Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...
"Layaknya dinding untuk bersandar ketika rapuh. Teman terbaik selalu ada saat kehilangan itu tiba"
Benar! Itulah yang aku rasa tatkala aku menyelami perasaan seorang 'Dita' yang masih 'tak dapat move-on' terhadap kehilangan bapanya dan juga kehilangan teman lelakinya.
PREMIERE SCREENING FILEM KETIKA BERHENTI DI SINI...
Semalam, 19 Ogos 2023, aku diberi peluang untuk menghadiri Premiere Screening bagi sebuah filem Indonesia iaitu Ketika Berhenti Di Sini yang diarahkan oleh Umay Shahab.
Sebelum tue aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada Pure Pixels (Zhafvlog) dan Antenna Entertainment sebab sudi bagi ruang dan peluang kepada saya untuk hadiri premiere Screening kali ini.
Suasana di ruang legar GSC The Starling Mall sangat penuh dengan orang ramai rata-ratanya adalah perempuan yang berpakaian bertemakan hitam dan putih yang menantikan para pelakon filem ini iaitu Refal Hady dan Prilly Latuconsina.
Tapi apa yang menariknya adalah aku sendiri berpeluang bertemu dengan Refal Hady dalam suasana 'in person' yang kebetulan hanya aku saja berada di situ bersama dengan Refal Hady 😅. Semuanya secara tak sengaja ketika aku melangkah masuk ke ruang panggung. Apa-apa pun, thanks ya Refal!
ULASAN FILEM...
Secara keseluruhan, aku sangat tertarik dengan jalan cerita movie ini dimana watak utamanya iaitu Dita (lakonan Prilly) masih belum menerima hakikat atau kenyataan kehilangan bapanya dan terbaru kehilangan kekasihnya iaitu Ed.
Perjalanan cerita ini tidaklah terlalu berat untuk dihadam tetapi ianya sangat ligat bermain dengan emosi dan perasaan. Filem ini berjaya untuk membawa kita menyelami perasaan yang ada di Dita, Ed dan Irfan. Ketiga-tiga watak ini cukup untuk memberi 'jiwa' kepada kita untuk memahami utara, timur, selatan dan barat bagi mengetahui isi hati yang di dalam diri masing-masing.
Penunjuk arah itu sangat dekat dan dijelaskan dengan sangat baik oleh Pengarah bagi menghidupkan kehidupan yang 'ceria' sebelum kita dibawa ke satu suasana yang sangat sedih dan menyakitkan.
Selain itu, penggunaan cermin mata yg 'berteknologi tinggi' juga yang digunakan oleh Dita itu sedikit sebanyak memberikan satu 'dunia baru' bagi insan-insan yang masih berada dalam persimpangan dilema antara realiti dan fantasi.
Secara keseluruhan, aku puji filem ini dimana aku sendiri tak terfikir bahawa filem Indonesia dapat membawa satu kelainan dan perubahan yang unik dalam filem-filem bertemakan cinta seperti ini. Syabas!
Aku bagi 7/10 untuk filem ini dan korang semua dah boleh start tengok movie ini di pawagam seluruh Malaysia!
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
19 Ogos 2023
No comments:
Post a Comment