5 hari aku berada di sana.

Surabaya - Kota Yang Penuh Peninggalan Sejarah

Yup, benar! Surabaya adalah sebuah kota yang penuh dengan peninggalan sejarah. Banyak info dapat diperolehi melalui kepelbagaian muzium dan monumen yang wujud di sana seperti Museum 10 November, Museum Kesehatan, Tugu Pahlawan, Siola, Monumen Kapal Selam, Surabaya City Hall dan lain-lain lagi.

Aku di depan Monumen Kapal Selam...

House Of Sampoerna...

Tugu Soekarno - Hatta...

Aku boleh katakan bahawa Surabaya adalah sebagai sebuah destinasi travel/pelancongan yang berkonsepkan sejarah. Walaupun ianya tidak secara keseluruhan tetapi inilah Kota Indonesia yang boleh diexplore secara menyeluruh sekiranya anda benar-benar suka berjalan. Pengangkutan di sana sangatlah mudah kerana wujudnya GRAB dan UBER dan kita berpeluang untuk pilih samada untuk gunakan kereta ataupun motor.

Jalan-Jalan Cari Makan di Surabaya

Iya! Surabaya juga banyak dengan kepelbagaian makanan/kuliner yang unik dan aku berpeluang untuk merasainya. Ini semua hasil dapatan info dari pelbagai pihak termasuk kenalan-kenalan baru aku. Ada beberapa makanan yang aku ingin kongsikan kepada korang untuk korang cuba sekiranya ke Surabaya iaitu :-

Mie Iblis... sangat2 enak!

Es Buto Ijo...boleh tahan... ~
  1. Mie Istana ( di Restaurant Mie Mapan - iaitu mie yang diasingkan supnya yang turut disekalikan dengan siomay, bebola, tauhu juga pelbagainya lagi. Rasanya ok-ok saja dan sedap!)
  2. Mie Iblis ( di Restaurant Mie Setan Duyuh Kupang - iaitu mie goreng yang digaulkan bersama cabai dan disekalikan dengan ayam dan bawang goreng serta sekeping daging dan keropok. Dan ini adalah antara makanan yang paling aku suka. 2 pinggan aku makan Mie Iblis nie. Hahaha tapi bagi yang suka pedas, aku cadangkan untuk cuba makan Mie Setan yang pastinya akan membuatkan korang menangis kepedasan. Di sini juga aku sempat rasai minuman Cozy Orea & Es Buto Ijo)
  3. Bakso Special ( di Kiosk Bakso Pak Djo Petra-Manyar - di sini aku mencuba Bakso Special yang dimakan bersama kicap manis dan sos berserta kepelbagaian bebola, tauhu dll. Bakso special ini juga dimakan bersama popia berintikan ayam yang cukup rangup)
  4. Sate Klopo ( di Sate Klopo Bu Ipah tetapi aku cadangkan korang makan di Sate Klopo Bu Asih yang dikatakan amat popular di kalangan pelancong dan tempatan sekiranya ke Surabaya. Sate Klopo ini adalah sate ayam dan daging yang disaluti kelapa berserta kuah ala kuah pasembor)
  5. Mie Ayam ( di Pantai Kanjeran - di sini aku mencuba makan Mie Ayam tetapi agak kurang menarik rasanya dan sebaiknya korang cari di tempat lain.)
Kenalan Baru Surabaya

Alhamdulillah, banyak juga sebenarnya kenalan-kenalan baru aku di sana. Semuanya adalah secara kebetulan dan semuanya banyak membantu aku sepanjang berada di sana. Aku berpeluang dipertemukan dengan Mbak Dika dan seorang CAK yang bernama Rizal yang menjadi tour guide aku dari jam 9 pagi hingga jam 3 petang menggunakan bas khas wisata. Beliau sangat-sangat berinformasi dan secara totalnya, bajet aku menjadi sangat-sangat minima kerana hanya bayar 7,500 rupiah (RM2.40) untuk perjalanan di sana dengan membawa aku hampir 6 lokasi menarik sepanjang disana seperti menonton LIVE persembahan Jaranan, museum Surabaya (Siola), City Hall Surabaya (termasuk lawatan ke Surabaya City Hall Bunker), Monumen Kapal Selam (juga termasuk ke dalam kapal selam dan menonton videorama), Pantai Kenjeran (termasuk singgah di Jambatan Suroboyo, Perkampungan warna-warni, melihat Jambatan Suramadu dan Sentra Ikan Balak - Taman Suroboyo) dan Sentra UKM Merr (pusat oleh-oleh khas Surabaya).

Aku dengan Mbak Dika...
Then aku terjumpa dengan seorang akak iaitu Mbak Heti yang guide aku sekiranya hendak ke Gunung Bromo yang hanya bayarannya sebanyak 250,000 rupiah (RM78) untuk pakej lengkap ke sana termasuk semua kemudahan disediakan. (kalau ada yang nak, saya boleh kasi no.contact tour guide tue). Tapi masa tidak mengizinkan aku ke sana kerana jadual / itenary aku agak padat sebenarnya sepanjang berada di sana.

Mbak Dika dari Surabaya Tourism yang sangat-sanagt membantu dengan segala info di sana dan dia ada kenalkan aku dengan 1 team dari Surabaya Tourism yang akan jadi tour guide secara percuma tetapi jadualnya tak kena pulak dengan jadual aku.

Kaka Hajar yang bawak pusing-pusing di Kampong Jojoran naik sepeda melihat kehidupan di situ, Mas San yang bawak lihat Jambatan Suramadu di tengah malam juga naik sepeda motor juga pusing-pusing di perkampungan sebelah Tunjungan Plaza, Mbak Ayu yang perkenalkan aku dengan kepelbagaian makanan di sana seperti Mie Setan, Pangsit dan lain-lain lagi, Kaka Dony yang banyak berkongsi info pasal Surabaya termasuklah Mistik Delta Plaza, Ibu Yati yang menjadi tour guide aku sepanjang berada di Tugu Pahlawan dan Museum 10 November dan Aril yang aku kenal sebelum ke Surabaya.

Secara keseluruhannya, Surabaya adalah salah satu destinasi yang MESTI korang datang sekiranya korang ke Indonesia. Insyaallah, sekiranya aku berpeluang ke sana lagi, akan aku explore beberapa tempat lagi yang belum sempat aku terokai. 5 hari 4 malam telah digunakan sebaik mungkin ketika berada di sana. Insyaallah, sampai jumpa!

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, October 12, 2017

Festival Filem Malaysia 29 : Transformasi Citra Karya...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...

FESTIVAL FILEM MALAYSIA 29 : TRANSFORMASI CITRA KARYA

Sekalung 'Tahniah' diucapkan buat filem ADIWIRAKU yang diangkat sebagai Filem Terbaik Malaysia bagi FFM29 kali ini yang mengenepikan beberapa filem yang cukup hebat seperti Interchange, Hanyut, Redha dan lain-lain lagi. Wajar bagi aku menyokong penuh keputusan para juri dalam memilih ADIWIRAKU yang memperlihatkan sebuah adaptasi dari kehidupan yang sebenar yang terjadi di SK Pinang Tunggal di Kedah.

Maka, dikira wajar filem ini turut memenangi dua lagi kategori lain seperti Pelakon Wanita Terbaik (Sangeetha Krishnasamy) dan Cerita Asal Terbaik (Jason Chong). Saingan sengit turut diperlihatkan apabila beberapa nama pengarah hebat yang turut bersaing dalam kategori Pengarah Terbaik dan terpaksa akur dengan kehebatan Dain Said menerusi filem Interchange.

Aku berkesempatan dan berpeluang menyaksikan secara langsung Festival Filem Malaysia 29 ini di Dewan Merdeka, PWTC apabila menerima jemputan khas dari pihak FINAS dan ianya cukup-cukup dihargai. Ini merupakan kali kedua aku menyaksikan secara langsung Festival Filem Malaysia. Dan aku sememangnya pencinta filem tempatan.

Aku lebih tertarik kepada pengacara tahun lepas iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad berbanding Zizan Razak. Dan alangkah lebih baik sekiranya diacara oleh penghibur yang bukannya dari kalangan bidang lawak jenaka kerana festival seperti ini perlukan satu mood yang segar dan bukannya lawak yang lebih kepada mirip anugerah 'suka-suka'.

Terdapat juga beberapa nama hebat seperti Sofia Jane (Hanyut) yang tidak tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik mahupun Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Kemenangan Diana Danielle bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik juga boleh dikira 'OK' walaupun calon kegemaran aku adalah tertumpu kepada Sharifah Sakinah (Pekak).

Apa-apa pun, TAHNIAH buat semua yang telah menang di FFM 29. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku ambil di sepanjang FFM 29. Yeahhh :)








*P/s : Harap pihak FINAS jemput lagi aku tahun depan ke FFM30 pulak k... ;)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, September 12, 2017

Aku Sukarelawan KUALA LUMPUR 2017 - SEA GAMES 2017...

Assalamualaikum...
Salam Sehati Sejiwa...
Salam Negaraku Malaysia...

Waahhhh hampir 3 bulan kita tak bersua dengan entry-entry terbaru atau perkongsian-perkongsian terbaru dari aku. Apa-apa pun, aku doakan semuanya sihat dan terus ceria terutamanya apabila kita masih berada dalam mood Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. 

Sebelum tue, aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Salam Takziah buat seluruh Kerabat Di-Raja Negeri Kedah dan Rakyat Negeri Kedah di atas kemangkatan KDYMM Sultan Kedah Almarhum Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah pada jam 2.30 petang semalam di Istana Anak Bukit. Al-Fatihah buat Almarhum Tuanku.

Aku Bangga Sebagai Sukarelawan KUALA LUMPUR 2017 - SEA GAMES 2017!

Teammates aku sepanjang bertugas... ;)
Yeahh...ini adalah salah satu impian aku untuk terlibat secara langsung bagi acara di peringkat ASEAN walaupun hanya sebagai sukarelawan. Sudah lama aku menyimpan impian untuk terlibat di dalam aktiviti negara seperti ini. Ini adalah salah satu peluang terbaik untuk aku memberikan khidmat bakti kepada Malaysia terutamanya apabila ianya diadakan di bulan Kemerdekaan.

Alhamdulillah...aku diberikan peluang untuk bertugas di Opening and Closing Ceremony yang melibatkan hampir 7 hari (termasuklah sesi latihan) dengan pengkhususan sebagai marshall athlete. Dan aku sangat-sangat bersyukur kerana teammates aku sangat-sangat spoting dan meriah. Yeahhh... ;)

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bertugas dan hari-hari yang aku bertugas juga, aku turun ke tempat-tempat acara sukan untuk memberikan sokongan kepada atlet-atlet Malaysia. Cukup meriah dan paling best, banyak kenalan baru sepanjang saya bersukarelawan sepanjang Kuala Lumpur 2017.

Aku juga berpeluang berinteraksi secara dekat dengan barisan atlet-atlet yang berjaya meraih pingat terutamanya pingat emas dari pelbagai negara. Dan yang paling best, atlet-atlet Malaysia juga cukup 'masuk kepala' dengan aku sepanjang memberikan sokongan kepada atlet-atlet Malaysia yang lain.

Apa-apa pun, terima kasih aku ucapkan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Belia & Sukan, Team Wau Factor dan semuanya yang sentiasa memberikn sokongan kepada geng-geng sukarelawan... ;)

Jom aku kongsikan, gambar-gambar yang sempat aku ambik sepanjang Kuala Lumpur 2017... ;)









Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, June 23, 2017

Labuan, Aku Datang !

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan...
Salam Sehati Sejiwa...

Alhamdulillah, kita berjumpa sekali lagi untuk entry terbaru di blog aku nie walaupun tinggal 2 hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Korang beraya kat mana tahun nie? Insyaallah, malam nie aku akan balik ke Alor Setar untuk beraya bersama dengan ibu ayah aku dan adik-beradik aku. Doakan la semuanya selamat... ;)

Untuk entry kali ini, aku nak imbau kembali kenangan aku travel ke Labuan (1st time aku jejakkan kaki di Labuan) pada 11 hingga 14 Mac 2017 yang lalu. Kalau ikutkan plan asal aku adalah include sekali dengan Brunei tetapi disebabkan pasport yang aku bawak tue belum renew, so terpaksalah aku berkampung selama 4 hari di Labuan. 


Travel ke Labuan nie, aku tidak berseorangan kerana secara kebetulan sahabat aku, Raja Hazman Raja Dolah turut beli tiket pada tarikh yang sama dan pulang pada 12 Mac 2017 (petang). So, dapatlah kitorang bergerak bersama untuk hari pertama dan kedua di Labuan. 

Sebenarnya, tiket yang aku beli ini adalah secara tiba-tiba disebabkan aku mahu bercuti hilangkan stress kerja dan Alhamdulillah, boss aku pun memberi kelulusan dan aku terus beli tiket flight ke Labuan hanya dengan RM30 (return) sahaja. Dan sejujurnya, Labuan cukup best dan sesuai untuk diterokai melihat keunikan tempat-tempat menarik di sini. Lagipun, aku belum pernah sampai di Labuan sebelum ini. Peluang yang ada, aku gunakan sebaik mungkin.

Setibanya aku di Labuan Airport, aku terus bergegas mencari makanan untuk breakfast sebab aku tak ambik makanan dalam flight dan ketika itulah aku re-plan itenary aku (bersama dengan partner travel aku) dan secara total akan gunakan kemudahan pengangkutan awam. Kitorang pun berjalan kaki dari Labuan Airport ke bus-stop untuk menggunakan van ke bandar.

Hotel pun sebenarnya kami belum tempah disebabkan 'katanya' walk-in lebih murah tapi apakan daya walk-in adalah lebih mahal berbanding book awal di agoda. Huhu... Hotel kitorang untuk satu malam adalah RM110 (so decide la untuk 2 orang). Lepas check-in saja hotel, kitorang terus ke Terminal Bas Labuan untuk ke The Chimney.


Banyak sebenarnya tempat-tempat yang kitorang lawat dan antaranya adalah The Chimney, Labuan Marine Museum, Peace Park, Surrender Point, United Nations (UN'08) Beach, Ujana Kewangan, Labuan COBSEA Monument, Labuan Mosque, Kampung Air Patau-Patau, Kampung Air Bebuloh, War World II Memorials Park dan macam-macam lagi. Untuk next entry nanti, aku akan kongsikan mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di Labuan yang sempat aku lawati.




Setelah member aku pergi untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hari kedua petang, malam tue ketika aku sedang makan di satu kedai di sekitar kawasan hotel aku, aku ditegur oleh seorang brother (chinese) iaitu penduduk Labuan. Kitorang pun berborak lah sambil makan sampai ke pukul 10 malam (tak silap aku), berborak dengan macam-macam cerita terutamanya berkaitan dengan travel solo ini dan beliau juga merupakan orang yg aktif travel solo ke luar negara.


Malam tue, beliau offer aku naik kereta dia dan pusing-pusing satu Labuan dan aku bersetuju. Cukup puas hati apabila aku dipertunjukkan satu persatu tempat-tempat yang menarik (walaupun ada tempat yang agak gelap), tapi apa yang aku cukup puas hati adalah aku dapat pusing-pusing satu Labuan dengan kereta. Yeahhhh...Thanks a lot my bro!


Nak diceritakan petang keesokan harinya, aku dengan penuh keyakinan pergi ke Kampung Air Patau-Patau dan Kampung Air Bebuloh pastu pergi tiga pantai iaitu Pantai Pancur Hitam, Pantai Pohon Batu dan Pantai Batu Manikar secara berseorangan. Dan ketika petang itu, aku dah hairan, kenapalah sunyi dan last-last pukul 8-9pm masih takdak satu pun pengangkutan awam. Aku dah buntu bagaimana untuk aku balik ke hotel malam tue. Hahaha... korang rasa aku buat apa untuk balik ke hotel semula? 

Apa-apa pun, aku cukup berpuas hati dan aku anggap percutian aku di Labuan ini cukup dengan pengalaman manis. Insyaallah, kalau ada rezeki lebih, aku akan datang semula ke Labuan. Hehehe... ;) Yang mana tak pernah lagi datang ke Labuan, korang mesti datang bercuti ke Labuan... :)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, June 22, 2017

Tempat-Tempat Menarik di Kyoto Dan Kobe, Japan...

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan...
Salam Sehati Sejiwa...

Yeahhh...bertemu sekali lagi untuk perkongsian mengenai tempat-tempat menarik di Japan dan kali ini aku nak kongsikan pula mengenai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati sekiranya korang bercuti atau melancong di Kyoto dan Kobe.

Pejam celik, pejam celik, sudah seminggu nampaknya kenangan aku melancong secara solo di kawasan Kyoto dan Kobe, Japan. Dua dua kawasan ini memang best dan ada keunikannya yang tersendiri dan yang paling penting, sangat selamat walaupun melancong secara solo di sini. Sesat tue perkara biasa tapi aku akan cuba kongsikan sekali dengan petunjuk jalan bagi memudahkan korang semua merangka 'itenary' sendiri semasa bercuti di sini. Jom aku kongsikan...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KYOTO, JAPAN...

1. Fushimi Inari Taisha


Fushimi Inari Taisha ini adalah tempat wajib untuk korang datang sebab ini adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan sekiranya korang datang ke Jepun. Di sini terdapat ribuan Torii Gate (tiang-tiang oren) sepanjang laluannya. Aku datang kat sini awal pagi, tapi sudah ramai yang berada di situ. Aku tahu pasal tempat ni adalah ketika menonton The Amazing Race, hati terus teruja nak travel ke sini, last2 tak sangka la pulak ianya menjadi kenyataan.

*Sekiranya korang nak datang ke sini dari Osaka, korang boleh naik di Osaka Station, korang guna JR Line (line warna biru) dan turun di Kyoto Station pastu naik pulak Nara Line (line warna biru) dan turun di Inari Station dan exit kiri. Pastu jalan kaki sikit terus jumpa Fushimi Inari Taisha nie... ;)

Sekiranya korang jenis macam aku suka beli fridge magnet, korang beli di luar kawasan Fushimi Inari Taisha (sebelum sampai kat Inari Station). Aku beli dalam mahal 200 yen. Huhuhu... ;(

2. Bamboo Forest



Bamboo Forest juga merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi sekiranya korang datang travel di Kyoto. Bamboo Forest ini penuh dengan pokok-pokok buluh dan sesuai untuk ambik gambar. Apakan daya, aku datang sorang so gambar yang diambil taklah terlalu menarik. Better datanglah secara berdua apabila ke sini...Hahaha... ;)

*Sekiranya korang nak ke sini, dari Kyoto Station korang boleh naik Sagano Line dan turun di Saga-Arashiyama Station. Pastu korang ke kiri dan turun tangga dan korang akan jumpa Saga Torokko Station dan SL&Piano Museum. Pastu korang kena jalan keluar sikit then belok kiri terus saja sampai jumpa kedai sewa basikal pastu korang jalan terus lagi sampailah jumpa kedai-kedai makan/restoran kecil then belok kiri pastu korang akan nampak signboard Bamboo Forest... ;)




Aku cadangkan agar korang naik Sagano Romantic Train. Sangat-sangatlah berbaloi (tiket dia 620 yen) dan korang kena naik di Saga Torokko Station (bersebelahan dengan Saga-Arashiyama Station). Korang dapat tengok hijaun bukit-bukau, air terjun dan macam-macam lagi keindahan alam. Kalau korang nak tengok videonya, boleh tengok kat Instagram aku... ;)

3. Kyoto Tower



Kyoto Tower merupakan salah satu menara tumpuan yang terdapat di Jepun. Kyoto Tower ini berdiri megah di atas bangunan. Aku taklah naik ke atas tapi hanya tengok dari luar dan ambik gambar di sekitarnya saja. Hahaha...sebab dah banyak menara aku dah naik di Jepun ni. Hahaha...

*Untuk datang ke sini sangatlah mudah kerana Kyoto Tower terletak hanya di luar dari Kyoto Station. So, korang just keluar dari Kyoto Station then nampak terus Kyoto Tower nie... ;)

4. Gion


Gion ini merupakan satu kawasan yang sangat klasik dan tradisional. Di sini terdapat banyak restoran-restoran dan kalau korang bertuah, korang boleh tengok Geisha. Di sini korang juga boleh tengok ramai pengunjung yang menyewa dan pakai kimono.

*Sekiranya mahu datang ke sini, dari Kyoto Station korang naik Sagano Line (line warna biru) dan turun di Nijo Station. Korang keluar dari Nijo Station dan cari subway Tozai Line pastu korang naik di situ dan turun pulak di Sanjo Station dan exit 2. Pastu belok ke kiri sampai jumpa trafic light then belok ke kiri sekali lagi dan korang jalan ja terus dalam 10 minit sampai jumpa kawasan Gion.


Jika korang rajin, korang boleh jalan terus sampailah jumpa Hojo Temple. Temple kat sini agak menarik juga sebenarnya tetapi sangat sunyi di sini dan tidak terlalu ramai pengunjung.

5. Kiyomizu-Dera Temple





Kiyomizu-Dera Temple merupakan salah satu temple yang menjadi tumpuan umum apabila berkunjung ke Kyoto. Sebelum korang sampai ke puncak, korang kena berjalan sikitlah (jalan berbukit) dan agak penat sebenarnya. Tambah-tambah masa ini aku masih berpuasa di bulan Ramadhan. Nak masuk ke Temple ini kena bayar dan agak mendukacita, ketika aku sampai dan masuk ke dalam, bangunan ini sedang dalam ubahsuai. Huhu...

*Kalau mahu datang ke sini, selepas korang ke Gion, dari Gion tue korang boleh naik bas no.207 (180 yen) then korang turun di Shimizumichi Bus Stop. Selepas turun saja dari bas, korang terus belok ke kanan dan jalan ke depan sikit sampai jumpa Shoe Store then belok ke kiri dan terus saja jalan kaki dalam 10-15minit sampailah jumpa Kiyomizu-Dera Temple nie.

6. Nijo Castle

Nijo Castle ini tidaklah begitu menarik sebenarnya dan lebih baik korang cari tempat lain yang lebih menarik. Haha... ~

*Sekiranya korang nak ke sini, korang mesti guna subway Tozai Line dan turun di Nijojo-Mae Station dan exit 2. Terus korang akan jumpa signboard Nijo Castle. Heheh... ;)

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KOBE, JAPAN...

1. Kobe Mosque




Kobe Mosque ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Kobe kerana ada kisahnya sebenarnya dan Kobe Mosque satu-satunya bangunan yang masih berdiri megah. Di sini korang dapat lihat orang-orang Jepun yang telah memeluk Islam berkongsi cerita pasal Islam. Jika korang datang ke sini pada bulan Ramadhan seperti aku, korang dapat berbuka / beriftar secara percuma di sini. Hehe... ;)

*Sekiranya korang nak datang ke sini, dari Osaka korang terus ke Osaka Station dan naik JR Line (line warna biru) dan turun di Sannomiya Station. Korang keluar dari bangunan tue sampai korang nampak Mc Donald's Restaurant. Mengadap McD korang belok ke kiri sampai jumpa simpang jalan pertama dan belok ke kanan dan terus saja sampailah ke trafik light yang kedua. Pastu korang gi ke seberang jalan then terus belok ke kiri dan terus jalan sampai trafik light kedua then belok ke kanan sampai jumpa trafik light pertama. Pastu belok sekali lagi ke kiri sampailah korang jumpa Kobe Mosque nie... ;)

2. Kobe Harborland

Kobe Harborland ini terdapat tempat-tempat membeli-belah, ada ferris wheel mengadap laut dan bangunan-bangunan ala inggeris. Jika korang nak datang ke sini, better datang di sebelah malam sebab malam lagi menarik suasana di sini.

*Untuk datang ke sini, dari Sannomiya Station korang kena naik subway Kaigan Line dan turun di Harborland Station. Pastu korang terus cari signboard ke Kobe Harborland. Hehehe... ;)

3. Chinatown


Banyak negara aku sudah pergi dan rata-ratanya pasti wujud adalah Chinatown. So kebetulan semasa aku jalan menghala ke Kobe Port Tower, aku sempat singgah dan pusing-pusing di sekitar Chinatown ini.

*Sorry untuk ke sini aku tak sempat nak catit, tapi if korang jalan kaki dari Kobe Mosque untuk ke Kobe Port Tower, nanti korang akan nampak pintu gerbang Chinatown. Heheh... ;)


Di sekitar kawasan Chinatown, korang boleh singgah ke Kanauta Kobe-Motomachi kerana kedai ini terdapat makanan-makanan yang halal dan muslim friendly. Aku sempat la merasa beberapa kuih di sini. Walaupun mahal sikit tapi agak berbaloi untuk aku merasa beberapa makanan di sini.

4. Kobe Port Tower


Kobe Port Tower ini antara menara yang paling unik di Jepun. Aku cukup-cukup tertarik dengan designnya yang unik dan menarik.


*Sekiranya korang nak ke sini, dari Sannomiya Station korang kena naik subway Kaigan Line dan turun di Minatomotomachi Station dan exit 2. Pastu korang akan nampak terus Kobe Port Tower... ;)



Di sebelah Kobe Port Tower ini terdapat satu bangunan yang agak unik iaitu Kawasaki World. Di sekitar kawasannya juga terdapat tempat rekreasi yang sangat mendamaikan. Waktu aku datang ke sini, suhunya adalah 19 darjah celsius.

Insyaallah, untuk entry seterusnya nanti, aku akan kongsikan pulak beberapa tempat menarik yang sempat aku kunjungi ketika travel di Labuan, Busan & Jeju Island pulak k... Insyaallah... :) Sebelum terlewat, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua pengunjung dan pembaca blog aku ini ya... ;) Sekiranya ada mana-mana pembaca yang mahukan itenary penuh aku, bolehlah emelkan ke wan_hazem19@yahoo.com . Nanti aku respon di emel k... ;)

Moga semuanya dapat manfaatnya untuk entry kali nie... ;) Di bawah nie link-link tempat-tempat menarik yang lain yang pernah aku kunjungi :-

1. Osaka, Japan
2. Gold Coast, Australia
3. Seoul, South Korea
4. Manila, Phillipines
5. Yogyakarta, Indonesia
6. Hong Kong
7. Singapore

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com