Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...
Aku mengikuti rapat perjalanan politik di Thailand yang agak kurang stabil sekarang ini setelah selesainya Pilihanraya di sana di mana Move Forward Party menang bergaya yang diketuai oleh Pita Limjaroenrat.
Tapi baru-baru ini, Pita Limjaroenrat gagal mendapat sokongan yang diperlukan pada 13 Julai yang lalu. Pita hanya mendapat 323 undi berbanding 376 undi yang diperlukannya. Kegagalan ini disebabkan tidak mendapat sokongan dari pihak kebanyakan senator yang dilantik oleh Junta.
Semalam, Pita Limjaroenrat digantung jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat oleh Mahkamah Perlembagaan dan sekali lagi menyaksikan pemilihan Perdana Menteri Thailand ini tidak berpihak kepada Pita.
THAI FILM FESTIVAL IN MALAYSIA 2023
Okay, aku tak nak berbicara banyak berkenaan dengan Politik Thailand tapi cukuplah sekadar aku berkongsikan apa yang berlaku hari ini di Thailand.
Jom kali ini, aku nak berkongsi mengenai satu event yang aku sertai pada 13 Julai 2023 yang lalu bersempena dengan Thai Film Festival in Malaysia 2023 dimana pihak Royal Thai Embassy in Malaysia memberi peluang untuk aku hadiri sesi bertemu muka dengan beberapa orang pelakon Thailand yang dibawa ke Kuala Lumpur bersempena dengan Thai Film Festival in Malaysia 2023.
Antara yang hadir adalah Paris Intarakomalyasut (Ice Paris), Praewa Suthamphong (Miusic) dan Jennis Oprasert (Jennis). Mereka hadir ke Malaysia sempena untuk mempromosikan Thai Film Festival in Malaysia 2023 dimana filem-filem mereka turut tersenarai menjadi antara 5 filem yang ditayangkan bersempena dengan festival ini.
Antara filem yang ditayangkan adalah Faces of AnneAnne, Love Destiny The Movie, Haunted Universities 2nd Semester, Friend Zone dan Fast & Feel Love. Semua movie ini ditayangkan pada 14 hingga 16 Julai 2023 sahaja. Aku hanya sempat hadiri tayangan Faces of Anne saja dan ceritanya itu agak memeningkan sikit sebab terlalu banyak watak Anne.😅
Sebelum pandemik covid-19 haritue, aku antara salah seorang yang terpilih dan dijemput ke Royal Thai Embassy in Malaysia di Jalan Ampang untuk bertemu muka dengan pihak Embassador dan seterusnya diberikan pin badge sebagai salah seorang yang menjadi kumpulan penyokong kepada aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Royal Thai Embassy.
Apa-apa pun, aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak Royal Thai Embassy in Malaysia sebab sudi menjemput saya dan kepada Miusic yang telah memilih saya untuk bersoal jawab dan bergambar bersama-sama. Hanya 13 orang saja yang berpeluang untuk bergambar dengan 3 orang pelakon Thailand ini semasa events berlangsung.
Insyaallah, mendoakan semoga aktiviti seperti ini diteruskan lagi di masa akan datang dan aku akan sentiasa menyokong industri perfileman Thailand yang bagi aku ianya sangat-sangat bertaraf Antarabangsa.
Jom aku kongsikan beberapa keping gambar semasa event berlangsung.
Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
Cheras, Kuala Lumpur
wan_hazem19@yahoo.com
19 Julai 2023
No comments:
Post a Comment