Friday, May 20, 2016

My Stupid Boss (2016) : Tak Kering Gusi Dari Awal Hingga Akhir...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi minggu ni untuk entry yang seterusnya. Aku ada siapkan beberapa artikel berkaitan dengan di awal pembinaan kerjaya, pengangguran dan isu graduan yang terlalu memilih kerja berdasarkan pemerhatian, bacaan, pengalaman serta perkongsian dari sahabat-sahabat yang aku kenali dan tidak kenali. Kita kena fahami bahawa dunia hari ni kita bersaing dengan orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi, orang yang mempunyai 'orang dalam' dan atas ketentuan 'nasib' seseorang dalam menempatkan diri kita ke dunia pekerjaan yang diminati dan diceburi.

Begitulah juga dari perspektif di pihak majikan. Mereka lebih bergantung kepada bakal-bakal pekerja mereka yang mempunyai pakej yang lengkap dan berkait antara satu sama lain iaitu ilmu & pendidikan (CGPA adalah asasnya), tahap kemahiran (kalau ada sijil2 tambahan), kokurikulum (calon tak pasif), dan macam2 lagi yang secara kasarnya adalah pakej lengkap bagi seseorang calon itu yang akan dipilih oleh pihak majikan tersebut. Aku ada beberapa cadangan dan pendapat untuk dikongsikan tapi ianya aku akan postkan di entry-entry yang akan datang. Insyaallah.

MALAM PRATONTON MY STUPID BOSS

Berbalik kepada kepada tajuk asal dan apa yang ingin aku perkatakan ini adalah mengenai jemputan yang aku dapat dari pihak M.A dan Bro Nazri untuk hadiri ke Malam Pratonton 'My Stupid Boss' yang diadakan malam tadi di TGV KLCC. Terima kasih yang semua dan paling best dapat Novel Komik movie nie sebagai cenderahati kenang-kenangan.


Movie arahan Saudara Upi Avianto ini diangkat menerusi hasil karya Chaos @ Work dimana mengangkat tema komedi dan membariskan beberapa pelakon dari Malaysia dan Indonesia seperti Bunga Cinta Lestari, Reza Rahadian, Atikah Suhaimie, Bront Palarae dan ramai lagi. 

MY STUPID BOSS : Tak Kering Gusi Dari Awal Hingga Akhir...

Apa yang aku boleh katakan mengenai movie ni adalah ni la movie pertama yang aku tonton yang paling kelakar dan ringan. Dari awal movie sehinggalah di pengakhiran movie, tak henti-henti dengan ketawa berdekah-dekah dari aku dan seluruh penonton yang ada di hall tue terutamanya lakonan hebat dari paling lucu dari babak-babak spontan yang ada fikir cukup membuatkan anda hilang stress dan serabut kerja. Hahaha...


Lakonan bersahaja dari pelakon-pelakon lain juga sedikit sebanyak menguatkan lagi movie ni sebagai movie yang paling kelakar yang pernah aku tengok. Babak dari lakonan 'Bossman' dan Diana juga melucukan terutamanya babak pelanggaran kereta dan babak ganggu-mengganggu menerusi telefon. Hahaha...

Walaupun movie ni penuh dengan adegan dan babak-babak yang kelakar tapi tetap ada babak yang menyentuh hati dan memberi teladan kepada kita menerusi penyampaian sinis berkaitan dengan cara hidup segelintir orang, dan ragam-ragam manusia. Apa yang aku boleh katakan kat sini, korang mesti tonton movie ni dan layan sendiri cerita ni, aku yakin korang keluar panggung nanti dalam keadaan kosong dan hilang semua stress & tekanan anda sebelum ni.

Untuk movie 'My Stupid Boss' ni, aku bagi 8/10 bintang untuk keseluruhan cerita ni dan apa yang pasti aku puas hati dengan jalan ceritanya dan komedi yang ditengahkan dalam movie ni. Kat sini, aku kongsikan mengenai sinopsis movie ni,

"Movie ni mengisahkan mengenai Diana yang harus mengikuti suaminya bekerja di Malaysia dan menetap di sana. Di sana, Diana juga mencari pekerjaan dan mencuba nasib untuk bekerja di pejabat rakan suaminya sebagai Ketua Kerani. Setelah terpilih, bermulalah adegan boss yang lucu dan begitu pelik sehinggakan beliau menjadi sakit hati dan mula melawan."

Nak tahu kisah selanjutnya? Hehehe... Selamat Menonton ya semua... ;)

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, May 18, 2016

X-Men Apocalypse (2016) : Percaturan & Aksi Terhebat Dari Mutant...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sebelum aku buka perkongsian atau review aku mengenai movie 'X-Men Apocalypse' ni, aku just nak ingatkan dan nasihatkan kepada seluruh pelajar atau yang masih belajar, jagalah pointer, tumpulah perhatian pada pelajaran anda dan buatlah yang terbaek dalam bidang akademik sebagai persediaan korang sebelum menempuh ke alam pekerjaan. Percayalah, kerana sampai satu tahap, korang akan dapat memahami apa sebenarnya yang aku nak sampaikan. Insyaallah aku akan ulas secara detil mengenai perkara ini dalam entry-entry yang akan datang.

TAYANGAN PREMIERE X-MEN APOCALYPSE

Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang dan kesempatan untuk menjadi antara penonton terawal yang menonton filem ini di Malaysia di Malam Tayangan Premiere filem ini yang dibuat di Pavilion semalam. Kali ni aku tak berseorang sebab aku datang bersama rakan sekerja aku, Paan. 




Aku pencinta movie ! Yeahhh, aku memang pencinta movie ! Aku suka follow movie-movie yang terkini yang mempunyai keunikan dan yang berjaya menarik aku untuk menonton karya-karya terkini terutamanya melibatkan filem superhero ni. Hehehe... ;)

X-MEN APOCALYPSE : Percaturan & Aksi Terhebat Dari Mutant...

Aku cukup tertarik dengan permulaan bagi sekuel X-Men bagi kali ini dimana mengimbas kembali bagaimana watak 'Cyclops @ Scott Summers' wujud. Dan seterusnya abangnya membawa dia ke Xavier School dan bertemu dengan Profesor X @ Charles. Di sini juga menemukan beliau dengan Jean yang sedang menyesuaikan diri dengan kuasa yang ada.



Movie 'X-Men Apocalypse' kali ini menyaksikan kebangkitan 'En Sabah Nur' yang mempercayai bahawa beliau adalah penyelamat kepada peradaban dunia yang baru. Dan beliau mempunyai keseluruhan kuasa mutant kecuali kelebihan yang ada pada Profesor X. Satu persatu beliau mendekati beberapa mutant termasuklah The Storm, Magneto dan beberapa orang lagi.

Bagaimanapun setelah Raven @ Mystique mengetahui mengenai magneto, raven kembali bekerjasama dengan Profesor X terutamanya apabila dapat mengesan mengenai kewujudan 'En. Sabah Nur' yang cuba memusnahkan seluruh dunia untuk mewujudkan peradaban yang baru.

Sekali sekala, aku sendiri terpukau dengan cara yang dibuat oleh 'En Sabah Nur' untuk memperkuatkan lagi beberapa mutant yang menyokong beliau. Berlatarbelakangkan Kaherah, Mesir, movie ni membangkitkan kembali kemegahan pyramid yang menjadi satu pusat pemujaan terbesar.

Nak tahu lebih lanjut? Aku cadangkan korang turun ke panggung untuk menonton sendiri filem sekuel X-Men ini yang membuatkan anda akan terus terpukau dengan salah seorang mutant yang mempunyai kuasa terhebat di kalangan mutant ini. Heheh... ;) Di sini, aku kongsikan sinopsis mengenai filem X-Men Apocalypse ini,

"Mengisahkan mengenai mutan bernama Apocalypse (Oscar Isaac). Sejak dari awal peradaban, dia dipuja sebagai dewa, mutan pertama dan sangat kuat dari alam semesta Marvel. Mengumpulkan banyak kekuatan dari mutan-mutan lainnya dan menjadi abadi dan tak terkalahkan.

Sejak dari kebangkitannya dari ribuan tahun, dia kecewa pada dunia yang dia temukan saat ini dan merekrut team mutan yang sangat kuat termasuk Magneto yang tersakiti untuk membersihkan umat manusia dan menciptakan sebuah dunia baru di mana dia akan menjadi pemimpin.

Untuk menjaga kestabilan dan keseimbangan dari dunia, Raven dengan bantuan dari Profesor X haru memimpin team muda X-Men untuk menghentikan musuh terbesar dan menyelamatkan umat manusia dari kehancuran."

Pendapat aku hasil dari tayangan premiere movie ni, aku sedia memberikan 8 dari 10 bintang kerana di awal movie ni agak perlahan sehinggalah di kemuncaknya yang begitu memukau. Apa-apa aku layan dan enjoy dengan movie ni. Terima kasih kepada yang sudi memberikan jemputan untuk tayangan premiere untuk movie ni. Semoga terus sukses.... ;)

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



Thursday, May 12, 2016

The Angry Birds Movie (2016) : Antara Kemarahan, Kebijaksanaan & Kecomelan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi dalam entry yang seterusnya ini. Walaupun aku sekarang busy dengan urusan kerja aku yang tiada henti dari hari ke hari tapi aku masih ada kesempatan untuk mengikuti dunia luar dan terus menikmati keindahan dalam kehidupan dunia yang sementara ini. 

TAYANGAN PREMIERE THE ANGRY BIRDS MOVIE

Semalam, aku diberi peluang dan kesempatan untuk turut serta hadiri ke Malam Tayangan Premiere 'The Angry Birds Movie' iaitu antara salah satu movie animasi yang dinanti-nantikan pada tahun 2016 selain dari Finding Dory & Boboiboy The Movie. Aku hadiri tayangan tersebut dengan seorang sahabat aku, Syahmi dari UTEM.

The Angry Birds Movie Premiere Invitation... 
Sebelum tue, aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak yang memberi tiket kepada saya untuk hadiri Malam Tayangan Premiere 'The Angry Birds Movie' di mana aku dapat menonton lebih awal dari tayangan di pawagam dan yang paling penting dapat menonton secara percuma. Thanks ya !

Aku dan member aku bersama Bomb, Red & Chuck...

Welcome Angry Birds - Happy & Smile...

Sekali sekala tengok movie nie dengan penerima Anugerah Artis Versatil Popular ABPBH 2016, Kak Ifa Raziah...

Aku juga berkesempatan untuk melihat secara dekat maskot-maskot angry birds ni yang cukup comel, gebu dan sebagainya lagi. Walaupun umur meningkat dewasa tetapi movie-movie animasi ni sedikit sebanyak dapat mengurangkan dan menghilangkan kepenatan kerja kita buat seketika.

THE ANGRY BIRDS MOVIE : Antara Kemarahan, Kebijaksanaan & Kecomelan...

Tiga perkara yang aku nak perkatakan dalam The Angry Birds Movie yang diadaptasikan dari game yang popular suatu ketika dahulu ini adalah kemarahan, kebijaksanaan & Kecomelan di mana tiga permainan karektor ni membuatkan aku terus hanyut dengan jalan ceritanya yang simple dan ringan untuk kita terus mengikuti dengan khayalan perkampungan sekumpulan burung yang berbagai-bagai jenis yang meliputi badan kehakimannya, polisnya dan pelbagai lagi seumpanya.

Red, Chuck dan Bomb adalah tiga watak utama yang difokuskan melibatkan tiga permainan karektor yang aku sebut tadi. Masing-masing mempunyai kekuatan dan keunikan yang tersendiri terutamanya menerusi watak Red yang begitu jelas dengan perkara yang aku sebut tadi. 

Comey tak Red?

Aku cukup puas hati menonton movie ni dan aku bersedia memberi 8/10 untuk The Angry Birds Movie ini dan aku cadangkan yang mana-mana pembaca blog aku yang stress, sakit jiwa atau ada masalah peribadi, pergilah relexkan minda dengan menonton movie ini dan ianya mampu menghilangkan stress kita dengan jenaka yang dipertontonkan dalam movie ini.

Aku kongsikan kat sini sinopsis bagi movie ni.

"Movie ini bercerita mengenai kehidupan bahagia sekelompok burung di sebuah pulau, mereka iaitu Red, Chuck dan Bomb. Akan tetapi ada seekor burung yang mempunyai masalah dengan sifat marahnya. Mereka memanggilnya Red.

Suatu hari ada sebuah kapal yang membawa segerombolan babi yang dipimpin oleh Leonard. Akan tetapi kedatangan mereka itu, kehidupan Red dengan rakannya mulai terusik, kerana sekawan babi tersebut telah mencuri telur-telur burung di situ."

Nak tahu selanjutnya apa yang terjadi? Kena tengok sendiri movie ni di pawagam...hahaha ok jumpa lagi nanti untuk movie yang seterusnya ya ! Dan doakan aku dipermudahkan urusan untuk tugasan-tugasan aku di pejabat ini. Insyaallah... Amin... ;)

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com


Sunday, May 8, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sebelum tue, saya nak ambik kesempatan merakamkan 'Salam Takziah' saya buat keluarga-keluarga mangsa nahas helikopter di Batang Lupar, Sarawak terutamanya buat keluarga Allahyarhamah YB Datuk Noriah Kasnon (Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi) dan keluarga Allahyarham YB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar (Ahli Parlimen Kuala Kangsar). Masih teringat pesanan Arwah YB Datuk Nor yang pernah memberi semangat kepada saya untuk terus menuntut ilmu walaupun dalam masa yang sama bergiat aktif dalam kepimpinan di peringkat universiti.

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan TAHNIAH buat YAB Tan Sri Datuk Patinggi Adenan Satem di atas kemenangan besar dan bergaya beliau dalam mengetuai kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak sekaligus membentuk kerajaan bagi meneruskan agenda kebajikan rakyat Sarawak menerusi mandat yang diberikan. Semoga YAB TS Adenan Satem terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2016


Menjulang ilmu ke mercu gemilang di MAEPS, Serdang bagi melihat kepelbagaian buku dari pelbagai jenis penerbit buku yang memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Salah satu aktiviti yang perlu diisi bagi kekosongan waktu yang ada di hujung minggu ini sedikit sebanyak memanfaatkannya dengan meneruskan minat dengan membaca.

Ada beberapa buku yang memang termasuk di dalam list aku tetapi aku tak jumpa. Dan apa yang bestnya, aku berpeluang melihat banyak buku-buku baru terutamanya berkaitan dengan biografi, kembara, politik dan sebagainya lagi tetapi disebabkan bajet yang terhad aku beli yang lebih kepada minat untuk hilangkan stress ja dan tak terlalu berat untuk dihadam.

Banyak penerbit-penerbit yang ada di sana, ditambah pula dengan pelbagai diskaun yang ditawarkan membuatkan aku pusing hampir 3 kali untuk pilih buku yang benar-benar aku nak dan bajet aku hanya RM100 tetapi aku terbeli pulak buku melebihi bajet yang ada. Sekali lagi bajet aku lari disebabkan keborosan aku. Tetapi tak apalah, sekali sekala ja pesta buku ini diadakan.

Kebetulan, aku sempat singgah ke booth salah seorang kenalan aku iaitu Saudara Hafiz Latiff (Pemilik LegasiOakheart) dan sempat aku membelanjakan sikit untuk mencari buku-buku di situ dan Alhamdulillah, ada jumpa buku yang aku cari iaitu Travelog ET : Namastee India, Merentas Amerika dan Kompilasi Travelog : 7 Benua. Aku juga sempat berborak dengan beberapa orang penulis yang ada di situ dan sempat bergambar dengan dorang.

Aku bersama Bro Hafiz Latiff, Saudara Badrul Hisham dan Saudara Faiz Najmi...

Aku bersama Saudara Nazri Arshad & Bro Hafiz Latiff.

Apa yang best, di sini aku dapat lihat ribuan pengunjung yang berlumba-lumba mencari, membelek dan meneliti pelbagai buku yang ada dan masing-masing memilih dengan penuh khusyuk dan begitu fokus. Ada juga yang sekadar mencuci mata dan melihat kepelbagaian buku yang ditawarkan. Aku hanya beli 6 buah buku sahaja iaitu Merentas Amerika, Travelog ET : Namastee India, Kompilasi Travelog : 7 Benua, Travelog Mr.Traveller Untold Stories, Musafir Duniawi dan Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan.


Kekurangan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016?

Aku nampak sedikit kekurangan sebenarnya bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 iaitu dari segi tempatnya yang dibuat di MAEPS, Serdang dan jika pesta buku tersebut dibuat di PWTC seperti tahun-tahun sebelum ni, aku rasa akan lebih meriah dan lebih muda terutamanya dengan kemudahan ATM yang ada, kemudahan kenderaan awam dan sebagainya lagi. 

Apa-apa pun, aku tetap enjoy dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 ini. Insyaallah, kalau ada kesempatan, aku akan hadir lagi untuk siri yang akan datang, Insyaallah. 






Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com