Monday, November 28, 2016

Hanyut : Karya Hebat dari U-Wei Haji Ashaari...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hanyut : Karya Hebat Dari U-Wei Haji Ashaari...


Rata-rata pengikut filem-filem tempatan sering berkata-kata mengenai filem Hanyut. Selepas pelbagai cabaran yang berlaku untuk filem Hanyut ini, akhirnya filem araha U-Wei Haji Ashaari ini berjaya masuk ke pawagam bermula 24 November yang lalu. Dan aku antara yang teruja untuk menonton filem ini yang digambarkan sebagai antara filem yang pasti akan membolosi salah satu dari 5 filem terbaik Malaysia 2016.

Aku pergi ke pawagam bersama-sama member baik aku, Nazrul Hazwan tanpa membaca langsung sinopsis filem ini. Aku hanya tertumpu kepada komen dan review dari orang ramai terhadap filem ini. Rata-rata memuji filem ini dan mengagumi lakonan hebat Sofia Jane dalam filem Hanyut ini.

Untuk pengetahuan pembaca blog aku semua, filem Hanyut ini diangkat berdasarkan novel Inggeris yang bertajuk Almayer's Folley (karya Joseph Conrad). Dan filem ini juga mengambil masa yang agak lama prosesnya untuk ditayangkan di pawagam. Adakah filem ini mampu memberikan kepuasan kepada aku? Jom aku kongsikan sedikit pendapat aku mengenai filem Hanyut ini.



Sinopsis filem Hanyut :-

'Berdasarkan novel Almayer's Folley karya Joseph Conrad pada tahun 1895, filem epik ini menceritakan kisah Kasper Almayer (Peter O'Brien), seorang pedagang Belanda yang merantau dan hidup di Malaysia pada awal abad ke-19. Dia telah menghantar anak perempuannya yang berusia 10 tahun bernama Nina ke Singapura untuk belajar sebagai orang Barat, bagaimanapun ia tidak disuaki oleh ibunya, Mem, yang merupakan penduduk tempatan berasal dari Betawai.

Impiannya untuk mencari gunung emas yang dikatakan wujud dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang arab dan cinta anak perempuannya (Diana Danielle) terhadap Putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola (Adi Putra).'

Filem ini berlatarbelakangkan zaman dahulu kala yang memperlihatkan kehidupan zaman dahulu kala yang meliputi pelbagai jenis bangsa yang ada. Mata pasti tertumpu dengan watak Mem (lakonan Sofia Jane) yang memulakan penceritaan dimana beliau berkejaran dengan boat Inggeris bagi menyelamatkan anaknya, Nina yang dihantar oleh bapanya ke Singapura untuk belajar cara hidup Barat.

Mem dan Almayer merupakan pasangan suami isteri yang dikatakan berkahwin secara paksa disebabkan untuk mengetahui mengenai gunung emas yang terdapat di negeri tersebut. Mem juga memperlihatkan sifat 'benci' nya kepada Almayer dan membakar semua jenis barangan di dalam rumah yang mempunyai unsur barat.

Setelah beberapa tahun, Nina kembali ke kampungnya itu dengan kecantikannya sebagai anak gadis kacukan yang bertemu kembali ibu dan ayahnya. Seperti biasa, cara berpakaian Nina memperlihatkannya sebagai seorang gadis belanda. Kemesraan tergambar apabila Nina bersama-sama dengan Mem di dalam rumah berkongsi cerita.

Aku paling suka babak ketikamana Nina dan Dain di atas sampan di sungai yang penuh dengan kabus sambil diperhatikan oleh seorang gadis penjual kueh dan orang kaya (orang kanan Raja). Persembahannya cukup kreatif dan cantik suasana yang diambil bagi menggambarkan kemesraan sepasang pasangan yang sedang dilamun cinta.

Lakonan Sofia Jane juga sememangnya cukup hebat dan harus dipuji menerusi watak Mem di dalam filem ini yang digambarkan sebagai seorang wanita melayu yang dipaksa mengikut cara kehidupan barat dan dikahwin paksa oleh orang Belanda. Sehinggalah beliau benar-benar kecewa apabila anaknya itu dihantar ke Singapura.

Tapi aku sedikit kecewa kerana filem ini digerakkan dengan agak perlahan antara satu plot ke plot yang lain sehinggakan filem ini berjaya membuatkan aku hampir terlena di dalam panggung ketika menonton filem ini. Ya, filem ini seharusnya dipuji dari segi corak persembahannya, sudut kamera yang diambil dan gambar yang dipersembahkan, serta penjiwaan dari setiap para pelakonnya.

Secara peribadi, aku agak terkilan sebenarnya kerana keterujaan aku untuk menonton filem ini menjadi mendatar sehinggalah babak-babak akhir yang mengembalikan aku untuk melihat secara sepenuhnya sehingga habis. Mungkin, filem ini bukan 'taste' aku. Huhu... Aku hanya boleh bagi 6/10 bintang saja untuk filem Hanyut ini.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Desolasi : Kesepian Rohani...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke Bulan Disember iaitu penghujung tahun 2016. Adakah kita mencapai matlamat dan impian di tahun 2016? Itu semua masing-masing punya hal dan yang penting, ada kecapi 10%-20% pun dah kira ok, sekurang-kurangnya usaha itu sudah ada. Tak kiralah apa orang nak kata, yang penting korang dah buat yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan dari masa ke semasa.

Begitu juga industri perfileman Malaysia, masing-masing produser dan pengarah mempunyai matlamat dan hala tuju dalam berkongsikan karya samada ianya berjaya di mata penonton ataupun tidak. Bulan nie boleh kata, banyak filem tempatan menyinggah ke pawagam seperti filem Interchange, Hanyut, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dan Desolasi.

Desolasi : Kesepian Rohani...

Apa yang korang tahu mengenai istilah 'Desolasi'? Pernahkah korang terdengar mengenai perkataan ini sebelum diwar-warkan mengenai filem ini? Sebelum menonton filem Desolasi ini, aku mencari makna atau maksud perkataan itu yang akhirnya memberi maksud, Kesepian Rohani. Apakah yang ingin sebenarnya disampaikan oleh pengarahnya, Syafiq Yusof untuk filem Desolasi ini? Berat atau tidak temanya, mari kita rungkaikan satu persatu. Insyaallah...

Sebelum tue, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Team Movie Addict yang sudi memberi laluan dan peluang kepada aku untuk menghadiri ke Tayangan Eksklusif dan Sidang Media Filem Desolasi bersama dengan produser, pengarah dan para pelakonnya yang diadakan baru-baru ini di GSC 1 Utama, Kuala Lumpur. Peluang yang diberikan itu, aku gunakan sebaik mungkin untuk memberikan respon dan review terhadap filem Desolasi ini yang bakal menjenguh ke pawagam pada 8 Disember 2016 nanti.


Semua orang ada masalah. Setiap masalah itu pasti berbeza-beza. Setiap orang saling bergantungan antara satu sama lain dan mana mungkin seseorang itu mampu hidup berseorangan dan bersendirian. Semua orang mahukan kebahagiaan dalam kehidupan, nakkan kehidupan yang senang. Adakah kita gembira jika kita hidup dalam dunia tanpa orang? Itulah yang cuba disampaikan oleh Syafiq Yusog dalam filem Desolasi ini.

Babak dimulakan dengan ungkapan 'Bismillah' yang sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan filem ini yang bergenre drama islamik. Permulaan yang sangat baik itu menimbulkan beberapa persoalan adakah filem ini berat? serius? atau sebaliknya? 

Watak Aiman lakonan Syamsul Yusof digambarkan sebagai orang yang sentiasa mempersoalkan ketentuan Qada' dan Qadar. Ketikamana kecil, Aiman pernah mempersoalkan kepada cikgunya, kenapa daun/pokok berwarna hijau? kenapa tidak berwarna lain? Persoalan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam kelas. Ada satu babak jugak, selepas selesai solat maghrib, Aiman mempersoalkan kepada ayahnya, kenapa tuhan tak berikan semua manusia hidup bahagia? Sekali lagi beliau dirotan oleh ayahnya.

Satu persatu masalah berlaku di dalam hidup Aiman antaranya beliau diberhentikan kerja secara mengejut, ibunya sakit dan pelbagai lagi sehinggalah beliau bertekad mahu 'lari' dari masalah tersebut dan mempersoalkan semua masalah itu kepada tuhan. Terdapat satu babak yang diselitkan menerusi watak Pekin Ibrahim yang meminta Aiman untuk mencari jawapan kepada persoalan itu. Stop! Nak tahu lanjut, kena tengok sendiri movie ini di pawagam mulai 8 Disember 2016.

Sekali lalu aku puji teknik penyampaian persembahan filem ini yang ditampilkan dengan hampir 60% dengan teknik CGI yang sedikit sebanyak menjadi filem tempatan yang ada daya tarikannya yang tersendiri. Teknik CGI memberikan satu gambaran baru kepada filem tempatan dimana  diperlihatkan Kota Metropolitan Kuala Lumpur tanpa manusia, kewujudan Dinosour di tengah-tengah Kuala Lumpur dan pelbagai lagi.

Secara keseluruhan aku puji filem terbitan Skop Production ini dan aku berani bagi 8/10 bintang untuk filem ini. Dan aku rasa wajar untuk semua pembaca blog aku untuk turun ke pawagam nanti untuk menyaksikan sendiri movie ini. Aku jamin dan pasti, banyak pengajaran / teladan yang disampaikan menerusi filem ini terutamanya kepada mereka yang selalu berdepan dengan masalah.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan kepada majlis tersebut. Hehehe ;)

Aku bersama Syamsul Yusof (memegang watak Aiman)...
Aku bersama Syafiq Yusof, Pengarah Filem Desolasi...



Aku bersama Pekin Ibrahim...

Aku bersama Bella Dally...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com




Friday, November 25, 2016

Interchange : Kebenaran atau Khayalan?

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Akhir November 2016 baru berkesempatan untuk update entry terbaru dek kerana kesibukan yang melampau di ofis dan keterbatasan untuk meng'update' beberapa detik peristiwa/aktiviti yang disertai menyebabkan blog ini agak suram dengan entry sepanjang bulan November 2016. Aku juga ada drafkan beberapa artikel mengenai pendapat aku terhadap Bersih 5.0, Pindaan RUU 335, Isu Etnik Rohingya di Myammar dan macam-macam lagi dari perspektif aku sebagai seorang belia/anak muda Malaysia. Tapi semuanya masih tergantung tanpa noktah. Huhu... ;(

Seterusnya ada juga 'hutang' aku untuk kasi review terhadap beberapa aktiviti lain seperti Humanity Night 16 di UIAM dan lain-lain lagi termasuklah beberapa filem yang aku berkesempatan untuk hadiri ke Pra-Tonton Filem-Filem terbaru. Sebelum tue, aku nak minta maaf sesangat kat Ummi (YB Dato Shahaniza) sebab tak dapat menghadiri Majlis Hi-Tea yang dianjurkannya di Kuantan disebabkan kekangan waktu saya untuk turun ke Kuantan, Pahang. Huhu... ;(

Interchange, Hanyut, Upin-Ipin Jeng Jeng Jeng, Desolasi antara filem-filem tempatan terbaru yang bakal menjengah ke pawagam yang aku nanti-nantikan selama ini. Setiap filem itu mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan mempunyai elemen-elemen tertentu yang ingin aku lihat satu persatu. Contohnya, Interchange yang digambarkan sebagai filem supernatural tempatan, Upin-Ipin Jeng Jeng Jeng digambarkan seperti filem Cj7 dan Desolasi digambarkan sebagai buah tangan tempatan yang cukup 'lari' dari skop kotak filem tempatan.

Interchange : Kebenaran atau Khayalan?

Semalam (25 November 2016) aku diberikan kesempatan dan peluang untuk hadiri ke Malam Gala Tayangan Filem Interchange arahan Dain Iskandar Said yang bertempat di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Dan aku juga berpeluang untuk bersama-sama dengan para pelakon filem ini seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Nadiya Nisaa dan lain-lain lagi.


Sejujurnya, filem Interchange merupakan filem tempatan yang aku paling nantikan diikuti filem Hanyut dan Desolasi. Aku cukup tertarik dengan 'umpan' filem ini yang telah berjaya membawa namanya ke serata dunia seperti ke Festival Del Film Locarno pada bulan Ogos yang lalu dan menjadi filem Malaysia yang dibuat Tayangan Perdana Asia di Singapore International Film Festival 2016. Ianya sedikit sebanyak membuatkan aku ingin 'menggali' filem ini secara teliti. Cewaahhh...

Persoalan yang timbul apabila menonton filem ini adalah kebenaran atau khayalan? Kenapa aku persoalkan ini? Sebelum aku menonton filem ini, banyak persoalan bermain di fikiran aku iaitu kelainan? supernatural? dua entiti? manusia haiwan? Dan sejujurnya, itulah persoalan yang akan bergerak seiring dengan anda ketika menonton filem ini satu persatu babaknya.

Filem Interchange adalah sebuah filem tempatan yang cukup berlainan dari segi perjalanan ceritanya dan pembawaannya menerusi plot demi plot sehinggalah pelbagai persoalan tadi timbul dan dirungkaikannya satu persatu menerusi watak-watak yang dijadikan sebagai subjek utama dalam memantapkan penceritaan ini seperti Detektif Man (Shaheizy Sam), Adam (Iedil Putra), Iva (Prisia Nasution), Sani (Nadiya Nisaa), Belian (Nicholas Saputra) dan lain-lain lagi.

Detektif Man dan Adam (Jurufoto Forensik) yang sedang meneliti satu persatu pembunuhan yang cukup unik dimana setiap mayat yang ditemui berada dalam keadaan yang sangat pelik. Seperti terdapat 3 lubang di leher mayat, badan mayat terdapat kesan pisau dihunus panjang, luka pada badan tanp darah dan lain-lain lagi. Sehinggalah menimbulkan satu persoalan antara 'pendapat dan pandangan' Detektif Man dan Adam.

Watak Iva yang muncul secara tiba-tiba dikala Adam yang suka mengambil gambar dari bilik kondominiumnya terhadap ragam jiran-jirannya dan ketika itu juga dia 'terlihat' ada sesuatu yang pelik dibuat oleh Iva. Dan ada satu babak yang memperlihatkan Iva menyedari perbuatan Adam itu. Maka bermulalah penyatuan antara Iva dan Adam yang membawa Adam ke satu konflik khayalan yang dibuat bersama-sama dengan meneliti kes forensik itu.

Kemunculan Cik Sani dan Belian pulak sedikit sebanyak menyokong bahawa ada sesuatu yang 'bakal' berlaku disebalik pusat barangan-barangan antik dan turut dikaitkan dengan penemuan negatif/filem kaca zaman dahulu kala (iaitu bahan bukti forensik) yang membawa kepada penghidupan satu entiti baru 'manusia haiwan' yang telah dikurung semangatnya. Dan Adam menjadi seperti terpukau ke alam yang berbeza.

Aku puji filem Interchange ini kerana berani membawa satu dimensi baru atau pembaharuan dari perspektif tempatan yang dikaitkan dengan suku-sakat etnik Borneo. Walaupun ada beberapa babak dan part yang aku sendiri masih kurang faham dan kurang jelas. Tapi secara keseluruhannya aku suka dan boleh layan filem Interchange ini.

Percayalah bahawa korang takkan rugi dengan filem Interchange ini. Maka jemputlah pembaca-pembaca blog aku untuk turun ke pawagam menyaksikan filem Interchange ini. Aku berani bagi 7/10 bintang untuk filem ini secara keseluruhan dan aku turut puji lakonan yang cukup 'berani' dan berkesan dari Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nicholas Saputra yang berjaya meyakinkan aku untuk melihat secara realistik kewujudan entiti manusia haiwan itu. Hahah :)

Akhir kata, turunlah ke pawagam menyokong filem Interchange karya tempatan ini bermula 1 Disember 2016. Korang akan pasti puas hati dengan karya tempatan kali ini...hehe ;) Sebelum tue, aku nak share beberapa keping gambar aku dengan para pelakon filem Interchange ini...heheh ;)


Para pelakon dan Pengarah tiba di Hall aku berkongsi sepatah dua kata bersama penonton... :)
Aku bersama Detektif Man (Shaheizy Sam)...

Aku bersama Belian (Nicholas Saputra)...

Aku bersama Adam (Iedil Putra)...
Aku bersama Cik Sani (Nadiya Nisaa)... 


Aku bersama Redza Minhat salah seorang penulis lakon layar bagi Interchange... 

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY

Friday, November 11, 2016

Malaysia Urban Retreat Festival 2016 (MURFEST '16)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, bertemu kita sekali lagi untuk entry pertama bagi bulan November 2016 ini. Pejam celik, pejam celik, sekejap saja kita dah semakin menghampiri penghujung tahun 2016. Sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsikan di blog aku melibatkan kisah travel di Busan & Pulau Jeju, South Korea yang dah lama aku simpan entry aku itu. Pastu, review aku mengenai beberapa buah teater seperti Janda Setinggan, Le Jeu La Julia, Tergantung & Syahid Duka Pura dan review filem seperti The Doll dan lain-lain lagi.

Sebelum tue, aku nak ucapkan sekalung 'Tahniah' buat Donald Trump kerana hasil kempennya itu yang bersifat agresif, akhirnya berjaya juga beliau menakluki White House sebagai Presiden Amerika Syarikat yang terbaru. Aku antara orang yang mengikuti perkembangan semasa mengenai pemilihan Presiden Amerika Syarikat ini kerana aku percaya di masa ini, setiap negara pasti berdepan dengan saat getir termasuklah pemilihan presiden ataupun pilihanraya umum. Malaysia? Aku jangkakan bahawa Malaysia juga akan menjadi tumpuan nanti apabila parti Kerajaan yang sediada bertembung dengan pakatan pembangkang yang bakal ditunjangi oleh bekas Perdana Menteri Malaysia. Wallahua'lam...

Malaysia Urban Retreat Festival 2016 (MURFEST '16)...

Apa itu MURFEST? Mulanya aku tak mengetahui langsung kewujudan MURFEST ini sehinggalah aku mendapat infomasi mengenai program ini menerusi Malaysia Tourism Centre (MaTic) yang mengkhabarkan event ini kepada aku. Dan aku mencuba nasib untuk menawarkan diri menjadi sebagai sukarelawan sehinggalah dipanggil interview di Bangsar. Alhamdulillah, aku terpilih...hehe :)

Ok, apa yang menariknya program ini adalah melibatkan tiga (3) perkara/subjek utama yang diangkat iaitu 'Wellness, Music & Dance' yang dibuat secara terbuka dan tertutup. Dimana ianya melibatkan hampir 80 fasilitator dari seluruh dunia untuk berkongsi ilmu mengenainya. Ianya juga dibahagikan kepada beberapa tempat yang dikenali sebagai Mini Studio, Prana Studio, Community Pavilion, Panaz Pavilion, Gratitude Pavilion, Community Amphitheatre dan lain-lain lagi yang melibatkan penyertaan dari pelbagai negara, agama dan bangsa.


Aku juga cukup bertuah kerana berpeluang berkumpulan dengan pelbagai sukarelawan dari negara yang berbeza seperti Indonesia, Nigeria, Syria dan lain-lain lagi dibawah seliaan Mrs Yasho. Dan aku juga berpeluang mengenali beberapa orang kenalan baru yang terlibat sebagai peserta dari pelbagai negara seperti Australia, India, Amerika, Francis, Italy dan lain-lain yang sedikit sebanyak memberikan peluang untuk aku berinteraksi dengan mereka.

Selain dari itu, aku juga berpeluang untuk mencuba beberapa aktiviti yang dikategori sebagai Yoga, Music, Dance, Fitness, Healing dan Talks. Ianya dikira sebagai cukup bertuah kerana dapat belajar secara dekat dengan pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Aku turut mencuba beberapa aktiviti seperti 'Fuctional Brazilian Fitness', 'Cuban Rumba', 'The Secret To True Weight Loss', 'Capoeira', 'Hip Hop Dance', 'Brazilian Afro Dance', 'Retro Bollywood Dance' dan lain-lain lagi. Memang terbaek.

Antara aktiviti lain yang disediakan tetapi tidak sempat aku sertai seperti GloKL Party, Dyana Yoga, Fly Yoga, Breath of Bliss, Gong Theraphy, X-Tend Barre, Samba, Jump Fitness, Lucid Dreaming, Folk Bollywood dan lain-lain lagi sememangnya padat dengan pelbagai aktiviti yang cukup memberikan kepuasan kepada peserta. 














2 hari suntuk aku menghabiskan masa sebagai sukarelawan yang aku anggap ianya cukup memberikan kepuasan, pengalaman dan pelbagai ilmu tambah terutamanya melibatkan gaya hidup sihat. Dan peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada aku itu cukup untuk aku menggunakan sebaik mungkin. Dan Insyaallah, sekiranya program seperti ini diadakan lagi. Aku mesti akan sertainya lagi. 

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, October 26, 2016

Doctor Strange : Pasti Memukau...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Ikutkan hati memang aku mencari masa dan peluang untuk bercuti bagi merehatkan minda dari kesibukan kerja di pejabat. Lari dari untuk berfikir buat seketika tapi kekuatan diri dan melangkah ke hadapan adalah pasti. So, apa-apa pun, kita jangan lari dan teruskan sahaja kehidupan yang mendatang kerana kita kena percaya bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan di akan datang.

Aku bukannya nak bercerita mengenai itu tapi sekadar pembuka bicara untuk entry kali ini. Insyaallah, aku akan berikan sedikit review mengenai satu movie yang aku baru sahaja berpeluang menyaksikannya di tayangan premiere iaitu movie 'Doctor Strange'. Korang tahu tak pasal filem terbaru keluaran Marvel ini?

Doctor Strange : Khayalan Yang Pasti Memukau...

2016 adalah tahun yang menampilkan pelbagai movie berbentuk superhero dan adiwira seperti 'Batman VS Superman', 'Captain America : Civil War', 'Suicide Squad', 'Max Steel', 'Ninja Turtle' dan bermacam-macam lagi pilihan yang sememangnya memberikan persembahan yang menarik dan memberikan kepuasan kepada para penonton dan pengikut movie superhero ini.


Doctor Strange adalah satu lagi movie superhero keluaran Marvel yang cukup memberikan kelainan dan dimensi lain dari segi kekuatan kelebihan atau 'kuasa' yang lebih kepada ilmu sihir. Perjalanan ceritanya jugak tak terlalu berat dan tak terlalu 'slow' berbanding movie-movie superhero yang lain. 

Permulaan cerita, penonton dipersembahkan dengan kelebihan kuasa magic dari Pendeta Purba menggunakan kuasa 'dimensi masa' dan 'cermin dimensi' yang rata-ratanya membuatkan penonton tak berkelip mata. Bagaimana sebuah bandar boleh bertukar menjadi seperti sebuah mesin yang aku sendiri pun tak terkata dengan keunikan CGI yang dipersembahkan. Cukup-cukup memberikan kelainan.

Doctor Strange merupakan seorang doktor pakar yang mempunyai ego yang tinggi dengan kelebihan dan kepakaran beliau menyelamatkan pesakit-pesakit sehinggalah ada satu kejadian dimana berlakunya kemalangan yang menyebabkan kedua-dua tangan beliau lumpuh dan ada kaitan dengan masalah saraf. 

Beliau mendapat info yang ada seorang lelaki berjaya memulihkan lumpuhnya dan menyebabkan Doctor Strange mengembara sehingga ke Kathamandu, Nepal untuk mencari sebuah tempat bernama Kamar-Taj dan di situlah beliau bertemu dengan Pendeta Purba yang pada mulanya mempertunjukkan kelebihannya bagi membuang sifat ego Stephen Strange ini. 

Stephen Strange diberi peluang untuk dilatih dengan seni mempertahankan diri dan belajar ilmu-ilmu sihir dan kepercayaan untuk memberikan satu kelebihan buatnya. Sehinggalah ada satu kejadian, Stephen Strange ditinggalkan di Everest dan dibiarkannya sehinggalah dia kembali ke tempat asal menggunakan kelebihan kuasanya yang ada. Di situlah Strange mendapat kembali keyakinan dan terus belajar sehinggalah beliau belajar sendiri ilmu 'Cermin Dimensi' dan 'Dimensi Masa'.

Malapetaka berlaku apabila watak jahat iaitu Kaecilius yang berjaya mencuri mukasurat yang menunjukkan pembelajaran ilmu 'Cermin Dimensi' dan beliau bersama dengan geng-geng dia cuba untuk menakluki 3 pintu utama laluan bagi kuasa jahat menakluki bumi iaitu di Hong Kong, New York dan London. 

Nak tahu lebih lanjut? Korang kena tengok sendiri filem Doctor Strange ini mulai esok di pawagam seluruh Malaysia. Percayalah bahawa movie ini pasti memberikan kepuasan dengan kelainan dan keunikan yang dipersembahkan oleh Marvel. Aku bagi 10/10 bintang untuk movie ini secara keseluruhannya. Memang terbaek dan boleh layan...hahaha ;)

Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, October 24, 2016

Adibah Noor : Into The 3rd Decade, A Mini Concert...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi untuk entry terbaru aku. Walaupun sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan termasuklah di dalam pejabat mahupun di luar pejabat. Dan terbaru aku dilantik menjadi Pengacara Majlis untuk satu Majlis Konvensyen Inovasi dan Kualiti peringkat kebangsaan. Satu amanah dan kepercayaan yang sangat besar diberikan kepada aku. Insyaallah, aku akan cuba yang terbaek.

Ini merupakan kali kedua aku diberikan kepercayaan dan ditugaskan untuk mengemudi majlis rasmi dan seingat aku, kali terakhir aku menjadi 'Master of Ceremonies a.k.a MC' ini adalah ketikamana diadakan majlis rasmi bagi meraikan bakal-bakal jemaah haji. Walaupun aku sebenarnya agak gemuruh untuk mengemudi majlis, tapi aku terima saja seadanya kepercayaan dan amanah yang diberikan ini. Ianya satu penghargaan buat diri aku.

Adibah Noor : Into The 3rd Decade, A Mini Concert...


Penghargaan yang dibuat untuk diri sendiri merupakan satu yang perlu bagi memberikan satu kepuasan sepertimana yang dibuat oleh Adibah Noor bagi meraikan penglibatan beliau di dalam dunia seni hiburan tanah air. Adibah Noor merupakan antara artis contoh yang boleh kita jadikan sebagai sumber rujukan terbaek kerana beliaulah antara artis tanah air yang mempunyai kelebihan tersendiri dari segi bakat dan jatuh bangun beliau di dalam industri tanah air ini.

Yeahhh...aku berkesempatan mengikuti persembahan Adibah Noor dalam 'Adibah Noor : Into The 3rd Decade, A Mini Concert' baru-baru ini yang dibuat dalam suasana yang cukup elegan dan santai di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) bersama dengan kawan aku, Zubir yang merupakan seorang perancang bandar yang cukup kreatif dalam bidang seni lukis.

Mini konsert ini boleh dikatakan antara konsert yang cukup santai, best, menghiburkan, boleh layan dan semestinya diserikan dengan celoteh jenaka spontan dari Adibah Noor. Beliau merupakan seorang entertainer / penghibur yang cukup bijak memberikan persembahan terbaek. Menerusi konsert ini, beliau turut berkongsi perjalanan hidup beliau dengan titik permulaan sebagai seorang guru bahasa Inggeris sehinggalah beliau sekarang bergelar sebagai seorang penghibur tanah air yang serba boleh.

Sepintas lalu mengenai Kak Adibah Noor yang pernah aku kenali ini ialah beliau seorang yang sangat happening, selalu balas tweet aku, pernah berkongsi kepada aku cara menguasai Bahasa Inggeris menerusi sms antara aku dengan kak Adibah Noor (sebelum beliau popular dengan lagu Terlalu Istimewa). Beliau juga seorang penghibur yang serba boleh samada pengacara, pelawak, penulis lirij, penyanyi, pelakon dan sebagainya lagi. Beliau juga pernah memenangi Anugerah Juara Lagu dan menjadi finalis Pelakon Pembantu Wanita Terbaek di Festival Filem Malaysia.

Berbalik kepada konsert beliau itu, persembahan pada malam itu menampilkan beberapa lagu yang beliau pernah nyanyikan semasa menyertai pertandingan nyanyian seperti 'Flashdance...What A Feeling' dan beberapa lagi lagu semasa menjuarai Suara 90-an Nescafe menerusi lagu Anggapanmu dan I Will Always Love You.

Antara lagu yang beliau bawakan adalah Love Never Felt So Good, Not The Only One, Ikan Di Laut, Siapa Dia, Bulan dan Mentariku serta Hujan. Beliau turut menyampaikan beberapa lagu dari album ketiga yang akan dilancarkan tahun ini iaitu menampilkan lagu-lagu duet beliau seperti Jiwa Sentuh Jiwa (ft. Misha Omar), Bahasa Rindu (ft. Nizam), Sebutlah Namaku (ft. Amir Jahari), Sandaranku (ft. Atilia), Ke Sana Denganmu (ft. Sam Innuendo), Malaysiaku Cinta (ft. Dina Nadzir) dan Andai Ada Ruang (ft. Anuar Zain).








Setiap persembahan yang dibawakan secara duet, aku amat-amatlah tertarik dengan gabungan suara antara Kak Adibah Noor dengan Misha Omar dan Amir Jahari kerana kedua-dua lagu tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri terutamanya lagu nyanyian bersama Amir Jahari yang cukup best. Selain itu, lagu wajib yang turut dipersembahkan oleh Kak Adibah Noor adalah lagu Terlalu Istimewa dan mengakhiri konsertnya dengan lagu Joget Hati Senang.

Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati dengan persembahan oleh Adibah Noor dari awal permulaan sehinggalah di pengakhirannya, penuh dengan maksud perjalanan kehidupan seorang insan bernama Adibah Noor dan yang paling penting adalah diselitkan dengan jenaka spontan Adibah Noor yang semestinya mengundang gelak tawa penonton. Apa-apa pun, terbaek Kak !




Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, October 20, 2016

Rock Bro - Kembali Ke Pangkal Jalan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, pertama-tama kalinya aku nak ucapkan berbanyak ucapan 'Terima Kasih' buat ibu ayah aku, adik-beradik aku, sahabat-sahabat aku, kawan-kawan aku, rakan-rakan sekerja aku, dan semuanya yang telah mendoakan kebaikan kepada aku bersempena Hari Lahir aku yang ke-26 semalam. Aku cukup terharu apabila salah seorang peserta Gegar Vaganza 3 iaitu Azharina Azhar a.k.a Kak Nina turut menghantar voice mesej ke whatsapp aku menyanyikan lagu 'Happy Birthday to you' untuk aku...hehe ;)

Malam Gala Tayangan Filem Rock Bro Arahan Mamat Khalid


Sebelum tue aku nak ucapkan berbanyak terima kasih buat team M.A di atas ruang yang diberikan untuk hadiri ke Malam Gala Tayangan Filem Rock Bro ini dan aku menjadi salah seorang penonton terawal yang menonton filem Rock Bro ini dan filem ini akan ditayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober 2016.

Aku juga berkesempatan untuk berinteraksi dengan pengarah filem Rock Bro iaitu Saudara Mamat Khalid dan barisan pelakonnya seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan dan sebagainya lagi. Boleh kata ramai juga yang hadir menyaksikan filem ini dan diawal majlis ianya diserikan dengan persembahan daripada beberapa artis rock tanah air.






Rock Bro - Kembali Ke Pangkal Jalan...

Filem ini adalah sebuah filem kesinambungan dari siri Rock, Rock Oo dan terbaru Rock Bro ! Keserasian dan kesinambungan antara ketiga-tiga filem ini amatlah berkaitrapat dan dipersembahkan dengan satu konsep kelainan menerusi Rock Bro. 

Watak Jijo yang dilakonkan oleh Khir Rahman sebenarnya menjadi kekuatan utama bagi filem Rock Bro ini dan ianya cukup 'hidup' menerusi karakter dan gayanya yang tersendiri. Kekuatan ini menjadi lebih hebat pabila digabungkan dengan lakonan santai dari Soffi Jikan turut memberikan kekuatan untuk filem ini untuk aku hayati satu persatu penceritaan jatuh bangun kumpulan Rimba Bara ini. Watak Ella juga menjadi salah satu watak sampingan yang memberikan kekuatan 'cinta' dalam filem ini walaupun tema Rock yang sebenarnya diangkat di dalam filem ini.

Berlatarbelakangkan era 90-an berselang seli dengan zaman sekarang, filem ini digarapa dengan cukup bijak dipersembahkan dengan penuh gaya oleh Saudara Mamat Khalid. Menerusi filem Rock Bro ini, aku seperti menyaksikan sesuatu yang baru dipersembahkan hasil karya saudara Mamat Khalid. Betul atau tidak, korang kena tengok sendiri filem ini...hahah

Apabila kita dijanjikan untuk kembali ke zaman kegemilangan rock, seperti wajib untuk produksi filem ini menyediakan beberapa lagu rock untuk dipersembahkan secara santai dan mengikut rentak perjalanan cerita bagi memastikan penonton menjadi 'feel' dan kepuasan ketika menonton filem ini. Itu aku setuju ! Aku dapat rasainya apabila filem ini diserikan dengan pelbagai jenis lagu Rock yang cukup ber'hantu' buat pengikut lagu-lagu Rock.

Secara keseluruhannya, filem ini boleh dikatakan tidak terlalu berat untuk dihadam oleh penggemar filem dan jenakanya juga cukup bersahaja. Aku anggap filem Rock Bro ini memang sesuai untuk ditonton dan memang layan walaupun anda bukan peminat Rock. Tapi aku merasakan filem sekuel Rock Bro ini ada sedikit kekurangannya berbanding filem Rock dan Rock Oo terutamanya aku kurang suka ending filem ini ketikamana filem ini tengah klimaks, tup-tup ada scene yang potong 'stim'.. Aduhhhh....

Apa-apa pun, aku puji Saudara Mamat Khalid sebab filem ini dipersembahkan dengan cukup teliti dan cukup berpengetahuan ketikamana muzik rock sedang rancak di zaman era-90an, diselitkan juga dengan aktiviti ajaran sesat dan dikembalikan juga aura Anugerah Juara Lagu dalam filem ini. Dan yang paling penting, ada pengajarannya yang tersendiri.

Perghhh... Secara keseluruhannya, aku bagi 7/10 bintang untuk filem Rock Bro ini. Dan kepada pembaca blog aku, aku cadangkan untuk korang turun ke pawagam mulai 27 Oktober 2016 ini untuk menyaksikan sendiri filem Rock Bro dan hayatilah jatuh bangun kumpulan Rimba Bara yang pastikan membuatkan ada berkhayal buat seketika ke dunia rock era-90an. 









Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com