Wednesday, June 29, 2016

The Legend Of Tarzan (2016) : Sebuah Lagenda Epik Raja Rimba...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seronok tengok orang sekeliling ada yang sudah mula bercuti, membeli-belah persiapan raya, memborong pelbagai juadah biskut raya dan macam-macam lagi yang berkait-rapat dengan persediaan menyambut syawal. Aku setakat tak terlalu boros hanya sempat beli 3 helai t-shirt, sehelai seluar dan makanan2 ringan untuk bawak balik ke Alor Setar.

Sekarang nie pun, aku dah semakin menghampiri fasa-fasa terakhir untuk tugasan aku di pejabat iaitu berkaitan dengan tender. Insyaallah, banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang menguruskan urusan perolehan secara tender ini. Aku ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang banyak membantu aku sepanjang aku menyiapkan kerja-kerja aku di pejabat. Cuma aku sedikit tertarik kerana apa yang aku buat itu merupakan suatu pembelajaran di peringkat awal untuk aku terus mengembangkan karier aku. Insyaallah... 

THE LEGEND OF TARZAN : Sebuah Lagenda Epik Raja Rimba...

Semalam, aku berpeluang untuk menonton di 'preview screening' untuk filem The Legend Of Tarzan yang cukup terbaek dimana aku berpeluang menontonnya di IMAX Hall. Sound sistemnya yang perghhh terbaek dan screennya yang besar memang puas hati. Ini kali pertama aku menonton wayang di IMAX Hall. Terima kasih kepada yang sudi memberi peluang kepada aku untuk menonton movie ini. Sepatutnya movie akan ditayangkan pada 30 Jun 2016 ini tetapi menerusi preview screening aku, aku berpeluang menonton movie ini lebih awal.


Movie keluaran Warner Bros Picture dan Village Roadshow ini menampilkan lakonan hebat dari Alexander Skarsgad sebagai Tarzan iaitu tunjang utama bagi movie The Legend Of Tarzan ini. Selain itu, movie ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat seperti Samuel L.Jackon, Margot Robbie, Djimon Hounsou, Christoph Waltz dan lain-lain lagi.

Secara ringkas, permulaan movie ini berjalan dengan begitu baik dimana memperlihatkan Tarzan a.k.a John yang merupakan pewaris di Raja yang mempunyai harta yang begitu banyak. Dan sesekali diimbaskan ketikamana ayah dan ibunya mati di hutan ketika bot mereka karam dan John dipelihara oleh seekor Gorila Betina yang dianggapnya sebagai ibunya juga tetapi sekumpulan gorila tidak menerima John sebagai kumpulan mereka.

Dikisahkan di mana Belgia Rom yang bertindak untuk menguasai kekayaan berliau di Congo telah merancang untuk mendapatkannya dari puak-puak orang asli dengan syarat beliau menghantar Tarzan kepada mereka untuk mereka membalas dendam terhadap Tarzan yang telah membunuh anaknya. Sekembalinya tarzan dan isterinya dari Kota London ke Congo, Afrika, sekumpulan tentera telah menghuru-harakan puak-puak orang asli dengan membakar tempat tinggal mereka dan seterusnya berjaya menangkap Tarzan untuk dibawa.

Kebetulan, George yang turut bersama dengan Tarzan dan isterinya ke Congo, Afrika telah menyerang balas sehingga menyebabkan Tarzan berjaya dilepaskan manakala isterinya berjaya ditangkap oleh Rom. Tarzan merancang untuk membalas tindakan Rom itu. Nak tahu seterusnya? Kena tengok sendiri ya di pawagam mulai 30 Jun 2016 ini. Hehehe...

Apa-apa pun, secara keseluruhan aku berpuas hati dengan jalan ceritanya yang menarik dan memperlihatkan suasana Congo, Afrika yang dipenuhi dengan alam semulajadi memukau turut memberi peluang untuk kita melihat suasana di tempat orang terutamanya Afrika dimana sebuah negara yang tidak mungkin aku dapat ke sana. Untuk movie nie, aku bagi 8/10 bintang.

Di sini, aku kongsikan trailernya yang cukup-cukup menarik, klik link ini, The Legend Of Tarzan. Dan kalau nak cuba kuiz movie nie pun boleh, klik link ini. Kuiz The Legend Of Tarzan.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com




Thursday, June 23, 2016

Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika by Badrul Hisham...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

'Teruskan membara' 
Itulah ungkapan pertama yang dilemparkan kepada aku oleh Saudara Badrul Hisham tatkala aku memegang dan membelek buku Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika by Badrul Hisham semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang dibuat di MAEPS, Serdang. 

Aku bersama barisa penulis dan Saudara Badrul Hisham adalah disebelah kanan aku yang pakai baju warna merah putih hijau tue... ~
Dalam hati aku, siapalah mamat yang tegur aku nie. Pastu aku teringat dengan muka dia sama ja dengan penulis buku Advantura Pulang Ke Malaya (APKM). Pastu aku bertanya, nie penulis buku APKM ka? Pastu mamat nie balas, ya ! Aku tersentap kejap...haha

TRAVELOG MR BACKPACKER : MERENTAS AMERIKA by Badrul Hisham

Siap balut lagi buku nie... ;)
Nie buku kedua yang aku miliki hasil tulisan tangan oleh seorang anak muda yang begitu banyak pengalamannya mengembara ke sekeliling dunia selepas terbitnya buku 'Advantura Pulang Ke Malaya' dan terbaru yang aku miliki hasil tulisan beliau adalah 'Kompilasi Travelog 7 Benua' yang turut menampilkan beberapa penulis yang lain.

Buku Merentas Amerika di atas sekali...haha ~
Sebelum tue, aku nak ucapkan TAHNIAH dahulu buat Saudara Badrul Hisham kerana menjadi salah seorang penulis kembara yang aku minati dan aku ikuti hasil tulisan beliau dan perkongsian beliau di Instagram selain Saudara Meor Farid Asyradi dan Saudari Siti Noridah. Aku suka baca buku-buku mereka ini kerana penulisannya yang mudah difahami, mudah digambarkan dan sekali sekala mampu merasai suasana mereka mengembara di serata dunia.

Nie kedua-dua buku tulisan Saudara Badrul Hisham yang dah aku miliki... ~
Berbalik kepada buku 'Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika by Badrul Hisham' ini aku tertarik untuk berkongsi serba sedikit mengenai penulisannya yang cukup memberi impak positif kepada aku terutamanya merasai pengalaman beliau menerusi buku ini seterusnya membuatkan aku berkhayal seketika merasai apa yang dia lalui sepanjang pengembaraan beliau merentas Amerika yang penuh warna-warni dan corak liku yang cukup menarik.

Empunya badan cukup bertuah kerana dari satu mukasurat ke satu mukasurat, aku sendiri merasai seperti bersama-sama dengan beliau merentas Amerika bermulanya dari New York sehinggalah ke Brazil aku seolah-olah turut mengembara bersama walaupun aku tahu aku sedang membaca pengalaman orang di atas sofa di rumah aku.

Apa yang aku boleh kongsikan adalah buku 'Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika by Badrul Hisham' ini bukan sebuah buku kosong yang tiada faedah dan tiada manfaat tetapi buku ini aku boleh anggap sebagai satu buku yang cukup memberikan inspirasi untuk aku terus berjalan melangkah ke luar kepompong untuk mencapai impian di langit. Setiap babak atau peristiwa yang berlaku sepanjang pengembaraan penulis ini memberikan banyak persoalan sehinggakan ianya mampu membuatkan kita berfikir sejenak melihat suasana di luar negara.

'Aku lagi rela belanja duit untuk merantau melihat dunia daripada beli rumah banglo 10 juta ringgit dan risau rumah kena pecah masuk'
-Badrul Hisham, 2016-

Benar ! Kadang-kadang aku terfikir perkara yang sama. Saudara Badrul Hisham ini cukup bertuah kerana dapat mengembara ke beberapa tempat yang pernah aku lihat di tv, majalah dan internet seperti New York, Niagara Falls, White House, Disneyland Florida, Texas, Grand Canyon dan macam-macam lagi. 

Buku ini mesti dibaca oleh semua pembaca blog aku, untuk sama-sama merasai pengalaman dalam pengembaraan oleh anak muda yang cukup berani melihat dunia dan sentiasa tak putus asa. Dan buku ini turut menjadi ilham dan inspirasi aku untuk aku akan menjelajah juga ke Amerika suatu hari nanti walaupun sekarang baru jelajah 7 buah negara saja berbanding saudara Badrul Hisham yang telah menjelajah 42 buah negara. Perghhh...

Part mana yang paling best? Bagi aku untuk #MerentasAmerika ini, aku tertarik dengan perkongsian penulis di Tajuk 9 : Ditangkap Koboi Texas. Mana taknya, kalau aku pun terkejut dan takut kalau tiba-tiba polis datang dengan sepucuk pistol dan jerit untuk keluar dari kereta. Siap digari lagi kesemua kawan saudara Badrul nie dan last-last dapat tahu yang dorang memandu laju. Perghhh...satu pengalaman tue... hehe ~

Apa-apa pun, aku bagi 10/10 bintang buat buku 'Travelog Mr Backpacker : Merentas Amerika by Badrul Hisham' yang cukup memberikan manfaat dan perkongsian ilmu mengembara. Insyaallah, mendoakan agar saudara terus mengembara dan berkongsi lagi pengalaman mengembara itu. Harap dapat bertemu lagi dengan saudara Badrul Hisham suatu hari nanti. Insyaallah...

Sebelum akhiri entry kali nie, aku nak kongsikan satu promo flight ke Busan, South Korea (Klik sini).

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, June 22, 2016

Independence Day : Resurgence (2016) - Pertembungan Makhluk Asing dan Manusia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, esok cuti bersempena Nuzul Quran. Kalau ikutkan tahun lepas semasa bekerja di Alor Setar, aku cuti di awal Ramadhan tetapi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, cuti diambil pada hari Nuzul Quran. Insyaallah, dengan masa cuti yang ada itu kita penuhkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Insyaallah. Hajatnya esok aku nak berbuka di Masjid Wilayah Persekutuan dengan Ustaz Khairul Anwar. Insyaallah... ;)

Ada juga terlintas nak masuk ofis sekejap esok untuk setelkan sedikit kerja dan habiskan masa dengan membaca buku terbaru yang aku beli baru-baru nie iaitu 'Sayalah Malala Yousafzai' dan membaca buat kali kedua 'Merentas Amerika'. Tadi pun sempat berkongsi pengalaman membara ke beberapa negara dengan bos aku dan aku merancang untuk ke Indonesia tahun depan. Korang doakan la semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah.

INDEPENDENCE DAY : RESURGENCE - Pertembungan Makhluk Asing dengan Manusia...

Tadi petang aku sempat berkongsi mengenai satu movie yang aku tonton iaitu 'Now You See Me 2 (NYSM2)', dan sekarang aku nak kongsikan pula satu movie yang juga aku baru tonton iaitu Independence Day : Resurgence yang aku teruja terutamanya di dalam trailernya memaparkan part/secene mercu tanda Malaysia iaitu KLCC turut ada di dalam movie ini.


Movie arahan Roland Emmerich ini diterajui dengan barisan pelakonnya yang hebat seperti Liam Hemsworth, Jeff Golblum, Bill Pulman, Jessie Usher dan pelbagai lagi cukup menguatkan lagi movie ini dengan pelbagai latar belakang yang berbeza seperti berada di bulan, di bumi dan pelbagai lagi. 

Sebenarnya aku tak tengok pun lagi filem pertamanya iaitu Independence Day (1996) dan aku tak tahu sangat perjalanan movie nie dan aku terus tengok sekuelnya iaitu Independence Day : Resurgence. Movie ini aku anggap satu movie yang penuh dengan gambaran di masa hadapan terutamanya dengan kecanggihan teknologi pada zaman dan tahun tersebut.

Sebelum tue, aku nak kongsikan sinopsis movie nie dulu untuk korang faham perjalanan ceritanya,

"Filem ini merupakan lanjutan dari filem pertamanya yang dikeluarkan 20 tahun lalu. Filem ini mengisahkan mengenai usaha sekelompok manusia melindungi bumi dari serangan makhluk asing. Mungkin ada yang masih ingat pada filem pertamanya di mana terjadi serangan makhluk asing dari luar angkasa yang menggunakan banyak pesawat. Semua tentera dan teknologi dikerahkan namun tetap tidak boleh menyerang alien tersebut sehinggalah pada akhirnya dijumpai penyelesaian dengan menanamkan virus pada pesawat induknya sehingga semua pesawat alien hancur.

Untuk sekuel kali ini ianya turut menyaksikan semua negara yang ada di seluruh dunia bergabung dan bersatu melawan makhluk asing ini. Banyak juruterbang terlibat dengan pertarungan ini namun hanya beberapa orang saja yang selamat."

Ok tak sinopsis dia? Ada yang tertarik untuk tengok movie ini hujung minggu? Apa yang aku tonton, aku bagi hanya 7/10 bintang saja sebab movie nampak masih kurang 'ummppphh ' dari segi perjalanan ceritanya dan kurang dari segi kesan bunyinya dan banyak lagi la kekurangannya. Tapi apa-apa pun, movie ini masih mampu memberikan aku kepuasan untuk ditonton.

Tengok movie nie sekali dengan Wak Doyok, Ikon Fesyen Malaysia...
Apa yang aku tahu, movie nie mengambil jarak masa yang cukup lama untuk wujudkan sekuelnya dan sebenarnya ianya sudah dirancang pada tahun 2009 namun ianya baru digarap beberapa tahun sebelumnya. So, apa lagi? Selamat menonton movie nie... ;)

*Aku ada kongsikan trailernya - klik link nie : TRAILER dan aku ada satu soalan kuiz untuk korang pembaca blog aku, klik link nie - KUIZ.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, June 21, 2016

Now You See Me 2 (2016) : Lagak Magic Yang Memukau...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Macam mana persiapan untuk menyambut hari lebaran 1 Syawal nanti? Aku? Baru nie ada pergi cuci-cuci mata mencari baju t-shirt, seluar dan kasut raya di beberapa tempat di sekitar Kota Metropolitan Kuala Lumpur ini sekali dengan sahabat sepejabat aku. Kami sempat pergi jelajah ke beberapa tempat/bazar untuk melihat dan memilih keperluan terutamanya melihat harga yang rendah dan munasabah. Sempat ke KLCC, Jalan TAR, SOGO dan Vendour Festival di Matrade.

Semasa di Jalan TAR...
Kebetulan ketikamana aku di Vendour Festival tue, dapat berjumpa dengan beberapa orang artis terkemuka yang turut menjual pelbagai baju-baju menarik tetapi lebih kepada baju perempuan. Aku sempat berjumpa dan bergambar dengan Nur Fazura (Penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia) dan Aeril Zafrel. 

Aku dengan Aeril Zafrel...
Aku dengan Nur Fazura...
Sebelum tue, aku sempat singgah di Kinokuniya KLCC untuk mencari buku 'Sayalah Malala Yousafzai' iaitu salah satu buku yang paling laris menceritakan mengenai seorang gadis yang menuntut hak pendidikan buat golongan wanita sehingga dia ditembak mati oleh pihak Taliban. Gadis tersebut menerima pengiktirafan sebagai Penerima Anugerah Nobel Keamanan Dunia. Kebetulan masa tengah cari buku nie sekali dengan buku-buku Aung San Suu Kyi, aku terperasan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ada kat sebelah aku sekali dengan seorang bodyguard dia. Pergghh hanya mampu tersenyum dan bergetar sekejap aku masa tue. Nak ambik tapi segan dan tak berani masa tue. Huhu... ;(

NOW YOU SEE ME 2 : Lagak Magic Yang Memukau...



Perghh ! Now You See Me 2 (NYSM2) nie salah satu movie yang penuh dengan tipu helah yang dibuat oleh barisan horseman yang masing-masing mempunyai keupayaan dan karakter yang berbeza-beza. Movie ini adalah kesinambungan movie Now You See Me yang sebelum ini cukup memberi impak kepada penonton dan seterusnya berjaya meraih banyak pengikut filem ini.

NYSM2 kali ini adalah memperlihatkan bagaimana barisan horseman ini memperlihatkan banyak aksi magic/ilusi yang cukup memukau berbanding Now You See Me yang pertama. Aku cukup tertarik dengan beberapa magic/ilusi yang dibuat terutamanya Lula dimana ketika dia buat penyamaran di satu restoran dan dia buat tangannya dipotong oleh seorang chef sehinggakan semua terkejut melihat situasi tersebut.

Aku juga tertarik dengan aksi magic/ilusi yang dibuat oleh Danny yang dapat kawal air hujan menjadi terapung ketika mana hujan sedang lebat sehinggalah beliau baring ke belakang dan hilang terus dan hanya ada pakaiannya sahaja. Perghhh... Apa yang bestnya untuk NYSM2 ini, mereka ada juga merungkai beberapa trick yang dibuat dan kita sebagai penonton dapat memahami magic/ilusi yang dibuat itu.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati menonton movie ini sebab perjalanan ceritanya mudah untuk difahami dan dapat terpukau dengan aksi-aksi magic/ilusi yang dibuat oleh barisan horseman ini sepertimana kita tengok dalam persembahan pentas magic di televisyen. Movie ini aku bagi 9/10 bintang. Sangat puas hati. Aku kongsikan sinopsis movie ini untuk korang tengok,

"NYSM2 menyaksikan barisan horseman yang kembali beraksi dengan teknik ilusi yang lebih hebat dan membawa mereka ke seluruh dunia. Satu tahun setelah menyebabkan FBI huru-hara dan dipuji oleh masyarakat kerana berjaya melakukan aksi Robin Hood, mereka kembali untuk merungkai penyelewengan seorang pengusaha teknologi bernama Walter Mabry.

Ia seorang genius yang mengancam barisan horseman atas kes kecurian yang boleh dibuktikan kepada pihak polis. Barisan horseman ini terpaksa melakukan satu lagi aksi yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk membersihkan nama mereka dan merungkai dalang di sebalik pencurian tersebut.

Filem ini dimulai dengan kembalinya mereka setelah dipersatukan oleh mentor mereka iaitu Dylan. Mereka yang sebelumnya berikrar akan menghilang selamanya, ditunggu-tunggu oleh orang awam untuk kembali. Dan mereka kembali dalam satu pertunjukkan di New Yoek yang disambut dengan meriah. Namun, pertunjukan itu diganggu oleh suara yang mengganggu mereka.

Mereka terpaksa melarikan diri dengan masuk ke sebuah saluran yang anehnya berakhir di China. Hal itu membuat mereka terkejut. Trik apa yang dimainkan ke atas mereka. Mereka menghilang dari pengawasan Dylan dan bertemu dengan Walter. Dylan berusaha mencari mereka termasuk dengan menghubungi Thaddeus (Freeman) yang kini dipenjara, musuh lama mereka dalam filem pertama."

*Nak tahu lebih lanjut movie nie? Kena tengok sendiri movie nie...hahaha ~

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, June 17, 2016

Finding Dory (2016) : Menghiburkan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Kacang sembunyi? Korang pernah dengan sejenis makanan ringan yang dikenali sebagai Kacang Sembunyi? Aku dah lama mengidam nak makan kacang sembunyi ni, last aku makan waktu aku ke Indonesia tahun 2014. Dia sejenis makanan ringan yang simple dan sedap untuk dikunyah, dimakan secara santai. Yang bestnya, aku terjumpa seorang penjualnya di FB dan Alhamdulillah aku dah ambik 2 balang untuk dimakan selepas solat tarawikh malam nie... Insyaallah...

Hari nie, aku nak kongsikan mengenai satu movie yang aku baru tonton baru-baru ini iaitu Finding Dory. Korang pernah dengar pasal movie ini? Nak tahu kisah lanjut, ikuti perkongsian aku mengenai movie ini... 

FINDING DORY : Menghiburkan...

Benar ! Movie Finding Dory arahan Andrew Stanton dan Angus Mac Lane merupakan sebuah movie animasi yang aku tunggu-tunggu selain dari Boboiboy The Movie & The Pets. Finding Dory ini secara lalunya mempunyai tarikan yang tersendiri terutamanya apabila movienya yang sebelum ini cukup menarik dipertontonkan iaitu Finding Nemo.


Finding Dory ini mengangkat beberapa tema yang cuba ditonjolkan iaitu kekeluargaan, persahabatan, keyakinan, berani dan beberapa lagi nilai murni yang boleh diambil menerusi watak utamanya Dory. Keunikan dan kecomelan Dory yang dipersembahkan bermula dari dia kecil sehinggalah besar cukup menarik. Di tambah suaranya yang sweet sedikit sebanyak memberikan ketenangan ketikamana ianya dipertontonkan.

Permulaan movie ni cukup baik dimana dipertontonkan mengenai seekor anak burung dan ibu burung menyuruh anaknya mencari kerang di persisir pantai. Sekali lalu, anak burung itu terkena dengan hempasan ombak di pantai. Keesokkannya anak burung itu tak berani nak ke tempat itu semula tetapi dia melihat pergerakkan siput membuatkannya meniru aksi siput sehinggalah dia dah tak takut pada ombak dan air.


Part atau Scene yang menarik adalah di Ocean Park dimana Dory mencari ibu bapanya setelah terpisah disebabkan kecuaiannya. Ocean Park ini digambarkan dengan pemandangan yang cukup cantik terutamanya dasar laut yang menarik dengan pelbagai hidupan yang ada serta pelbagai jenis ikan dipertontonkan di situ.

Movie ini aku angkat antara movie yang simple dan tak terlalu berat. So aku bagi 8/10 bintang untuk movie ini. Cuma yang tak bestnya adalah movie ini tak segempak Finding Nemo. Movie ini ada 'low' dia sikit tapi aku sendiri pun tak tau nak ungkapkan macam mana. Apa-apa pun, selamat menonton ya semua... ;)

Sebelum tue, aku nak kongsikan sinopsis movie ini dulu.

"Finding Dory menceritakan mengenai seekor ikan bernama Dory yang mempunyai satu penyakit iaitu lupa dalam jangka masa pendek. Pada suatu hari Dory tersesat sehinggalah dia terjumpa dengan Nemo.

Setelah berlalu setahun, dia tiba-tiba teringat akan ibu dan ayahnya sehinggalah dia berusaha untuk kembali ke tempat asalnya untuk mencari ibu dan ayah dia."

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, June 15, 2016

Central Intelligence (2016) : Simple dan Menghiburkan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Minggu nie kita dikejutkan dengan berita 'Free Seat' yang ditawarkan oleh pihak Air Asia untuk membawa kaki-kaki travel melancong ke merata tempat termasuk dalam dan luar negara. Aku? Semestinya aku ambil kesempatan yang ada itu untuk booking beberapa keping tiket sebagai langkah penjimatan aku untuk tahun 2017. Jimat? Yup, sangat jimat ! Aku berpeluang booking tiket pergi balik KL-AOR untuk 3 trip tahun 2017 hanya RM72 saja. Dan semestinya aku ingin mengimbau kembali untuk melancong semula ke Indonesia. Hehehe... :)

Stop ! Kita tak payah cerita pasal melancong nie sebab aku ada nak kongsikan sikit mengenai satu movie yang aku sempat layan iaitu Central Intelligence lakonan The Rock di tayangan premierenya. Yup, aku memang seorang pencinta movie ! Dari zaman universiti lagi aku suka kumpul dan layan semua jenis movie kecuali movie-movie 'Cinta & Romantik'.

CENTRAL INTELLIGENCE : Simple dan Menghiburkan...

Benar ! Movie nie cukup simple dan tak terlalu berat untuk kita khadam satu persatu babak yang cukup menghiburkan. Diselitkan juga aksi dan komedi, membuatkan movie ini sesuai ditonton untuk semua lapisan umur. Kebijaksanaan The Rock yang membawa watak Bob Stone sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada keseluruhan movie ini.


Aku tertarik dengan tema 'Persahabatan' yang cuba diangkat dan dikaitkan menerusi konflik syak-wasangka dalam perkara yang melibatkan keselamatan negara, sedikit sebanyak membuatkan kita sentiasa berfikir dari masa ke semasa, adakah kita ini adalah seorang kawan/sahabat yang dipercayai oleh sahabat/kawan kita yang lain? Movie ini digarap cukup baik bagi menampakkan bahawa sahabat/kawan itu antara yang mampu membahagiakan kehidupan seseorang.

Ada satu perkara lagi yang menarik perhatian aku ketika menonton movie ini adalah bagaimana Golden Jet ini berasa sangat rendah diri kerana hanya menjadi seorang akauntan sedangkan beliau adalah penerima anugerah tertinggi semasa diplomanya. Tapi menerusi Bob Stone la, beliau kembali kuat untuk merubah sifat rendah diri itu.

Secara kasar, aku bagi 7/10 bintang untuk movie ini. Aku berpuas hati dengan movie ini dan apa yang aku rasa paling best adalah watak Bob Stone itu sendiri yang dilakonkan oleh The Rock cukup menjadi dan cukup baik. Aku puji lakonannya untuk movie ini.

Sebelum tue, aku nak kongsikan satu link untuk korang tengok satu movie yang agak best untuk ditonton akan datang, The Independence Day .

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, June 10, 2016

Warcraft : The Beginning 3D (2016) : Layan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Tadi aku sudah ceritakan mengenai movie The Conjuring 2, tetapi untuk entry kali ini aku nak kongsikan pula mengenai movie yang aku baru tonton iaitu 'Warcraft : The Beginning'. Aku memang suka menonton movie dan tak semua genre aku layan. Tapi aku cukup tertarik dengan movie yang berkaitan superhero, seram, aksi, epik dan sebagainya.

WARCRAFT : THE BEGINNING : Layan...

Alhamdulillah, baru-baru ini aku berpeluang menyaksikan Warcraft : The Beginning (3D) di malam tayangan premierenya bersama sahabat baik aku, Paan. Pada mulanya aku cukup tertarik dengan trailer movie ini yang cukup memukau dan dilihat gah terutamanya pada mereka yang selalu main games ini ketika di universiti.


Aku antara salah seorang dari jutaan orang yang agak terpengaruh dengan games Warcraft ketika di zaman belajar. Warcraft mempunyai pelbagai pahlawan dan karektor yang berlainan melibatkan beberapa puak termasuk Manusia & Orc yang diangkat ke layar perak diolahkan kepada sebuah penceritaan di mana berlakunya pertembungan antara puak Manusia dan Orc.

Movie Warcraft : The Beginning ini aku anggap antara movie adaptasi games yang 'boleh' ditonton dan dilayankan selain The Angry Birds Movie kerana movie ini mempunyai kelainan dan keunikan tertentu terutamanya apabila kita yang ingin mengetahui sebuah penceritaan epik di antara puak Manusia dan Orc.

Walaupun di awal penceritaanya yang agak mendatar dan boring tetapi bermula dipertengahan cerita sehinggalah ke pengakhirannya anda pasti akan puas menyaksikan kelibat-kelibat Orc yang berbagai-bagai jenis dan berlatarkan perkampungan Orc sepertimana di dalam gamesnya.

Aku berpuas hati menyaksikan movie ini tetapi aku lebih cadangkan supaya anda tengok The Conjuring 2 dahulu kerana movie ini tidak sepertimana trailernya. Aku hanya boleh bagi 8/10 bintang saja dan aku berpuas hati sepanjang menonton movie ini.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

The Conjuring 2 (2016) : Seram, Suspens dan Penuh Debaran...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, hari ini adalah hari kelima kita berpuasa di bulan yang penuh barakah, Ramadhan. Macam mana puasa korang setakat ini? Juadah apa korang berbuka? Selalunya aku berpuasa dan berbuka bersama famili aku di Alor Setar tetapi apakan daya tahun ini aku hanya berbuka berseorangan di Kuala Lumpur. Huhuhu...

Aku masih lagi berimpikan untuk balik kerja di Alor Setar iaitu kampung halamanku. Berkali-kali aku cuba untuk tukar kerja, beralih kerja, dan macam-macam lagi sehinggalah yang terakhir aku diberi peluang untuk menghadiri ujian bertulis untuk another position di Pulau Pinang tetapi aku tidak hadir di saat akhir kerana hatiku tak terdetik untuk pergi ke sana. Tapi aku tetap tak akan mengalah untuk terus mencari apa yang terbaek untuk diriku.

THE CONJURING 2 : Seram, Suspens & Penuh Debaran...

Ok ! Hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai sebuah movie yang cukup menyeramkan dan aku antara yang berpeluang untuk menghadiri Tayangan Premiere The Conjuring 2 di GSC 1 Utama bagi menyaksikan movie nie secara lebih awal. Sebelum tue aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih buat Bro Ahmad dari Team M.A kerana sudi memberikan jemputan dan pass kepada aku. Terima kasih daun keladi ya... ;)


3 perkataan yang dapat aku katakan sepanjang menonton movie The Conjuring 2 ini iaitu SERAM, SUSPENS & PENUH DEBARAN. Dari permulaan penceritaan yang menampakkan sedikit demi sedikit elemen seram dan suspens ini, membuatkan aku dan dewan terjerit-jerit. Hahaha... Pembawaan keunikan jalan ceritanya yang diambil dari kisah benar ini cukup berhasil. 

Apa yang boleh aku katakan adalah The Conjuring 2 ini adalah lebih menyeramkan berbanding The Conjuring 1. Babak (scene) yang aku rasa paling menyeramkan adalah ketikamana Lorraine Warren masuk ke satu bilik di rumahnya dimana terdapat satu potret yang menyeramkan. Tiba-tiba semua pintu dan tingkap tertutup dan Lorraine terlihat kelibat bayang-bayang yang sedang berjalan di dinding sehinggalah ke potret tersebut menjadi hantu. Hahah... ~

Sebelum tue, aku nak kongsikan sinopsis movie The Conjuring 2 :-

"The Conjuring 2 mengisahkan tentang kisah nyata yang terjadi pada tahun 1977 di mana pada saat itu seorang ibu tunggal yang melaporkan bahawa anaknya telah dirasuk setan dan dia melaporkannya kepada seorang paranormal. Kehadiran dua orang paranormal ke situ menyebabkan pelbagai kejadian-kejadian pelik berlaku."

Apa-apa pun, aku merasakan movie The Conjuring 2 ini antara movie yang paling seram setakat ini. Aku bagi 9/10 bintang untuk movie The Conjuring 2. Untuk pengetahuan, pengarah The Conjuring 2 adalah anak kelahiran Malaysia, James Wan. Tahniah orang Malaysia !

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com