Wednesday, May 30, 2012

My E-Portfolio Untuk English For Career Search...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH, pagi tadi selesai saya untuk sesi pembentangan ‘My E-Portfolio’ bagi subjek ‘English For Career Search’. Banyak perkara dan input-input yang saya dapat sepanjang menghadiri kuliah yang diajar oleh Puan Zanariyah. 

Persediaan yang saya buat kurang dari satu hari cukup membuatkan persiapan saya agak kelam-kabut dalam menyediakan slide untuk sesi pembentangan ini. Tetapi Alhamdulillah ada juga sahabat-sahabat rapat saya yang support untuk saya hasilkan pembentangan yang simple dan padat dengan pengenalan terhadap diri saya ini. 

Saya nasihatkan juga agar rakan-rakan di UTM sekalian memilih subjek ini sebagai pilihan bagi English yang ketiga. Sebabnya banyak perkara dan input-input dapat diperolehi seperti bagaimana menghadiri sesi temuduga, mengenali diri sendiri, persediaan dalam memilih karier kita dan sebagainya lagi. 

Hari ini, saya ingin kongsikan slide pembentangan ‘My E-Portfolio’ sebagai perkongsian ilmu dari saya. Hehehe… Jom sama-sama tengok… =)


Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, May 26, 2012

Wacana Ilmu : Satu Undi Satu Kewajipan - Mahasiswa Pedulikah Anda?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… hari ini saya berkesempatan untuk menghadiri satu Wacana Ilmu dengan satu tajuk yang cukup menarik perhatian saya iaitu ‘Satu Undi Satu Kewajipan : Mahasiswa Pedulikah Anda?’ yang bertempat di Fakulti Tamadun Islam UTM. Wacana ini pengerusikan oleh Saudari Nur Atikah Shaari dan antara ahli panelnya adalah Prof Madya Dr Azmi Shah bin Suratman (Dekan Fakulti Tamadun Islam), Saudara Darren Lai (Rakan HEMA) dan Saudara Mohd Nur Qadhir (Pengerusi Pro Mahasiswa UTM).

Banyak input-input dan pengetahuan-pengetahuan baru yang saya dapat melalui perkongsian oleh barisan ahli panel terutamanya Prof. Madya Dr Azmi Shah. Untuk pengetahuan semua, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (1979) dan Naib Presiden Persatuan Pekerja Islam Malaysia juga pada tahun yang sama.

Antara punca-punca berlakunya mahasiswa menentang pentadbiran universiti dan kerajaan adalah apabila mahasiswa itu sendiri diperkotak-katikkan, mahasiswa itu dipergunakan dan apabila berlakunya situasi mempolitikkan universiti. Setiap mahasiswa itu mempunyai idealism mereka sendiri Dan seharusnya idealism ini digunakan untuk kebaikan bersama dan bukannya dicantas.

Contohnya keadilan terhadap ekonomi. Apabila mahasiswa yang cerdik pandai ini melihatnya mengikut perspektif secara realistic seperti berlakunya ketirisan dan rasuah yang berleluasa menyebabkan mahasiswa bangkit untuk bersuara. Jika dilihat pada zaman dahulu, banyak isu yang boleh diperbincangkan secara terbuka sehingga terwujudnya ‘Speaker’s Corner’ dan antara isu yang hangat adalah mengenai Isu Bahasa iaitu penggunaan bahasa Melayu di Universiti.

Apa yang berlaku sekarang adalah berlakunya stigma bila berlakunya penentangan oleh mahasiswa, mahasiswa ini akan dianggap penentang universiti, penentang pentadbiran. Oleh itu, secara warasnya, janganlah padamkan idealism mahasiswa dan ianya akan memberi kesan berlakunya mahasiswa diam, mahasiswa tak berani bersuara dan mahasiswa penakut. Dan inilah yang cuba ditekankan oleh ahli panel iaitu isu sebegini yang perlu diberi perhatian.

Selain itu, ahli panel juga ada menyatakan bahawa demonstrasi itu adalah perkara biasa bagi seorang mahasiswa ketika dahulu dan sekarang juga dianggap biasa apabila kita semua memperhalusi maksud demonstrasi itu sendiri. Setiap situasi akan menyebabkan berlakunya demonstrate itu sendiri sama ada situasi tawar-menawar dan sebagainya lagi.

Persatuan-persatuan, kelab-kelab juga tidak terlepas dalam berpolitik dan demonstrasi ini. Ianya adalah kerana setiap persatuan dan kelab itu sendiri mempunyai organisasi dan sistem demokrasi yang digunapakai. Asasnya kepada berpolitik itu sendiri adalah sistem berorganisasi.

Saya juga berkesempatan untuk bertanyakan dua soalan kepada ahli panel iaitu :
• Apa komen ahli panel berkenaan dengan isu mahasiswa terlibat dan turut serta dengan demonstrasi jalanan seperti Bersih dan sebagainya?
• Apa komen ahli panel berkenaan dengan wujudnya pelbagai gerakan mahasiswa baru di seluruh Malaysia yang tumbuh bak cendawan seperti Pro Mahasiswa Nasional, Aspirasi, LMP dan sebagainya lagi. Adakah ianya akan memberi kesan negative kepada generasi mahasiswa akan datang?

Antara jawapan yang sempat saya catit adalah pertamanya semuanya berbalik kepada isu yang dituntut dan kenapa demonstrasi itu sendiri berlakunya. Semuanya adalah berlandaskan kepada hak kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Kita perlu kepada kebenaran dan keadilan berdasarkan hujah dan fakta yang kukuh untuk kita menyokong sesuatu isu itu.

Seterusnya, setiap gerakan mahasiswa itu sendiri mempunyai ideologi mereka sendiri. Dan ianya perlu dilihat secara positif. Bila ada sikap acuh tak acuh dalam isu semasa ianya akan membawa kepada satu penyakit. Dan semuanya adalah melihat kepada sistem yang digunapakai sekarang. Sekiranya ianya memberi kepada kebaikan maka teruskan dan jika mengundang keburukan, maka fikir-fikirkan.

Itu sahaja yang sempat saya catit dan secara kesimpulannya yang dapat saya katakan adalah wacana ini cukup memberi saya ruang untuk saya berfikir secara lebih mendalam mengikut dengan penghujahan yang diberi. Dan saya mencadangkan agar wacana berkenaan dengan isu ini dapat diteruskan mungkin melibatkan antara tokoh-tokoh yang lebih hebat dan ternama untuk kita sama-sama melihat hujah mereka pula. Insyaallah…


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, May 23, 2012

DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“DEBAT ini merupakan satu mercu tanda kepada bermulanya politik sihat, politik matang, politik ide dan juga politik bersih yang diimpikan oleh majoriti rakyat Malaysia. Masyarakat sudah meluat dengan politik fitnah, politik identiti dan juga perkauman yang mendominasi dan cuba dipaksakan ke atas mereka.”

Itulah ungkapan awal dari moderator ‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ , Dr Maszlee Malik iaitu Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada permulaannya sebelum bermulanya debat ini.

‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ melibatkan 2 orang tokoh Politik Muda masakini iaitu YB Khairy Jamaludin (Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Saudara Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat).

DEBAT SINAR yang julung kalinya diadakan ini adalah anjuran bersama antara Kumpulan Media Karangkraf, Astro Awani dan radio Bernama 24 harus dipuji kerana inilah antara debat yang berani dipertontonkan secara langsung di beberapa saluran media. TAHNIAH !

 Kedua-dua ahli panel cukup mantap dengan hujah mereka masing-masing. Adegan sindir-menyindir antara kedua-dua ahli panel dapat disaksikan apabila hujah yang diberikan ini melibatkan serangan kepada beberapa individu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan sebagainya lagi.

 Apa yang dapat saya katakan berkenaan dengan DEBAT SINAR ini adalah banyak perkara dan pengetahuan tambahan yang saya dapat melalui program seperti ini melalui penghujahan konkrit berdasarkan fakta dari setiap ahli panel. Setiap penghujahan juga memberikan saya sendiri untuk berfikir secara lebih rasional.

Soalan-soalan yang diberikan oleh moderator juga agak seimbang dengan soalan-soalan yang cukup ‘PANAS’ dan soalan ‘MAUT’ dan kadang-kala membuatkan ahli panel ini sedikit ‘Gelabah’ dan agak ‘Nervous’. Tapi saya bangga melihat mereka ini masih berani menjawab dengan hujah-hujah yang cukup bernas dan hebat.


Banyak juga contoh-contoh dari pelbagai Negara di masukkan sebagai penghujahan serta ada juga penghujahan yang bagi saya agak keluar dari topik perbincangan. Tapi, apa-apa pun, saya anggap ianya memberi gambaran bahawa kedua-dua pihak ahli panel ini mengambil kira hujah mereka itu sebagai kekuatan untuk terus berdebat dan meraih sokongan.

Melihat kepada penonton yang berada di situ juga agak ‘spoting’ dengan cukup riuh membuatkan suasana di dewan debat itu menjadi semakin ‘HANGAT’.

DEBAT SINAR diakhiri dengan penggulungan dari kedua-dua pihak dari penggulungan pertama dari Saudara Rafizi Ramli banyak mengatakan bahawa lawannya tidak menjawab soalan terutamanya melibatkan rangka hala tuju pendidikan tinggi dan tidak menjawab mengenai persoalan 237 Billion berkenaan dengan Petronas serta Pakatan Rakyat juga mengsyorkan untuk kita semua menilai rangka secara objektif.

Manakala penggulungan dari Pihak YB Khairy Jamaludin pula mengatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pandai menjana ekonomi dan tidak mengambil kira kerangka ekonomi Negara tetapi fokus pada masalah hutang. Dan YB KJ juga ada menekankan mengenai Negara akan muflis berdasarkan janji bulan dan bintang dari pihak Pakatan Rakyat.

Gambar kenangan aku bersama YB Khairy Jamaludin ketika di Parlimen Malaysia... =)

Itu saja yang sempat saya catat dan lebih kepada mendengar dan memikirkan setiap hujah dari kedua-dua ahli panel untuk saya menilai sendiri bagi masa depan saya. Pilihan hanya dua sama ada untuk saya memilih menghapuskan PTPTN atau meneruskan saja PTPTN. Di sini saya tak nak jawab, dan saya biarkan persoalan ini dijawab sendiri oleh anda semua.

Sebagai tambahan, saya menyeru agar seluruh mahasiswa di luar sana untuk menonton semula rakaman ‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ untuk anda memilih pihak mana sama ada Barisan Nasioanal atau Pakatan Rakyat yang akan memerintah Malaysia semasa Pilihanraya Umum 13 (PRU-13) yang saya rasa semakin hampir. Pilihlah yang terbaik untuk anda, keluarga anda, Negara anda dan semuanya !

*Harapan dari Moderator DEBAT SINAR, Dr Maszlee Malik mengatakan supaya diadakan DEBAT antara Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Malaysia) sebagai ANAK JANTAN di pentas DEBAT ! Cukup hebat dan Cukup BERANI Moderator ini... Saya pun harap begitu jugak...hehehe =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, May 20, 2012

Terkejut Lihat Aksi Seks Adik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

KAMPUNG RAJA – Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun, Hulu Besut pada 25 April lalu. 

 Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian. 

 Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit. 

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya. 

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah. 

 Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut. 

Sementara itu, keluarga remaja perempuan itu membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, kelmarin selepas mengetahui kejadian yang menimpa anaknya. 

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan yang intim dan suspek dipercayai mengambil kesempatan merogol mangsa,” katanya. 

Kamaruddin berkata, polis berjaya menahan suspek seorang iaitu seorang penganggur berumur 18 tahun berhubung kes itu. 

Dia kini ditahan reman sehingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimun 20 tahun dan sebatan. 

Sumber : Sinar Harian 

*Siapakah yang harus dipersalahkan? Lelaki atau perempuan? Semuanya mestilah kembali kepada agama dan berfikirlah secara waras sebelum melakukan apa-apa tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Wallahua’lam… Jangan Hampiri Zina ! Jangan Berzina ! Jauhi Zina ! 


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Serigala Terakhir - Cukup Menarik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Di dunia ini bukan selalu ada kebaikan demikian jua kejahatan, yang baik belum tentu menang dan yang jahat belum tentu kalah, kita adalah serigala untuk diri kita sendiri, selalu ada dendam yang harus dibalas dan darah yang harus dibayar, perang tidakkan pernah selesai !” 

Itulah ungkapan yang cukup membuatkan saya terfikir dan tertanya-tanya mengenai seribu satu makna dan seribu satu persoalan mengenai ungkapan di atas. Ungkapan ini akan wujud sekiranya anda sendiri menyaksikan filem ‘SERIGALA TERAKHIR’ dari Negara seberang. 


Filem ‘SERIGALA TERAKHIR’ arahan Upi Avianto ini cukup menarik dan banyak memberi pengajaran mengenai pengertian sebuah persahabatan, sebuah perjuangan dan sebuah kekeluargaan yang berlatarbelakangkan sifat kenakalan dan kongsi gelap. 

Filem ini turut dibintangi oleh Vino G Bastian, Al Fathir Muchtar, Dallas Pratama, Dion Wiyoko, Ali Syakieb, Reza Pahlevi, Fanny Fabriana dan Zaneta Georgina. Lakonan mereka cukup hebat dan penuh penghayatan terutamanya melalui watak lima sekawan dan ketika babak pergaduhan yang cukup realistic. 

 Untuk pengetahuan pembaca blog semua, saya juga pernah berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang pelakon ‘SERIGALA TERAKHIR’ iaitu Al Fathir Muchtar ketika di Alor Star dulu dan tak silap saya ketika itu tahun 2003. Saya jumpa ketika itu bersama Waheeda Wassini dan sempat berbual panjang apabila diperkenalkan oleh kak Waheeda kepada saya. Saya sempat bergambar kami bertiga tetapi gambar tersebut ada di rumah so, tak dapat nak sharekan di sini sekarang. 

Berbalik kepada filem ‘SERIGALA TERAKHIR’ ini, apa yang jelasnya adalah perjalanan filem ini cukup menarik perhatian saya dan penuh dengan daya tarikan seperti babak-babak pergaduhan dan kongsi gelap. 

Filem ini nampak lebih menarik berbanding filem aksi Indonesia seperti Merantau Warrior dan sebagainya. Walaupun pada mulanya saya agak tertanya-tanya apakah yang menariknya filem ini dan selepas 2 jam lebih menonton filem ini, barulah saya tahu filem ini cukup menarik. Oleh itu, saya cadangkan kepada pembaca-pembaca blog saya untuk cuba menonton filem ini. 

Akhir kata, filem ini cukup menarik untuk ditonton oleh kita semua kerana filem ini mengangkat makna erti sebuah persahabatan terutamanya persahabatan yang cukup akrab akhirnya putus disebabkan sifat keegoan dan sebagainya. Saya kongsikan di sini sinopsis filem ‘SERIGALA TERAKHIR’ ini… 

Disebuah pinggiran Jakarta dengan sekelompok remaja laki-laki tumbuh dan menjalin persahabatan yang kuat. Mereka adalah Ale (Fathir Muchtar), Jarot (Vino G. Bastian), Lukman (Dion Wiyoko), Sadat (Ali Syakieb), dan Jago (Dallas Pratama). Ale adalah sosok yang paling menonjol di antara mereka. Jiwa pemimpinnya sangat kentara sekali. Sementara Jarot adalah sosok yang paling tidak banyak omong dan tertutup. Suatu peristiwa dalam sebuah pertandingan sepak bola yang berakhir dengan keributan. Pada saat itu Ale tampak terdesak karena lawannya menggunakan pisau. Mereka semua berusaha membantu Ale. Sampai akhirnya Jarotlah yang berhasil melumpuhkan lawan dan tanpa diduganya pisau itu tertancap ditubuh lawan, rubuh bersimbahkan darah, dan mati. Seketika semua diam dan kemudian kabur meninggalkan Jarot seorang diri yang berdiri terpana tidak percaya. 

Persahabatan yang sudah mereka jalin eratpun teruji. Jarot harus mengalami pengalaman pahit di penjara seorang diri. Tidak ada seorang sahabatpun yang memperdulikannya. Perasaan sakit hati dan terkhianati mengubah Jarot menjadi lelaki yang keras. Keputusannya setelah keluar dari penjara untuk bergabung di kelompok Naga Hitam membuatnya jadi berseberangan dengan kelompok Ale. Karena kelompok Naga Hitam adalah musuh besar kelompok Ale. 

Intrik demi intrik pun semakin rumit. Terlebih lagi ketika Jarot menjalin cinta lamanya kembali secara diam-diam dengan Aisya (Fanny Fabriana), adik Ale. Keputusan Jarot ini dianggap membahayakan bagi kedua kelompok yang berseteru.


Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, May 19, 2012

TAHNIAH The Red Warriors...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

TAHNIAH ! Itulah ungkapan yang layak untuk saya ucapkan kepada Pasukan ‘THE RED WARRIORS’ yang telah Berjaya menjuarai Piala FA. Saya berkesempatan menyaksikannya siaran langsung di N24 UTM bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. TAHNIAH sekali lagi !!!


KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi. 

Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini. 

KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar. 

Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final. Dan, ini kali pertama Sime Darby muncul di final. 

Sumber : Sinar Harian 

Sempat juga saya lihat ucapan tahniah dari beberapa orang pemimpin politik. Antaranya YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah), Ust. Nasrudin Tantawi (Ketua Pemuda Pas Pusat) dan YB Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia). 






TAHNIAH dari saya sekali lagi untuk ‘THE RED WARRIORS’ !!! 

*Abah, mama, ijat dan semua kat rumah pasti bersorak keriangan… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Go Green Back To Nature - Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH…baru sahaja selesai Program Go Green Back To Nature sempena Himpunan Belia Iskandar Malaysia Johor 2012 – IM YOUTH yang bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor Bahru anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bahagian Kerajaan Tempatan), Jabatan Landskap Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. 

Antara objektif program ini adalah mewujudkan suasana persekitaran yang hijau, menarik dan menawan serta mewujudkan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan keperluan. Seterusnya memupuk kesedaran masyarakat bahawa menghijaukan bumi khususnya di Negeri Johor adalah tanggungjawab kita bersama. 

Selain itu, program ini juga memupuk semangat perpaduan, keprihatinan serta komitmen yang pada sesame kita dan meningkatkan semangat menyayangi, melindungi, memelihara dan memulihara alam sekitar yang merupakan khazanah berharga warisan Negara. 

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Md. Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mahkota. Turut hadir adalah Yang Berhormat Datuk Haji Aziz Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Nusajaya. 

UTM berkesempatan untuk menghantar hampir 20 orang mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai kolej untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut termasuk saya. TERIMA KASIH saya ucapkan kepada pihak penganjur. 

Saya berkesempatan untuk menanam sebatang anak pokok hutan ketika program berlangsung. Cukup meriah dengan kerjasama beberapa orang dari Persatuan Bulan Sabit Merah serta beberapa orang wakil NGO turut bersama-sama menanam dengan saya. Sekurang-kurangnya semangat ‘Kehijauan’ masih wujud di kalangan anak muda dan belia remaja. 

Program yang berlangsung hampir 2 jam ini turut dimeriahkan dengan pameran haiwan exotic dan burung-burung yang cukup comel serta pameran ilmu dari pihak Iskandar Regional Development Authority (IRDA). Seterusnya, saya juga berkesempatan untuk beramah-mesra bersama-sama dengan tetamu VIP. Hehehe… 

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat saya ambil ketika program berlangsung. Heheheh… =) 



Mahasiswa/i UTM bersama dengan YB Mahkota dan YB Nusajaya...

Aku bersama dengan YB Tuan Haji Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Ahli Dewang Undangan Negeri Kawasan Mahkota... 
 
Aku dan Aliff Haikal bersama dengan YB Datuk Haji Aziz Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Nusajaya...
 


Credit to Aliff Haikal untuk gambar-gambar di atas... =) 

*Go Green ! Go Green ! 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, May 17, 2012

The Lady - Perjuangan Demokrasi Seorang Wanita...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… Saya baru sahaja berkesempatan untuk menonton sebuah filem berbentuk biografi/drama iaitu ‘THE LADY’. Filem arahan Luc Beeson ini turut dilakonkan oleh seorang pelakon yang berasal dari Malaysia iaitu Datuk Michelle Yeoh sebagai watak Utama yang diberi nama Aung San Suu Kyi. 

Filem ini menceritakan mengenai perjalanan hidup dan politik insan bernama Aung San Suu Kyi yang pernah menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991. Perjalanan penceritaan yang berlatarkan masyarakat Myammar dahulu ini turut menyaksikan beberapa krisis yang cuba diketengahkan terutamanya berkenaan dengan Keamanan.



Lakonan hebat dari Datuk Michelle Yeoh harus dipuji apabila sekali imbas saja kita dapat memahami kehidupan dan perjalanan politik Aung San Suu Kyi yang kini telah bebas dari ditahan di dalam rumah beliau serta kembali aktif dengan karier politiknya. 

Filem ini turut memberi saya pelbagai jenis perasaan seperti sedih, bersemangat dan sebagainya lagi. Saya sendiri memuji filem yang cukup berkualiti ini dan menyeru kepada semua kawan-kawan dan pembaca-pembaca blog saya untuk sama-sama menonton filem ini. 

Sekali imbas, saya seperti menggambarkan perjalanan hidup seorang wanita ‘besi’ Malaysia yang turut aktif dalam politik Malaysia. Mungkin anda semua sudah mengetahui, siapakah gerangannya? Hehehe… 

Di sini saya ingin kongsikan sinopsis filem ‘THE LADY’

‘THE LADY adalah sebuah kisah yang luar biasa mengenai Aung San Suu Kyi dan Suaminya, Michael Aris. Ia juga cerita epic aman mengenai perjuangan seorang wanita yang merupakan teras gerakan demokrasi Burma. Walaupun jarak yang jauh dan berdepan dengan rejim musuh, cinta mereka tetap kekal sehingga ke akhirnya. Kisah kesetiaan dan pemahaman manusia yang berlatar belakangkan pergolakan politik yang masih berterusan sehingga ke hari ini.’ 

Apa-apa pun, saya memberi 5 bintang untuk filem ini kerana saya antara ribuan peminat filem seperti filem ‘THE LADY’ ini. Jika anda semua nak mengetahui lebih lanjut mengenai Aung San Suu Kyi ini, anda boleh lawati laman web ini, NOBELPRIZE

Selamat Menonton Semua ! 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com