Sunday, April 22, 2012

Pelajar Perempuan Dicekup Bogel Dengan Nelayan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tersebarnya perbuatan seks luar nikah dalam masyarakat adalah salah satu tanda akan datangnya kiamat. Nabi berkata, “Antara tanda datangnya kiamat adalah bermaharajalelanya perzinaan”. (Direkodkan oleh Bukhari). 

Hari demi hari, kita disajikan dengan berita yang melibatkan aktiviti perzinaan yang dikesan melalui operasi yang dilakukan oleh Jabatan Agama negeri. Tetapi sampai mana tahap kesedaran kita sebagai anak muda yakni peneraju pemimpin Negara akan datang? Di manakah maruah diri kita letakkan terutamanya mereka-mereka yang terlalu mudah mempergadaikan maruah diri? Apa-apa pun, jom kita ikuti berita terbaru ini… 

KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat. 

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. 

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu. 


Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. 

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik. 

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. 

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu. 

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes. 

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara. 

Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertudu¬han khalwat. 

Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim jam kira-kira 1.05 pagi, 10 Februari lalu. 

 Pasangannya, Noor Aishah Osman, 29, bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu didenda RM2,700 atau dua bulan penjara setelah mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. 

Pendakwaan akan dijalankan semula terhadap Md Zaid pada 11 Jun depan. 

Sumber : Sinar Harian 

*Moga dijauhkan dari aktiviti yang tidak bermaruah seperti aktiviti perzinaan… 

 Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, April 18, 2012

Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID) Di SMK Semenchu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… Pertamanya sekali, saya amatlah bersyukur kerana diberi peluang dan berkesempatan untuk bersama-sama dengan barisan AJK, Urusetia, Fasilitator, Guru-Guru SMK Semenchu dan Waris Pelajar dalam meraikan Para Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu bagi Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID) IV Siri V 2012 yang julung kalinya diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu pada 13 hingga 15 April 2012. 

“Bersama Menuju Kejayaan” 

Itulah ungkapan pertama saya ketikamana dipilih menjadi salah seorang barisan Fasilitator merangkap Ketua Unit Tugas-Tugas Khas. Niat saya yang paling utama adalah untuk membimbing para pelajar Tingkatan 5 SMK Semenchu yang saya anggap seperti adik-adik saya ini menuju kejayaan. Insyaallah… 


Ketikamana menjejakkan kaki di SMK Semenchu, perasaan dan semangat saya begitu berkobar-kobar menyatakan yang adik-adik saya ini adalah para pelajar yang hebat dan mempunyai impian yang tinggi. Satu persatu saya melihat wajah bersih adik-adik saya ini ketika sesi pendaftaran dan terdetik di hati saya untuk terus membimbing mereka menuju kejayaan. Insyaallah… 

Melihat kerjasama yang diberikan oleh para waris pelajar dan guru-guru dalam menyediakan makan minum selama 3 hari 2 malam di situ, hati saya cukup tersentuh melihat sokongan moral dan harapan yang tinggi diberikan untuk bersama-sama dengan para pelajar. 

Banyak aktiviti yang dibuat seperti Explorace, Ice-Breaking, Kopi O Kopi, Mengapa Aku Di Sini, Masih Ada Sayang, Marah-Marah Sayang, Ingat-Ingat Semut dan sebagainya lagi di samping beberapa refreshment dan break diajar kepada semua pelajar untuk memberi semangat dan mengajar diri untuk lebih berani ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Perkara yang menyentuh hati saya adalah ketikamana kami (barisan Fasilitator) didenda oleh Abang K.O (Ketua Operasi) di tengah-tengah dataran sekolah, semua adik-adik kami menangis dan memeluk barisan Fasilitator sehinggakan ada yang sanggup memeluk erat, dan bersama-sama melakukan denda tersebut dengan barisan Fasilitator. Tanpa diduga, air mata saya satu persatu menitis dan perasaan di hati cukup terharu. 

Alhamdulillah, dalam Prokid ini, saya disatukan dengan 2 orang Fasilitator Siswi iaitu Akak Munirah dan Akak Zamani dalam kumpulan 10 (Zain Echo) bersama-sama dengan 6 orang adik SMK Semenchu iaitu Adik Hamzah, Adik Anwar, Adik E-Jaan, Adik Ayien, Adik Dillah dan Adik Sue yang cukup spoting dan happy go lucky. 

Program Khidmat Insan Dinamik @ Semenchu ini telah disempurnakan penutupan rasminya oleh Yang Berhormat Puan Hamimah Bt Mansor, Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar pada 15 April 2012. Program ini sendiri mendapat pujian dan penghargaan dari pihak YB Penawar. 

Insyaallah… Apa yang paling penting yang dapat saya lihat adalah Adik-Adik SMK Semenchu ini semuanya boleh pergi jauh dengan keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Tiada mustahil sekiranya mereka ini semua akan memperolehi kejayaan dalam SPM 2012 ini. Insyaallah… 

Saya sentiasa mendoakan agar adik-adik Tingkatan 5 SMK Semenchu ini Berjaya dan memperolehi keberkatan dalam kehidupan mereka. Dan saya juga akan sentiasa menyokong mereka ini. Insyaallah… Saya harap, suatu hari nanti, mereka ini pula yang akan turun membimbing generasi akan datang pula. Insyaallah… =) 

Sebelum itu, saya nak ucapkan sekali lagi 'TAHNIAH' pada Pengarah Program, Saudara Muhammad Iylia Islam Zamsari dan seluruh AJK, Urusetia dan Fasilitator yang banyak membantu saya. Dan saya mohon maaf segala kekurangan yang saya lakukan sepanjang gerak kerja dilakukan sehinggalah berakhirnya program ini.

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

UTM Bridge Model Competition 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“UTM BRIDGE MODEL COMPETITION 2012” anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia diadalakan bermula 17 hingga 19 April 2012 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI) cukup meriah serta mendapat penyertaan yang menggalakkan dari seluruh IPT dan Pelajar Sekolah Menengah. 

Melihat satu persatu model-model yang disediakan oleh para peserta serta mendapat penjelasan dari para peserta cukup membuatkan saya terpesona dengan idea-idea kreatif mereka serta penghujahan yang cukup mantap dan setiap rekaan mereka ini mempunyai kelebihan dan kreativiti yang tersendiri. 

Antara konsep yang menjadi tarikan saya adalah jambatan yang berkonsepkan, ‘Wau Bulan’, ‘Minangkabau’, ‘Sarang Tebuan Madu’, ‘Kuda Laut’, ‘Karipap’, ‘Bintang’, ‘Helang’ dan sebagainya lagi. Setiap rekaan tersebut mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi kekukuhan, ketahanan dan sebagainya lagi. 

Apa yang dapat saya katakan adalah rakyat Malaysia kita cukup kreatif, cuma peluang seperti ini perlu diberikan kepada mereka untuk menunjukkan kreativiti dan idea masing-masing. Dengan aktiviti seperti ini juga, sedikit sebanyak memberi perangsang untuk anak muda, belia remaja dan para pelajar untuk terus memberi persaingan dalam sesuatu bidang tersebut.



Pesanan untuk sahabat-sahabat, rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog yang ada di UTM JB atau sekitar dengannya, jemputlah memeriahkan dan melihat sendiri model-model jambatan ciptaan anak muda Malaysia. 

TAHNIAH untuk semua peserta dan pihak penganjur. =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Tuesday, April 17, 2012

Bapa Baru Didakwa Rogol Pelajar Tingkatan Dua...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Satu lagi berita menyedihkan hari ini berkaitan dengan seorang lelaki yang baru bergelar bapa yang bersubahat dengan 2 orang rakannya dalam kejadian rogol pelajar tingkatan dua. Masyaallah… Akhir zaman, manusia seperti kerasukan dengan hawa nafsu yang mengalahkan binatang. Huhuhuhu… Sedih, sedih ! 

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang baru bergelar bapa dalam tempoh hanya beberapa hari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan bersubahat dengan dua rakannya dalam kejadian rogol pelajar tingkatan dua, awal April lalu. 

Tertuduh, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut, didakwa dengan sengaja telah bersubahat dengan dua rakannya merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Tembila, Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut, pada 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi.


Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 116 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hada¬pan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin. 

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan. 

Sementara itu, dua rakannya, yang juga bekerja sebagai buruh itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasi¬ngan, semalam atas dakwaan merogol mangsa. 

Bagi tertuduh, Abdullah Che Pa, 19, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut didakwa dengan sengaja telah merogol mangsa pada 2 April lalu antara jam lebih kurang 9 malam hingga 11 malam. 

Abdullah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat. 

Manakala bagi tertuduh, Faizol Yaacob, 22, dari Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut didakwa merogol mangsa pada keeso¬kan harinya iaitu 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi di rumah sama. 

Dengan itu, Faizol didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan. 

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan. 

Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin. 

Sumber : Sinar Harian

*Sentiasa mendoakan agar diriku, familiku, sahabat-sahabatku, rakan-rakanku sentiasa dilindungi Allah Taala. Insyaallah…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Pelajar Berkhalwat Di Hotel...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, baru sahaja selesai sarapan pagi. Ketika membaca berita online, saya terbaca satu berita yang cukup menyentuh hati apabila melihat satu lagi berita yang mengaitkan antara pelajar dengan hubungan luar nikah. Masyaallah ! Sedih melihat generasi hari ini…huhuhu… Jom baca bersama berita tersebut…

SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini. 

Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.


Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek. 

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate. 

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur. 

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan. 

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : Sinar Harian 

*ANDA BIJAK JAUHI ZINA… Jauhilah zina ! Jagalah maruah diri anda ! Janganlah terlalu mudah terpedaya ! Ingatlah Allah ! Ingatlah Ibu Ayah Anda ! 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

'Adikku Marilah Belajar...' KHAS Untuk Pelajar Tingkatan 5 SMK Semenchu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia...

Selepas sehari sudah berlalu Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID) IV Siri V 2012 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu, Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor. Banyak pengalaman yang saya dapat. ALHAMDULILLAH…


Melihat kepada kegigihan dan semangat yang tinggi dari para pelajar SMK Semenchu, terfikir saya untuk mencipta sebuah puisi KHAS ditujukan kepada adik-adik Pelajar Tingkatan5 SMK Semenchu yang bertajuk, ‘ADIKKU, MARILAH BELAJAR…’. Jom kita sama-sama hayati… 

Terimalah dari Abang Hazem, 
‘ADIKKU...MARILAH BELAJAR...’ 

Adikku...marilah belajar... 
Belajarlah apa saja ilmu 
Untuk dipenuhkan kekosongan di dadamu... 

Adik harus ingat 
Dunia sekarang penuh dengan dusta 
Kilauan intan dan emas 
Bagai lautan yang akan melemaskan 
Hitam diseru pelapis 
Putih pula ditepis 
Itulah yang merisaukan abang... 

Adikku...marilah belajar... 
Penuhkan ilmu dalam dirimu 
Kerana perjalananmu masih jauh lagi 
Pelbagai onak dan duri 
Harus adik tempuhi... 

Dengan belajar...baik dan buruk dapat diketahui 
Dengan belajar...minda sentiasa berfikir 
Dengan belajar...hidup dapat pergi jauh 
Dengan belajar...adik tidak akan sesekali lemas 

Ingatlah pesan abang...wahai adikku sayang...

Sebentar lagi...abang akan pergi 
Meninggalkan adik menyusuri sendiri 
Lautan luas yang penuh berliku 
Dengan harapan...penuh ilmu di dada 
Yang dapat membentuk peribadi mulia 
Insan soleh yang diimpikan 
Ayah dan Bonda... 

Adikku...marilah belajar 
Mewarisi kemerdekaan 
Nenek moyang kita selama ini 
Memimpin generasi akan datang 
Dengan ilmu penuh di dada... 

Dengan ilmu... 
INSYAALLAH... 
Dapat membentuk generasi berguna... 

*Pesanan Abang, “Fokuslah dan berilah sepenuh perhatian terhadap SPM. Buatlah sebaik mungkin dan sentiasalah berusaha dalam mencapai sebuah impian dan kajayaan yang diimpikan oleh adik-adik. Janganlah sesekali leka ! Abang percaya, adik-adik abang SMK Semenchu semuanya hebat, pandai dan berkualiti ! Insyaallah, buktikanlah pada Abang, yang adik-adik SMK Semenchu mampu untuk lakukan yang terbaik dalam SPM. Insyaallah… Abang2 dan Akak2 UTM sentiasa doakan yang terbaik untuk adik-adik SMK Semenchu semua… =) ”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com