Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Alhamdulillah…hari ini saya berpeluang juga untuk kongsikan satu pengembaraan saya bersama-sama dengan sahabat baik saya iaitu Saudara Omar Zahid ke Yogyakarta, Indonesia bagi mengisi kekosongan artikel dan cerita saya di blog ini. Pengembaraan yang diberi nama ‘Sustainable Journeys and Culture Immersion 2014’ yang dibuat bagi Fasa 1 pada 30 April hingga 4 Mei 2014 yang hanya secara berdua sahaja. Kami menginap di Tiga Lima Homestay yang terletak di Gejayan Yogyakarta yang berdekatan dengan Universitas Negeri Yogyakarta dan Universitas Gadjah Mada.
YOGYAKARTA, Aku Datang !
Itulah ungkapan asas utama yang dapat diperkatakan dan menjadi satu jeritan yang paling kuat setelah berhempas-pulas bagi membuktikan penyertaan saya di peringkat asia (luar Malaysia) ini dapat memberi satu pendekatan yang berlainan bagi berkongsikan aktiviti yang saya lakukan bersama sahabat-sahabat saya (Saudara Omar Zahid, Saudara Hanifah Mazlan, Saudara Shukor Sulaiman, Saudara Muhammad Fitri dan lain-lain lagi) untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ‘Pelestarian, Kebudayaan dan Kepimpinan’.
Seingat saya, Yogyakarta (Indonesia) ini terlintas di fikiran untuk membuat kalobarasi dan kerjasama dengan pemimpin mahasiswa di sana ketika berakhirnya cuti pertengahan semester. Ketika itu, cadangan ini dibuat secara tidak langsung bersama-sama dengan Saudara Omar Zahid bagi memperluaskan lagi agenda aktiviti mahasiswa ke arah pembentukkan satu perkongsian ilmu secara lebih dekat dengan mahasiswa luar Negara di tempat mereka.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sepanjang gerak kerja dibuat dengan penuh ketenangan tanpa sebarang permasalahan berlaku. Malam sebelum berlepas ke Yogyakarta, saya berhempas-pulas menyiapkan draft penuh thesis saya untuk dibawa kepada penyelaras Projek Sarjana Muda (PSM) keesokkan harinya dan persediaan akhir dibuat sepenuhnya oleh Saudara Omar Zahid. Alhamdulillah, semuanya terlaksana dengan jayanya dan keputusan PSM pun dah keluar dan saya dapat ‘A’ untuk PSM. Alhamdulillah… =)
Pemilihan Yogyakarta ini saya buat adalah disebabkan saya tertarik dengan penceritaan oleh beberapa orang sekeliling saya yang mengatakan bahawa Universitas Gadjah Mada amat memfokuskan mengenai pembudayaan pelestarian kampus dan turut mendapat sokongan penuh dari seluruh pelajar mereka di sana. Dan akhirnya saya berdiri dan masuk sendiri ke Universitas Gadjah Mada melihat secara lebih dekat setiap apa yang dibuat di sana bagi mengangkat status sebuah kampus yang lestari.
Di kesempatan menjejakkan kaki di sana juga, saya berpeluang untuk mengenali beberapa orang Pemimpin Mahasiswa di sana yang dikenali sebagai Badan Eksekutif Mahasiswa – Keluarga Mahasiswa (BEM-KM) dari Universitas Gadjah Mada dan Universitas Negeri Yogyakarta. Saya juga diberi peluang untuk melihat kemudahan yang disediakan di sana yang berkonsepkan pelestarian. Dan saya juga diberi kesempatan untuk melihat secara lebih dekat ‘aksi’ Pemimpin Mahasiswa bagi menyatakan sokongan dan tuntutan mereka terhadap Akademik dan Budaya Ilmu.
Semasa perbincangan dan diskusi yang dibuat, kebanyakkan mereka lebih tertarik untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan isu-isu global yang berkaitan dengan Malaysia dan Indonesia. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan setiap persoalan dapat dijawab dengan sebaiknya bagi membuktikan kepimpinan mahasiswa di Malaysia juga mempunyai resepinya yang tersendiri iaitu penggunaan konsep bermusyawarah berbanding turun mengatakan demontrasi yang turut dibuat oleh segelintir pemimpin mahasiswa pada hari ini.
Saya juga berpeluang untuk melihat sejarah yang ada di Yogyakarta yang terkenal dengan peninggalan candi yang tersenarai di dalam sejarah dunia iaitu Candi Borobudur, Candi Prambanam dan Candi Ratu Boko. Saya juga turut dibawa ke tempat penjualan Batik Indonesia dan merasai makanan tradisional di sana seperti Mee Ayam, Satay Ayam dan sebagainya lagi yang saya sendiri pun dah lupa nama-nama makanan tersebut. Setiap penggerakkan kami juga menggunakan segala macam kenderaan awam. Cuma di sini, agak panas dari Malaysia.
Insyaallah, untuk entry yang seterusnya nanti saya akan kongsikan mengenai beberapa tempat menarik yang ada di Yogyakarta yang dilawati oleh kami sepanjang beraktiviti di sana. Dan yang paling saya suka adalah melihat persembahan secara ‘live’ Campursari Jonggrang Laras di Candi Prambanam. Insyaallah…semuanya nanti saya akan kongsikan di entry yang seterusnya nanti. Insyaallah… =)
Sekian, Wallahua’lam…
‘Terus Berbakti’
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Saturday, June 14, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)